Bab 6

Drama Series 3284

Selepas perkahwinan, Tengku Ahmad dan Deeandra mula menjalani kehidupan baru sebagai suami isteri. Mereka berpindah ke rumah yang disediakan oleh keluarga Tengku Ahmad, rumah yang besar dan lengkap dengan segala kemudahan, namun terasa sepi. Setiap malam, mereka berdua berada di bawah satu bumbung, tetapi jarang berbicara lebih dari yang perlu. Kedua-dua mereka tahu bahawa perkahwinan ini bukan atas dasar cinta, tetapi demi memenuhi harapan keluarga.

Hari-hari berlalu dengan rutin yang hampir sama. Tengku Ahmad pergi bekerja, Deeandra pula menguruskan rumah dan sesekali keluar bersama rakan-rakan. Walaupun mereka cuba menyesuaikan diri dengan status baru ini, hubungan mereka kekal dingin.

Suatu malam, ketika mereka sedang duduk di ruang tamu selepas makan malam, Deeandra akhirnya memecah kesunyian.

"Awak, sampai bila kita nak teruskan macam ni?"

Tengku Ahmad menoleh ke arahnya, sedikit terkejut dengan pertanyaan itu. "Maksud you?"

"Kita ni suami isteri, tapi kita tak pernah betul-betul berkomunikasi. Saya rasa... kita kena try lebih dari ni," jawab Deeandra dengan nada yang serius.

Tengku Ahmad menghela nafas panjang, tahu bahawa Deeandra berkata benar.

"I tahu, Dee. Tapi I tak tahu macam mana nak mulakan. Kita ni... dari awal lagi dah ada tembok antara kita."

Deeandra tersenyum kecil. "Maybe kita kena cuba kenal satu sama lain dulu. Kita mulakan dari awal. Tak salah kalau kita cuba, kan?"

Tengku Ahmad memandang wajah Dee yang penuh harapan. Mungkin inilah masanya untuk mereka membina sesuatu yang lebih bermakna dalam perkahwinan ini. "Baiklah, Dee. Kita cuba."

Sejak malam itu, hubungan antara Tengku Ahmad dan Deeandra mula berubah perlahan-lahan. Mereka mula meluangkan masa bersama, bukan lagi sebagai dua individu yang asing, tetapi sebagai suami isteri yang cuba membina hidup bersama. Perbualan mereka lebih mendalam, dan sedikit demi sedikit, mereka mula memahami perasaan dan impian masing-masing.

Walaupun perjalanan itu masih jauh, Tengku Ahmad dan Deeandra akhirnya mula merasakan bahawa mungkin cinta boleh hadir dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa perasaan.

-

Suatu pagi, Afrina menerima berita mengejut tentang perkahwinan Tengku Ahmad dan Deeandra melalui kawan-kawannya. Berita itu tersebar luas di kalangan kenalan mereka, dan Afrina hanya dapat menatap skrin telefon bimbitnya dengan rasa kecewa dan hiba.

"Patutlah sejak kebelakangan ni Syah lain, rupa-rupanya dah ada yang sambar boyfriend aku," bisik Afrina sendirian sambil mengesat air mata yang tumpah di pipi.

Afrina tidak dapat menahan diri. Dia memutuskan untuk menghubungi Tengku Ahmad, tidak peduli waktu atau tempat. Dia menghubungi nombor Tengku Ahmad dan setelah beberapa deringan, Tengku Ahmad menjawab.

"Hello, baby," suara Afrina kedengaran tegang.

"Afri... kenapa? Ada apa?" tanya Tengku Ahmad, nada suaranya jelas menunjukkan kegusaran.

"I nak jumpa you sekarang," kata Afrina dengan nada yang tidak dapat disembunyikan lagi. Dia berasa marah dan kecewa, dan memerlukan jawapan segera dari Tengku Ahmad.

Tengku Ahmad yang sedang duduk di ruang tamu rumahnya bersama Deeandra, terkejut dengan panggilan itu. Hatinya berdegup kencang, memikirkan bagaimana dia akan menjelaskan situasi sebenar kepada Afrina. Deeandra yang duduk di sebelahnya, melihat wajah Tengku Ahmad yang berubah pucat.

"Kenapa tu awak?" tanya Deeandra dengan penuh rasa ingin tahu.

Tengku Ahmad mengangguk perlahan kepada Deeandra dan menjawab kepada Afrina,
"Okay. I'll meet you. Where do you want to meet?"

Afrina memberi nama sebuah kafe yang mereka sering kunjungi dahulu. Tengku Ahmad mengiyakan dan segera bergegas keluar rumah, meninggalkan Deeandra yang memandang dengan penuh tanda tanya.

Kafe itu adalah tempat yang penuh kenangan bagi Tengku Ahmad dan Afrina. Ketika Tengku Ahmad tiba, Afrina sudah pun duduk menunggu di meja yang mereka selalu duduk. Wajah Afrina kelihatan merah dan matanya membengkak akibat tangisan.

Tengku Ahmad duduk di hadapan Afrina dengan rasa cemas.

"Sayang, I minta maaf. I tak tahu macam mana nak mulakan."

Afrina memandang Tengku Ahmad dengan mata yang penuh kemarahan dan kesedihan.

"Jadi, betul lah apa yang I dengar. You dah berkahwin dengan orang lain, kan? Patutlah you selama ni mengelak dari I."

Tengku Ahmad menghela nafas panjang.
"Sayang, ni bukan apa yang I nak. Semua ni berlaku sebab keputusan keluarga. I terpaksa akur dengan kehendak diorang."

Afrina tidak dapat menahan kemarahannya.
"Tapi kenapa you tak beritahu I? Kenapa you biarkan I menunggu tanpa penjelasan? I rasa I dah dibodohkan tahu ?"

Tengku Ahmad merapatkan dirinya ke meja. "I tahu, sayang. I minta maaf. I juga rasa tertekan dengan situasi ini. Tapi I tak tahu macam mana nak cakap dengan you. I tak nak hilang you."

Afrina menggigit bibir, cuba menahan rasa sedihnya. "Baby, I rasa you patut tahu, kita tak boleh teruskan macam ni. You dah buat pilihan you, dan I perlu meneruskan hidup I."

Tengku Ahmad meresap kesedihan dalam hatinya. "I know. I tak akan paksa you untuk teruskan sesuatu yang you tak mahu. I harap you faham."

Afrina mengangguk perlahan, menutup perbualan dengan nada yang penuh kesedihan. "I cuma harap you bahagia dengan keputusan you. I... I perlu pergi sekarang."

Tengku Ahmad hanya mampu mengangguk, menatap Afrina yang bangkit dan meninggalkan kafe dengan langkah perlahan. Hatinya terasa berat, penuh dengan rasa bersalah dan kesedihan yang tidak terucap.

Kembali ke rumah, Tengku Ahmad mendapati Dee masih menunggu di ruang tamu. Wajah Dee menunjukkan sedikit tanda risau.

"Jadi, apa yang Afrina cakap?" tanya Dee lembut, ingin tahu tentang pertemuan itu. Deeandra tahu Tengku Ahmad sudah ada kekasih sebelum mereka bernikah lagi. Silap dia juga sebab sambar milik orang.

Tengku Ahmad duduk di sofa dengan letih.

"Dia... dia marah dan kecewa. Dia tahu pasal perkahwinan kita dari orang terdekat."

Deeandra menghela nafas panjang. "Oh, saya minta maaf sebab kalau saya tahu dari sebelum kahwin, awak dah ada girlfriend. Saya tolak plan family.

Tengku Ahmad memandang Deeandra. "Erm tak perlu minta maaf. I okay je. Lagipun I..tak ada apalah." terhenti segala apa yang ingin disampaikan.

Deeandra tersenyum sedikit, meskipun senyumannya tidak sepenuh hati menunggu kata akhir Tengku Ahmad, "Lagipun apa?" terpinga Dee.

Tengku Ahmad menggeleng tiada apa. Walaupun perasaan Tengku Ahmad masih bercampur-baur, Tengku Ahmad tahu bahawa dia perlu menghadapi masa depan bersama, dan mungkin, melalui usaha bersama, mereka dapat mencipta sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience