Nama Aku Zain,
Waktu aku berumur 7 tahun, aku ni kira artis la dekat Kampung sebab aku ni "agak berisi"(tapi cute) dan mempunyai suara yang tak tau la..... merdu sangat kot.
Aku siap tarik lagu lagu tinggi. Mungkin Ibubapa Aku Letak nama Zain Sebab Ad Penyanyi yang terkenal nama Zain jugak. Alaaaa yang Anuar Zain tu la(Maher Zain pun ad jugak)
Aku pun terfikir untuk mengapa aku start menyanyi ni.Rupanya disebabkan oleh uhhhhh
Sebab boleh la Kot.
Lagi satu pasal Ibu aku yang selalu menghulurkan aku Mikrofon
Tapi Bila aku masuk Sekolah Menengah, Skill Menyanyi dah hilang rasanya,
Waktu Aku berumur 10 tahun, bila tiba waktu petang lepas asar, macam pukul 4.30 la lebih kurang, Aku, Abg aku dgn sepupu belah ayah selalu nya main bola dekat kawasan yang terbuka, tetapi kawasan yang kami main tu sebenarnya kawasan berbukit dan dekat dengan hutan.
Kadang ada jugak lahanat yang pergi tendang bola tinggi-tinggi sampai masuk hutan.
Acah power la kot, Ala-ala Lionel Messi lah gitu. Dahlah aku ni berisi(means Cute), dah kena suruh jadi ballboy pulak dahhh.
Ohhhh bila kami berhenti main??,
Dengar je Suara Azan tu dah kira Fulltime dah.
Waktu Aku berumur 13 tahun, First time aku masuk Sekolah Menengah, dekat sana jugak lah aku tau yang Abang aku, yg bernama Ikhwan ni artis rupanya dekat sekolah tu. Semua tak percaya yang aku ni adik dia.
Kenapa??
Sebab Abang kurus kering, tapi adik berisi(cute).
Kadang-kadang aku pun rimas jugak sebab selalunya aku kena panggil cute setiap hari. Pastu ada jugak yang nak minta nombor Abang aku, tapi aku tak bagi. "Bila lah mau habis skolah ni" bisik hati ku......
And Then, Masuk lah era PKP di mana Aku dan kawan aku ponteng kelas sebab nak main game "Mobile No Legends". Dia punya main tu sampai tak ingat dunia
Tapi game yang paling disukai dan dibenci, iaitu game 'Among Us' yang popular era tu. Game ni la di mana pengkhianatan dan kerjasama berlaku
(paling banyak kena khianat lah)
Pejam celik pejam celik, "Ehhh dah masuk tingkatan 4 pulak" Musim PKP dah berakhir dan aku ke arah era yang baru.....
Sorry la sbb crita dia slow sikit, but make sure yang korang read dri awal supaya korang faham storyline dia ya 。◕‿◕。
Share this novel