Bab 4

Romantic Comedy Series 5052

Beberapa minggu kemudian, Guru Penolong Kanan Kokurikulum membuat satu pengumuman yang cukup besar bagi aku dan yang paling aku tunggu-tunggu semenjak bukanya Sekolah,

Iaitu Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah berdasarkan Rumah Sukan

Sebelum aku nak mula untuk kurus ni, Aku start dari zero to hero. Mula-mula cuma berjalan kaki, pastu bila dah ready, aku akan start jogging dekat area kampung.

Tapi aku sekarang ni dah boleh jogging sampai kampung sebelah, jadi banyak la stamina yang aku kumpul selama ni
heheh.

Guru juga memaklumkan bahawa Tempat permulaan untuk tingkatan menengah rendah bermula dekat Restoran Kegemaran Aku iaitu 'Anjung Ikan Bakar'
Manakala menengah atas pula start dari sekolah

"Hmm Takpa la, janji aku dah bersedia" Ujarku di dalam hati

*Sehari sebelum Acara*
Aku dan kawan-kawan aku nak plan untuk berjogging sama-sama ketika Acara tersebut, tapi maklumlah....

Aku ni dah penat dengan janji Melayu diorang tu, so aku tak hiraukan sangat.

Sebab *Flashback balik ke masa lalu*

Ketika itu Acara Merentas Desa yang diadakan sebelum PKP, Aku dengan member-member aku bercadang untuk berjogging sama-sama kononnya 'menikmati pandangan'

Ketika hari kejadian pula, semua hilang tanpa jejak

Lepas tu
Haritu aku plan nak bawak diorang pergi jalan-jalan ke bandar, semua dah cakap Onzz. Lepas tu semasa hari kejadian, 2 daripada 7 orang ja yang datang
Takpa lah kita stay positif

*Flashback tamat*

Mula daripada kejadian tu lah aku tak nak berharap dengan diorang ni haaa

Keesokan harinya, Aku sempat warm up sebelum berkumpul di sekolah, nnti cramp kang.

aku cuba la seludup telefon pintar aku dekat poket seluar sebelah kiri, tengok-tengok ja, seluar aku dah terturun.
Tu baru sebelum mula merentas desa, kalau semasa, tak silap-silap tinggal seluar dalam je lagi

Selepas itu, aku memakai Earbuds supaya muncul lah mood aku untuk jogging

*Bunyi Mikrofon Bising*
"Kepada semua pelajar, sila ambil tempat anda, sebentar lagi kita akan mulakan acara ini"

aku ternampak la kawan aku borak betul-betul berada di kanan aku. Nama dia Aiman, sorang lagi Haris
so aku curi-curi dengar apa yang diorang cakapkan

"Man, semasa merentas desa ni, kau nak singgah dekat gerai Pak Mail dekat tepi simpang aku?" Ajak Haris kepada Aiman"

"Uishhh bole je, kau belanja kan heheh" usik Aiman

"Yeyeye,pergi bawak la Zain sekali"

"kejap-kejap"

Aiman menyerongkan kepalanya ke kanan untuk mencari aku padahal aku betul-betul berada dekat dengan kirinya

'sampai raya haji pun kau takkan jumpa aku kalau kau tengok kanan Man' bisik ku'

Sebaik saja Aiman pandang ke arah kiri, tak disangka-sangka rupanya jarak antara kami hanya sejengkal sahaja dari bahunya

Haiya

"Zain, semasa merentas desa ni, kau nak tak singgah dekat tepi simpang Haris tu? yang ada ABC special tu. Jom lah, lagipun Haris nak belanja ni" pelawa Aiman

"Takpa la Man, Aku ni sebenarnya nak fokus dengan Acara ni, manatau ad rezeki untuk mendapatkan pingat."

"Kalau macam tu takpa la Zain"

Yes, Selama ni aku tak pernah dapat pingat, sebab apa?
Sebab aku dulunya berisi(cute la tu) yang selalu berada pada tempat 'nombor 1 dari belakang'

*Bunyi Hon telah dibunyikan*

Aku terus berlari pecut meninggalkan kawan-kawan aku yang berjanji untuk berjogging sama-sama dengan selambanya

Lagu yang berjudul "Kekasih Bayangan" dimainkan di dalam Earbuds ku.
Dengan yakin aku jogging bersama lagu yang galau itu

Aku pun tertanya-tanya
"Sejak bila aku ada kekasih sampai nak berjiwang bagai ni huh?"
Takpa la lari je la

Aku berjogging dengan pace 5 walaupun tak laju sangat, tapi tetap konsisten

Aku memotong junior-junior yang sama-sama berada di jalan yang sama
aku pun terdengar jugak ada yang menegur aku, Perempuan kalau tak silap

"Hai Abang Zain"

"Uhhh Hai" kata aku dengan muka yang hairan

Aku ni dah lah Introvert, tiba-tiba ada perempuan tegur, memang terus aku berlari pecut meninggalkan perempuan tu

Sebaik saja aku tiba di kawasan sekolah untuk ke kegarisan penamat, Ada pulak senior yang entah datang dari mana, ingin berlumba dengan aku.

Tapi takpa, Aku tak hiraukan sangat, sebab hati aku ni dah Redha, Apa yang nak jadi, jadilah

Aku tiba di sekolah, bergegas aku 'check in' dekat guru rumah sukan aku.

Aku sebenarnya Rumah Sukan Merah juara merentas desa setiap tahun streak selama 3 kali

Bila semua dah selesai, Aku sempat Menyumbangkan Lagu 'Bunga' sambil menunggu pelajar yang lain untuk tiba.

"Alhamdullilah, nasib skill menyanyi aku belum hilang"

In Syaa Allah story ni makin ke arah romance, 2 chapter yang akan datang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience