Aku dengan Mikayla pun masih bercerita di dalam Whatsapp, bunyi-bunyi notification juga dapat didengari oleh kami berdua seakan-akan kami berjauhan antara satu sama lain padahal dia hanya berada di belakang aku.
Beberapa minit kemudian, Dewan yang tadinya kosong dan licin, sekarang diisikan pula dengan orang ramai yang membawa anak-anak mereka terutamanya budak yang kecil. Program di dewan tersebut bertujuan untuk mendedahkan anak-anak terutamanya golongan kanak-kanak untuk mempelajari dan menghayati permainan-permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat dahulu.
Aku pun berniat nak mengajak Mikayla untuk menjenguk permainan tradisional apa yang ditawarkan di sana, malah dia pun berniat nak mengajak aku jugak.
Kami pun pergi menjenguk....
Kami berdua pun cuba memainkan beberapa permainan tersebut termasuk batu seremban, congkak dan salah satu permainan kegemaran aku iaitu Kaki gajah.
Bagi yang tidak tahu, Permainan tradisional Kaki Gajah melibatkan peserta berjalan menggunakan tempurung kelapa yang diikatkan pada kaki mereka dengan tali.
Tidak aku menduga bahawa Ibubapa Mikayla pun berada di Dewan tersebut. Aku memberanikan diri untuk berjumpa dengan mereka. Aku pun tidak tahu dari mana aku mendapatkan keberanian ini tetapi aku tekad untuk berjumpa dengan mereka.
Mula-mula aku berjumpa dengan Ibu Mikayla, dan seterusnya Ayahnya. Mereka sangat baik sehingga aku menganggap mereka seperti Ibu dan Bapa aku sendiri.
They're such a warm and soft that it makes me calm when I had my conversation with them. Of Course, nasihat mereka juga adalah belajar bersungguh-sungguh. In Shaa Allah aku akan berusaha.
Mikayla pun nak berjumpa dengan Ibu aku, kami tunggu bila Ibu aku ada free time. Okay ini lah masa nya, kami berdua terus pergi ke arah Ibu.
*"Flashback*
"Zain, cuba kau tengok Tunang abang kau tu, dia datang rumah bukannya nak salam ibu pun, dia salam pun bila Abang kau suruh dia"
keluh ibu kepada aku
"Ala ibu, jangan lah sedih bu, tunang abang sebenarnya masih malu dengan ibu kot"
sahut ku
"Nanti kalau kau nak cari Isteri, cari yang hormat Ibu ya Zain".
"Okay Ibu (calon pun belum ad buಥ‿ಥ)"
*End Flashback*
Aku time tu terkejut, sungguh terkejut sebab aku ingatkan Mikayla ingin bersalaman dengan Ibu, tetapi salah. Dia memeluk erat Ibuku seperti mana aku memeluknya. Senyuman yang terukir lebar di Wajah Ratu hatiku itu membuatkan hati aku tenang.
Terdapat juga senyuman yang terukir di wajahku tanpa aku sedari seolah-olah aku membawa isteri aku berjumpa dengan Ibuku.
Astaghfirullah, apa yang aku fikir ni. Mustahil dia ada perasaan dengan aku. Aku ni bukan siapa-siapa jugak.
Tetapi, jikalau benar dia takdirku permudahkan lah Ya Allah.
Lalu aku, Ibuku dan Mikayla mengambil foto untuk kenang-kenangan. Sampai sekarang aku masih mempunyai foto tersebut.
Alhamdulillah, selepas semua program tamat aku dan Ibu betul-betul penat dan nak bertolak balik. Dah masuk dalam kereta, kebetulan pulak ada Mikayla diluar yang sedang menunggu Ibubapanya.
Aku pun melambainya dan bertolak pulang bersama Ibu. Dia pun menyahut lambaianku.
-Ketika di dalam kereta-
"Cuba kau tengok Zain, Mikayla lagi hormat Ibu, bukan setakat bersalaman je, malah berpelukan, dia lagi better daripada tunang abang kau tu"
cakap Ibu kepada ku
"Itula bu, Zain pun terkejut dia siap peluk Ibu(padahal aku suka tengok senyuman yang terukir di wajah Ibu ketika dia dipeluk Mikayla, Seolah-olah Ibu ada anak perempuan)"
sahut ku.
"Kalau kau nak cari calon isteri, cari yang macam Mikayla ya Zain.. heheh"
ucap Ibu kepada ku
Tak pasal muka aku merah.
Tapi, lelaki siapa yang tak cair disebabkan tutur kata dan akhlaknya. Dia pun pandai ambil hati Ibu aku. Adakah aku layak untuknya?
Ya Allah permudahkanlah
Ya Allah, aku baru teringat nak Update?
Share this novel