Part 8

Romance Series 2808

JANJINYA pada Hanani malam tadi ditunaikan pagi ini. Dia melangkah laju ke arah Kenari merah yang dah dikilatkan selepas dikutuk Hanani pada suatu ketika. Doanya agar wanita itu selesa duduk dalam keretanya bila dia membawa Hanani balik dari hospital nanti.

Ke, nak beli kereta baru?

Asal nak beli kereta baru just because nak ambik minah tu dari hospital?!!

Kepala digeleng, tak percaya dengan kehendak hati hanya kerana nak memuaskan hati seorang perempuan. Baru saja nak menghidupkan enjin, telefon bimbitnya berdering.

"Hello? Assalamualaikum, ayah?"

"Wassalam Lukman. Kau apa khabar? Sihat?"

"Alhamdulillah."

"Oh..."

Senyap.

Nokia di telinga kiri, dikerling. "Ayah nak cakap apa ni?" soalnya sambil menghidupkan enjin.

"Lukman."

"Yea?"

"Kau ingat tak dengan pakcik Syed kau? Syed Saifullah yang duduk depan rumah kita kat Melaka dahulu... dengan anak perempuan dia si Hanani tu."

Enjin dibiarkan supaya panas. Wajah Hanani yang melayang ke dalam minda dibuang jauh-jauh macam memukul bola tenis ke arah lawan. Memikirkan wanita itu ialah sesuatu yang dia enggan lakukan kerana mampu menghadirkan debar pada hati nan kering. Tidak selesa, tahu?

"Ya, Luk ingat. Kenapa tanya?" balasnya sambil menyandarkan kepala.

"Susah ayah nak cakap memandang kau masih bertunang."

"Ada kaitan dengan hal tunang Luk?"

"Uncle Syed kau tanyakan pasal kau... dia datang rumah malam tadi." Dan senyap lagi. Lukman mengerut dahi, menjeling telefon bimbitnya. Sedikit pelik kenapa bicara si ayah tersekat-sekat. Lambat-lambat suara garau ayahnya kedengaran lagi. "Dia nakkan kau sebagai menantu dia."

Ternganga.

Perhatian teralih seketika bila melihat sebuah kereta hitam yang cukup dikenali diparking di hadapan rumah sewanya. Ah, Jebon sudah balik dari kampus. Habislah rumah itu bising bila Jebon dan Hakimi bertemu nanti. Saif pun dah balik malam tadi. Rumahnya akhirnya full house.

"Uncle Syed... cakap apa je?"

"Dia tanyakan pasal kau dengan tunang kau tu... lepas tu dia cakap kau simpan hati kat anak perempuan dia..."

Darah menyirap terus ke kepala. "Sedap je dia tuduh..." desisnya. Pada masa yang sama, hatinya merasa debaran yang tak sedap. Lalu dada digaru.

"Are you?"

Lalu meremang bulu romanya. Lukman senyap seketika sambil menggosok belakang tengkuk. Logo Perodua pada stereng direnung lama-lama sambil menyoal sekali hati yang merinding ketika ini. Terus terang, ini pertama kali dia merasa perasaan ini selama dia hidup 24 tahun.

Pasal Hanani semata ke?

"Lukman. You there?"

"Here..."

"Kenapa tak jawab ayah tanya?"

"Sebab I don't have the answer..." keluhnya akhirnya.

"Its a yes or no question."

"Well, yea... but..." Terdiam lagi.

"Lukman Ariff..." Nada itu kedengaran kecewa dalam tegas.

Defensif lalu. "Mak duk marah-marah sebab kes khalwat Luk so I can't find time to tell you guys... tapi Luk intend nak putuskan pertunangan Luk dengan Azizah..."

"Sebab anak dara Syed?"

"Yes. Wait, no!...I don't know!!" Muka diraup. "I don't know about my feeling... but I do know I want to terminate my engagement with Azizah..."

Encik Taha terdiam seketika di dalam talian. "Solid?"

"Luk dah istikharah... and yes, I'm solid."

"And then, what? Kau nak terima lamaran uncle Syed kau pula?"

"I don't know... yet... Luk kena discuss dengan Hani dulu. And, you know... istikharah..."

"Hmm... then come home cepat and explain everything. Your mom won't like hearing this coming from me..."

"Okay..." Muka diraup lagi. "Ayah..."

"Em?"

"Kalau Luk dengan Hani... you okay ke berbiras dengan uncle Syed?"

Ini soalan bom atom. Tadi cakap confuse, sekarang macam nak pula. Sampai siap istikharah nak putuskan pertunangan sedia ada. Encik Taha menggaru kepala di rumahnya, sedikit bingung dengan peel anak teruna yang duduk jauh dari rumah walaupun dah habis study. Seumur hidupnya, Lukman kategori taat, tapi apa dah jadi di Ulu Tiram sampai budak ni berubah angin macam ni? Dan sejak bila Hanani duduk sekali di sana? Setahunya Tan Sri Syed menghantar anak perempuannya ke USA sebab dia malas nak menjaga anaknya itu.

"That friend of mine is challenging to handle..."

"Hahaha. Anak perempuan dia pun sama!"

"Heh. You seemed lively when talking about her.... Its good that your mom takda kat rumah sekarang, so dia belum tahu pasal semua ni."

"Oh. That's a good news." Terus terang, dia lega. Kalau tidak, bukan ayahnya yang menelefonnya dan menyampaikan berita mengejut ini. Dan kurang drama yang tak perlu juga.

"Jadi kau nak buat apa lepas ni?"

"Luk tak pasti..." Pintu kereta ditolak dan dia melangkah keluar. Rumah jirannya itu direnung. "Jumpa anak beranak tu la kut... sebab baru semalam uncle Syed jumpa Luk... Luk langsung tak expect dia sergah ayah dengan request macam ni..."

"Ayah doakan yang terbaik untuk kau, Lukman."

Tersenyum si anak lelaki. "Thanks, dad. Assalamualaikum."

"Wassalam..."

Talian ditutup, dan tubuhnya disandarkan ke pintu kereta. Rumah jiran yang kosong kerana ahli-ahlinya masih tidak balik dari hospital itu direnung. Gigi dijilat sambil memproses maklumat yang baru disampaikan dari rumah. Ini kali kedua dia dilamar oleh keluarga si perempuan. Dulu Azizah, sekarang Hanani. Masalahnya Azizah tu jenis perangai elok. Hanani pula... hahaha...

Ketawa terlepas. Kering sekali. Entah Hanani dah tahu pasal berita mengejut ni ke belum. Kasut lusuh direnung, sekaligus teringat semua komen Hanani yang suka mengutuknya miskin, gay dan pedophile.

Hati terbakar tak semena-mena. Elok juga dapat peluang halalkan dia. Bolehlah aku disiplinkan mulut dia puas-puas sampai dia belajar hormat aku.

"Hahaha..." Kali ini ketawa puas hati pula yang terlepas keluar. Kunci kereta dilontar ke udara sebelum disambut kemas. Dia bergerak ke rumah sewanya untuk mengajak semua ahli rumah melawat Safira di hospital.

KEPALA didongak. Anak mata biru kilatnya merenung bangunan tinggi di hadapannya. Bangunan ini yang sentiasa sibuk selagi ada manusia yang memerlukan khidmat kesihatan... bangunan yang terlepas dari melaksanakan kempen Earth Hour kerana buruk padahnya kalau eletrik dipotong dari bangunan yang memberi servis merawat manusia sakit ini. Bibir lalu dilengkung ke bawah.

"Fira tingkat berapa?"

"I'm not sure." Lukman membalas. "Hani cakap Fira dah dipindahkan dari wad kecemasan ke wad umum pagi tadi. Kita tanya kaunter la kut." Kaki melangkah ke dalam lobi hospital tersebut.

Hakimi, Jebon dan Saif berpandangan.

"Hani... who?" Jebon mengekori lekas. "Hani mana ni? Aku kenal ke?" 

"Alah. Anak dara baru rumah sebelah tu..." Saif menjeling bersama senyum. "Tapi aku tak sangka la pulak Luk dah rapat dengan anak dara baru tu selama ni..." Belakang tubuh Lukman yang bertanya pada kaunter direnung. "Kalau tak silap aku, sebelum aku fly hari tu, dorang masih gaduh lagi..."

Hakimi tersenyum nipis. "Dorang jauh lebih rapat dari yang korang sangka," ujarnya membuat Saif dan Jebon sama-sama menoleh. "Atau mungkin lebih rapat dari apa yang aku sangka..."

Lukman di depan kaunter, menoleh pada tiga jejaka yang saling berpandangan itu. "Tingkat tiga. Jom." Tangan mengisyaratkan 'jom' dan dia melangkah ke lif. Sekali lagi mereka berpandangan sebelum mengekori langkah si kawan itu di sana.

Setiba di wad umum itu, Safira kegembiraan menerima kehadiran mereka, Puan Zaiton tersenyum haru manakala Lukman tertoleh-toleh mencari wajah si cantik.

"Dia dah balik, Luk..."

Kepala dipusing terus pada Puan Zaiton. "Siapa?"

"Hani la... kau cari dia, kan?"

"Siapa Hani?" soal Jebon terus. Lukman pula tersenyum sumbing.

"Mana ada Luk cari dia..."

"Habis kau cari siapa?" usik Puan Zaiton lagi dengan senyuman bermakna. "Rimas katanya. Dia tak mandi sejak pagi semalam. Dia tunggu kau tapi kau lambat sangat jadi dia dah balik dulu..."

"Ooh..." Rendah sekali nadanya. Nampak kecewa.

Reaksi si kawan membuat Jebon makin giat bertanya. "Serius weh, siapa Hani??"

Hakimi dan Saif sekadar tersenyum kecil. Safira pula mendengus sebelum terus memanggil Lukman supaya memberi perhatian padanya.

TIGA hari Safira diwadkan atas rawatan kecemasan dan pemerhatian doktor, dan akhirnya dibenarkan discaj. Pada hari yang sama, empat bujang itu sedang bergotong royong mencuci kereta masing-masing pada petang yang cukup nyaman dan sangat sedap rasanya nak pergi bersukan sekarang. Baik Saga hitam Hakimi, CRZ biru terang Saif, mahupun Kenari merah Lukman, ketiga-tiga kenderaan tersebut dibersihkan, disental semua daki pada setiap sudut kereta, disapu dan divakum habuk dan debu di dalamnya, dan dikilatkan supaya nampak baru. Bila dipedulikan kereta Lukman, kedua-dua kereta Hakimi dan Saiful membuatkan rumah itu nampak seperti rumah yang didiami orang kaya, yang Jebon pun turut berbangga kerana menginap sama.

"Stereotaip sungguh korang." Lukman menjeling, sengal. "Kau takkan faham sentimental value orang yang kumpul duit sejak sekolah menengah sampai habis matrikulasi dan beli kereta sendiri dengan duit simpanan sendiri." Bonet Kenari tersebut terus dilap-lap seperti meramas belakang isteri tercinta.

Saiful, Hakimi dan Johari berpandangan. "Well... sentimental value aside, tapi bila difikirkan balik, ada ke awek yang berminat dengan kau lepas tengok kereta kau?" soal Hakimi.

Lukman menjeling. "Ingat bakal bini aku nanti mata duitan macam ex engkau?"

"Tak... takde la... tapi si Hani tu pun segan nak naik kereta kau aku tengok."

"Hahhah! Aku pedulik hape dengan dia! Dia bukan bakal bini aku, pun." Dibalas sengal. Bonet terus dilap, dan imej wajah sendiri direnung pada imbasan pada kilat di kereta. "Aku suka dia pun tak..." tambahnya perlahan.

Jebon menjuling mata ke langit, lalu lidah dijelir keluar dan telunjuk ditunjuk-tunjuk ke anak tekak. Saiful dan Hakimi tertawa melihat tingkah teman mereka yang paling muda itu. Lukman menoleh, lalu kain lap dibaling ke belakang Jebon. Terjerit si kawan dan laju penendang dilancarkan.

"Whoa!" Lukman lekas mematahkan serangan dengan mengangkat kakinya ke atas, menahan serangan dengan menjadikan betis sebagai benteng.

"Nice! Aku memang dah lama nak – yargh!!" Tubuh ditujah ke hadapan sambil penumbuk kanannya menarik daya di belakang, lalu dilepaskan ke muka Lukman. Namun lelaki berkumis itu lebih pantas mengelak dengan mengalihkan kepalanya ke bawah, sekaligus melonjakkan kaki yang menahan serangan Jebon tadi ke atas, tepat ke bawah dagu Hakimi.

Saiful bersiul rendah. Pertama kali melihat Lukman bertarung. Pemuda berkumis itu pula terundur-undur dengan riak terkejut. Hakimi yang tersandar pada Kenari yang masih merah, mengerang kesakitan, dan Johari lekas berundur melarikan diri. Sudah tidak berani mengusik Lukman dengan serangan fizikal.

"Kimi Kimi Kimi Kimi Kimi... sorry!" Lekas si kawan didapatkan. Rakannya itu mengerang keras, lalu tangan Lukman ditepis kuat.

"Kau gila! Kau nak counter pun, tak payah la bagi uppercut! Ganas sial kau ni..." Tangan menggenggam kepala, cuba nak menahan otak yang terasa bergegar semacam.

Lukman tersenyum nipis. "Pulak... dah kau yang nak serang aku dulu..."

"Cheit. Aku tak tahu kau ada martial art skill gitu. Laju pulak tu..." Sendi leher yang sengal diurut-urut. "Kau dah biasa tendang orang eh?"

"Tak... tak de la. More like, hasil pengalaman diajar orang yang lebih reti berkelahi." Belakang kepala digosok, dan renungan rakan-rakannya dibalas dengan sengih nipis. "Kawan-kawan lama..."

"Hmm..." Saiful berpeluk tubuh. "Tapi move tu bukannya boleh dibuat macam natural born, though. Kira, kau banyak involve dalam pergaduhan jugak la ni... sampai refleks kau buatkan kau boleh gerakkan move yang cool gitu."

Bahu dijungkit. Off-handed. Kain lap yang jatuh di atas jalan dicapai. "Credit to those five years in high school la kut." Kain dicelup ke dalam air bersih.

Perhatian keempat-empat pemuda itu teralih pada sebuah Honda putih yang dipandu melepasi mereka. Tiga wanita berlainan usia di dalamnya, dan yang paling muda itu memang bersemangat sekali melambai ke arah mereka. Lukman dan Saif sekadar memberi senyum. Hakimi menjungkit sebelah kening manakala Jebon melambai kembali.

"Alang-alang Fira dah keluar dari hospital... kita makan seafood jom. Lama tak pergi Senibong," ajak Saif tiba-tiba.

"Huh?" Hakimi dan Jebon menoleh pada si keturunan Viking yang suka mengaku Melayu itu. Saif sekadar melirik senyum kecil.

"Kau pun Luk. Jom." Rakannya yang berjambang itu dipandang, namun perhatian Lukman dah bukan pada mereka.

Pemuda berkumis itu ralit sekali merenung wanita berbaju kurung bertudung hitam itu. Sampai tak berkelip. Sampai dadanya tidak bergerak. Sampai air pada kain basah dibiarkan menitis ke kaki berselipar. Kepalanya ikut berpusing mengekori pergerakan Hanani hingga hilang ke dalam rumah. Kemudian si kawan itu memegang dada sendiri.

Ah, sudah. Itu bahagian tebakan panah si dewi cinta ke Lukman oiii....

Bila Lukman kembali menoleh pada mereka, dia pula yang mengerut dahi. "Korang kenapa?" soalnya terus. Soalan yang lebih tepat ialah, kenapa masing-masing sengih macam Joker?

Jebon memandang Hakimi dan Saif. Nyata dua-dua pun sengih sampai nampak gigi masing-masing.

"Kau maybe jadi orang first yang kahwin antara kita berempat," ujar Saif dahulu sambil berpusing berjalan ke dalam rumah. Langkahnya diekori ketiga-tiganya.

"Dengan kereta macam tu?" getus Hakimi pula, sedikit terancam sebab dia yang lebih aktif dalam marriage market kalau dibandingkan dengan Lukman yang sangat jarang berinteraksi dengan perempuan.

"Luk ada long term plan pasal ekonomi dia, ye dok?" sengih Jebon pula, dah tahu dari awal tentang rancangan Lukman dengan kawan gerai goreng pisangnya, si Ikmal. "Tapi Luk suka jenis klasik, huh? Memang ngam dengan style dia jugak." Suka berkopiah.

Mereka terus duduk di ruang tamu. Hakimi memasang TV manakala Lukman memandang Jebon. "Jenis klasik?"

"Baju kurung and tudung... and stoking, duh." Kepala terjengul ke hadapan.

"Gaya kau bercakap macamlah kau tak pernah tengok perempuan pakai baju klasik tradisional tu. And stoking, duh." Ayat yang terakhir itu meniru gaya dan nada Jebon.

"Bukannya tak pernah tengok... tapi baju tu bukan ke dah macam festive punye baju. Time raya ke... masa kenduri ke... masa pergi kelas ke... time tu aku biasa la tengok. Tapi bila pakai setiap hari sebagai baju kasual, aku pelik jugak."

"Hahaha. Aku rasa aku suka dia bila kau cakap macam tu..." ujar Saif tiba-tiba, membuat Lukman menoleh dengan muka berkerut. Si mata biru sekadar memberi sengih tak bersalah. "Sebab stoking dia, duh..." tambahnya.

Hakimi tergelak perlahan bahana mimikan yang berulang-ulang. "Luk dah cop dulu, la, Saif... respect la member tu..." Pemuda berkumis itu dikerling.

"Takde makne nak cop-cop kalau takda relationship yang betul-betul serius ke arah yang lebih baik... betul tak Luk?" Saif sengih lagi si kawan. Lukman hanya mendiam. Terus selamba menonton TV macam tak mendengar apa. Baru perasan TV tengah menyiarkan Ombak Rindu. "I mean, dia awek klasik dengan stoking, duh."

Jebon menoleh, mula sengal dengan pengulangan ayat yang berkali-kali itu. "Poyo la engkau. Kau punya suka tu setakat suka tengok... atau suka yang suka-suka... atau suka nak dibuat bini?"

Saif meleret bibir, merenung Aaron Aziz mendera Maya Karin di hadapan mata. "Yes... yes... and yes."

Lukman menjeling tanpa mengalihkan arah wajah pada skrin. Jebon pula tergelak perlahan.

"Even Saif dah terfikir nak berpasangan, huh? Kak Hani pulak tu dalam ramai-ramai orang. Baik kau kebas dia cepat, Luk." Lukman di sebelahnya dipandang. Lelaki itu pula tidak bereaksi, masih menonton Ombak Rindu tanpa sebarang reaksi di wajah. Tidak kisahkan Izzah menangis menderita. Tidak juga tersengih-sengih cuci mata melihat Izzah si seksi yang hanya mengenakan inner hitam nipis di depan mata seperti Hakimi. Kosong habis riaknya seperti patung Barbie tanpa solekan.

Hakimi, Saif dan Jebon berpandangan sambil bertukar sengih. Suka dengan reaksi senyap Lukman yang kali ini. Senyap bermakna, namanya.... Jejaka bermata biru kilat itu memanjangkan lehernya ke arah Lukman. "Kenapa ni Luk... gaya kau macam aku dah target bakal bini kau je ni..."

Lukman masih bergaya selamba. Bibir mengukir senyum. "Tak..." dan diam. Tiada alasan lebih untuk membangkang.

"Hahahahaha. Ngaku je la kau simpan perasaan kat dia." Hakimi menyampuk sama.

"No comment." Terus ditutup usaha mereka nak mengorek isi hatinya. Tubuh disandarkan, lebih relaks. "Kenapa kau tiba-tiba berminat kat Hani ne'way?" Dah la berjumpa pun sekali dua, sambung hatinya.

"Hurm... sebab dia awek klasik dengan stoking, duh." Dengan sengih, filem melayu di hadapan ditonton lagi. Jebon memberi penumbuk ke bahu itu akhirnya. Tak tahan dengan cuma menahan geram. "Plus, kau nampaknya sukakan dia. So, she must be a good woman, kan?"

Lukman mengemam bibir, menelan rasa hati.

"Bagi korang, Hani tu okey ke tidak?" soal Saif pada dua lagi isi rumahnya.

Hakimi mengerut kening. Wajah wanita yang tidak diketahui usianya itu dibayangkan di kepala. Setelah dua bulan berlalu sejak mereka mula berkenalan... hurm.... "Hani eh... she looks delicate." Tahu ketakutan wanita itu dengan semua jenis keturunan ulat di dunia kerana dia ada sekali di rumah semasa Hanani memekik sampai kedengaran satu taman kerana ulat sampah mengensot atas kakinya suatu masa dahulu. "Dia nampak lain dari perempuan yang lain..."

"Define 'perempuan lain'." Saif menyampuk.

"Yang bukan macam makwe Kimi," sengih Jebon macam tak berdosa. "The normal one yang kita biasa tengok tepi jalan dan mudah dipikat la..." Lukman menoleh dibuatnya. "That normal, desperate... attention seeker... money oriented... tayang body, tayang kepala kosong, tayang perangai berlagak pandai sedangkan empty-minded..."

"Tak payahlah kutuk awek aku macam tu sekali, hanattt..."

Lukman merenung Jebon yang tengah mengekek. "Kau memang dikelilingi perempuan yang gitu ke? Rasanya ramai lagi yang baik-baik belaka." Ingatan mengimbau teman-teman perempuannya semasa di universiti. Rata-rata masih tahu menjaga diri dan imej muslimah yang dibawa walaupun tahu juga nak menghiburkan diri dengan hiburan dunia. Mereka masih tahu bersederhana.

"Hahaha. Tu sekadar observation aku la. You know bersepah perempuan macam tu kat luar... dalam internet.... Konsep individualiti dan korang-bukan-Tuhan-nak-tegur-hidup-aku-macammana sedangkan dorang terang-terang langgar hukum Tuhan dan sebarkan dalam net, gitu..." Mata dijuling ke langit. "Dulu kalau zaman pertukaran ilmu timur dan barat, bahagian bandar yang dipanggil bertamadun. Sekarang, kampong aku rasa lagi bertamadun dari orang bandar. Dunia memang tengah mengalami proses pembalikan kan, sekarang."

"Dan bangun balik lepas Imam Mahdi muncul dan Nabi Isa diturunkan ke bumi." Lukman menambah.

"Kiamat." Saif menghabiskan ayat.

Masing-masing merasa bulu roma tegang di belakang tengkuk. Gerun bila memikirkan kematian yang pasti.

Jebon menelan liur. Berasa tanggungjawab nak mengalihkan topik yang tiba-tiba berat kepada sesuatu yang lebih ringan. "Well, balik kepada topik makwe Kimi, jenis Hani is thousand times better nak dijadikan teman hidup berbanding perempuan jenis attention seeker gitu."

Hakimi mengerut dahi memandang temannya. "Awek aku pun pakai jubah, kau tau."

"Jubah jarang tayang kulit buat apa. Pun ada jugak jubah dia ketat sampai nampak line spender. Hilang fungsi menutup aurat dan rosak nama baik jubah macam Hitler rosakkan identiti misai kontot di mata dunia." Mata dijuling ke langit. Menyampah.

Mendesis lagi Hakimi dibuatnya, tetapi nak melawan itu gagal kerana apa yang dicakap Jebon benar belaka. "At least kita tau awek aku tahu layan lelaki. Nampak sikit yang dunia lepas kahwin nanti syok. Ada sesetengah perempuan tak tahu langsung cemane nak layan suami dorang. Bila carik perempuan lain di luar baru tau nak nangis-nangis."

Saif ternganga luas. "Hahaha!! Poin kau... kelakor! Kalau bini tak tahu, laki kena la ajar. Lagipun, aku sure dia akan tetap seksi dalam bilik bila berseorangan." Si mata biru membalas dengan sengih lebar. Lukman pula mengangguk-angguk setuju. "Untunglah bagi yang jadi suami dia sebab simpan untuk dia sorang. I mean, ko imagine la dia tanggalkan tudung dia, baju kurung dia, stoking dia masa..." Kata-kata dan imaginasi di kepala termati bila Lukman menolak kepalanya dengan kasar. Makin galak ketawanya melihat cemburu si kawan.

Hakimi menjungkit sebelah kening, mengiyakan dalam diam. "Eye-candy yang tersimpan eh... fancy." Tersengih akhirnya.

Saif tergelak perlahan. "Kan? And she looks soft and polite too."

"Tapi judgement korang tu based on apa yang korang nampak selama ni, kan..." Lukman menyampuk jua akhirnya. Tak tahan bila Hanani menjadi topik imaginasi mereka. "Macammana kalau dia tu lain dari apa yang korang fikirkan." Wajah ketiga-tiganya dipandang.

Mereka berpandangan. "Lain yang macammana?"

"Ermm... Aku just fikir apa yang korang nampak kat Hani sepanjang dia kat rumah sebelah tu tak semestinya Hani yang dia pamerkan dekat orang yang dia lebih rapat dan dia dah kenal bertahun-tahun..."

"Tapi itu bukan sebab yang boleh dijadikan alasan untuk tak tackle dia." Saif membalas sedap. Strike! Kata-kata sesuai dituturkan oleh seorang arjuna kekar. Rakan-rakan serumahnya menoleh lagi padanya, membuat Saif meleret senyum nakal. "I mean... I don't need reason to make a good woman as my wife... kan?"

Gang...! Terasa besen besi jatuh dari langit dan menimpa kepala masing-masing. Yang paling luka berdarah ialah Lukman.

"Wife... high level sungguh ayat tu."

"Berat responsibility tu. Nak jaga dia... nak jaga anak... nak bina rumah... bayar macam-macam..." Jebon pula berangan. "Tanggung dosa dia dan anak-anak lagi satu hal..."

"Well, bila dah bersedia dan jumpa pula pasangan yang sesuai, tak salah untuk move on. Aku dah boleh kahwin, tau?" Selamba. "I mean... Kimi pun dah merasa seks walaupun haram."

Sentap! "Kurang ajar kau! Aku dah insaf, tahu! Janganlah ungkit-ungkit silap aku tu..."

"Lalalalalala."

Tak perlukan sebab untuk jadikan wanita yang baik sebagai isteri... huh? Haha... quite right.... Lukman tersenyum pada diri sendiri sambil merenung Maya Karin yang menangis di sana. Nokianya tiba-tiba berdering, menandakan talian masuk. Handset yang nampak menyedihkan itu dicapai di atas meja, dan nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Hm.

"Hello?"

"Hello? Lukman? Uncle ni... bapak si Hani."

"Oh, uncle."

"Uncle kat JB ni. Kau... tengah free? Meh jumpa uncle, kat Hotel Granada."

Pergh, jauh. "Ada apa ni sebenarnya..." soalnya, sedikit malas.

"Tentang Hani."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience