Bab 9

Drama Series 3284

Tengahari pun tiba, Tengku Ahmad dan Han Iskandar melangkah masuk ke sebuah restoran kegemaran mereka untuk makan tengahari. Suasana restoran itu sederhana, namun selesa dengan deretan meja kayu dan pencahayaan yang tenang. Mereka mengambil tempat di sudut restoran, jauh dari hiruk-pikuk pelanggan lain. Han memesan makanannya dengan cepat, sementara Tengku Ahmad masih meneliti menu, walaupun dia tahu apa yang akan dipesannya seperti biasa.

Setelah pelayan mencatat pesanan mereka dan beredar, Han Iskandar memandang Tengku Ahmad dengan senyuman nakal.

"So, Syah. Ex-girlfriend kau apa citer?" tanya Han sambil menghirup air kosongnya.

Tengku Ahmad tersentak sedikit dengan soalan itu, namun dia mengekalkan riak wajahnya yang tenang.

"Entah. Aku hilang khabar dia," balas Tengku Ahmad pendek, seolah-olah tak mahu berbicara lebih lanjut.

Namun, Han Iskandar bukan jenis yang mudah berputus asa. Dia kenal Tengku Ahmad terlalu lama untuk tahu bila sahabatnya itu menyembunyikan sesuatu.

"Kau kahwin ritu, dia tahu tak?" soal Han Iskandar, matanya tajam, memerhati reaksi Tengku Ahmad.

Tengku Ahmad menarik nafas dalam, mengangkat bahu sedikit. "Tahu. Pastu dia call ajak jumpa kejap."

Han Iskandar mengerutkan dahi, kelihatan lebih berminat dengan topik itu. "Habis bini kau tak marah ke kau jumpa dia?"

Tengku Ahmad tersenyum nipis, namun senyuman itu kelihatan tawar.

"Dia tak marah. Tapi... dia serba salah," Tengku Ahmad berhenti sejenak, pandangannya jauh seolah-olah teringatkan sesuatu.

"Sebab dia kahwin dengan aku."

Han Iskandar mengangkat kening, ingin tahu lebih lanjut. "Serba salah sebab apa? Maksud kau?"

Tengku Ahmad termenung seketika sebelum menyambung,

"Dia cakap, kalau lah dia tahu sebelum kahwin yang aku ni dah ada girlfriend, dia boleh je tolak plan family. Tapi..." Tengku Ahmad terhenti lagi, seperti mencari kata-kata yang sesuai untuk meneruskan ceritanya.

Han Iskandar mencondongkan badan ke hadapan, memandang Tengku Ahmad dengan penuh perhatian. "Tapi apa?"

Tengku Ahmad menghela nafas panjang, kelihatan berat untuk meluahkan. "Tapi salah aku jugak, Han. Aku tak terus terang dekat Dee yang aku ada girlfriend masa tu. Aku setuju aje dengan family planning sebab... aku dapat rasakan sesuatu pada diri Dee, sejak kali pertama aku jumpa dia."

Han Iskandar memandang Tengku Ahmad dengan penuh simpati, namun ada juga rasa ingin tahu yang mendalam.

"Sesuatu macam mana? Kau dah jatuh cinta dekatĀ  Dee masa tu ke?" tanyanya lembut, cuba memahami perasaan sahabatnya.

Tengku Ahmad tersenyum pahit, pandangannya kembali ke arah meja.

"Entahlah, Han. Masa tu aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa. Aku masih dengan ex aku, tapi bila aku jumpa Dee... ada rasa lain. Rasa macam... dia boleh jadi sesuatu yang lebih baik dari sekadar calon isteri. Tapi aku tak pernah bagi tahu ex aku pun pasal perasaan tu."

Han Iskandar mengangguk perlahan, cuba mencernakan kata-kata Tengku Ahmad. "Kau menyesal tak sekarang?"

Tengku Ahmad termenung seketika sebelum menggeleng.

"Tak, aku tak menyesal. Dee isteri aku sekarang dan aku rasa bertuah dapat dia. Cuma kadang-kadang aku rasa bersalah. Bersalah sebab tak jujur dengan dia dari awal."

Han Iskandar meletakkan tangannya di atas bahu Tengku Ahmad, tanda sokongan.

"Kau dah buat keputusan, Syah. Sekarang yang penting adalah kau teruskan hidup dengan Dee, bina kebahagiaan korang sama-sama. Jangan terlalu fikirkan apa yang dah lepas."

Tengku Ahmad tersenyum kecil, merasa sedikit lega mendengar kata-kata Han Iskandar.

"Aku tahu, Han. Cuma kadang-kadang hati ni susah nak tenang bila fikirkan semua tu. Tapi aku akan cuba. Demi Dee."

Mereka berdua diam sejenak, menikmati suasana sekeliling. Tidak lama kemudian, makanan mereka tiba dan perbualan beralih ke topik lain yang lebih ringan. Namun, jauh di dalam hati Tengku Ahmad, perasaan bersalah itu masih berbekas. Dia tahu bahawa perjalanan hidup sebagai suami baru sahaja bermula, dan dia perlu belajar mengimbangi masa lalu dan masa depan yang dia bina bersama Deeandra.

Hari ini, makan tengahari bersama Han Iskandar memberi Tengku Ahmad perspektif baru. Perjalanan cintanya mungkin berliku, tapi dia yakin bahawa dengan kejujuran dan usaha, dia dan Deeandra akan mampu mencipta kebahagiaan yang sejati.

-

Deeandra baru sahaja melangkah keluar dari pejabat, melepaskan lelah selepas seharian bekerja. Hari itu agak sibuk, dan dia merasa sedikit penat, namun semangatnya ceria kerana dia tahu Syah akan datang mengambilnya sebentar lagi. Sambil menunggu di hadapan bangunan, Deeandra memandang ke sekeliling, memerhatikan kesibukan orang yang lalu lalang. Telefon di tangannya sunyi, tiada mesej atau panggilan masuk dari Tengku Ahmad, tetapi dia yakin suaminya akan tiba tidak lama lagi.

Tiba-tiba, Deeandra merasakan seseorang berdiri di belakangnya. Sebelum sempat dia berpaling, terdengar suara yang amat dikenali, suara yang sudah lama tidak didengarinya.

"Hi, Deeandra."

Deeandra segera menoleh, dan pandangannya tertancap pada seorang lelaki yang tinggi, berkulit sawo matang dengan senyuman yang separuh tersimpan. Jantungnya seakan berhenti sejenak. DANIEL

Bekas kekasih lamanya kini berdiri di hadapannya, menatapnya dengan pandangan yang penuh makna. Wajah Daniel tidak banyak berubah-masih sama seperti kali terakhir mereka berjumpa bertahun-tahun yang lalu. Dia kelihatan matang, lebih tenang, namun tatapan matanya tetap mengingatkan Deeandra pada kenangan lama yang telah mereka tinggalkan.

"Daniel?" suara Deeandra tersekat di kerongkong, dia cuba mengawal perasaannya.

"Apa kau buat kat sini?"

Daniel tersenyum kecil, menyilangkan tangannya di dada. "Kebetulan lalu. Tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Dah lama kita tak jumpa, kan?"

Deeandra tidak dapat menafikan, memang sudah lama dia tidak berjumpa dengan Daniel. Sejak mereka berpisah atas perkahwinan yang dirancang keluarga. Deeandra cuba sedaya upaya untuk melupakan segala kenangan lama. Namun, melihat Daniel di hadapannya kini, kenangan itu seolah-olah kembali menghantui fikirannya. Dia cuba bertenang, sedar bahawa hidupnya kini sudah berbeza. Dia sudah berkahwin dengan Tengku Ahmad Riaz Syab :lelaki yang mencintainya dengan sepenuh hati, dan dia juga berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam perkahwinan mereka.

"Aku pun tak sangka jumpa kau lagi kat sini," Deeandra bersuara perlahan, sambil matanya melilau seketika, mencari kelibat Tengku Ahmad, berharap suaminya tiba untuk menyelamatkannya daripada situasi yang janggal ini.

Daniel menghela nafas, memandang Deeandra dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. "Aku dengar kau dah kahwin. Tahniah, Dee."

Deeandra mengangguk perlahan. "Ya, aku dah kahwin."

Daniel mendekati sedikit, suaranya menjadi lebih lembut. "Kau nampak bahagia. Aku gembira tengok kau macam ni."

Deeandra tersenyum nipis, cuba menghilangkan rasa tak selesa di dalam hatinya. "Thank you, ye sekarang tengah bahagia."

Daniel diam seketika, seolah-olah mencari kata-kata yang sesuai untuk diluahkan. "Dee... aku cuma nak cakap, aku minta maaf untuk semua yang berlaku dulu. Aku harap kita masih boleh jadi kawan."

Deeandra memandang Daniel, cuba membaca niat di sebalik kata-katanya. Sebelum dia sempat menjawab, sebuah kereta berhenti di hadapannya. Deeamdra segera mengenali kereta itu-Tengku Ahmad Riaz Syab sudah sampai.

"Sorry, husband aku dah sampai," kata Deeandra, merasa sedikit lega. Dia melangkah ke arah kereta sambil berpaling sebentar ke arah Daniel.

Tengku Ahmad sampai tepat pada waktunya. Dia melihat Deeandra berdiri di luar bangunan pejabat, namun matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang berbual dengannya. Wajah Deeandra tampak sedikit tegang, namun sebaik sahaja dia melihat kereta Tengku Ahmad, dia segera melangkah ke arahnya dan masuk ke dalam kereta tanpa banyak bicara.

"Sorry lambat, sayang. Traffic jam tadi," kata Tengku Ahmad sambil tangannya mencapai gear.

Deeandra tersenyum kecil, menyembunyikan perasaannya yang bercampur baur. "Tak apa, awak. Let's go home."

Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan itu, dan Deeandra sekali lagi memandang ke cermin sisi. Daniel masih berdiri di situ, memerhatikan kereta mereka bergerak menjauh. Deeandra menarik nafas panjang, cuba menenangkan dirinya.

Suasana di antara mereka terasa sunyi. Tengku Ahmad menjeling ke arah Deeandra yang kelihatan gelisah. Dia cuba menyembunyikan perasaan tidak enaknya, namun hati Tengku Ahmad berasa sedikit terganggu. Sebelum ini, dia jarang melihat Deeandra berkelakuan begini, seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.

"Siapa tadi tu?" tanya Tengku Ahmad, memecah kesunyian.

Deeandra diam. Tangannya sedikit menggenggam, seakan cuba mencari kekuatan untuk menjawab. Namun, dia tetap membisu, pandangannya tertumpu ke luar tingkap.

"I tanya ni, siapa tadi tu?" nada suara Tengku Ahmad tiba-tiba berubah, lebih keras dan tegas.

Deeandra menelan liur, terasa dadanya semakin sempit. Otaknya berputar, cuba memikirkan jawapan yang sesuai. Akhirnya, dengan nada yang hampir berbisik, dia berbohong.

"Kawan sepejabat."

Tengku Ahmad memandangnya sekilas, keningnya sedikit berkerut. "Oh," balas Tengku Ahmad pendek, namun ada sesuatu dalam suaranya yang membuat Deeandra rasa lebih tidak selesa. Jawapan Tengku Ahmad mungkin pendek, tapi dia tahu lelaki itu tidak mudah tertipu.

Sepanjang perjalanan pulang, suasana di dalam kereta terasa tegang. Tengku Ahmad tidak mengungkit lagi tentang lelaki tadi, namun Deeandra dapat merasakan perubahan pada suaminya. Tengku Ahmad mungkin kelihatan tenang, tapi dia tahu suaminya cukup bijak untuk menangkap sesuatu yang tidak kena.

Deeandra cuba menenangkan dirinya, namun rasa bersalah semakin menebal. Dia tahu Tengku Ahmad berhak tahu perkara sebenar, namun dia juga takut akan reaksi suaminya jika dia memberitahu yang lelaki tadi adalah Daniel, bekas kekasihnya. Deeandra tidak mahu menimbulkan salah faham, namun dalam diam dia juga sedar bahawa dengan menyembunyikan perkara ini, dia sedang mencipta jarak yang tidak sepatutnya ada di antara mereka.

Ketika mereka sampai di rumah, Tengku Ahmad keluar dari kereta dan terus menuju ke pintu tanpa berkata apa-apa. Deeandra mengikuti di belakang, perasaannya semakin bergelora. Sesampai di dalam rumah, Tengku Ahmad meletakkan kunci kereta di atas meja, kemudian duduk di sofa dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Deeandra berdiri sejenak, cuba memikirkan apa yang perlu dilakukannya seterusnya.

Akhirnya, Deeandra memberanikan diri untuk mendekati Tengku Ahmad. Dia duduk di sebelah suaminya, cuba menahan perasaan takut yang semakin menyesakkan dada.

"Awak..." panggilnya perlahan.

Tengku Ahmad tidak memandangnya, namun suaranya keluar perlahan tapi tegas.

"Sayang, kalau ada apa-apa, lebih baik you terus terang. I tak suka benda yang disorok ni."

Deeandra menggigit bibir, merasa dadanya semakin berat. Dia tahu saat ini tidak boleh lagi berbohong. "Tadi tu... Daniel," akhirnya Deeandra mengaku, suaranya perlahan tapi jelas.

Tengku Ahmad terdiam sejenak, kemudian memandang Deeandra dengan tajam. "Daniel? Siapa ? Ex you?"

Deeandra mengangguk perlahan, tidak mampu menatap mata Tengku Ahmad.

"Ya, dia. Tapi dah tak ada apa-apa. Dia cuma lalu dan kebetulan nampak saya."

Tengku Ahmad menghela nafas panjang, wajahnya masih tegang.

"Dan you kata tadi dia kawan sepejabat."

Deeandra menunduk, terasa sangat bersalah.

"Saya takut awak marah, sebab tu saya tipu. Saya tak nak kita bergaduh pasal benda yang tak penting."

Tengku Ahmad bangun dari sofa, berjalan mundar-mandir sejenak sambil memegang kepalanya.

"Dee, benda ni bukan pasal marah atau tak marah. Ini pasal kepercayaan. I tak kisah siapa yang you jumpa, tapi I nak tahu kebenaran. Kalau you mula sorok benda-benda kecil macam ni, macam mana I nak percaya you untuk benda yang lebih besar?"

Dee memandang Tengku Ahmad, air mata mula bergenang di matanya.

"Saya minta maaf. Saya tak patut tipu. Saya cuma... saya tak tahu nak buat apa tadi."

Tengku Ahmad berdiri di hadapan Deeandra, masih dengan wajah yang sukar dibaca.

"Dee, I tak nak kita ada rahsia. I sayang you, tapi kalau you tak jujur dengan I, hubungan ni takkan ke mana."

Deeandra mengangguk, air mata mula menitis.

"Saya janji takkan buat lagi. Saya minta maaf."

Tengku Ahmad menarik nafas dalam, kemudian duduk semula di sebelah Deeandra. Dia mengeluh perlahan, membiarkan emosinya reda seketika sebelum berkata dengan nada yang lebih tenang.

"Kita bina hidup baru sama-sama, Dee. Jangan biarkan masa lalu kacau kita. I nak kita jujur antara satu sama lain, apa pun yang terjadi."

Deeandra hanya mampu mengangguk sambil menyeka air matanya. Dia tahu, hari ini dia hampir merosakkan kepercayaan yang telah mereka bina. Tapi dia juga sedar, masih ada ruang untuk memperbaiki segalanya, selama dia bersikap jujur mulai sekarang.

Tengku Ahmad memandang Deeandra dengan lembut, tangannya menggenggam tangan isterinya. "Kita hadap benda ni sama-sama, okay?"

"Okay," jawab Deeandra perlahan, namun penuh tekad. Mereka saling berpandangan sejenak, menyedari bahawa mereka perlu lebih kuat untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience