*1 Bulan sebelum 19 April*
Harini Ibu, Nenek dengan Mak Ngah nak bawak aku pergi ke Kenduri Kahwin orang kampung kami,
Alhamdulillah sebaik sahaja tiba di lokasi tu, memang aku ambil dengan sangat-sangat berhemah(kononnya).
Menu yang disajikan ialah Ayam Golek Madu, daging black pepper dan lain-lain.
Ya Allah, rasanya first time aku makan makanan yang sedap ketika kenduri kahwin.
Bukan setakat makanan je, Air dia pun padu. Air yang mereka sediakan ialah teh tarik dan cendol
PERGHHH
Aku makan dan minum sampai perutku terasa ingin meletup, nak jalan pun dah susah.
Aku 'request' la dekat Ibu, nak balik awal supaya boleh rehat awal. Akhirnya dapat jugak aku pujuk Ibu heheh.
"Anak bongsu ni sebenarnya kuat membodek."
Ini adalah Fakta (real)
Bukan macam anak sulung tu
Sebelum balik ke rumah, kami singgah dekat rumah Mak Long. Sebab nak membuat perjalanan ke rumah mengambil masa agak lama.
Aku dah surrender, sebaik saja sampai di rumah Mak Long terus aku tido.
Dah kesenakan rasanya.
Tiba-tiba aku dikejutkan oleh Ibu
"Zain, nanti Zain temankan Mak Ngah ke Kenduri Kahwin kawan Mak Ngah pula ya..."
Ujar Mak Ngak kepadaku ketika aku masih Mamai
"Huhhhhh oooooooo okkeeeee. Ibuu dengan Nenek ikut ka?"
"Tak, kita dua jak Zain"
"Oooo oke Mak Ngah"
Dengan aku yang masih mengantuk kami memulakan perjalanan ke Kenduri tersebut yang mengambil masa selama 30 minit daripada rumah Mak Long.
Aku dengan Mak Ngah berborak-borak dengan khusyuk sehingga hampir tiba di destinasi.
Mak Ngah pula bagi aku soalan Matematik yang agak sukar untuk aku menjawabnya.
Maklumlah, Mak Ngah kan seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Labuan.
Mak Ngah pun cakap kalau aku dapat menjawab soalan tersebut, Aku akan menerima hadiah iaitu minuman ShareTea heheh. Alhamdulillah Aku jawab dengan betul, Mak Ngah pun bangga dan mengusap kepala ku dengan lembut sekali.
Alhamdullilah kami selamat tiba di destinasi yang ingin dituju.
Aku yang dah kekenyangan ni pun nak try jugak makanan yang ada dekat sini heheh.
30 Minit telahpun berlalu, Lama jugak Mak Ngah sembang sampai aku pun dah rasa nak tidur dekat meja makan itu. Kami pun dah nak balik, lepas sahaja siap menyampaikan ucapan tahniah kepada Pengantin, Kami terus memasuki kereta nak pergi ke Rumah Nenek pulak.
Semasa perjalanan tersebut, Mak Ngah ada memberi aku nasihat yang aku kira sangat penting.... iaitu
"Berkawanlah dengan orang yang menginginkan kejayaan. Ini agar kau mendapat inspirasi daripada mereka Zain.
Dan jangan lupa, belajar 'At least sampai Degree' ya Zain, Nanti Mak Ngah mahu tengok kau berjaya"
Mak Ngah pun menceritakan kisah-kisah lalunya dan aku pun menghayati kisah tersebut.
"Kau dah ada hala tuju atau cita-cita Zain?"
"Belum Mak Ngah, tapi Zain ingat nak follow the flow heheh."
"Ooooo adeh, nanti kalau ada bidang yang Zain minat, cerita dekat Mak Ngah ya, nanti boleh Mak Ngah tolong Zain."
"Okey Mak Ngah, nanti kalau Zain dapat idea untuk bidang Zain nanti, Zain bagitau Mak Ngah ya...."
"Okey, Mak Ngah tunggu"
Sedar tak sedar, dah sampai Bandar. Kami pun singgah sebentar ke ShareTea nak membeli hadiah aku tadi heheh.
Sebaik sahaja aku selesai membeli ShareTea tu, Aku tengok dalam kereta kosong... ke mana pulak Mak Ngah ni??
*Ding Dong*
Bunyi penggera 7-Eleven yang menandakan pelanggan keluar dari kedai tersebut.
"Ehhhh Mak Ngah beli apa tadi?"
ujar ku dengan hairan barang apa yang Mak Ngah aku pegang.
"Ouhhh ini Slurpee 7E, Bulan ni ada promotion soo alang-alang Mak Ngah belikan untuk Nenek sama Ibu Zain la"
"Ouhhhh begini rupanya bentuknya"
'nanti aku beli banyak-banyak la heheh'
Kami meneruskan perjalanan ke Rumah Nenek sehingga tiba.
*Balik semula kepada 19 April*
Aku dengan Ibu masih berbaris untuk mengambil tempat di dalam Feri yang ingin menuju ke seberang.
Lama jugak Feri ni
Tiba-tiba Ibu mendapat panggilan daripada Pak Cik di Institut Jantung Negara yang melihat keadaan Mak Ngah.
Pak Cik mengatakan "bahawa ubat kuat yang diberikan kepada Mak Ngah tersebut tidak memberi kesan apa-apa." Dengan nada suara Pak Cik yang lemah saat itu.
"Hanya menunggu masa sahaja Kak"......
Aku tengok Ibu Menitiskan Air Mata. Sakitnya aku sehingga aku pun menitiskan Air Mata juga
Siapa yang kuat melihat Ibu sendiri menitiskan air mata.....?? Siapa yang sanggup mendengarkan khabar yang buruk tentang orang yang kau sayang berada dalam keadaan kritikal???
Aku pun menahan air mata tersebut dan berkata kepada Ibu,
"Takpa Bu, Ibu fokus memandu sahaja dahulu, In Syaa Allah baik-baik sahaja."
Alhamdulillah Kami telahpun tiba di Perantauan. Laju juga Feri nya itu.
Aku decide nak membeli minuman untuk berbuka puasa terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Rumah Nenek.
Semasa meneruskan perjalanan. Ibu mendapat panggilan daripada Pak Cik. Aku pun pegang phone Ibu dan memasang Loud Speaker.
"Iya Pak Cik kenapa? Ibu sedang driving ni"
"Zain, Mak Ngah telahpun kembali ke Rahmatullah pada pukul 6.04 p.m"
Tangisan Air Mata yang aku tahan itu mulai gugur....
Semasa tulis Chapter ni pun terkenang Arwah.... Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarhamah Norti Binti Haji Panai Yang telah pergi ke Rahmatullah pada 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan
Share this novel