PAGI itu, sebaik sahaja kami tiba di perkarangan Dewan PL, sepertinya banyak kenderaan mulai bersesak-sesak di bahagian kanan dewan untuk mencari parkir padahal kawasan di bahagian kiri pula terlihat banyak kekosongan parkir.
Tanpa berfikir panjang aku recommend Ibu untuk berparkir di bahagian itu. Ibu pun menerima cadangan ku dan meletakkan kenderaan nya.
Seteleh semua selesai Aku terlihat kawan-kawan Ibu menyapanya sambil berborak-borak dengan Ibu setelah Ibu meletakkan kenderaannya dengan sempurna. Aku tengok jam G-Shock aku yang berwarna hitam ni dah menunjukkan yang mereka telahpun berbual sehingga 5 minit. Akhirnya aku pun curi-curi dengan apa yang mereka bualkan itu.
"Ehhh ada bawak bodyguard ke tu? Berapa umur anak akak tu?" Kawan ibu bertanyakan kepada Ibu.
"Ha'ah dia lah bodyguard I...Dia SPM tahun ni," jawab ibu sambil tertawa
"Woww dah besar dah tu Kak, dah boleh jadi menantu Aku tu" ujarnya
'Aku anggap aku tak dengar apa yang diorang tengah bualkan'
Aku plan nak masuk ke dalam Dewan dulu sebab Ibu nampak busy berborak dengan membernya.
Last-last aku kena tunggu juga perbualan itu habis...
Dalam beberapa langkah masuk ke dalam dewan itu... Kelihatan banyak meja yang telah sedia disusun untuk kegunaan booth masing-masing.
Program di Dewan PL ini sebenarnya bertujuan untuk mendedahkan kepada kanak-kanak Tabika tentang Permainan Tradisional, iaitu permainan zaman nenek moyang kita dahulu kala yang masih bertahan sehingga sekarang. Awal pagi itulah aku tengok semua pekerja booth itu bergegas untuk menyusun semua permainan itu.
Tapi time itu aku dah nekad untuk mencari tempat duduk sementara, jadi aku menanyakan Ibuku di manakah tempat yang boleh aku duduk di dewan ini.........
Selepas Ibu menunjukkan tempat tersebut, aku segera duduk. Ketika duduk itu, Aku sengaja melihat semua orang hadir awal pagi itu.
Apabila aku melihat ke kiri, aku ternampak Mikayla yang sedang duduk 20 meter daripada ku. Aku pun hanya melambainya dari jauh kerana tidak sangka berjumpa dengannya
Aku langsung segera menghantar mesej Whatsapp kepadanya. Akhirnya kami berbual di dalam talian.
Tidak beberapa lama kemudian, Dewan PL terus dibanjiri dengan Kanak-kanak dan ibu-bapa mereka.
'Terpaksalah aku duduk di tempat lain...'
Aku pun memandang ke arah kiri dan Mikayla pun membuat isyarat untuk duduk di kawasan atas. Aku pun memanggilnya naik bersama-sama
dan kami pun berborak.
Setiba sahaja kami tiba di atas, aku memilih tempat duduk yang terletak di barisan paling depan, manakala Mikayla duduk di barisan separa belakang.
Aku seperti biasa memainkan video game kegemaran aku, tiba-tiba Mikayla menghantar mesej aku, Aku pun memandang ke belakang.....
Aku terkejut, Terkejut yang dia betul-betul berada di belakang tempat duduk aku, kerana awal tadi dia berada di separa belakang.
Tapi yang paling lucu bagi aku, Kami berborak panjang melalui Whatsapp sedangkan orangnya betul-betul berada di depan mata....
Seingat aku lah kan mula-mula Kayla memang duduk jauh daripada aku, tiba-tiba aku pandang balik dia dah dekat belakang kerusi aku. Aku pun terkejut la
Share this novel