Bab 12

Drama Series 3284

Deeandra duduk di ruang tamu, memandang kosong ke arah telefon bimbitnya yang terletak di atas meja. Sejak pagi, perasaannya tidak tenang. Dia memutuskan untuk tidak pergi kerja hari itu, terlalu banyak perkara yang bermain di fikirannya. Hatinya kacau dengan mesej yang diterima dari Daniel, bekas kekasih yang tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya. Tetapi apa yang lebih membimbangkan, Tengku Ahmad,suaminya masih belum pulang dan tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej.

'Apa yang Daniel nak sebenarnya?' Deeandra berbisik perlahan kepada dirinya.

'Dia dah tahu aku dah kahwin, kenapa dia masih nak ganggu rumah tangga aku?'

Deeandra teringat kembali pertemuan tak dijangka dengan Daniel ketika dia bersama Ezza. Ketika itu, dia tidak merasakan apa-apa selain rasa janggal dan sedikit takut. Dia tahu sejarah mereka telah lama berlalu, tapi Daniel masih seolah-olah tidak mahu melepaskan kenangan lama. Dan sekarang, Tengku Ahmad Riaz Syab, suami yang dicintainya, mungkin salah faham dan meragui kesetiaannya.

Petang mulai menjelang, dan jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 6 petang. Biasanya, Tengku Ahmad Riaz Syah akan pulang sekitar waktu ini, atau paling tidak, mengirimkan mesej jika ada halangan. Namun hari ini, tidak ada sebarang khabar dari suaminya. Deeandra cuba menghubungi Tengku Ahmad beberapa kali lagi, tetapi seperti sebelumnya, panggilan itu tidak dijawab. Keadaan itu membuatkan perasaan Deeandra semakin risau dan serba salah.

'Syah marah sangat kat aku ke sampai dia tak nak jawab call aku?' fikir Deeandra, air matanya mulai bergenang.

Suasana rumah yang sunyi semakin menghimpit perasaannya. Fikiran Deeandra berputar dengan pelbagai kemungkinan.

'Apa yang aku boleh buat? Aku dah cuba jelaskan, tapi dia tak nak dengar.' Hatinya semakin berat.

Deeandra mula membayangkan senario terburuk :adakah Tengku Ahmad Riaz Syah akan tinggalkannya kerana salah faham ni? Adakah perkahwinan mereka akan hancur hanya kerana mesej yang tidak diundang itu?

Langit di luar semakin gelap, dan jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Tengku Ahmad masih belum pulang, dan telefon bimbitnya masih tidak memberikan sebarang respon. Deeandra mula merasa takut.

'Kenapa awak tak balik lagi Syah? Awak kat mana? awak marah dekat saya lagi ke?' Rasa bersalah dan kebimbangan bercampur-baur dalam dirinya.

Dengan tangan yang menggigil, Deeandra sekali lagi cuba menelefon Tengku Ahmad. Kali ini, panggilan itu terus masuk ke peti suara. Dee menggigit bibir, rasa tak keruan mula menyelubungi dirinya. Dia benar-benar tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hendak menelefon keluarga Tengku Ahmad, tapi dia takut keadaan menjadi lebih buruk.

"Ya Allah, tolonglah. Bantu aku, janganlah Syah marah kat aku. Janganlah dia tinggalkan aku macam ni," doa Deeandra dalam hati, air matanya mulai menitis. Hatinya penuh dengan rasa takut, takut akan kehilangan lelaki yang dia cintai sepenuh hati.

Malam semakin larut, dan Deeandra masih menunggu di ruang tamu, matanya tertumpu pada pintu. Setiap kali terdengar bunyi kenderaan di luar, dia berharap itu adalah Tengku Ahmad. Namun, pintu itu tetap tidak dibuka, dan Tengku Ahmad masih tidak pulang.

Deeandra memeluk dirinya sendiri, cuba menenangkan perasaan yang semakin berantakan. Dia tahu, dia perlu kuat, dia perlu berdepan dengan masalah ini. Tapi entah bagaimana, dia merasakan seolah-olah semuanya berada di luar kawalannya.

Telefon bimbit Deeandra tiba-tiba bergetar, memecah keheningan. Deeandra cepat-cepat mencapainya, berharap itu adalah mesej dari Tengku Ahmad. Namun, hatinya hancur apabila melihat nama yang tertera di skrin-Nombor yang tidak dikenali (Daniel).

- 'Dee, aku tahu kau mungkin tak nak cakap dengan aku, tapi aku betul-betul nak jumpa. Sekali je. Aku tak boleh lupakan apa yang kita pernah lalui.'

Deeandra menggigil. Inilah yang paling dia takuti. Daniel tidak akan berhenti. Dan sekarang, dia benar-benar takut. Takut jika Tengku Ahmad tahu, takut jika keadaan semakin buruk, dan takut jika segala yang telah dia bina bersama Tengku Ahmad akan hancur begitu saja.

-

Tengku Ahmad dan Han Iskandar duduk di sebuah restoran kecil yang tidak jauh dari pejabat mereka. Suasana di dalam restoran itu tenang, hanya beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati hidangan mereka. Tengku Ahmad masih terdiam, cuba mengusir kekusutan yang bersarang di fikirannya. Han Iskandar memesan minuman untuk mereka berdua, cuba menceriakan suasana. Namun, Tengku Ahmad tidak mampu memikirkan apa-apa selain Deeandra dan mesej dari Daniel yang menghancurkan ketenangannya.

"Syah, aku tahu kau marah. Tapi takkan kau nak biarkan perasaan marah tu rosakkan rumah tangga kau?" Han mula bersuara, nada suaranya tenang namun tegas. Dia memandang Tengku Ahmad, cuba menarik perhatian sahabatnya yang kelihatan jauh tenggelam dalam dunianya sendiri.

Tengku Ahmad hanya menghela nafas panjang, pandangannya kosong.

"Aku bukan marah sangat kat Dee... Aku cuma... aku rasa tergugat. Kenapa ex Dee masih kacau dia? Dan kenapa Dee tak bagitahu aku awal-awal?"

Han Iskandar mengangguk perlahan, memahami kekusutan Tengku Ahmad Riaz Syah.

"Aku faham, Syah. Tapi kau kena faham juga situasi dia. Kadang-kadang, orang tak beritahu bukan sebab nak sembunyikan sesuatu, tapi sebab dia tak nak menyusahkan orang lain. Mungkin Deeandra takut kau salah faham, takut benda ni kecil jadi besar. Tapi sekarang benda ni dah jadi. Kau kena bagi dia peluang untuk jelaskan."

Tengku Ahmad merenung jauh. Ego dan rasa tidak percaya yang membelenggu dirinya masih terasa berat. Tapi jauh di sudut hati, dia tahu Han betul. Deeandra tidak pernah memberikan sebab untuk dia meragui kesetiaan isterinya sebelum ini. Deeandra sentiasa jujur, dan jika Daniel memang benar-benar mengganggu, itu bukan salah Deeandra.

Telefon bimbit Tengku Ahmad tiba-tiba berdering lagi, memecah kesunyian di antara mereka. Nama 'My Sweetie Wife' tertera di skrin. Tengku Ahmad memandang telefon itu dengan perasaan serba salah, hatinya masih ragu-ragu untuk menjawab. Sudah berkali-kali Deeandra cuba menghubunginya sepanjang hari ini, tapi dia mengabaikan setiap panggilan.

Han Iskandar melihat reaksi Tengku Ahmad, lalu meletakkan tangannya di bahu Tengku Ahmad dengan lembut.

"Bro, angkatlah. Mungkin Dee dah risau sangat tu. Tak baik biarkan isteri kau dalam keadaan macam ni. Kadang-kadang, ego kita tak berbaloi kalau akhirnya kita kehilangan orang yang kita sayang."

Tengku Ahmad memandang Han Iskandar, kemudian ke arah telefon yang masih berdering. Perlahan-lahan, dia merasakan dinding egonya mulai runtuh. Dia sedar dia tak boleh terus begini. Deeandra berhak diberikan peluang untuk menjelaskan. Dengan satu helaan nafas panjang, Tengku Ahmad menurunkan egonya dan menekan butang jawab.

"H-Hello..." suara Tengku Ahmad terdengar berat, tapi perlahan.

"Awak..." suara Deeandra di hujung talian terdengar serak dan lembut, penuh dengan kebimbangan.

"Awak, tolonglah jangan marah. Saya betul-betul risau. Awak kat mana? Saya cuba call awak dari tadi, kenapa tak jawab? Tolonglah jangan buat macam ni..."

Suara Deeandra membuatkan hati Tengku Ahmad sedikit tersentuh. Dia dapat merasakan betapa risau dan takutnya Deeandra pada saat itu. Dia diam sejenak, cuba menahan perasaan yang bercampur-baur di dalam dadanya.

"I... I kat luar dengan Han," jawab Tengku Ahmad perlahan.

"I cuma... perlukan masa untuk fikir. Sayang, I tak tahu nak buat apa sekarang. I tak suka bila orang macam Daniel ganggu hidup kita."

Deeandra teresak sedikit di hujung talian, suaranya hampir tenggelam dalam tangisan.

"Awak, saya tak tahu kenapa dia buat macam ni. Saya dah lama tak ada apa-apa dengan dia. Saya tak pernah layan mesej dia, saya cuma... saya takut awak salah faham."

Tengku Ahmad terdiam lagi, mendengar esakan isterinya. Dia tahu Deeandra benar-benar tidak bersalah, tapi emosinya masih berperang di dalam. Ego lelaki dan rasa marahnya bercampur-aduk.

Han Iskandar, yang mendengar sedikit perbualan itu dari sebelah, menyentuh bahu Tengku Ahmad Riaz Syah sekali lagi.

"Syah, lepaskan marah kau. Balik rumah, bincang elok-elok. Jangan biarkan salah faham ni musnahkan apa yang kau dah bina dengan Dee."

Tengku Ahmad mengangguk perlahan, menyedari betapa pentingnya apa yang dikatakan Han Iskandar. Dia tidak boleh biarkan perkara ini merosakkan rumah tangga mereka. Dengan suara yang lebih lembut, Tengku Ahmad berkata kepada Deeandra,

"Jap lagi I balik, sayang. Kita bincang elok-elok bila I sampai rumah."

Deeandra menarik nafas lega, masih dengan suara serak.

"Terima kasih, awak. Saya tunggu awak."

Tengku Ahmad menamatkan panggilan, memandang Han Iskandar dengan senyuman kecil yang penuh dengan keletihan. "Kau betul, Han. Aku kena dengar penjelasan dia."

Han Iskandar tersenyum puas.

"Itulah. Jangan biar ego kau hancurkan kebahagiaan yang kau ada, bro. Cinta yang kau ada dengan Deeandra tu tak berbaloi untuk dikorbankan hanya kerana salah faham."

-

Deeandra merasakan kelegaan yang mendalam sebaik terdengar bunyi motor di luar rumah. Jantungnya berdegup kencang, tapi kali ini lebih disebabkan oleh rasa syukur kerana suaminya sudah pulang. Dari ruang tamu, Deeandra cepat-cepat melangkah menuju pintu utama, berharap agar mereka dapat menyelesaikan segala salah faham dengan baik.

"Awak?" panggil Deeandra lembut sebaik sahaja melihat Tengku Ahmad di hadapan pintu. Wajah suaminya tampak letih, namun ada ketenangan yang sedikit terpancar dari matanya.

"Assalamualaikum, sayang." salam Tengku Ahmad dengan suara yang lembut, penuh penyesalan.

"Waalaikumsalam," jawab Deeandra, sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. Tangan Tengku Ahmad yang hangat menyentuh jemarinya membuatkan Deeandra rasa sedikit lega, seolah-olah semua masalah di antara mereka akan segera berakhir.

Tengku Ahmad menatap wajah isterinya yang merah dan tampak letih. Matanya yang sedikit bengkak menunjukkan bahawa Deeandra mungkin menangis sepanjang hari tu. Hatinya tertusuk rasa bersalah. Dia mengusap lembut pipi Deeandra, sentuhan itu penuh kasih sayang yang tidak terungkap dengan kata-kata.

"Tak mau nangis, okay? I ada kat sini sekarang," pujuk Tengku Ahmad lembut, suaranya penuh dengan rasa serba salah.

Deeandra hanya mampu mengangguk, namun air matanya kembali mengalir tanpa dia mampu menahannya. Dia sudah cuba kuat sepanjang hari, tapi kehadiran Tengku Ahmad Riaz Syah membuat segala beban emosinya pecah.

"Awak... saya minta maaf sangat..." Suaranya tersekat-sekat, tetapi penuh dengan kejujuran dan kerinduan.

Deeandra tidak dapat menahan air matanya lagi. Dia meluru memeluk Tengku Ahmad, memeluknya seerat yang mungkin. Tubuhnya menggigil sedikit dalam pelukan itu dan Tengku Ahmad sedikit terkejut dengan kehangatan dan intensiti pelukan Deye. Dia tidak menyangka Deeandra akan sebegitu emosional, namun hatinya tersentuh melihat betapa sayangnya isterinya terhadapnya.

Tengku Ahmad membalas pelukan itu dengan erat, memeluk Deeandra seakan tidak mahu melepaskannya lagi.

"I yang patut minta maaf, sayang. I tak patut buat you macam ni. I salah sebab biarkan perasaan I kuasai diri."

Deeandra menarik diri sedikit dari pelukan, melihat wajah Tengku Ahmad dengan mata yang masih basah.

"Saya betul-betul tak ada apa-apa dengan Daniel, awak. Saya tak pernah nak balas mesej dia dan saya dah cuba elak dari dia sebaik mungkin. Saya tak sangka dia masih nak ganggu saya."

Tengku Ahmad mengangguk, kali ini dia betul-betul mahu mendengar apa yang isterinya perlu katakan.

"I tahu, sayang. I percayakan you. I cuma... I takut kehilangan you. Bila I nampak mesej tu, I rasa... mungkin I tak cukup baik untuk you."

Deeandra menggeleng kuat, memegang pipi Tengku Ahmad Riaz Syah dengan kedua-dua tangannya.

"Jangan cakap macam tu, awak. Saya sayangkan awak lebih dari segalanya. Daniel tu cuma masa lalu dan awak adalah masa depan saya. Saya tak akan lepaskan awak hanya kerana sesuatu yang dah lama berlalu."

Tengku Ahmad tersenyum kecil, hatinya perlahan-lahan mula dipenuhi dengan kelegaan. Perasaan marah, cemburu, dan ragu-ragu yang membelenggunya sejak pagi tadi mula hilang. Dalam pelukan Dyee, dia menemui semula ketenangan yang hilang.

"I janji I tak akan biarkan ego I menghalang kita lagi," kata Tengku Ahmad, suaranya tegas namun lembut.

"Kalau Daniel kacau lagi, I sendiri yang akan uruskan."

Deeandra tersenyum kecil melalui air matanya. "Terima kasih, awak."

Tengku Ahmad menarik Dee lebih rapat, membelai rambut isterinya dengan lembut.

"I love you, sayang. Lebih dari apa yang you tahu."

"I love you too. Selamanya."balas Deeandra.

Malam itu, kedua-dua mereka duduk di sofa, berbual dengan lebih tenang dan jujur. Tengku Ahmad akhirnya mendengar segala penjelasan Deeandra dan Deeandra pula menerima keyakinan dari suaminya bahawa mereka akan melindungi perkahwinan mereka dari gangguan luar.

Tengku Ahmad tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat wajah Dee yang tersengih ceria.

"I mandi dulu boleh? Rasa berlengaslah badan ni," katanya sambil melangkah ke bilik mandi.

"Okay awak mandi dulu, saya siapkan makan malam. Harini saya masak special untuk awak." ucap Deeandra.

"Special? Awak masak apa?" soal Tengku Ahmad. Dia tahu Deeandra memang suka buat kejutan.

Sementara Tengku Ahmad sedang mandi, Deeandra sibuk di dapur menyiapkan hidangan makan malam. Dia memilih untuk memasak hidangan kegemaran suaminya, spaghetti carbonara dengan tambahan ayam panggang yang renyah. Bau wangi sos berkrim yang melimpah dari kuali membuatkan Deeandra tersenyum sendiri, berharap Tengku Ahmad akan teruja dengan hasil masakannya.

'Aku harap dia suka kali ni,' bisik Deeandra dalam hati sambil menghidangkan spaghetti dan ayam panggang di atas meja. Dia tahu Tengku Ahmad pasti penat setelah seharian bekerja.

Tak lama kemudian, Tengku Ahmad muncul dari bilik mandi dengan rambut yang masih basah dan wajah yang segar.

"Haa, I dah siap mandi. Sekarang bagitahu I apa yang special sangat tu?" gurau Tengku Ahmad sambil menghampiri meja makan.

Deeandra tersengih.

"Tadaa! Spaghetti carbonara dengan ayam panggang. Special untuk awak malam ni."

Mata Tengku Ahmad Riaz Syah berbinar-binar melihat hidangan di atas meja.

"Wah, spaghetti carbonara! I suka ni. Ni nak pujuk I ke macam mana, tahu je cara nak jaga hati I," puji Tengku Ahmad Riaz Syah dengan senyuman lebar.

Deeandra tersenyum lebar, puas hati melihat reaksi Tengku Ahmad.

"Yelah, awak dah penat kerja, mestilah saya nak buat awak happy."

Tengku Ahmad duduk di meja makan dan mula mengambil suapan pertama. Matanya terpejam seketika, menikmati rasa yang lembut dan berkrim.

"Sayang, ni sedap gila. You memang pandai masak eh."

Deeandra ketawa kecil, berasa lega melihat suaminya menikmati hidangan itu.

"Terima kasih, awak. Saya masak dengan penuh kasih sayang sebab tu sedap."

Tengku Ahmad tersenyum dan mengangguk. "Thanks juga masakkan untuk I."

Sepanjang makan malam, suasana di antara mereka terasa sangat santai dan mesra. Mereka berbual tentang hari masing-masing, ketawa dengan gurauan-gurauan kecil, dan Deeandra merasakan kelegaan yang mendalam. Segala kerisauan dan salah faham yang pernah melanda mereka kini telah jauh di belakang.

"Sayang, I nak cakap something boleh?" ujar Tengku Ahmad tiba-tiba, nada suaranya serius namun lembut. Deeandra menoleh, terkejut dengan perubahan nada suaminya.

"Apa dia tu, awak?" tanya Deeandra, sedikit cemas.

Tengku Ahmad meletakkan garpu dan menatap mata Deeandra dengan penuh ketulusan.

"I minta maaf sebab buat you risau. I sedar, kadang-kadang ego I buatkan kita gaduh. Tapi I nak you tahu, I takkan pernah lepaskan you. Apa pun yang jadi, kita hadap sama-sama."

Deeandra terharu dengan kata-kata Tengku Ahmad. Air matanya mula bertakung di hujung mata, namun dia cuba menahan.

"Awak, saya pun minta maaf. Saya tak pernah berniat untuk buat awak rasa macam tu. Saya sayangkan awak".

Tengku Ahmad bangun dari tempat duduknya dan menghampiri Deeandra, lalu memegang tangan isterinya dengan lembut.

"I sayang you juga, sayang. Terima kasih sebab sentiasa ada untuk I."

Malam itu, di bawah cahaya lampu yang lembut, Deeandra dan Tengku Ahmad Riaz Syah mengukuhkan semula ikatan cinta mereka yang tidak tergugat oleh dugaan.

Selepas makan malam, mereka berdua duduk di sofa, menikmati secawan teh sambil menonton filem kegemaran mereka. Tengku Ahmad menarik Deeandra ke dalam pelukannya, memberikan rasa selamat dan bahagia yang tidak ternilai harganya. Sesaat itu, Deeandra tahu, dengan Tengku Ahmad di sisinya, dia tidak perlu risau lagi. Mereka akan sentiasa ada untuk satu sama lain, dalam suka mahupun duka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience