Bab 7

Romantic Comedy Series 5277

*Ring ring ring* Bunyi loceng kelas yang menandakan tamatnya waktu mata pelajaran Matematik. Aku meregangkan badanku dan memperbaiki gaya rambutku kerana keletihan selepas menjawab quiz yang diberikan oleh Cikgu Wati "Boleh jadi separuh gila aku dibuatnya" kataku dalam hati Sebab apa? sebab kau kena cari makhluk yang ku kira agak ghaib bagiku. Pelbagai formula yang digunakan untuk mencari makhluk tersebut sehingga kita tidak mengetahui bagaimana. iaitu 'X' dan 'Y' benda alah ni pun dah ada pasangan, aku bila lagi. Takpa lah, Aku menginginkan cinta yang halal dan aku juga ingin menghindari cinta monyet yang semata-mata hanya permainan syaitan Sebaik saja aku meregangkan badanku, aku terus membuka telefonku dan membuka aplikasi Tiktok sambil menunggu guru yang seterusnya tiba di kelas. Tetapi FYP Tiktok ku agak berubah. Alhamdullilah, Semenjak aku termimpikan wanita itu, semua video di aplikasi Tiktok aku berunsurkan Dakwah dan cara untuk menjaga cinta yang halal. Sebagai contoh.... "Do'a adalah sebaik-baik bahasa cinta" Perkataan tersebut akan ku simpan di dalam hatiku. kerana cara untuk mempelihara cinta ini adalah hanya dengan melalui do'a. Sedar tak sedar, Aku tersenyum sorang-sorang sehingga sahabat karibku Aiman, Hairan terhadap tindakan Zain "Buang Tabiat kot anak sorang ni" Aku teruskan scrolling sehingga tiba-tiba... Ketua kelas kami, Ina Farisha berkata "BANGUNNN, SELAMAT TENGAHARI CIKGU" Aku pun terkejut kerana tidak perasan bahawa Miss Juliet, guru Mata pelajaran Sejarah kami masuk. Aku ni dah lah khusyuk dengan phone dekat tangan aku, aku jugak yang duduk depan sekali di kelas tersebut Memang sah-sah la Miss Juliet menyuruh aku meletakkan phone aku di dalam beg dulu. Hari ini Miss Juliet nak mengadakan aktiviti berkumpulan. 1 Kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Tetapi, aku berharap....... aku berharap sangat-sangat yang aku berkumpulan dengan wanita yang muncul di dalam mimpi ku itu. Wanita itu bernama Arwaa Safiyyah. Dia mesra dipanggil dengan nama panggilannya Wawa. Penampilan nya yang muslimah dengan menutup auratnya dengan sempurna di tambah pula dengan sifatnya yang lemah lembut dan agak pemalu. Memang Rare untuk mencari wanita sepertinya. Dia juga tidak pernah mengupload gambarnya di media sosial seperti wanita lain ditambah pula dengan Akhir Zaman ini, perintah Allah dilanggar semata-mata ingin mengikuti trend terkini dan budaya barat "Iman dan malu merupakan pasangan dalam segala situasi dan ini kondisi. Apabila rasa malu sudah tidak ada, maka iman pun sirna.” (HR. Al Hakim). Malangnya, harapanku menjadi layu kerana aku tidak dapat sekumpulan dengannya, namun hati ini akan menunggu hari di mana kami akan dijadikan berkumpulan. "Ya Allah, jagakan dia untukku" >

Topik Lelaki kalau bersembang memang mengalahkan menteri-menteri ᕙ⁠(⁠ ⁠ ⁠•⁠ ⁠‿⁠ ⁠•⁠ ⁠ ⁠)⁠ᕗ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience