Ibu yang memandu ketika itu juga menangis teresak-esak, Apa lagi aku?
Aku cuba untuk menenangkan Ibu supaya Ibu bole fokus untuk memandu.
Ibu dengan Mak Ngah sahaja yang menetap di Labuan manakala adik beradik Ibu yang lain berada di Sabah
"Tidak ada sudah lagi teman kita beraya di Labuan Zain.... Mak Ngah sudah pergi"
"......."
Mendengar kata-kata itu membuat aku terimbas kenangan dahulu.
Mak Ngah selalu belanja makanan apabila dia menziarahi rumah kami...Tak pernah tak bawa makanan.
Kalau kami ziarah rumah Mak Ngah, Tetap jugak kena bagi Makanan
Azan Maghrib telahpun berkumandang. Aku nak berbuka puasa di rumah Nenek, Tetapi aku bercadang untuk minum sahaja dahulu kerana tidak mempunyai selera.
"Ibu, bila jenazah arwah tiba di Sabah?"
"Rasanya esok kot Zain"
"Ohhh"
"Ibu nak kemas rumah ya, esok kita dah bz tu. Pak Cik Mak Cik dengan Nenek tiba esok"
Tak sangka, malam itu aku sentiasa termenung jauh, jadi aku ingin melupakannya sebentar dan cuba untuk memainkan permainan video.
Sebaik sahaja selesai, aku terus menolong Ibuku yang mengemas.
Tapi Ibuku tidak mengizinkan aku menolongnya
"Tidak mengapa Nak, kau rehat saja dahulu, biar Ibu kemas, lagipun kau tu baru berbuka puasa tadi, mesti perut mu senak."
"Kalau macam tu Zain tidur dulu ya bu"
Aku ketika itu bercadang ingin tidur awal. Aku banyak bersedih tadi, tiba-tiba rasa mengantuk memasuki ku.
Keesokkan harinya, Kami menunggu ketibaan Jenazah Arwah di Masjid. Ramai juga penduduk kampung yang menunggu di sana.
Aku ketika itu disuruh untuk mengambil alat mengangkut jenazah bersama abang sepupu aku Hazif
Dah lah tempat alat tersebut jauh daripada Masjid, Takkan nak jalan kaki pulak nak membawa.
Alhamdullilah ada penduduk kampung yang menumpangkan kami dan sekaligus mengangkut alat tersebut di keretanya.
Syukur.
Bunyi siren pun didengari dari jauh, Van Jenazah yang tiba dari Kota Kinabalu itu telah tiba di Masjid.
Semua saudara mara aku mengangkat Jenazah Arwah untuk disolatkan.
Ketika itu aku terlambat sedikit. Aku tekad untuk mengikuti solat itu kerana ini sahaja solatku yang terakhir untuk Arwah Mak Ngah.
Sebaik sahaja aku selesai mengambil Air Wuduk, aku nak cepat untuk masuk saf.
Tiba-tiba, aku terjatuh terbang di lantai licin itu.Agak Sakit tetapi tidak sesakit kehilangan ini.
Sebaik sahaja selesai menunaikan solat jenazah Aku dapat melihat wajah Arwah
WAJAH NYA YANG BERSERI-SERI DENGAN SENYUMAN NYA YANG MANIS.
Alhamdullilah........ Alhamdullilah
Aku tidak sempat mencium dahi Mak Ngah kerana memberi laluan kepada orang lain, yang tidak ku kenal siapa.
Tidak mengapa lah.
Jenazah terus dibawa ke Tanah Perkuburan Orang Islam di Kampung itu.
Aku dapat melihat banyak pensyarah-pensyarah daripada Kolej Matrikulasi, iaitu kawan Mak Ngah.
Ada seorang kawan Mak Ngah yang ada di sana. Anaknya sebaya dan sekelas denganku.
"Sabar ya Zain" ujarnya
"......"
Aku juga menyaksikan, betapa kuatnya Anak Mak Ngah, iaitu kakak dan abang sepupu aku Sofiya dan Sufian yang menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah.
kakak Sofiya pun berkata,
"Nanti tidak ada sudah orang yang belanja Zain nanti"
'Aku pun tersenyum dan terimbas kenangan lalu'
Kenangan itu yang membuatkan aku meneteskan Air Mata.
Kenangan yang ku lalui bersama Mak Ngah
Setelah selesai semuanya, orang ramai pun berlalu pergi, aku pun yang dah penat dan bercadang nak berehat dekat rumah nenek dahulu.
Malam Raya orang lain yang ceria dan riang ria, Manakala kami masih berduka.
Tahun itu, 2023, di mana tahun yang kami tidak menyambut Raya di rumah itu.Tahun di mana Aku tidak ingin menyambut Raya.
Orang lain sedang sibuk menguruskan perayaan Aidilfitri, manakala kami sibuk untuk menguruskan Tahlil Arwah.
Mulai saat itu.... Aku tidak berharap untuk menyambut Hari Raya
Diary seorang author
Share this novel