Seorang demi seorang pelajar tiba di sekolah, pelbagai ragam yang dilakukan oleh mereka, seperti backflip, ada jugak yang berlari ninja macam Naruto,
Terutamanya ketika pelajar yang terakhir tiba di sekolah, semua pelajar dan guru memberikan tepukan yang gemuruh kepada mereka kerana telah mencuba sedaya upaya untuk menghabiskan acara ini.
Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul di Dewan Gemilang Sekolah ini
Mereka disusun mengikut Rumah Sukan masing masing. Tapi aku sorang je kot yang sesat sebab aku duduk dekat Tempat Rumah sukan orang lain, sambil meminta Air minuman mereka
Tiba saat-saat yang ditunggu-tunggu keputusan Acara Merentas Desa
Hatiku ini terasa berdebar-debar kerana aku dah berusaha sehabis baik tadi
bukan berdebar sebab jatuh cinta, Sebab dah penat berlari ni.
"Credits" *Part Cinta untuk novel ni lambat sikit ye sebab nak detailkan apa yang boleh heheh, btw kisah ni diambil dari kisah benar*
Rupanya Keputusan itu pun masih belum sedia untuk diumumkan kerana mempunyai masalah teknikal
Walau Bagaimanapun ,Cikgu Wati berusaha untuk menyemarakkan semula keadaan dengan mencari pelajar yang ingin menyumbangkan lagu untuk dinyanyikan kepada seluruh pelajar.
Aku ni mencuba sedaya upaya untuk bersembunyi daripada Cikgu Wati sebab dia tahu bakat aku ni(ecehhh), tetapi ada seorang kawan aku yang menarik tanganku dan membawa aku ke Cikgu Wati
'Terasa diri ini dikhianati oleh kawan sendiri'
"Aku dah nyanyi lagu 'Bunga' tadi, so aku nak pilih lagu lain lah"
Akhirnya aku membuat pilihan untuk menyanyikan lagu yang terkenal dan lagu yang terpaling simple aku boleh fikir
Lagu yang berada di fikiran ku iaitu 'Dinda' daripada Kugiran Masdo
Alhamdullilah aku menyanyikan lagu itu dengan penuh usaha dan semangat, tak disangka-sangka semua pelajar bersorak dengan penuh perasaan
Sebaik sahaja aku selesai membuat persembahan, Cikgu Hamzan meminta aku untuk menghulurkan mikrofon bagi memberi laluan kepada penyampaian hadiah bagi Acara Merentas Desa.
Ketika itu aku konfiden yang aku tak dapat pingat apapun sebab aku percaya yang aku ni bukannya Atlet
Tiba-tiba~
*Tempat yang Ke-Sepuluh.....
Muhammad Zain bin Hadi*
Aku macam, "ehhhh aku salah dengar ni
takpa la aku duduk je"
selepas itu, kawan-kawan aku yang berada di sekeliling ku pun menolak aku ke depan
"Nama kau disebut tu woi"
"OHHHH YAKA"
Belari aku menaiki pentas dengan senyuman ku yang bagiku terlampau manis sehingga terlihat keputihan gigi ku itu, ceh
Ketika aku berada di pentas, aku termenung ke arah bahagian kiri Dewan kerana ada seseorang yang tidak dapat aku alihkan pandangan ku terhadapnya.
daripada kesemua 450 pelajar wanita di Sekolah ini, Aku pun hairan
"Mengapa mata ku ini tertumpu kepada seorang wanita???"
"zain Zain ZAIN" jerit Cikgu Hamzan kepada ku
"Hah?? ohhhh lupa nak ambil gambar rupanya sorry Cikgu"
Sorry ya nnti next chapter akan kluar lmbat sikit Lambat sikit jer
Share this novel