Series
5277
Setiap kali aku di kelas, pasti aku terpandang wajahnya tanpa sengaja, aku pun segera memalingkan pandangan ku. Sehingga suatu hari, aku perasan yang dia sengaja menjauhkan diri daripada aku, kerana aku ingin membawa dia berbicara, pasti dia mengelakkan diri. Aku duduk didepannya, malah dia pergi ke meja kawannya. Apabila aku pergi, maka dia pun datang balik ke meja asal nya semula Sebelum ini, perkara ini tidak pernah terjadi. Keesokan harinya, Kami berdua ingin keluar daripada kelas untuk menyelesaikan hal masing-masing, akan tetapi, dia keluar daripada pintu belakang dan aku keluar dari pintu depan Takpa lah, aku husnuzon je la Sebaik sahaja kelas kami habis, aku berhasrat untuk bertanyakan sesuatu kepada Farah, kawan rapat Arwa Aku cuba untuk menanyakan Farah pasal keadaan Arwa dan perangainya terhadapku Farah memberitahu yang Arwa agak sedikit selesa dengan aku sejak kebelakangan ini. Aku rasa aku dah boleh cam kenapa..... Nampaknya Arwa telahpun mengetahui bahawa Aku menyimpang perasaan yang dalam terhadapnya lalu membuatkan dia tidak berapa selesa dengan kehadiran ku Dan disebabkan itu dia menjauhkan diri daripada aku agar kami terhindar daripada dosa. Aku ingin memohon maaf kepadanya namun mungkin belum masanya Walaupun begitu, Arwa juga menyuruh aku untuk fokus terhadap Percubaan SPM yang bakal menjelang tiba beberapa minggu ini. Akhirnya, beberapa hari kemudian aku memberanikan diri menyatakan perasaan ku ini kerana tidak ada gunanya kalau dia sudah mengetahuinya. Aku cuma ingin memberitahunya apa yang aku rasakan, niatku hanya begitu. Aku tahu yang cinta ku ini bertepuk sebelah tangan, aku tahu yang cinta ini ibarat penyakit yang mematikan tetapi dapat disembuhkan dengan mengahwininya. 'Tetapi hati dan perasaan seseorang tidak boleh dipaksa' Lagipun aku ni kan pelajar SPM, kerja pun belum ada hati nak fikirkan pasangan sehidup semati Aku memberanikan diri untuk mengatakan yang dia adalah seorang wanita yang telah mendekatkan diri ku kepada Allah. Mengaguminya juga yang sekali gus menolong aku untuk memperbaiki akhlak dan akidah ku. Ketahuilah bahawa cinta ini telah mendekatkan diri ku kepada Sang Pencipta. Ketahuilah.... Ketahuilah bahawa Aku telah menjadikan dikau topik bicaraku antara Aku dan Allah. Ketahuilah bahawa untuk melupakan cinta ini bukannya mudah untuk aku melupakan mu. Ketahuilah juga bahawa Novel ini juga hanya cara untuk aku mengungkapkan segala yang ku pendam selama ini. Mungkin ada sebab untuk Allah membuat aku seperti ini. Ini kerana "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" -Al Baqarah Ayat 286- Seandainya dia tahu betapa lamanya perbincangan aku dengan Allah untuknya, Seandainya dia tahu berapa kerap aku langitkan namanya kepada Sang Pencipta. Seandainya dia tahu betapa aku mencintainya sehingga aku menyebutkan namanya di setiap sujud terakhirku. Dan seandainya dia tahu yang betapa kerapnya aku membangunkan diriku di sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat Tahajjud. Bisikkan di sujudku, di sepertiga malamku hanya untuk kehadiranmu. Namun apakan daya..... Tidak mengapa Aku juga telah mengatakan pada Arwa yang.... "Terima kasih kerana menjadi perantaraan aku dengan Allah, dan sekarang, tiba masanya untuk aku fokus kepada memperbaiki diriku yang mempunyai banyak kekurangan ini" Aku pun berterima kasih dan syukur kepada Allah SWT kerana membuatkan diriku ini tidak layak dibandingkan dengan dirinya yang terjaga In Syaa Allah aku akan cuba untuk Istiqomah.... Start daripada hari itu, Aku cuba menjauhinya, tanpa bertemu muka dengannya dan bertentangan mata. Hatiku masih terasa sakit namun Allah pasti akan bersama dengan aku. Sentiasa Lama kelamaan, hari demi hari, bulan demi bulan, Menjauhkan diri daripadanya tiba-tiba menjadi satu tabiat yang agak aneh. Aku hairan yang: 'Mengapa tubuh ini bergerak untuk menjauhinya padahal hati ini menginginkannya??' Ish >
Aku bersyukur kpd Allah kerana membuatkan hatinya untuk menjauhiku semasa aku ingin mendekatinya -Zain-
Share this novel