16

Romantic Comedy Series 5052

PAGI tersebut, Sekolah ku mengadakan sambutan hari kecemerlangan bagi sesi 2022, Aku jalan-jalan sekitar sekolah... tiba-tiba Cikgu Amalina meminta aku menghias photobooth untuk guru dan penerima anugerah bergambar di hari kecemerlangan itu.

Semakin lama, semakin kuat perasaan aku mengatakan bahawa diriku diperhatikan oleh seseorang.

Akhirnya aku melihat ditempat tersebut.
Aku nampak seorang wanita yang sedang memakai face mask berwarna hitam, bulu matanya yang panjang dan rambut hitamnya yang anggun itu menampakkan dirinya seorang yang Ayu. Dia merupakan seorang non-muslim ketika itu.

Tetapi, aku masih belum mengetahui namanya, padahal dia sudah mengetahui nama ku...

'Ahhh susah sangat nak decorate photobooth ni sorang-sorang.'
Aku mengambil keputusan untuk meminta tolong wanita itu

"Mikayla, tolong ambilkan daun di dalam plastik itu..." ujar Cikgu Amalina kepadanya

'Ouhhh Masya Allah, baru aku tau namanya... iaitu Mikayla'

"Kayla... tolong Aku sikit."

"Okay"

Semua berjalan dengan lancar, Kayla pun seperti selesa bergaul dengan ku

"Ehhhhh bukann daun yang nii kau salah ambil ni Kayla"

"Ehhh, betul la Daun ni, kau ni Zain"

"Ehhh betul jugak, hahah sorry-sorry"

Kami mengambil masa hampir sejam untuk menghias photobooth tersebut Alhamdulillah, dengan bantuan Mikayla, sekejap sahaja jadinya.

"Mikayla, kau jaga stall bouquet cikgu ya... tak payah kau berbaris dekat perhimpunan dengan diorang tu." ujar Cikgu Amalina kepada Mikayla

Aku jalan-jalan di persekitaran sekolah seperti aku adalah seorang pelajar yang terpaling busy di sekolah.

Yes. Kiranya Aku dengan Kayla escaped daripada perhimpunan rasmi.

Kami sebagai penghias mendapat keutamaan untuk merasmikan photobooth itu dengan mengambil gambar terlebih dahulu, aku ajak la Cikgu Amalina dengan Mikayla sekali.

Akhirnya kami bergambar dan hasilnya sehingga sekarang masih tersimpan di dalam telefon yang aku gunakan ini.

Daripada sana lah, aku dapat mengenali Mikayla dengan lebih dalam, dia seorang Pengawas Pusat Sumber.Dia juga mempunyai kembar seiras yang bernama Michelle. Aku perhatikan bahawa dia juga rajin menolong Guru-guru lain bukan sahaja Cikgu Amalina.

Selesai sahaja kami menghias, Cikgu Amalina memberikan aku wang sebagai tanda hadiah kerana menolongnya menghias photobooth itu.

Cikgu Amalina juga berpesan untuk menyerahkannya juga kepada Mikayla.

"Okay Cikgu,"

Aku pun membeli snack-snack ringan di koperasi sekolah. Alang-alang aku beli tu, Aku pun belikan juga snack untuk Mikayla

Aku pun tanya di manakah keberadaan Mikayla kepada kawannya Jessica, Jessica pun mengatakan bahawa Mikayla berada di dalam kelasnya.

Sebaik saja aku mendengar perkara itu, aku langsung pergi ke kelasnya, tanpa rasa ragu-ragu

Hanya 6 langkah sebelum memasuki kelasnya, jantungku pun berdebar-debar,
'Apahal aku nervous pulak ni, padahal nak bagi barang dekat Kayla je'

Aku memberanikan diri aku untuk memberi snack ini kepadanya. 'Ah sudah... ramai orang yang tengok pulak ni'

"Terima Kasih..."

"Sama-sama, aku gerak dulu ya... byee"
'rasa macam nak kena serangan jantung dah aku ni'
Aku langsung beredar daripada tempat kejadian.

---------------

Malam itu, aku sibuk membaca Novel cinta,yang bertajuk HIS QUEEN
: AL-MAHYRA by MissQueenryn
(cerita dia best + romance... kalau free bacalah)

Tiba-tiba ada sebuah nombor yang aku tidak kenali menghantar sebuah mesej.

Aku membuat keputusan untuk memeriksa siapakah pemilik nombor tersebut, ternyata nombor itu kepunyaan Mikayla.

Aku hairan mengapa dia mesej aku, mungkin dia nak add contact kot. Aku dengan positive thinking ketika itu membalas mesejnya.

Mikayla menceritakan bahawa Ibunya dan Ibu aku bekerja di Jabatan yang sama. Aku pun betul-betul terkejut. Aku tanya siapakah nama Ibunya?

"Cikgu Yati"
selepas melihat mesej tersebut, aku bergegas mencari ibu dan aku
terus bertanyakan soalan kepada Ibuku,

"Ibu kenal ka Cikgu Yati?"

"Owhhh kenal-kenal, Alahhh yang kau jumpa dekat hospital haritu, ketika itu kita nak mengambil keputusan Swap Test Covid,

Cikgu Yati ada bawak anak-anak dia yang kembar... nama diorang Michelle dengan Mikayla... kenapa Zain tanya?"

"Takda, cuma Mikayla ada mesej Zain tadi, tu yang Zain nak tanya Ibu"

"Owhhh, Ibu lama dah tak tengok diorang tu"

"Nanti-nanti Ibu jumpa la tuu"

"Haah yelah, Haaa Zain, Hari Sabtu ni nak ikut Ibu ke Dewan PL? Jabatan Ibu ada buat Hari Perpaduan untuk budak Pra Sekolah dan Ibubapa diorang, Zain temankan Ibu lah ya..."

"Boleh je Bu, lagipun boring jugak Zain duduk rumah ni"

Aku pun menunggu hari tersebut sehingga lah hari Sabtu. Sebelum kami memulakan perjalanan ke Dewan PL itu,

Aku ternampak status Mikayla, dia sepertinya berada di Dewan PL bersama Ibu dan Ayahnya

Nampaknya aku tak keseorangan

---------------

Lama dah tak Update sebab Author nya Malas heheh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience