Bab 14

Drama Series 3284

Petang semakin menjelang, dan seperti yang dijanjikan, Tengku Ahmad, Deeandra, dan Han Iskandar sedang duduk santai di sebuah kedai mamak. Suasana kedai mamak yang meriah dengan gelak tawa dan deruan orang ramai menyegarkan suasana perbualan mereka.

Tengku Ahmad memandang Han dan Deeandra dengan senyuman.

"Kenalkan ni bini aku, Deeandra," ucapnya sambil memegang tangan isterinya. "Sayang, ni Han Iskandar."

Deeandra hanya tersenyum manis sambil mengangguk.

"Hai," balasnya ringkas.

Han Iskandar, yang tak pernah lekang dengan gurauan, menjawab sambil tertawa,

"Hai, aku Han Iskandar, kawan baik laki kau yang tak betul ni."

Tengku Ahmad menjeling tajam.

"Eh, kau ni lebih-lebih pula. Aku jet dada kau nanti," katanya, separuh serius separuh bergurau.

Han ketawa terbahak-bahak.

"Hahaha, gurau je. Sikit-sikit nak touching ni, apa hal?" ejeknya lagi.

Deeandra tersenyum sambil memerhatikan kedua-dua mereka yang tampak seperti dua orang sahabat yang tak pernah habis bahan untuk bergurau. Walaupun baru berkenalan dengan Han, Deeandra rasa selesa dengan kehadirannya.

Melihat mereka saling bertikam lidah, Deeandra menyampuk dengan senyuman,

"Korang ni, kalau aku kahwinkan baru tahu."

Han Iskandar cepat-cepat mengambil kesempatan untuk menyakat lagi.

"Kalau aku perempuan, dah lama aku reject. Tak naklah dengan mamat ni. Kadang-kadang betul, kadang-kadang biul."

"Lah, aku pun tak naklah kalau dapat bini macam kau. Select-select pulak," balas Tengku Ahmad dengan nada menyindir sambil menjeling ke arah Han.

Deeandra tidak dapat menahan ketawa. Suaranya hampir pecah apabila melihat gelagat dua orang lelaki yang bergurau bagaikan adik-beradik itu.

"Hahaha! Dah macam budak-budak kau orang ni."

Han pula tidak mahu kalah.

"Aku pun tak nak la dengan kau, bro. Biul." Dia membuat muka serius, tetapi matanya jelas bersinar dengan gurauan.

Tengku Ahmad, yang berlagak merajuk, memalingkan muka kepada Deeandra.

"Sayang… Han cakap abang biul."

Deeandra tergelak kecil dan menyokong suaminya,

"Iye awak, biarlah dia. Dia lonely tu."

Han Iskandar yang mendengar, pura-pura berkerut dan kemudian melepaskan satu jeritan olok-olok.

"Tolong! Please, someone jadi bini aku!" katanya sambil melihat sekeliling kedai, membuatkan beberapa orang pelanggan lain di kedai mamak itu turut tertawa dengan lawaknya.

Deeandra menggeleng kepala sambil ketawa melihat gelagat Han.

"Han, Han... Kau ni memang tak pernah berubah, kan?" Tengku Ahmad Riaz Syah menepuk bahu Han Iskandar.

Tengku Ahmad hanya tersenyum sambil memandang isterinya dengan penuh kasih sayang.

"Kau ni bongoklah, Han," ucap Tengku Ahmad sambil menepuk bahu kawannya.

"Eh, aku serius tau. Ada tak orang kat sini nak jadi bini aku?!" Han sekali lagi melontarkan soalan olok-oloknya, menyebabkan Deeandra dan Tengku Ahmad ketawa tanpa henti.

Petang itu, suasana mamak dipenuhi dengan gurauan dan gelak ketawa.

-

Dalam seronok berbual, suasana riang di kedai mamak itu tiba-tiba menjadi janggal. Deeandra yang tadinya tersenyum kini kelihatan terdiam. Matanya terpaku pada susuk tubuh yang mendekati mereka dari arah depan. Wajahnya tiba-tiba tegang, hatinya berdegup kencang.

'Ya Allah, Daniel lagi,' bisik hatinya.

Tanpa menunggu lama, lelaki itu menghampiri meja mereka dengan langkah yakin, tanpa rasa segan dan malu. Daniel berdiri tegak di hadapan mereka bertiga.

“Hai, Deeandra,” tegur Daniel dengan senyuman yang nampaknya tidak membawa maksud yang baik.

Tengku Ahmad Riaz Syah dan Han Iskandar yang sedang berbual dengan riang langsung terhenti. Kedua-dua mereka memandang Daniel dengan dahi berkerut. Suasana di meja itu menjadi tegang serta-merta, dan Deeandra hanya diam membisu, tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Tengku Ahmad mengerling ke arah isterinya, melihat reaksinya yang jelas tidak selesa. Dia kemudian memalingkan pandangannya kembali ke arah Daniel, matanya tajam penuh waspada.

"Siapa ni, sayang?" tanyanya dengan nada yang tenang, namun jelas ada ketegasan dalam suaranya.

Deeandra menundukkan kepala seketika, cuba mencari kata-kata.

"Ni... Daniel," jawabnya perlahan, cuba mengawal perasaan.

Daniel dengan selamba meletakkan tangannya di poket, masih berdiri di hadapan mereka.

"Tak sangka eh boleh terserempak kat sini."

Han Iskandar, yang duduk di sebelah Tengku Ahmad, memandang Daniel dengan penuh curiga.

"Siapa dia ni, Syah? Kau kenal ke?" bisik Han perlahan, namun cukup untuk didengari oleh Tengku Ahmad.

Tengku Ahmad tidak membalas, sebaliknya dia bangun perlahan, berdiri berhadapan dengan Daniel. Tubuhnya tegak, sedikit lebih tinggi daripada Daniel, membuatkan Daniel sedikit berundur.

“Daniel, kan?” kata Tengku Ahmad dengan nada tegas.
“Ada apa kau datang sini?”

Daniel tersenyum sinis, pandangannya masih tidak lepas dari Deeandra.

"Oh, so this is your husband, Deeandra? Well, nice to meet you, bro. I’m just saying hi to an old friend."

Wajah Tengku Ahmad mula berubah serius. Dia bukanlah lelaki yang mudah terprovokasi, tetapi tingkah laku Daniel membuatkan darahnya mendidih.

"Kalau kau tak ada urusan, baik kau blah sekarang. Aku tak suka orang kacau privasi aku," kata Tengku Ahmad dengan suara yang lebih berat, menandakan bahawa dia tidak main-main.

Deeandra yang masih berdiri di situ, berasa serba salah. Dia tahu pertemuan ini bakal mencetuskan sesuatu yang tidak diingini.

"Daniel, please," ucap Deeandra, suaranya tersekat-sekat.
"Tolong jangan buat masalah kat sini."

Daniel mendengus kecil, matanya masih dengan sinar sinis yang sama.

"I’m not causing any trouble. I just wanted to say hi." Namun, nadanya jelas menunjukkan sebaliknya.

Tengku Ahmad menghela nafas panjang, cuba menahan amarahnya.

"Kau pekak ke? tak dengar bini aku cakap? Kau tak diundang kat sini. So baik kau blah sebelum aku tibai kau."

Han Iskandar, yang dari tadi hanya memerhati, kini berdiri di sebelah Tengku Ahmad, menyokong sahabatnya.

"Bro, better kau blah sekarang. Kau memang cari pasal ke apa?"

Daniel melihat kedua-dua lelaki itu dengan senyuman tipis, seakan-akan mencabar. Namun, dia akhirnya mengangkat tangan tanda menyerah.

"Alright, alright. I’ll go. But remember, Deeandra this isn’t over."

Dengan itu, Daniel berundur dan beredar, meninggalkan suasana tegang di kedai mamak itu. Deeandra menghela nafas panjang, jelas lega walaupun masih merasa takut. Tengku Ahmad kembali duduk di sebelahnya, memegang tangan isterinya erat.

"Mi cielo abang, okay ke?" tanya Tengku Ahmad, matanya masih penuh dengan kebimbangan dan tanda tanya.

Deeandra menundukkan kepala, perlahan-lahan mengumpul kekuatan untuk menjawab.

"Dia... dialah yang selalu kacau hidup saya sebelum ni. Selalu whatsapp saya sampai abang salah faham."

Tengku Ahmad mengetap bibir, hatinya bergelora mendengar penjelasan Deeandra. Tidak dapat menahan amarah yang membuak-buak, dia terus bangun dari kerusi, meninggalkan Deeandra dan Han Iskandar, lalu melangkah pantas mengejar Daniel yang sudah mula menjauh.

"Syah!" jerit Han Iskandar, cuba menghalang, tetapi Tengku Ahmad sudah terlalu jauh.

Deeandra yang masih terkejut dengan situasi yang berlaku hanya mampu melihat suaminya pergi.

"Han, apa kita nak buat ni?" tanya Deeandra cemas, air matanya hampir menitis.

Han Iskandar memandang Deeandra dengan wajah serius,

"Jangan risau, Dee. Aku pergi ikut Syah. Kau duduk sini dulu."

Han Iskandar segera bangun dan berlari mengejar Tengku Ahmad. Tengku Ahmad kini sudah hampir sampai kepada Daniel yang sedang melangkah keluar dari kedai mamak.

"Woi!" Tengku Ahmad bersuara kuat.

Daniel berpaling, wajahnya masih dengan senyuman sinis tadi.

BUK !

Belum sempat dia berkata apa-apa, Tengku Ahmad terus menumbuk wajah Daniel dengan satu hayunan keras.

Tumbukan itu membuatkan Daniel terjatuh ke belakang, terduduk di atas tanah. Wajahnya berdarah. Orang ramai di sekitar kedai mamak mula memerhati kejadian tersebut.

"Kau ingat kau datang kacau bini aku, kau nak blah macam tu je ke bangsat?" marah Tengku Ahmad, nadanya penuh amarah.

Daniel mengesat darah di bibirnya sambil ketawa kecil,

"Oh, so macam ni cara kau pertahankan isteri kau? Dengan tumbukan?"

"Kau ingat eh, lagi sekali kau berani datang kacau bini aku, mampus aku kerjakan. Simpan dalam otak kau ni," ugut Tengku Ahmad, menarik kolar baju Daniel sambil menunjal kepala, matanya tajam menatap wajah lelaki itu.

Han Iskandar akhirnya tiba di tempat kejadian dan segera cuba menarik Tengku Ahmad.

"Syah!"

"Syah!"

"Dah lah! Tak guna kau layan mamat ni!" Han Iskandar berusaha memegang Tengku Ahmad, cuba menenangkan sahabatnya.

Daniel, sambil tersenyum mengejek, berdiri perlahan.

"I won't stop. Kau boleh tumbuk aku hari ni, tapi ingat kau tak boleh halang apa yang aku nak buat nanti."

Tengku Ahmad hampir meluru ke arah Daniel sekali lagi, tetapi Han Iskandar memegang erat lengannya, menghalangnya daripada membuat lebih kekacauan.

"Syah, jangan jadi bodohlah! Dia ni nak provoke kau je."

Tengku Ahmad terhenti, dadanya naik turun menahan marah. Dia tahu Han Iskandar betul, tetapi melihat Daniel di situ, dengan senyuman penuh ejekan, hanya menambah kemarahan dalam dirinya.

"Jangan sesekali kau dekat dengan Deeandra lagi," kata Tengku Ahmad tegas, nadanya penuh amaran.

"Kalau kau berani kacau dia, aku takkan teragak-agak buat lebih teruk dari ni."

Daniel ketawa kecil, masih dengan senyum sinisnya.

"Kita tengoklah nanti, Encik Syah. Kita tengok siapa yang menang."

Han Iskandar menarik nafas panjang, memandang Daniel dengan rasa muak.

"Dahlah, Daniel. Kau kalah kali ni. Just walk away."

Daniel akhirnya berundur perlahan-lahan, namun sebelum pergi, dia sempat memandang Tengku Ahmad sekali lagi.

"Ingat, Encik Syah. Aku belum selesai."

Setelah Daniel beredar, Tengku Ahmad masih berdiri di tempatnya, nafasnya masih berat, namun dia berjaya menahan diri daripada membuat lebih banyak kekacauan.

Han Iskandar melepaskan pegangan pada bahu Tengku Ahmad dan memandangnya dengan serius.

"Syah, kau okay?"

Tengku Ahmad menjawab sebaliknya berjalan kembali ke arah kedai mamak, di mana Deeandra masih menunggu.

-

Tengku Ahmad kembali ke meja dengan wajah tegang, sementara Han Iskandar mengikut di belakang, masih cuba meredakan suasana. Deeandra, yang sejak tadi duduk dengan perasaan tidak keruan, segera bangun dari tempatnya. Air matanya sudah mula bertakung di kelopak mata, penuh rasa bersalah dan cemas.

"Abang... saya minta maaf," ucap Deeandra perlahan, suaranya bergetar.

Dia cuba meraih tangan suaminya, namun Tengku Ahmad hanya menghela nafas panjang, cuba menenangkan dirinya.

Han Iskandar cepat-cepat duduk di sebelah Tengku Ahmad, menepuk bahu sahabatnya.

"Bro, rileks. Jangan biar si Daniel tu ganggu fikiran kau. Dia memang datang nak provok je. Jangan fikir sangatlah."

Tengku Ahmad mengangguk perlahan, tapi pandangan matanya masih kelihatan jauh.

“Abang, tolong jangan marahkan saya... Saya dah cuba mengelak dari dia, tapi dia tetap datang. Saya tak tahu apa yang dia nak.” suara Deeandra semakin lemah, air mata mula menitis.

Tengku Ahmad memandang isterinya, rasa marah yang tadi membara mula berkurang sedikit demi sedikit melihat wajah Deeandra yang penuh kesedihan.

“Dont cry sweet heart. Abang tak salahkan sayang,” ucap Tengku Ahmad perlahan sambil mengusap air mata yang jatuh di pipi Deeandra.

“Abang cuma tak boleh terima bila dia masih berani datang ganggu sayang... depan mata saya pula tu.”

Deeandra mengangguk perlahan, memahami perasaan suaminya.

Han Iskandar memandang kedua-duanya dengan senyum kecil.

"Aku rasa korang kena bincang elok-elok. Jangan biar orang macam Daniel ni pecah belahkan korang."

Tengku Ahmad memandang Han, kemudian tersenyum sedikit.

“Kau rileks Han. Aku ada plan. Memang mampus dia. Haih baran aku.”

Deeandra memandang suaminya. Han Iskandar juga memandang lalu menepuk bahu Tengku Ahmad lagi.

“Plan apa?"

"Nanti aku roger kau," senyum Tengku Ahmad Riaz Syah. Han Iskandar mengangguk.

"Btw, kau kena percayakan Deeandra. Dia je yang ada dengan kau bukan dengan Daniel. So, jangan biar cemburu buta atau marah kau ni rosakkan apa yang korang ada.” ucap Han Iskandar.

Tengku Ahmad memandang isterinya yang masih memegang erat tangannya. Wajah Deeandra penuh rasa bersalah.

"Maafkan abang sebab tadi abang naik angin," kata Tengku Ahmad sambil menggenggam tangan Deeandra erat.

"Abang cuma nak jaga sayang and abang takut hilang sayang."

Deeandra tersenyum kecil di sebalik air mata yang masih mengalir.

“Saya tahu, abang. Saya pun takut hilang abang. But trust me, I only love you. No one can ever take your place in my life..”

Tengku Ahmad mengelap air mata di pipi isterinya, kemudian dia menarik nafas panjang.

Han Iskandar tersenyum lega melihat situasi itu mula terkawal.

“Aduh, aku ni macam pakar kaunseling tak bertauliah pula."

"Tapi kan Dee, kau kena tahu yang Syah ni sebenarnya sayang sangat kat kau. Itu sebab dia overprotective. So, jangan salah faham bila dia marah-marah tadi.”

Deeandra mengangguk sambil tersenyum.

“Tak pe, aku faham.”

Tengku Ahmad akhirnya tersenyum, dan suasana di antara mereka mula reda. Han Iskandar mengangkat tangan, menarik perhatian pelayan.

“Nak pesan teh tarik lagi satu. Kita sambung lepak, tapi kali ni tak ada drama, eh?” kata Han Iskandar sambil ketawa kecil.

Tengku Ahmad dan Deeandra tersenyum, akhirnya merasa lega setelah kejadian tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience