Pagi tu, aku datang ke sekolah, Aku ingatkan akulah yabg paling awal, rupanya ada lagi yang awal daripada aku.
Farah. Kawan Arwaa tu, mungkin dia excited kot. Aku tengok jam baru pukul 6.05, Mungkin dia gerak dari sekolah lepas subuh kot.
Aku menyapa dia dan bertanyakan kabar. Dia ketika itu memakai Baju Kebaya Melayu yang aku kirakan moden.
Lepas itu, satu demi satu muncul berpakaian Baju Raya.
Arwaa pun muncul jua dengan membawa juadah nya itu. Aku pandang seimbas lalu, kerana begitu beautiful 'konon' shhhhh
Tapi hari ini, memang aku nak fokus tentang makanan je.
Aktiviti pada hari itu berjalan dengan lancar dan Alhamdullilah, kami tak sempat lapar sebab banyak makanan.
Tapi.......
TAPI....
Yang aku tak boleh move on..... dengan Makanan yang ketua kelas kami Sofea yang membawa Ayam Masak Merah dan Daging Masak Kicap.
YA ALLAH. SEDAP TAK TERKATA.
Dia punya sedap tu sampai aku nak tapau sekontena.
Betul. Aku dah tapau juadah Sofea tu sekontena besar. Ayam dia memang cukup dan penuh dengan rasa, Manakala daging lembu itu sangat empuk.
Aku bawak balik kontena itu dengan rasa senang hati. Mesti dia hairan kenapa ayam dan daging itu habis kan?
MUAHAHAHAHAH
Tepat pukul 11 a.m.
Semua khemah untuk Sambutan Raya telah dikemas. Aku pun ke tandas dulu la sebelum keluar daripada pagar.
Sebaik sahaja aku tiba kawasan pagar
Tiba-tiba
"Abang Zain, Abang Zain"
"Kenapa?" Tiba-tiba ada junior kelas bawah yang mengajak aku bergambar bersamanya.
Dalam hati aku 'Ahhhh suda, Matai la aku'
"Kalau gambar tu jaga jarak ya, Abang tak nak dekat-dekat. Kalau boleh Social Distancing"
"Baiklah Abang"
Sebaik sahaja bergambar tu, terus aku lari dengan hasil penapauan aku yang aku ambil daripada Sofea sebelum balik
----------------------
Assalamu'alaikum Ibu, ni haaa Zain ada bawak hasil Penapauan daripada sekolah tadi
"Uishhh sedap jugak benda yang kau bawak ni Zain."
"Ha'ah buu, Kawan Zain yang bawak."
"Mesti perempuan kan, kalau macam tu, Bila nak masuk meminang, sedap sangat ni"
"Ya Allah buuu, masih Awal. Lagipun tahun ni Zain masih SPM"
"Haaa tau pun, nanti malam kau sambung study ya Zain"
-dahlah-
Bagi aku memang sedap...... tak menyesal aku tapau 1 kontena ><
Share this novel