Setibanya di port persembunyian Rafi. Daniel masih tidak sedarkan diri, Rafi meletakkan Daniel di dalam satu gudang gelap.
'Han, aku letak mamat ni dalam gudang aku.' petikan mesej dihantar kepada Han Iskandar.
Rafi menyimpan telefon bimbitnya terus menguruskan Daniel.
"Wei bangun!" kejut Rafi sambil menepuk-nepuk muka Daniel.
Terkebil-kebil Daniel. Badannya lemah tak bermaya.
"Aku kat mana? Siapa kau?" soal Daniel sambil melihat sekeliling.
"Tu kau tak perlu tahu. Sekarang ni aku nak tanya apa motif kau kacau Deeandra dan Syah?" tanya Rafi, badannya sedikit membongkok memandang Daniel.
"Perlu ke kau tahu? Dan kau tak ada kena mengena pun dalam hal ni." balas Daniel.
"Kau ni bukan disebabkan Han minta tolong, dah lama aku buang kau dalam laut tahu tak?!"
"Jawab jelah!" sindir Rafi sambil mencekak pinggang, sedikit marah tapi mampu menahan.
Daniel menjeling sombong, "Aku nak Deeandra.. Aku nak dia jadi bini aku!"
"Tu je?!"
"Takkan tu je?! Aku dengar kau pergi ratah bini orang tu? Apa cite?" soal Rafi. Rafi mengeluarkan sebatang rokok lalu membakar.
"Deeandra aku punya!"
"Syah tak layak untuk dia!" pekik Daniel.
Rafi menunjukkan jari telunjuk ke arah Daniel, "Kau silap. Haha kau silap. Sekarang ni aku nampak kau yang tak layak. Kau sayangkan Deeandra tapi kau ratah dia. Kau fikir dia suka?"
"Kau kena ingat Daniel, Deeandra dah jadi isteri orang. Kau nak tengok dia bahagia bukan dengan cara macam tu. Cuba kau lepaskan dia dengan hati terbuka. Atleast ada orang yang boleh jaga dia walaupun bukan dengan kau, itu pun kau tak senang?"
"Ahh!!! Peduli apa aku! Yang penting benih aku ada dalam rahim dia, puas hati aku!" bersahaja jawapan Daniel. Hatinya sedikit puas.
Darah panas Rafi mengalir deras, sakit hati pula mendengar kata-kata Daniel. Susah nak dibedung lelaki ni.
Rafi merapatkan dirinya ke Daniel, tangannya mencekak leher Daniel,
"Kau dengar sini, berapa kau nak untuk kau tak ganggu hidup Deeandra dan Syah? Aku boleh bagi."
Senyuman kecil terukir, "Kau fikir dengan duit kau, aku boleh blah lepaskan Deeandra macam tu je?"
"Aku nak Deeandra, tak kiralah!"
BUK
Buku lima Rafi hinggap ke muka Daniel.
"Susah betullah deal dengan orang macam kau ni!"
"Kau memang tak faham bahasa eh?!"
Darah mengalir dibibir Daniel. Daniel hanya memberikan reaksi biasa, hendak membalas tetapi tangan berikat.
Rafi mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar dan menghubungi Han Iskandar.
'Hello Han' - Rafi
'Yow, ada masalah ke?' - Han Iskandar
'Kau datang sini kasi settle mamat bodoh ni, cakap elok-elok susah nak dengar' - Rafi
'Aku ingat kau boleh settle dia' - Han Iskandar
'Susah nak ajak bincang masalahnya' - Rafi
'Ha okay-okay. Im on my way' - Han Iskandar
'Cepat sikit. Takut ada yang mati kat sini. Geram pula aku tengok' - Rafi
'Ye aku otw ni. Pape aku roger' - Han Iskandar
'Okay' - Rafi
Rafi menggenggam telefon bimbitnya erat, hatinya masih membuak-buak dengan kemarahan. Daniel di depannya merenung tajam, masih tersenyum sinis walaupun darah mengalir dari bibirnya.
"Kau takkan faham. Kau takkan pernah faham perasaan aku. Deeandra tu milik aku!" Suara Daniel tersekat-sekat tetapi penuh dengan keangkuhan.
Rafi mendekati Daniel lagi, suaranya lebih rendah tapi penuh ancaman.
"Kau ingat, kau punya hak atas seseorang hanya sebab kau pernah sentuh dia? Deeandra manusia, bukan barang kau boleh buat suka hati."
Daniel ketawa kecil, "Barang? Kau pun sama. Kau dengan Han, kau fikir korang hero dalam cerita ni? Syah tu cuma bertuah sebab dia yang kahwin dengan Deeandra. Tapi Syah bukan lelaki yang Deeandra perlukan."
Sebelum Rafi sempat bertindak, pintu gudang terbuka. Han Iskandar melangkah masuk dengan langkah penuh tenang tetapi matanya menyiratkan sesuatu yang serius.
"Apa yang kau buat, Rafi?" Han bersuara sambil memandang Daniel yang masih berikat di kerusi.
"Aku suruh kau tunggu aku. Kau dah bagi 'hadiah' kat dia ke?" Han tersenyum sinis ke arah Daniel, seolah-olah tidak terkesan dengan situasi itu.
Rafi mendengus, "Dia tak nak dengar cakap. Asyik ulang benda sama. Kau je yang kenal dia, kau cakap la sendiri."
Han Iskandar berjalan ke arah Daniel, berdiri di hadapannya. Dia menundukkan diri sedikit supaya matanya berada tepat pada paras mata Daniel.
"Daniel, aku rasa kau dah buat pilihan yang salah. Kau tahu kau tak boleh menang dengan cara ni."
Daniel tersengih, "Han, kau boleh cakap apa kau nak. Tapi aku tetap nak Deeandra."
Han menghela nafas panjang. "Dan kau fikir kau boleh dapat Deeandra dengan cara macam ni? Ratah dia, rosakkan dia, lepas tu nak claim dia hak kau?"
Daniel mengetap gigi. "Kau tak faham perasaan aku, Han. Deeandra sepatutnya jadi milik aku. Aku yang layak untuk dia!"
Han ketawa kecil, bunyinya dingin. "Kau tak layak untuk sesiapa, Daniel. Terutamanya lepas apa yang kau dah buat. Kau fikir Deeandra akan datang balik kat kau lepas semua ni? Kau silap besar."
Daniel tersentak, matanya sedikit goyah mendengar kata-kata Han. Namun dia cuba mempertahankan egonya. "Kau pun tak ada hak nak cakap pasal tu, Han. Apa yang kau tahu?"
Han berdiri tegak semula, menggelengkan kepala.
"Apa yang aku tahu? Aku tahu kalau kau teruskan macam ni, kau hanya menempah maut. Bukan dari kami, tapi dari orang yang lebih kuat dari kami. Kau tahu Syah bukan orang sembarangan, kan?"
Daniel terdiam. Walaupun dia masih cuba berlagak tenang, tapi jelas ada sedikit keraguan dalam hatinya.
Han memandang Rafi, memberi isyarat untuk tenang.
"Kita tak nak ada mayat malam ni, Rafi. Biar dia fikir sendiri apa yang dia buat. Kau simpan tenaga kau."
Rafi menggelengkan kepala, tetapi mengikut arahan Han. Dia melangkah sedikit ke belakang, cuba mengawal dirinya.
Han kembali memandang Daniel, wajahnya serius.
"Kau ada dua pilihan je, Daniel. Sama ada kau lepaskan Deeandra dan Syah, atau kau tenggelam lebih dalam dalam lumpur yang kau cipta sendiri. Tapi aku jamin, kalau kau pilih yang pilihan kedua, kau takkan hidup lama."
Daniel terdiam lagi, kali ini tanpa sebarang jawapan. Han melangkah keluar dari gudang, diikuti Rafi yang masih mengawasi setiap gerak Daniel.
Pintu gudang ditutup rapat, meninggalkan Daniel sendirian di dalam kegelapan, dengan fikirannya yang mula dihantui kebingungan dan ketakutan.
-
Daniel duduk terpaku, badannya masih lemah, namun fikiran mula berkecamuk. Kata-kata Han dan Rafi masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa dia masih mengawal keadaan, tetapi jauh di sudut hati, dia tahu keadaan semakin parah. Deeandra kini sudah terlalu jauh dari genggamannya. Syah pula semakin hampir untuk menghancurkan segala rancangannya.
Dia menggeliat sedikit, cuba melonggarkan ikatan pada tangannya. Namun, usahanya sia-sia. Tali itu diikat kemas. Hatinya mendidih, bukan hanya kerana rasa terhina dikurung seperti binatang, tetapi juga kerana rasa tak puas hati yang membuak. Dia takkan kalah semudah ini. Tidak!
"Deeandra akan jadi milik aku," gumamnya perlahan, penuh dengan dendam.
-
Di luar gudang, Han dan Rafi berbincang di sudut yang agak jauh dari pintu. Suasana malam itu sunyi, hanya bunyi cengkerik yang menemani.
"Dia takkan menyerah macam tu je, Han," kata Rafi sambil memandang Han dengan wajah serius.
"Daniel tu degil. Kalau dia terus bebas, dia akan terus kacau Deeandra dan Syah."
Han menghela nafas panjang, memandang ke langit malam yang kelam.
"Aku tahu. Tapi kita tak boleh selesaikan ni dengan cara kekerasan. Kalau kita bertindak terburu-buru, kita akan masuk perangkap sendiri."
Rafi mendengus. "Habis tu? Nak biarkan je dia lepas?"
"Tak," jawab Han sambil menggeleng. "Kita akan cari jalan yang lebih licik."
Rafi mengerutkan dahi. "Apa maksud kau?"
Han tersenyum kecil, tetapi senyumannya lebih berbaur sinis. "Daniel ni macam ular. Kalau kita cuba tangkap dia secara terus, dia akan larikan diri. Tapi kalau kita buat dia tak ada tempat untuk larikan diri, dia sendiri yang akan terperangkap."
Rafi memandang Han dengan penuh tanda tanya. "Kau ada rancangan?"
Han mengangguk perlahan. "Aku dah mula siasat pasal pergerakan Daniel. Dia ada beberapa musuh yang lebih bahaya daripada kita. Kalau kita boleh bagi mereka maklumat yang betul, Daniel akan terjerat tanpa kita perlu buat apa-apa."
Rafi tersenyum sinis. "Aku suka cara kau fikir, Han. Jadi, apa yang kita nak buat?"
Han memandang ke arah pintu gudang, di mana Daniel masih terkurung di dalam.
"Kita biarkan dia rasa yang dia masih ada peluang untuk keluar dari semua ni. Tapi kita pastikan setiap langkah yang dia ambil, dia akan makin hampir ke jurang kehancuran sendiri."
-
Di dalam gudang, Daniel akhirnya berhenti melawan ikatan. Nafasnya berat, tetapi otaknya masih ligat berfikir. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi derapan kaki. Pintu gudang terbuka sedikit, dan seorang lelaki muncul, wajahnya dilindungi oleh kegelapan. Daniel cuba fokus untuk mengenali lelaki itu.
"Aku ada sesuatu untuk kau, Daniel." Suara lelaki itu rendah dan dalam.
Daniel menegakkan badannya, rasa ingin tahu mula menyelinap.
"Siapa kau?"
Lelaki itu melangkah lebih dekat, mendedahkan wajahnya sedikit. Dia bukan sesiapa yang Daniel kenal. Namun, aura misteri yang dibawa lelaki itu membuat Daniel sedikit gementar.
"Aku datang dengan tawaran. Tawaran yang kau takkan tolak," kata lelaki itu sambil menyeluk tangan ke dalam poket jaketnya, mengeluarkan sekeping foto dan menyerahkannya kepada Daniel.
Daniel memandang foto itu. Seketika, darahnya berderau. Di dalam foto itu, terlihat Syah sedang berbual mesra dengan seorang lelaki yang kelihatan seperti orang kenamaan.
"Apa benda ni?" soal Daniel, matanya tak berkelip memandang foto tersebut.
Lelaki itu tersenyum.
"Orang tu adalah musuh lama Syah. Dan dia sedang mencari peluang untuk jatuhkan Syah. Kau nak Syah keluar dari hidup Deeandra, kan? Maybe kita boleh bekerjasama."
Daniel tersenyum sinis, hatinya mula terasa lega.
"Kau datang pada masa yang tepat. Aku terima tawaran kau."
Lelaki itu mengangguk perlahan.
"Bagus. Aku akan lepaskan kau untuk langkah seterusnya. Tapi ingat, jangan terlalu terburu-buru. Kalau kau nak Deeandra, kau kena mainkan permainan ni dengan bijak."
Daniel mengangguk, rasa dendamnya kembali membara. "Aku faham. Aku akan pastikan Syah lenyap dari hidup Deeandra. Dan kali ini, aku takkan kalah."
Lelaki itu tersenyum sekali lagi sebelum berundur dan meninggalkan gudang sambil Daniel juga mengikut langkah lelaki itu, wajahnya penuh keyakinan. Dia tahu, dengan maklumat baru ni, dia akhirnya akan menang.
-
Di tempat lain, Tengku Ahmad sedang duduk di balkoni rumahnya, memandang ke arah langit malam yang penuh bintang. Dia merasa tenang di sisi Deeandra yang duduk bersandar di bahunya. Wajah Deeandra jelas menunjukkan keletihan, namun ada sesuatu yang lebih mendalam tersembunyi di balik senyumannya — keresahan yang dia cuba sembunyikan daripada Tengku Ahmad.
"Abang..." suara Deeandra lembut, hampir berbisik.
"Hmm?" Tengku Ahmad mengusap lembut rambutnya, memandang isteri tercintanya.
"Saya risaulah pasal Daniel tu," kata Deeandra akhirnya.
"Saya tahu dia takkan berhenti macam tu je."
Tengku Ahmad terdiam sejenak, cuba memilih kata-kata yang tepat. Dia faham kegusaran Deeandra. "Sayang, jangan risau. Abang dan kawan-kawan abang sedang uruskan semua ni. Daniel takkan dapat ganggu kita lagi, okay?"
"Tapi... dia dah lama obses dengan saya. Dia takkan biarkan saya pergi macam tu je, dan saya tak nak abang kena apa-apa sebab saya." Mata Deeandra mula berkaca, hatinya dibebani rasa bersalah.
Tengku Ahmad menggenggam tangan Deeandra erat, menyampaikan kekuatan melalui sentuhannya.
"Abang takkan biarkan dia sentuh sayang lagi. Im promise. Abang akan buat apa saja untuk sayang."
Namun, jauh di lubuk hati Tengku Ahmad, dia tahu ancaman Daniel tak boleh diambil ringan. Daniel seorang yang licik, dan Tengku Ahmad tahu musuh seperti Daniel takkan duduk diam. Tengku Ahmad perlu lebih bersedia daripada sebelumnya.
-
Sementara itu, di satu kawasan terpencil, lelaki misteri yang bertemu dengan Daniel sedang berada di dalam sebuah bilik gelap. Cahaya samar dari skrin komputer di hadapannya menyinari wajahnya yang penuh dengan rahsia. Di skrin itu, terpampang maklumat tentang Tengku Ahmad — segala butiran tentang perniagaannya, keluarganya, dan yang paling penting, musuh-musuh lamanya.
Lelaki itu tersenyum sambil menekan beberapa butang pada papan kekunci. Satu mesej rahsia dihantar kepada pihak yang dia tahu sedang menunggu.
"First step dah mula. Daniel akan jadi umpan sempurna. Ready for second step."
Dia kemudian bersandar pada kerusinya, senyumannya melebar. Permainan ini lebih besar daripada apa yang Daniel sangka.
-
Di gudang lama yang kini sudah kosong, Han dan Rafi kembali ke tempat itu keesokan harinya. Pintu gudang terbuka luas, tetapi Daniel sudah tiada.
"Weh! Dia dah keluar," kata Rafi sambil memandang sekitar. "Kau rasa kita patut risau ke?"
Han menggeleng perlahan, tetapi wajahnya penuh dengan kebimbangan yang cuba disembunyikan.
"Biar dia rasa dia bebas. Ni semua sebahagian dari plan. Kita cuma perlu tunggu masa yang sesuai."
"Tapi kau yakin ke yang Daniel tak akan buat sesuatu yang lagi gila?"
Han tersenyum sinis, walaupun hatinya turut gusar.
"Daniel tu memang gila, Rafi. Tapi kali ni, dia akan gila dengan sendiri. Dia tak sedar yang dia sedang berjalan ke arah perangkap yang kita dah pasang. Cuma masa yang akan menentukan macam mana permainan ni berakhir."
Rafi mengangguk, walaupun sedikit ragu.
"Aku harap kau betul, Han. Sebab kalau Daniel berjaya, dia bukan saja musnahkan Syah. Dia mungkin akan musnahkan kita semua."
Han memandang jauh ke luar gudang, matanya penuh dengan tekad. "Just trust me. Aku akan pastikan dia tak berjaya."
Share this novel