Setelah 4 bulan perkahwinan, Tengku Ahmad Riaz Syah dan Deeandra mula mengenal satu sama lain. Makin hari makin sayang. Tak lekang dengan panggilan sayang.
Pagi itu, Deeandra melangkahnya cepat kerana dia tidak mahu Tengku Ahmad terjaga selepas menyiapkan sarapan. Suasana pagi di rumah mereka begitu tenang, dengan sinar matahari yang lembut menembusi tingkap bilik.
Sesampainya di bilik tidur, Deeandra mencapai tuala di belakang pintu dan bergegas menuju ke bilik mandi. Namun, langkahnya terhenti apabila dia mendengar suara Tengku Ahmad dari arah katil.
"Nak ikut sekali boleh hehe," kata Tengku Ahmad dengan nada yang santai.
Deeandra berpaling dengan terkejut, matanya terbuka luas melihat Tengku Ahmad yang sudah pun bangun. Belum sempat dia berbuat apa-apa, Tengku Ahmad sudah bangkit dari katil dan menerkamnya, memeluknya rapat di dinding bilik.
"Sayang nak lari mana?" Tengku Ahmad berbisik di telinga Deeandra, menahan Deeandra dengan mesra namun penuh makna.
Deeandra berdebar, jantungnya berdegup laju. Walaupun dia tahu Tengku Ahmad hanya bergurau, namun sentuhan dan dekapan itu membuatkan dia merasa sedikit bernafsu.
"Eh, awak buat apa ni, nanti lambat masuk kerja," Deeandra cuba menenangkan dirinya sambil meronta perlahan.
Tengku Ahmad tersenyum lebar, memandang Deeandra dengan penuh kasih sayang.
"I cuma nak menghidupkan suasana pagi kita dengan sedikit kebahagiaan," katanya sambil mengusap lembut pipi Deeandra.
"Jangan risau, I cuma nak habiskan masa dengan sayang sekejap je. Office tu boleh tunggu sebab I kan bos."
Deeandra tersenyum, mencuba perlahan-lahan melepaskan ketegangan.
"Habis tu, apa awak nak buat ni?" tanya Deeandra dengan nada rasa malu.
Tengku Ahmad menatap Deeandra dengan penuh kasih dan menarik Deeandra dengan lembut ke dalam bilik mandi yang kecil dan sempit. Deeandra meronta-ronta, cuba melepaskan diri dari pelukan Tengku Ahmad, namun pelukan Tengku Ahmad terlalu erat.
Tengku Ahmad memandang Deeandra dengan senyuman penuh kasih dan berkata lembut, "Shh shhh, sayang. I cuma nak, sekejap je dengan sayang."
Deeandra terus meronta sambil menjawab dengan malu, "Taknak, awak. Saya malulah."
Pintu bilik mandi ditutup rapat, dan suara Deeandra semakin jelas, memohon untuk dilepaskan. Namun, Tengku Ahmad tidak berganjak, malah semakin teruja.
Dengan nada terkejut dan kagum, Tengku Ahmad menjerit, "Wow, nice body sayang. Can I cuddle? I like it hehe."
Deeandra, walaupun malu, tidak dapat menahan gelak tawanya. Suasana bilik mandi itu menjadi riuh dengan ketawa dan gelak tawa, mencipta momen penuh keseronokan di antara mereka berdua.
-
Pagi itu, Tengku Ahmad dan Deeandra berada di dalam kereta, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja masing-masing. Cuaca cerah dengan langit biru terbentang luas, seolah-olah memberi isyarat bahawa hari ini bakal menjadi hari yang baik. Deandra duduk di sebelahnya, raut wajahnya tenang sambil matanya tertancap ke luar tingkap, menikmati pemandangan pagi yang masih segar.
"Apa yang menungkan tu, sayang?" tanya Tengku Ahmad, memecah kesunyian di dalam kereta.
Deeandra menggeleng, tersenyum lembut. "Tak ada apa."
Tengku Ahmad tersenyum sambil menekan pedal minyak sedikit. Tiba di pejabat Deeandra, Tengku Ahmad memperlahankan kereta dan menoleh kepadanya.
"I hantar sampai sini ye. Jangan risau, okay? Have a great day," ucap Tengku Ahmad sambil tersenyum penuh kasih.
"Thank you, awak. You too. See you later," jawab Deeandra sambil mencium pipi Syah sebelum keluar dari kereta.
Selepas Deeandra keluar, Tengku Ahmad terus memandu menuju ke pejabatnya pula. Fikirannya masih teringatkan Deeandra, namun segera dialihkan kepada tugasan-tugasan yang menantinya hari ini. Sebaik sahaja tiba di tempat parkir pejabat, Tengku Ahmad baru hendak keluar dari kereta tiba-tiba terdengar suara menyapanya dari sisi.
"Baru sampai, wahai Tengku Ahmad Riaz Syah?" usik Han Iskandar, kawan baik Tengku Ahmad sejak zaman universiti kini menjadi orang kanan Tengku Ahmad.
Tengku Ahmad tertawa kecil mendengar panggilan itu. "Ye kenapa, wahai Han Iskandar? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" balas Tengku Ahmad sambil mengusik kembali.
Han mendekati Tengku Ahmad, kedua-dua tangan diseluk ke dalam poketnya.
"Sudahlah kau, mentang-mentang bos, suka hati je masuk lewat," sindir Han dengan nada bergurau, sambil memandang Tengku Ahmad dengan senyum nakal.
Tengku Ahmad memandang Han dengan pandangan pura-pura sombong. "Eh, kitonyo bos, suka hati sayalah, Han Iskandar," suaranya meleret, membuatkan mereka berdua tertawa.
Mereka berdua terus berjalan ke arah lif, perbualan ringan antara kawan lama terus berlanjutan. Walaupun Tengku Ahmad kini seorang yang dihormati di tempat kerja kerana jawatannya, namun dia masih orang yang sama di mata Han. Kawan-kawannya sering bergurau dengan gelarannya "Tengku Ahmad Riaz Syah," namun bagi Tengku Ahmad, semua itu hanyalah nama. Apa yang lebih penting baginya adalah hubungan yang terjalin dengan orang-orang di sekelilingnya, terutamanya Deeandra dan rakan-rakan rapatnya seperti Han.
Setiba di pejabat, Tengku Ahmad dan Han berpisah di hadapan bilik masing-masing. Sebelum melangkah masuk, Tengku Ahmad sempat mengucapkan sesuatu.
"Jangan lupa makan tengah hari nanti, Han. Aku belanja."
Han menoleh dan tersenyum. "Deal. Jangan lupa panggil aku."
Tengku Ahmad mengangguk dan melangkah masuk ke pejabatnya. Hari ini adalah satu lagi hari biasa dalam hidup Tengku Ahmad, namun dia tahu bahawa setiap hari membawa cabaran baru yang perlu dihadapi, baik sebagai suami mahupun sebagai bos. Tapi dengan Deeandra di sisinya, dan kawan-kawan seperti Han yang selalu ada, Tengku Ahmad yakin dia mampu melalui semuanya dengan tenang dan berani.
Share this novel