Bab 7

Drama Series 3284

Hari ini adalah hari cuti bagi Deeandra, tetapi tidak bagi suaminya, Tengku Ahmad Riaz Syah, yang terpaksa menghadiri mesyuarat penting dengan klien. Walaupun hari itu sepatutnya menjadi hari rehat bagi pasangan suami isteri itu, tugas tetap menuntut tanggungjawab.

Deeandra memandang suaminya dengan senyuman manis sebelum berkata,

"Awak, saya nak keluar dengan Ezza hari ini. Boleh?" tanya Dee nada lembut. Suaminya yang sedang sibuk menyusun dokumen di atas meja memandang sekilas, kemudian tersenyum kecil.

"Boleh, sayang. Tapi jaga mata, jaga hati, jaga diri, okay? I love you," ujar Tengku Ahmad dengan tenang, tetapi penuh makna.

Dee tersentak mendengar kata-kata terakhir suaminya.

"I love you?" bisik Dee dalam hatinya. Mata Dee terarah ke wajah Tengku Ahmad, melihatnya dengan penuh makna, seolah-olah ingin memahami lebih daripada yang terucap.

Deeandra menarik nafas dalam dan berkata perlahan, "I love you too, awak." suara Deeandra lembut, tetapi jelas menggetarkan perasaan mereka berdua.

Tengku Ahmad mengukirkan senyuman kecil di bibirnya. "I nak kita macam ni selalu, boleh sayang?" tanya Tengku Ahmad dengan nada serius tetapi lembut, seolah-olah mengikat satu janji yang tidak diucap.

Deeandra mengetap bibir, matanya sedikit berkaca. Dia hanya mampu mengangguk, tidak mampu berkata-kata kerana terharu dengan ungkapan itu. Dia menghulurkan tangan untuk salam, dan seperti kebiasaan, Tengku Ahmad menyambutnya. Deeandra cium tangan suaminya dengan penuh hormat, tanda kasih dan taat.

"I gerak dulu, okay? Ingat pesan I. Jaga mata, jaga hati, jaga diri," ulang Tengku Ahmad sebelum melangkah keluar rumah.

Deeandra hanya mampu mengangguk. "Okay awak, awak pun sama ya," balas Deeandra dengan senyum yang terpaksa ditahan, kerana perasaan di hatinya seakan mengalir deras, terlalu hangat dan membara.

Tengku Ahmad masuk ke dalam keretanya dan meluncur keluar dari halaman rumah. Hati Dee bergetar hebat. "Tengku Ahmad Riaz Syah ni, romantik juga ya," bisiknya pada diri sendiri. Hanya kata-kata Tengku Ahmad sudah cukup membuat Deeandra cair, seolah-olah perasaan cintanya jatuh semula.

Deeandra tersandar di kerusi seketika, tersenyum sendiri memikirkan betapa bertuahnya dia memiliki suami seperti Tengku Ahmad Riaz Syah. Cinta yang mereka bina bukan sekadar janji, tetapi ikatan yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kepercayaan.

Hati Deeandra kini semakin yakin. Perasaan cintanya pada Tengku Ahmad tidak pernah goyah, malah semakin hari semakin kukuh.

-

Petang itu, Deeandra bertemu dengan Ezza di restoran Texas seperti yang dijanjikan. Hati Deeandra berbunga-bunga, gembira dapat berjumpa dengan sahabat lamanya setelah sekian lama tidak bersua.

"Weh, Dee! Lama gila tak jumpa. Aw, rindunya kat kau!" jerit Ezza sambil memeluk erat Dee, seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

Deeandra ketawa kecil, memeluk balik sahabat baiknya itu.

"Iye, do! Aku pun rindu kau. Dah lama betul tak jumpa. Kau macam mana? Okay belajar kat sana? Ada jumpa orang baru tak?" usik Dee sambil mengenyit mata.

Ezza tersengih, "Orang baru? Maksud kau boyfriend?" Dia tergelak kecil, mengingatkan betapa Dee masih suka mengusik seperti dahulu.

Dee menutup mulutnya dengan tangan, cuba menahan ketawa. "Ye lah, boyfriend! Takkan sugar daddy pulak," balas Dee, mata berkilauan dengan gurauan.

"Haha, boyfriend tak ada tapi aku ada sugar daddy," balas Ezza sambil menjeling tajam, membuat Dee terkejut seketika.

Dee mengerutkan dahi, cuba memahami. "Eh, betul ke ni?" soalnya separuh serius.

Ezza ketawa kecil. "Kau ni, tak habis-habis percaya dengan cerita aku. Dari dulu aku bergurau macam tu, kau tak pernah lupa nak sindir!" katanya sambil menepuk bahu Dee.

Dee ikut ketawa. "Yelah, kau pun memang dari dulu perangai tak berubah. Asyik cakap pasal sugar daddy je."

Ezza tersenyum puas, lalu menyedut air minumannya. "Apa salahnya, tak payah keluar duit!" kata Ezza, sekali lagi membuat mereka berdua ketawa.

Lepas seketika ketawa dan berbual tentang hal remeh, Ezza mengalih topik, matanya memandang tepat ke arah Dee. "Habis, kau macam mana sekarang? Okay tak dengan husband kau?"

Dee terdiam sejenak, memikirkan perkahwinannya. "Aku okay je dengan dia. Tapi biasalah, mula-mula tu kekok sikit. Yelah, kita tak pernah kenal pun sebelum kahwin. Family aku dengan family dia sebenarnya kawan baik, rupanya diorang dah lama rancang nak satukan aku," terang Dee.

Ezza mendengar penuh perhatian, mengangguk-anggukkan kepala tanda dia memahami.

"Oh, macam tu. Nasib baik husband kau tak benci kau macam cerita-cerita kahwin paksa yang selalu kita dengar. Kalau tak, tak tahulah apa jadi, kan?"

Dee tersenyum kecil, mengenang detik-detik awal perkahwinannya dengan Tengku Ahmad.

"Yup, aku bersyukur juga. Syah jenis tenang, dia tak marah ke apa. Tapi aku tak sangka jugak dia jenis romantik. Kadang-kadang tu, dia cakap sikit je pun, dah boleh buat aku cair."

Ezza memandang Deeandra dengan wajah kagum. "Untunglah kau, dapat suami romantik. Kalau aku, tak tahu lagi la siapa yang nak tahan dengan perangai aku ni!" Ezza ketawa, cuba menyembunyikan rasa hatinya yang mungkin masih mencari pasangan yang tepat.

Dee tertawa kecil, tetapi di dalam hati, dia sedar betapa beruntungnya dia mendapat suami seperti Tengku Ahmad. Di sebalik semua kebingungan dan kekok yang dirasakannya pada awal perkahwinan, perasaan cinta mereka semakin mendalam hari demi hari.

Suasana tiba-tiba berubah tegang. Entah datang dari mana, Daniel, bekas kekasih Dee, tiba-tiba muncul dan menyapanya dengan begitu yakin. Dee terkaku, badannya terasa kaku, dan dia menoleh perlahan ke arah suara yang tidak disangka-sangka itu. Dalam hatinya, dia mengeluh, 'Ish mamat ni lagi'.

Ezza, yang duduk di hadapannya, kebingungan melihat situasi yang tiba-tiba terjadi. Dia menoleh ke arah Daniel, cuba memahami siapa lelaki itu.

"Ye, Daniel. Kenapa?" Dee bertanya dengan nada malas, jelas menunjukkan dia tidak berminat untuk melayan kehadiran Daniel.

Ezza semakin keliru dengan keadaan itu.
"Siapa ni, Dee?" Ezza mencelah, nadanya separuh berbisik namun penuh ingin tahu.

"Ex aku," bisik Dee perlahan, cukup untuk didengar oleh Ezza sahaja. Ezza terkejut seketika, namun cepat-cepat kembali fokus kepada Daniel, yang kini berdiri memerhatikan mereka berdua.

Daniel tersenyum kecil, cuba menenangkan keadaan yang tegang.

"May I have a seat?" tanyanya, namun sebelum Dee sempat memberi jawapan, Ezza segera menyampuk dengan tegas, "Eh, you're not allowed here." nada suara Ezza jelas menunjukkan dia tidak senang dengan kehadiran lelaki itu.

Daniel tidak menunjukkan sebarang reaksi marah, sebaliknya dia hanya tersenyum kecil, seolah-olah sudah terbiasa dengan reaksi sebegitu.

"Kenapa kau datang sini?" tegur Ezza, suaranya semakin keras.

"Rileks, aku memang nak datang sini nak beli barang," jawab Daniel dengan tenang, cuba mengendurkan situasi. Tetapi jelas, dia tidak semata-mata datang untuk membeli barang.

Ezza mula berang, "Boleh tak jangan kacau kami?" marahnya, tidak mampu menyembunyikan rasa jengkel terhadap lelaki itu.

Namun, Daniel tidak menghiraukan kemarahan Ezza. Matanya langsung tertumpu pada Dee, seolah-olah hanya wanita itu yang ada di sekelilingnya.

"Aku tak nak kacau kaulah perempuan. Aku cuma nak tengok Dee," balas Daniel, dan pandangannya yang tajam menusuk terus ke arah Dee.

Dee masih kaku, tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Hatinya bercampur-baur. Dulu, Daniel adalah seseorang yang pernah dia sayangi, tetapi sekarang, Tengku Ahmad adalah suaminya, lelaki yang mencintainya dengan sepenuh hati. Daniel, walau bagaimanapun, nampaknya masih tidak dapat melepaskan Deeandra sepenuhnya.

"Dah, Daniel. Aku dah move on. Kau pun patut buat benda yang sama," Deeandra akhirnya bersuara, cuba menamatkan situasi yang tidak menyenangkan itu.

Namun, Daniel hanya tersenyum sinis, seolah-olah kata-kata Dee tidak memberi sebarang kesan kepadanya.

"Move on? Hmm, betul ke kau dah move on, Dee?" soalnya, nadanya penuh cabaran.

Dee menarik nafas dalam, cuba menenangkan hatinya yang mula berdebar.

"Aku dah kahwin. Aku bahagia sekarang. Kau tak perlu datang ganggu hidup aku lagi," jawab Dee dengan tegas, cuba memantapkan keyakinannya.

Ezza di sebelah Dee hanya mampu memandang tajam ke arah Daniel, tidak sabar menunggu lelaki itu pergi.

"Kau dengar tu, Daniel. Dee dah ada kehidupan dia sendiri. Tak ada ruang untuk kau lagi," kata Ezza, cuba membela sahabatnya.

Daniel memandang Dee dengan penuh maksud sebelum dia mengangkat bahu.

"Okay, kalau itu yang kau nak. Tapi ingat, Dee, aku akan pastikan hidup kau merana," ucapnya sebelum berlalu pergi.

Dee menarik nafas lega sebaik sahaja Daniel meninggalkan mereka. Hatinya masih berdebar-debar, namun dia bersyukur kerana situasi itu tidak menjadi lebih buruk.

"Weh, Dee! Kau okay tak?" tanya Ezza, memandang Dee dengan penuh kebimbangan.

Dee mengangguk perlahan. "Aku okay. Tapi serius, aku tak sangka dia akan muncul macam ni," balasnya sambil cuba menenangkan hatinya yang bergelora.

Ezza menarik nafas panjang. "Lelaki macam tu memang susah nak lepaskan orang. Tapi jangan risau, aku ada dengan kau. Kalau dia datang lagi, aku pastikan dia tak akan ganggu kau lagi," janji Ezza sambil memegang tangan Dee, cuba memberikan sokongan.

Dee tersenyum tipis, terharu dengan sokongan Ezza. "Thanks, Ezza. Aku memang perlukan kawan macam kau,"ucapnya dengan penuh ikhlas.

Hati Dee kini sedikit tenang, namun pertemuan dengan Daniel tadi masih meninggalkan kesan yang mendalam. Di sebalik kebahagiaannya dengan Tengku Ahmad, bayang-bayang masa lalu seolah-olah belum sepenuhnya hilang.

Korang rasa Daniel tu scary or biasa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience