Bab 4

Drama Series 3284

Selepas seharian bekerja, Tengku Ahmad memeriksa jam tangannya, tersenyum apabila mesej dari Afrina masuk.

"Jom keluar makan malam, penat gila hari ni."

Tanpa berfikir panjang, Tengku Ahmad bersetuju. Lagipun, dia sudah lama tidak meluangkan masa dengan Afrina. Selesai kerja, mereka bertemu di sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur. Suasana tenang dan angin malam yang sepoi-sepoi menambah nyaman. Perbualan antara mereka meleret dari cerita kerja hingga ke rancangan percutian yang mungkin mereka mahu lakukan bersama suatu hari nanti.

Waktu semakin larut, dan Tengku Ahmad tahu dia sudah terlalu lama di luar. Walaupun Afrina cuba meyakinkannya untuk meluangkan lebih masa, Tengku Ahmad teringatkan keluarganya di rumah, khususnya ibunya, Datin Fazira. Mereka berpisah sekitar tengah malam, dan Tengku Ahmad memandu pulang dalam kepenatan namun dengan rasa puas hati.

Setibanya di rumah, dia melangkah masuk dengan senyap, tetapi Datin Fazira sudah menunggu di ruang tamu.

"Syah, dari mana ni? Lewat betul balik," tegur Datin Fazira, suaranya tenang tapi jelas penuh maksud.

Tengku Ahmad tersenyum kelat. "Keluar dengan Afrina, ma."

Datin Fazira mendengus kecil. "Asyik-asyik Afrina. Dia takde life ke? Tiap malam nak ajak keluar. Kamu ni tak ada kerja lain ke selain ikut dia?"

Tengku Ahmad menggaru kepala yang tidak gatal. "Ma, kiteorang baru je dapat keluar. Lagipun, tak salah keluar kejap lepas kerja kan?"

Namun, Datin Fazira tidak nampak begitu senang dengan jawapan itu. Dia duduk dan terus bertanya, "Sabtu ni kamu free tak? Kawan mama jemput datang ke rumah dia, ada open house katanya. Kita kena pergi."

Tengku Ahmad yang sudah letih hanya mampu mengangguk. "Free, ma. Sabtu ni takde apa-apa."

"Bagus. Jangan buat hal lain," pesan Datin Fazira sebelum bangkit meninggalkan Tengku Ahmad sendirian di ruang tamu. Dia tahu, walaupun ibunya nampak tenang, ada sesuatu yang tak kena bila soal Afrina dibangkitkan. Tapi Tengku Ahmad tidak mahu membiarkan fikirannya berputar pada malam itu. Dia segera naik ke bilik, bersedia untuk berehat.

-

Hari Sabtu pun tiba. Tengku Ahmad mengenakan kemeja berwarna biru lembut dan seluar khakis yang kemas. Dia tidak tahu apa yang dijangka dari perjumpaan kali ini, tetapi dia tetap mematuhi permintaan ibunya. Setibanya di rumah Encik Ismail dan Puan Herlina, suasana rumah itu riuh rendah dengan tetamu yang ramai.

Datin Fazira dan Datuk Hadi disambut mesra oleh tuan rumah. Mereka saling bertukar senyuman dan salam. Namun, Tengku Ahmad yang berada di belakang keluarganya tiba-tiba merasa seperti waktu terhenti. Matanya tertancap pada seorang wanita yang sedang berdiri di ruang tamu, bercakap dengan beberapa tetamu lain. Wanita itu, yang kelihatan anggun dengan baju kurung moden berwarna pastel, adalah orang yang pernah dia temui di tempat kerja tempoh hari. Nama wanita itu... Deeandra.

Tengku Ahmad terpempan. Tak sangka mereka akan bertemu lagi dalam keadaan sebegini. Hatinya mula rasa tak tenang.

'Apa dia buat di sini?' fikirnya. Dia cuba untuk menghindari pandangan, namun segala-galanya berubah apabila perbualan antara ibu bapanya dan keluarga Dee mula menjurus ke arah yang tidak disangka-sangka.

"Apa kata kita satukan saja anak-anak kita?" cadang Puan Herlina dengan senyuman lebar.

Tengku Ahmad dan Deeandra, yang berdiri agak jauh dari perbualan itu, masing-masing menoleh serentak. Kedua-dua mereka jelas terkejut.

"Ma, apa ni?" bisik Tengku Ahmad, namun suaranya hampir tersekat.

Dee pula jelas tidak selesa, wajahnya pucat. Mereka pernah berjumpa sekali sahaja, dan itu pun dalam urusan kerja. Bagaimana mungkin orang tua mereka boleh terfikir untuk menyatukan mereka?

"Apa pula ni? Kami tak pernah kenal pun!" kata Dee dalam hatinya, sambil matanya sesekali mencuri pandang ke arah Tengku Ahmad yang kelihatan sama bingung.

Hari itu terasa terlalu panjang bagi Tengku Ahmad dan Deeandra. Mereka berdua cuba untuk tidak menonjolkan perasaan mereka di hadapan keluarga, tetapi dalam diam, mereka masing-masing cuba mencari jalan keluar dari situasi ini.

Setelah majlis hampir selesai, Tengku Ahmad dan Deeandra duduk di luar rumah, sedikit terpisah dari orang ramai.

Akhirnya, Dee bersuara, "kita kena buat sesuatu."

Tengku Ahmad mengangguk setuju. "I tak setuju dengan plan ni. Kita pun tak pernah kenal. Ni semua tiba-tiba pulak."

Dee tersenyum hambar. "Saya rasa kita perlu berterus terang dengan diorang. Saya tak nak hidup dalam bayangan perancangan orang lain."

Tengku Ahmad memandang wajah Dee yang kelihatan tegas, tetapi di sebalik ketegasan itu, dia dapat merasakan perasaan Dee yang sama seperti dirinya-terperangkap.

"I cuba bercakap dengan mama. Tapi you tahu kan, diorang mungkin tak mudah terima kalau kita menolak, tapi I cuba slowtalk."

Dee hanya mengangguk, dan perbualan itu terhenti di situ, seolah-olah mereka sama-sama tahu bahawa keputusan itu akan menjadi lebih sukar daripada yang dijangka.

-

Sejak pertemuan itu, hubungan Tengku Ahmad dengan Afrina juga menjadi semakin rumit. Afrina mula menyedari bahawa Tengku Ahmad sering kali kelihatan berfikir jauh, seperti memikirkan sesuatu yang berat.

"Baby, you okay ke?" tanya Afrina pada satu malam ketika mereka keluar makan seperti biasa.

Tengku Ahmad tersentak dari lamunannya. "I okay... cuma ada benda yang I kena selesaikan dengan keluarga I."

"Pasal apa?" Afrina bertanya dengan wajah penuh kerisauan. Tapi Tengku Ahmad hanya tersenyum kecil, enggan membuka lebih banyak tentang situasi yang sedang dia hadapi.

Semua yang terjadi antara Tengku Ahmad, Deeandra dan keluarganya menjadi beban yang semakin berat di pundaknya. Pilihan antara bersama Afrina atau memenuhi kehendak keluarganya mula menjadi persoalan besar dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience