Pintu kereta dihempas perlahan, namun deruan angin seakan mengejek wanita itu yang kini berdiri tergesa-gesa di tempat letak kereta. Nafasnya tidak teratur, detik jam yang terus bergerak mengingatkannya betapa terlewatnya dia untuk masuk kerja. Sambil mengeluh kecil, dia segera merangkul fail yang penuh dengan kertas-kertas yang tidak tersusun kemas.
Sepatu tingginya mengetuk lantai dengan rentak kelam-kabut. Satu tangannya sibuk membetulkan kertas yang hampir terjatuh, sambil tangan yang satu lagi cuba meraih telefon dari beg tangan. Dia perlu segera melapor kepada bosnya setibanya dia disitu.
Di saat perhatian tertumpu kepada kertas yang hampir berterabur, tiba-tiba badannya terhenti. Dentuman lembut kedengaran apabila tubuhnya bertembung dengan sesuatu-atau lebih tepat lagi, seseorang. Kertas di tangannya berterbangan, jatuh bertaburan di lantai.
"Maaf, saya tak sengaja!" katanya, suaranya cemas.
Lelaki di hadapannya kelihatan marah.
"Kau tak reti tengok jalan ke?!" dia memarahi wanita itu dengan suara yang keras, matanya tajam memandangnya.
Wanita itu terpempan, rasa bersalah makin mencengkam.
"Saya minta maaf... Maaf sangat-sangat..."
Dia membongkok pantas, cuba mengutip kertas yang berselerak di lantai sambil mengulang-ulang permintaannya.
Tanpa menunggu reaksi lebih lanjut, dia terus mengangkat kertasnya yang telah dikutip dengan tangan menggigil. Tanpa menoleh lagi, wanita itu melangkah laju menjauh, masih terdengar gema suara lelaki itu di telinganya. Hari yang dimulakan dengan ketergesaan kini diselimuti rasa kesal yang berat.
-
Tengku Ahmad menghabiskan suapan terakhir dari nasi goreng yang dipesannya. Dia meneguk sisa air dalam gelas, menyeka mulut dengan tisu, dan bangun. Langkah kakinya tenang, namun di dalam hati ada beban yang menyertainya.
Tengku Ahmad menuju ke kaunter untuk membayar. Pelayan di restoran itu sudah mengenalinya. Setiap hari, Tengku Ahmad datang ke sini untuk makan tengah hari, sendirian, sejak beberapa bulan yang lalu.
Selesai membayar, Tengku Ahmad berjalan keluar, menghirup udara luar yang penuh dengan debu dan bunyi kenderaan. Matanya tertancap pada bangunan megah yang berdiri tegak di hadapannya. Bangunan itu milik ayahnya, kini diambil alih olehnya. Walaupun Tengku Ahmad kini pemilik syarikat besar itu, dia masih merasa asing dengan tanggungjawab yang mendadak jatuh di bahunya.
Dia melangkah masuk ke dalam bangunan dengan penuh keyakinan, namun setiap langkah terasa berat. Syah terus menuju ke tingkat tertinggi, ke pejabat peribadinya. Di situlah dia menghabiskan kebanyakan masanya kini, meneruskan apa yang ditinggalkan oleh ayahnya.
Pintu pejabat dibuka perlahan, dan dia melangkah masuk. Di meja kerjanya, dokumen-dokumen berselerakan, menanti sentuhannya.
Tengku Ahmad duduk di kerusi empuk di pejabatnya, mata tajam fokus pada skrin komputer di hadapannya. Ruang pejabat yang minimalis namun elegan itu dihiasi dengan hiasan kayu gelap dan dinding kaca yang memberikan pemandangan bandar metropolitan. Laporan projek yang terbuka di skrin membuatnya tenggelam dalam fikirannya. Tengku Ahmad adalah seorang lelaki yang teliti, setiap angka dan butiran dihadapinya dengan penuh kesungguhan.
Tiba-tiba, ketukan halus kedengaran di pintu.
"Masuk," katanya tanpa mengalihkan pandangan dari skrin.
Pintu dibuka perlahan, dan suara lembut PA setianya, Irin, menyapa.
"Excuse me, Tengku Ahmad, wakil dari Secret Holding dah sampai untuk perbincangan projek."
Tengku Ahmad menarik nafas panjang, sambil melepaskan sedikit keletihan dari fikiran yang kusut.
"Baik, suruh dia masuk."
Irin mengangguk dan segera melangkah keluar. Beberapa detik kemudian, dari sudut matanya, Tengku Ahmad melihat bayangan seseorang melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Langkah wanita itu tenang, dan ketika Tengku Ahmad akhirnya mengangkat wajahnya, dia terkesima.
Wanita itu putih orangnya, rambut panjang beralun kemas di belakang bahunya, dan wajah yang kelihatan seolah-olah pernah dilihat sebelum ini. Tengku Ahmad mengerutkan dahi.
'Macam pernah aku nampak perempuan ni,' bisik hati kecilnya.
Dia merenung wanita itu dengan tajam, cuba mengingati di mana dia pernah bertemu dengannya. Ada sesuatu tentang raut wajah itu, mata yang bercahaya tetapi tersembunyi di sebalik dinding rahsia yang tak terucap. Hatinya berdegup lebih laju, seperti cuba memberi isyarat tentang sesuatu yang dia tidak dapat pastikan.
"Encik?" suara wanita itu akhirnya memecah sunyi yang tiba-tiba terasa kaku di dalam bilik pejabat itu.
Tengku Ahmad tersentak, sedar bahawa dia terlalu lama membisu. Mata mereka bertemu buat pertama kali, dan buat sesaat, dunia di sekeliling mereka seakan berhenti bergerak.
"Oh... ya, sila duduk," balas Tengku Ahmad dengan suara yang cuba dikawal tenang, meskipun hatinya masih berdebar. Dia tidak dapat menafikan, ada sesuatu tentang wanita ini yang mengusik memorinya-sesuatu yang masih belum jelas, tetapi cukup untuk membuatkan dia tidak dapat mengalihkan pandangan.
"Saya Deeandra dari Secret Holding. Just called me Dee je. Ini fail yang company saya tawarkan. Encik boleh semak dulu, kalau ada yang kurang just inform to me." ujar Deeandra sambil memberikan fail tersebut dan duduk dikerusi.
Tengku Ahmad mengambil fail tersebut, matanya tidak lekang memerhati Dee. Tengku Ahmad menyemak setiap helaian kertas berselang seli melihat Dee. Dee yang berada dihadapannya merasa tidak selesa, bercampur baur perasaan takut. Jari jemari Dee bermain, dek kerana lirikan mata Tengku Ahmad tidak berhenti memerhati.
Usai menyemak, Tengku Ahmad memulangkan semula fail tersebut diikuti dengan kata.
"Saya dah check semuanya, so far tak ada masalah. I will contact you when this project will be started." jelas Tengku Ahmad. Dee menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Any questions?" soal Tengku Ahmad.
"Tak ada encik." balas Dee. Tengku Ahmad menghulurkan tangan ingin berjabat tetapi Dee bangun dari kerusi hanya menundukkan kepala diikuti kata 'Terima kasih'. Tengku Ahmad menarik balik tangannya dan membalas tundukkan tersebut. Dee belum sempat melangkah jauh dari kerusi,
"By the way, my name is Tengku Ahmad Riaz Syah. Just called me Syah. Tak perlu encik-encik." spontan kata-kata Tengku Ahmad. Dee berpaling kebelakang menghadap Tengku Ahmad.
"Oh baik Syah." balas Dee dengan senyuman kecil. Dee keluar dari pejabat tersebut dan berlalu pergi.
Share this novel