Bab 6

Romantic Comedy Series 5052

Hari demi hari, Minggu demi minggu dan bulan demi bulan telah berlalu

Akupun telah menjadi seorang calon SPM, Aku jalani hariku dengan santai seperti mana aku berada pada Tingkatan 4.

Tetapi, Kejahilan ku juga bermaharaja lela...

ketika itulah aku telah memainkan perasaan dan hati seseorang dengan bermesej dengan pelbagai wanita dari setiap latar belakang. Aku sia-siakan perasaan mereka demi kepentingan diri aku sendiri.
Dengan alasan 'hanya kawan'.

Aku kecewa dengan perbuatan diriku ini yang telah melukakan hati seseorang. Aku sedar kesalahan apa yang aku telah lakukan. Aku tekad aku ingin berubah ke arah yang lebih baik iaitu jalan yang diredhai Allah SWT.

Tetapi aku memerlukan bantuan kerana aku tidak berdaya untuk melakukan keseorangan diri.

Aku segera memohon dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan jalan ku untuk kembali ke jalan yang sebenar.

Ngam-ngam pula aku berdoa ketika mana bumi dibasahi air hujan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” – (Hadis Riwayat Al Hakim)

Malam itu, Aku bermimpi yang aku berada di dalam sebuah taman yang indah
pohon-pohon yang menunjukkan pelbagai warna daun berada di sekeliling taman yang luas dan besar itu.

Aku pun terjumpa sebuah kebun bunga di setelah berjalan selama 5 minit.
Di dalam kebun itu terdapat sebilangan jenis bunga yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk.
Tetapi, bunga kegemaran ku tetaplah Bunga Mawar yang cuma hanya ada satu di kebun itu.

Aku meneruskan perjalanan aku lagi.
Akhirnya...

Aku berbaring" di rumput yang segar dan menikmati panorama taman itu.

Aku bercadang untuk berkeliaran di sekeliling taman dan aku terlihat sebatang sungai yang separa cetek dan indah di mata ku.

Sebaik sahaja aku di kawasan berhampiran sungai tersebut, aku ternampak sosok wanita yang membelakangi aku sambil menikmati panorama sungai itu.

Penampilan wanita itu bertudung labuh dan memakai pakaian yang teduh serta menutup auratnya dengan sempurna membuatkan aku kagum.

Aku menghampiri wanita tersebut dan berniat untuk menyapanya. Kemudian aku memberi salam kepadanya

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh "

"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

Wanita itu menolehkan sosok dan wajahnya kepadaku dan berkata

"Hai Zain, lama tau aku tunggu"

'Wajah ituu, Wajahnya bagai Bunga Mawar yang disinari cahaya bulan dan bintang di malam hari"

Wajahnya juga sangatlah aku kenal, tetapi aku tidak pasti di mana

*Aku baru teringat, ketika aku berada di Tingkatan 4, sebaik sahaja aku menaiki pentas, Wajahnya sama seperti wanita itu.
Tapi sebenarnya, aku dengan wanita itu pulak ngam-ngam sekelas, heheh*

"Maafkan aku ya, tadi aku jalan-jalan sebentar" ujarku kepadanya

"Aku tidak dapat lama di sini.... ingat Zain, jangan berputus asa terhadap Rahmat Allah SWT" ujar wanita itu"

"In Sya Allah aku akan berusaha"

"Sampai di sini sahaja, Fi Amanillah Zain" kata terakhir wanita itu

Tanpa sedar aku mengatakan "Bi Idznillah"

Perkataan itu sangat baru bagi ku tetapi mengapa aku menyebutkannya dengan penuh keyakinan?

"zain Zain ZAIN" jerit Ibu kepada aku yang sedang yang nyenyak tertidur di katilku.

"Ish-ish kau ni Zain, dah pergi sarapan"

"Pukul berapa dah Ibu?"

"Dah pukul 10 pagi"

"HUH, ZAIN LUPA NAK SUBUH!!!"

"Alhamdullilah kalau kau ingat nak"

Aku pun segera mengambil Air Wudhu untuk menunaikan qadha solat fardhu Subuh....

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat, Kata-kata wanita itu masih berlegar di fikiran ku

iaitu 'Fi Amanillah'

'Fi Amanillah' I leave you in the care of Allah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience