POV : Tengku Ahmad Riaz Syah
'Tuk tuk tuk.'
"Masuk."
Tengku Ahmad sedang duduk di kerusinya, matanya terarah pada helaian kertas projek yang berselerak di atas meja. Tangan kanannya mengurut dahi, tanda kepenatan. Dia tahu, projek syarikat yang sedang diurusnya ini sangat penting. Namun, beban yang terasa semakin berat menekan fikirannya.
"Erm, Tengku, ada orang nak jumpa," suara Irin, setiausahanya, memecah konsentrasinya.
"Siapa?" soal Tengku Ahmad tanpa mengalihkan pandangannya dari dokumen di hadapannya.
"Dia cakap dia girlfriend Tengku," balas Irin, sedikit ragu.
Tengku Ahmad menghela nafas panjang. "Oh, bagi dia masuk," arahnya dengan nada lelah.
"Baik, Tengku." Irin keluar dari bilik pejabat. Namun, belum sempat dia membuka mulut, Afrina sudah melulu masuk, seolah-olah sudah biasa dengan keadaan itu.
"Hai baby!" Afrina berkata dengan nada manja, melangkah penuh yakin.
Tengku Ahmad mendongak, jelas terganggu. "You buat apa kat sini? Tahukan I tengah kerja. Balik nanti boleh je jumpa," suaranya tegas, penuh dengan ketidakpuasan.
Afrina tidak peduli dengan nada itu. "Alah you ni, I bosanlah duduk rumah. Mommy I asyik membebel. I nak ajak you keluar lunch," rengek Afrina, mempamerkan muka tidak puas hati.
Tengku Ahmad menggeleng kepala. "I tengah busy lah. Nanti jelah I makan. You pergi makan sorang atau ajak kawan you," balas Tengku Ahmad, cuba mengawal rasa marah yang makin membuak.
Afrina mula mendengus. "Ish, you ni! Masa I free, you busy memanjang. Masa I busy, you free. Bila lagi kita nak dating? I penatlah macam ni. Macam tunggul je rasa."
Tengku Ahmad tiba-tiba bangun, mengejutkan Afrina yang berada di depannya. Dengan satu hentakan tangan ke meja, dia membalas, "Kan I kata I busy, you ni tak faham bahasa ke? Nanti jelah keluar!"
Afrina terdiam. Jantungnya berdegup laju, terkejut dengan sikap Tengku Ahmad yang tiba-tiba marah. Ini kali pertama dia melihat lelaki itu kehilangan sabar di hadapannya. Afrina memutuskan untuk tidak membalas. Dia bangun dan melangkah keluar dari pejabat tanpa sepatah kata, takut jika situasi menjadi lebih buruk.
Tengku Ahmad memejamkan mata, cuba menenangkan diri. "Haish, serabut betullah. Nak kerja pun tak senang," keluhnya perlahan.
-
Malam itu, angin sepoi-sepoi bahasa menyelusuri taman rumah banglo keluarga Tengku Ahmad. Dia termenung sambil memandang ke luar tingkap, secawan kopi panas di tangannya. Fikirannya jauh melayang. Telefon bimbit di tangannya bergetar, tetapi Tengku Ahmad enggan membukanya. Notifikasi mesej dari Afrina bertalu-talu masuk, namun dia biarkan.
'Ah, serabutlah minah ni. Tak penting pun,' bisik hati Tengku Ahmad Riaz Syah.
Dia bangun dari kerusi, masuk ke dalam rumah dan menutup pintu perlahan. Di ruang tamu, Datin Fazira sedang duduk, menunggu anak tunggalnya pulang. Wajahnya tenang namun ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
"Buat apa kat luar tu?" tegur Datin Fazira, memandang Tengku Ahmad yang baru melangkah masuk.
"Tak ada apa, ma. Ambil angin je. Kenapa mama tak tidur lagi?" balas Tengku Ahmad, duduk di sebelahnya.
"Papa dah tidur, tapi mama nak borak sikit dengan Syah," kata Datin Fazira sambil mencapai telefon bimbitnya. Dia membuka satu mesej WhatsApp yang dikirim beberapa hari lepas, kemudian menunjukkan gambar seorang gadis kepada Tengku Ahmad.
"Cantik tak?" tanya Datin Fazira, senyum penuh makna.
Tengku Ahmad memandang gambar itu dengan kening berkerut. "Cantik... tapi siapa dia ni, ma?"
Datin Fazira hanya tersenyum lebih lebar. "Nanti Syah tahulah... Mama cuma nak Syah tengok dulu. Hehe," balasnya, penuh teka-teki.
"Eh, cakaplah! Kenapa mama tunjuk gambar ni?" rayu Tengku Ahmad, semakin keliru dengan situasi itu.
Namun, Datin Fazira hanya tergelak kecil. "Ish, mama ni," rungut Tengku Ahmad, sedikit kecewa. Tanpa menunggu lebih lama, dia bangun dan menuju ke bilik. Namun, bayangan wajah gadis dalam gambar itu terus bermain di fikirannya.
'Siapa dia? Kenapa mama tunjuk kat aku?' fikir Tengku Ahmad sebelum dia merebahkan diri di atas katil, membiarkan soalan-soalan itu berlegar di fikirannya.
Share this novel