Part 5

Romance Series 2802

"LUK! Budak-budak dah keluar!"

Suara Ikmal kedengaran melaung dari jauh. Lukman yang sedang melayan lesu di bawah pokok, terkejut beruk. "Ow." iPhone dipadat kembali ke dalam jeans dan dia berkalih lekas. Sambil menghampiri Ikmal, punggung dan belakang baju disapu-sapu bagi membuang kotoran dan daun-daun kering. Pembelinya diberi senyum dan soalan, "Adik nak berapa?"

Selepas pembeli-pembeli beransur, Ikmal menegur rakannya. "Kau kenapa tadi?" Perasan gerak geri Lukman yang agak lembap. "Kau tengah fikir apa sampai susah hati sangat?"

Bibir dipaksa senyum. "Family aku call." Pisang dimasukkan ke dalam doh tepung. Digaul rata.

"Call sampai setengah jam?"

"Mak aku rindu," balasnya rendah. Semua jerit marah si emak tentang kes tangkap basahnya sekadar disimpan sendiri.

"Bini muda bapak kau tu? Aku pernah jumpa dia masa Raya. Cantik gila badan dia... sampai buat aku ingat sampai sekarang.... Untung weh bapak kau, dah tua pun masih boleh baring sebelah perempuan cantik."

Lukman menjeling bersama deraman amaran manakala Ikmal memasang sengih tak berdosa.

"Abang..."

Panggilan lembut itu memanggil Lukman dan Ikmal menoleh serentak. Masing-masing memandang Safira memasuki bahagian memasak, meletakkan beg sekolah ke ruang kosong di bawah gerai itu dan mendekati si kacak yang tengah menggoreng pisang.

"Erm... abang ngan akak Fira dah baik sekarang, kan?" Kerusi ditarik dan duduk di sebelah lelaki itu. Lukman mengangkat pisang yang dah siap digoreng.

"Akak mana ni?"

"Kak Hani la..."

"Siapa Kak Hani?"

Safira dan Lukman menoleh serentak pada Ikmal yang bertanya tetapi Lukman enggan melayan kawannya.

"Kami menyembang pun tidak."

"Sebab tu Fira tanya... selalunya abang usik dia... tapi sekarang senyap je. Ada sesuatu berlaku ke malam tu...?" soalnya lagi, rendah sekali nadanya seakan berhati-hati.

Lukman hanya merenung muka comel itu namun perhatian teralih lagi bila Ikmal memanjangkan leher ke depan mukanya dengan sengih luas di depan mukanya.

"Apa yang berlaku malam tu? Apa kau dah buat dekat Kak Hani tu? Diam-diam miang kau Lukman..."

"Kau ke tepi la tenuk..." deramnya sambil menolak Ikmal sekuatnya. Rakannya itu hanya tertawa suka.

Tanpa disedari, sekumpulan pelajar lelaki merapati gerai goreng pisang itu. "Hey, Fira. Ada sini rupanya?" tegur pelajar di hadapan sekali. Rambutnya perang berkarat, tanda klasik budak baru-nak-up. "Kau taknak date ngan aku semata-mata nak kerja kat gerai buruk ni?" getusnya, terasa dihina.

"Kau buat apa kat sini, Syam?" Safira membalas dengan nada keras yang sama.

Pertelingkahan kecil berlaku di antara mereka, sebelum berhenti seketika bila si gadis cantik menoleh ke belakang. Dua si jejaka bujang berusia 20-an sedang memerhati mereka. Safira mengeluh halus, lalu dia melangkah pergi dari situ sambil mengisyaratkan pemuda-pemuda sekolah itu supaya mengekori langkahnya.

"Tengok. Itulah yang jadi sebab kau tak tolak perasaan budak Fira tu terang-terang dan terus biarkan dia berangan." Ikmal mula bersuara, membuatkan Lukman menjeling tanpa mengalihkan kepala. "Tak cukup dengan kereta kau kena vandalize, sekarang kau kena drag masuk cinta monyet tu. Aku tak heran kalau suatu hari nanti samseng sekolah tu bawak geng dia nak pukul kau."

"Dia pukul aku, aku pukul dia balik. Jangan dia ingat dia seorang samseng." Tak bernada.

Mata Ikmal mencerlang. "Amboi. Tough guy!" Tergelak si kawan dibuatnya.

"Kau pula menyibuk nau dengan gossip budak sekolah." Lukman tersenyum sumbing, namun dia tidak menafikan yang dia juga pernah mendengar gosip mengenai samseng sekolah berjaya yang dipanggil Syam tu. Dan untuk dipukul oleh kumpulan budak sekolah atas alasan cinta monyet... a really bad joke, indeed.

"Kau kena handle baik-baik perasaan perempuan macam tu, Luk. Boleh jadi kanser dalam life kau kalau kau buat bodoh je. Dahlah kau jenis yang perempuan jatuh suka lepas kenal."

Bebelan Ikmal dah macam angin lalu bila sebuah Honda dengan sticker rama-rama melusuri jalan di depan gerainya. Itu Hani. Hati Lukman mengembang luas macam dipam-pam. Malah air mukanya juga berubah ceria.

"Hoi! Dengar tak aku cakap!"

Tapi Lukman masih fokus pada batang tubuh yang keluar dari Honda itu. Hari ini Hanani memakai tudung ungu dengan longsleeve hitam berbelang putih. Walaupun tidak berbaju kurung tapi masih cantik di matanya. Wanita itu berjalan terus ke gerainya, membuat hati Lukman bergendang lagi macam pukulan tabuh. Hatinya berbunga, menyukai dirinya dah menjadi perhatian Hanani.

"Aku lipat kepala kau baru tau. Kau tengok apa sampai fokus sangat?!" Belakang kepala Lukman ditepuk kuat, membuatkan bunga-bunga di hati si kawan bersepai. Lukman menoleh deras dengan desis geram, manakala Ikmal melihat apa benda yang kawannya tengok sampai seronok sangat.

Oh, faham.

"Itu ke Hani?" sengihnya. Bahu Lukman dirangkul sambil merenung lenggok di bawah panas itu. Keningnya terjungkit, menyukai apa yang dilihat. "Cantik..." Padanlah sampai Lukman jadi pekak. Ulat bulu melompat ke atas daun suka hati.

Hati si kawan terbakar terus. "Kau pergi buang sampah," dengus Lukman.

"Kau la buang. Awek ni pass ke aku." Si kawan ditolak ke tepi.

"Kau jangan--"

"Jangan kenapa?" soalnya, sengaja menduga hati lelaki si kawan.

Terkedu seketika, malah sempat menilai logik tingkah lakunya juga. Yalah Lukman, kenapa nak gelabah? Bahang di dada dibuang dengan hembusan nafas panjang. Sampah-sampah dikumpul di dalam plastik hitam, lalu diikat ketat-ketat. Baru saja nak mengangkut plastik hitam itu ke bahu, Hanani dah sampai di gerai mereka.

"Hey..."

"Hey," sambut Ikmal dengan senyuman tampan.

Hanani merenung datar. "Aku taknak bercakap dengan kau. Aku nak dia," ujarnya senada sebelum mengisyaratkan hidung pada Lukman di belakang gerai.

Lelaki itu automatik tersengih, manakala Ikmal tersenyum sumbing.

"Saya masih boleh layan cik. Saya kerja sini jugak..."

"Pergi buang sampah, Ik..." ujar Lukman pula sambil menyerahkan plastik-plastik sampah pada rakannya itu. Ikmal menggerutu sebelum meninggalkan gerai manakala Lukman menyambut bunganya. "Cari Fira?" soalnya terus, dan disambut anggukan oleh Hanani. "I thought you're a fancy baju kurung dresser." Senyumannya meleret bila kening Hanani bercantum. "And cute slippers."

Wanita itu menunduk pada kaki. Croc Doraemon di situ. "Aku tanya sungguh ni..." getusnya, sedikit malas.

"Zaman sekolah dulu kau gelap giler. Comot berhingus. Aku nak pandang pun tak sanggup. Sekarang dah cantik manis walaupun masih itang letung hahaha!"

Sakit jiwa mendengar komen itu, ya Allah.... Pinggang dicekak sebelah. "Aku rasa mulut kau takde la bisa sangat berbanding masa sekolah dulu. Dulu kau pendiam, sekarang kau—hey, aku tanya pasal Fira la! Kau sedap je buat side talk!" Mata dibulatkan.

"Kau jugak yang layan." Hanani direnung datar. "Fira kena panggil member dia. Berbual apa ntah."

"Oh..."

"Kau taknak berbual ngan aku dulu?"

"Kenapa pula?"

"Sementara tunggu dia." Bahu dijungkit.

"Maksudnya dia akan datang balik kat kau ke?"

Bahu dijungkit. "Nampaknya macam tu lah, sebab beg sekolah dia masih kat sini." Beg sekolah itu ditunjukkan.

Hanani menjuih, namun menurut. Kerusi yang dihulur Lukman diterima dan dia duduk di situ.

"Naper tak pakai baju kurung hari ni?" tegur si lelaki tanpa menoleh. Hampir selesai mengemas gerainya.

"Tak perlu tanya benda yang tak perlu, Luk..."

"Aku lagi suka kalau kau keluar dengan baju kurung," jelingnya bersama senyum.

Hanani memicing. "Muka aku ada macam aku kisah dengan pendapat kau?"

"Hahahaha... bengkeng punya lady." Kepala digelengkan. Minyak masak, tepung, dan barang-barang memasak lain di dalam kuali. Terkedu kemudian bila dia dihulurkan payung besar oleh Lukman. Cih. Kena tolong jugak la ni? Semua barang itu diangkut ke sebuah van, dimana Ikmal dah ada di situ sedang menghisap vape. Selesai memadatkan semua pekakas ke dalam van, Ikmal memasuki tempat pemandu.

"Aku balik dulu. Sabtu ahad ni kau free tak?" soalnya pada Lukman sebelum menghidupkan enjin.

"Free as ever. Kenapa?"

"Bapak aku suruh aku tanya kau... sorang tukang masak dia masuk hospital sebab kena belasah along. Kau boleh gantikan kejap tak?"

"Aku okey je asalkan ada payment."

"Hahaha. Masa dan tempat masih sama macam dulu tau. By the way, jangan lupa pesan aku tadi."

"Pesan apa?"

"Jangan ignore feeling Fira, la bongok!" kemudian Hanani dipandang. "Dia ni suka pikat perempuan tapi lepas tu ignore perempuan tu. Saya kesian."

"Atau kau frust perempuan lebih sukakan dia berbanding kau," balas Hanani pula, membuatkan Lukman melepaskan gelak ke langit. Ikmal menahan sebal lagi.

"Aku nak resign ahh..." Lalu van dipandu pergi, meninggalkan dua jantina itu di situ.

"Kau buat gig?" soal Hanani terus sambil menghidu asap van. Melihat Lukman beralih, dia mengekori gerak si lelaki.

"Asalkan dapat duit, Hani..." iPhone dikeluarkan.

"Kenapa tak cari kerja tetap yang duduk bawah aircond siap dapat medical benefit?"

Lukman menoleh dengan senyuman santai. "Hal kerja dan duit, jangan tanya dekat lelaki. Sama juga hal berat badan, jangan tanya dekat perempuan. Its an unwritten rule."

Hanani mengangguk, lalu memilih senyap bila Lukman menelefon seseorang. Melalui perbualannya, yang dihubungi ialah Safira.

"Kakak kau ada dengan abang ni. Ha'ah. Abang nak bawa dia pergi ngeteh kejap. Kami bawa beg kau sekali la, nanti kakak kau pulangkan kat rumah, okay? Ada apa-apa barang penting tak dalam beg tu? Kalau macam tu, okay. Eh, takpe. Abang nak privasi dengan kakak kau. Tak perlu rushing balik, Fira... okay?"

Sang wanita yang mendengar semua perbualan itu mengerutkan dahi setelah Lukman mematikan panggilannya. "Bila pula aku setuju nak ngeteh dengan kau?"

"Jom." Kepala diisyaratkan ke Kenarinya.

Ternganga dibuatnya. "Jangan bagi jom kat aku! Aku bukan lembu yang kau nak tarik ke sana ke mari!"

"Bukan lembu, Hani, tapi kambing..."

"Bukan kambinglah, tapi kerbau..."

Mereka berpandangan. Hanani terdongak ke langit bila perasan dia membantu Lukman mengutuk dirinya sendiri, manakala lelaki menahan ketawa.

"Kau memang lawak macam ni masa zaman sekolah ke?"

Hanani membalas dengan muka geram. Terasa soalan itu menyindirnya.

Dia mendekat setapak dan anak mata itu direnung tepat ke dasar. "Aku nak diskus tentang kes khalwat kita. Family aku mengamuk... dan juga sebab aku dah ada tunang. So, I'm in a little bit of a problem..."

Kening si gadis terjungkit tinggi. "Kau dah ada tunang??"

Angguk.

"Walaupun kau miskin??"

Tangan melayang laju mencengkam pipi Hanani. Wanita itu tersentak. Lelaki itu pula menahan geram.

"Mulut kau... jangan sampai aku disiplinkan dia sampai kau kebas lidah nak buat lawak macam tu dekat aku lagi..."

Kening dijungkit sebelah. Muka Lukman masih tenang tapi aura garang melimpah dari renungan matanya.

"Dah tu kenapa pikat Fira?" soalnya lagi tanpa gentar.

Kerut di dahi Lukman bertambah lapisnya.

"Dia head over heel dekat kau, kut. Setiap hari dia berangan pasal kau kat rumah... and partly because I think you allow her to do that. Angan-angan dia sampai nak menikah, for God sake."

Makin luas mulutnya melopong. "Hani... no..." Muka diraup. Bila kawan-kawan lelakinya yang mengusik, dia tak peduli, tetapi berat benar rasa hati bila Hanani pula yang mengungkit. Malah kerap kali. "Aku anggap Fira macam adik. Waima sedikit pun aku tak pandang dia sebagai calon jodoh ke apa..."

"So kau bukan pedofilia yang berselera kat budak sekolah yang masih tak habis study? Daging segar lagi tu, haha."

Kening Lukman bercantum bahana penggunaan bahasa yang kurang enak di telinganya. Hanani pula tahu dia dah menjentik telinga Lukman, tapi dia enggan peduli. Malah dia menambah-nambah.

"Walaupun kau tengok dia macam budak, tapi lower bottom dia dah jadi complete woman, tau. Dia mengandung kalau kau buat dengan dia, tau. Nikmat dia sampai kau lupa dekat syurga Allah, tahu?"

"Kau pun mengandung gak kalau aku buat dengan kau."

Hanani gamam. Mata dipejam kelip, kepala ditundukkan merenung bumi sebelum melangut ke langit, kemudian pada muka santai itu semula. "Did you really just say that??" Moraliti Lukman ditegur.

"Kau yang start," bidasnya.

"Aku tak start apa-apa. Aku cuma nak sampaikan Fira boleh dikahwini dalam konteks islam tapi tak sesuai dikahwini dalam konteks masyarakat."

"Kau panggil aku pedofilia."

"Dah tu, kau minat kat budak sekolah! Dari Form 1 sampai Form 6 kau nak buat girlfriend!"

"Aku tak berminat dekat budak sekolah! Kat mana kau dengar semua benda mengarut ni!?" Makin risau lelaki itu dibuatnya.

Hanani mendengus. "Dahlah, Lucy! Tadi cakap nak diskus la, ngeteh la! Tapi ajak gaduh!" marahnya lagi, lalu terus bergegas ke arah keretanya, meninggalkan Lukman di belakang.

"Lucy dipanggilnya aku..." getus lelaki itu tak puas hati. Beg Safira di gerainya diambil sebelum berlari ke arah Hanani yang sedang menghidupkan enjin Honda. 

ABAIKAN pelan Lukman nak minum-minum di warung terdekat, Hanani menarik si lelaki menikmati ais krim sambil layan lepak di perhentian bas. Dekat dengan Seven E yang menjadi sumber aiskrim, dan tunggu petang sikit lagi, ada abang yang jual burger jalanan dekat-dekat sini katanya. Ah, mana-mana pun boleh, Hani....

"So, apa dia cerita yang kau nak bincang petang ni?" Gigi kacip menggigit Mat Cool. Dikunyah. Hidung lalu berkerut dengan tangan dibawa ke pipi. "Sejuuuuuk..." Muka perit.

Lukman senyap. Ais krim perasa lemon di tangan turut dinikmati sambil merenung jalan raya yang sudah mula menyejuk kerana cahaya matahari yang tidak sampai ke bumi. Cuaca pada petang ini nyaman sangat rasanya. Redup, dan berangin.

"Tiba-tiba aku rasa nak main bola keranjang."

Hanani menjeling. Tahu lelaki itu sememangnya pemain bola keranjang sejak sekolah. "Masih main sampai sekarang?"

"It's a hobby, duh. Dah sebati dengan darah aku."

"Contact Umar ngan Amir lagi, tak?"

"Amir ya, Umar tak."

"Hurm... ada peluang, ajak la dorang main sama-sama. Aku pun dah lama tak jumpa Nor dengan Zati."

Tersenyum si jejaka. "Kau, ajak menyembang, boleh aje. Aku nak cakap pasal benda lain sebenarnya..."

"Kau yang start."

"Kau pun layan je," balasnya acuh tak acuh. Bila wanita itu mencerun, Lukman menguntum senyum. "Say, apa respon family kau pasal kes kita tu?"

"Bapak aku senyap."

"No wonder kau sangat relaks..." Si lelaki mendongak lagi ke langit sambil menikmati rezeki di tangan. "Aku setiap hari kena marah..." Sampai penat... sambung hatinya.

"Hahahaha..."

Lukman menjeling tajam, sekaligus mematikan ketawa Hanani di hujung lidah. Gadis itu menggaru pipi. "Okey... sorry... tunang kau pulak macammana? Tumpang bakar kau sekali?"

Senyap seketika, lalu langit dipandang lagi. "Dia marah jugak... tapi entah... aku macam tak kisah..."

"Huh?" Terkedu dibuatnya.

Lelaki itu pula menongkat tangan ke belakang sambil menolak kepala menentang langit di atas sana. Kelopak mata memberat sehingga kuyu. Wajah tunang yang disembunyikan dari semua orang itu dibayangkan di ruang mata. "Speaking of which... kenapa dia marah anyway?"

"Perempuan mana yang tak marah bila tunang ditangkap berkhalwat dengan perempuan lain?"

"Kita tak berkhalwat tapi kau yang peluk aku..."

"Kat tepi jalan takda orang dalam gelap bawah hujan."

Lukman terkedu. Kenangan malam itu terbayang di belakang kepala, sekaligus menghadirkan debar. "Kau, Siti..." keluhnya. Siapa sangka jiran yang menarik perhatiannya selama ini ialah gadis yang sama yang dibenci sepanjang usia membesar. "Aku masih tak boleh brain kau boleh berubah macam ni sekali."

Hanani spontan tersengih. "Kau rasa aku dah berubah?"

Lukman terkedu. "Well... given your feisty behavior selama ni... tambah-tambah all those monstrosities bawah tudung tu... I'd say kau tengah berusaha nak berubah... dengan susah payah."

"Hahahaha..."

Lunak sekali ketawa itu mencuit cupingnya. Hati lelakinya mengembang tanpa kawalan. Lukman terasa telinganya panas dan bawah sedar langsung tidak berkelip merenung wajah cantik itu.

"Aku ada tanya Fira kenapa dia report ke orang masjid pasal kita..." ujar Hanani, sekaligus memanggil fokus Lukman kembali ke bumi.

"Dia cakap apa?"

"Dia cakap dia tak report."

"Hmm..."

"And then I was like, I don't care... sebab the fact is, aku tetap peluk kau bawah hujan sampai kita kena tangkap..." Wajah lelaki berkumis itu dikerling. "So, for that... aku minta maaf, ketua kelas..." pintanya dengan kepala tertunduk sedikit. Lukman menyambut dengan senyuman lembut. "Aku ready minta maaf kat tunang kau and explain everything kalau perlu."

"Nay... its okay."

"Eh, aku insist "

"Aku cakap betul, Hani... its okay... sebab aku memang nak putuskan hubungan kami."

Hanani ternganga. "Just because kau kena tangkap khalwat dengan aku?"

"Partly, yea..." Pandangan dialihkan ke langit. Aiskrim cair dibawa ke mulut. Sekali ngap, habis terus. Batang kayu dikulum bagi menghabiskan sisa manis. "Aku ingatkan nak mintak kau jumpa parents aku dan explain apa sebenarnya yang terjadi... tapi aku tak buat sebab ragu-ragu dengan kau punya kepala gila yang memang susah nak diselaras dengan orang normal...."

"Memang wajib kutuk orang eh bila nak minta tolong?"

"Hahaahha..."

"Kau gelak... kau gelak..." Mula geram.

Masih tertawa pada langit. "Tadi sebenarnya aku masih risau kalau isu kita tu affect hubungan kami... tapi bila sampai sini makan ais krim dengan kau, tiba-tiba aku terfikir... apa benda nak risau sedangkan antara kami masih takda hubungan. Kalau dia tak puas hati, putuskan je la. Senang." Bahu dijungkit.

Hanani ternganga rendah. "Lukman..."

"Apa dia?"

"Kalau aku jadi tunang kau, sedih tahu."

"Kenapa?"

"Dia macam... tak penting langsung! Kau macam langsung takda attachment dengan dia!"

"Damn right aku takda attachment dengan dia." Lukman membalas riak berkerut itu dengan muka selamba. "Relationship kami is nothing more but rasa tanggungjawab nak tunaikan permintaan mak ayah. And frankly, aku tak rasa obligated nak stick dengan perempuan yang tak pasti lagi jadi bini aku ke tidak. Soal jodoh tu tak terjawab sepenuhnya lagi..."

"Dah tu...kau sendiri tak berusaha nak jadikan dia jodoh kau..." Bibir dicemikkan. Kasihan mendadak untuk tunang Lukman. Hands down.

Dan tersenyum lagi dia. Terasa Hanani tidak menyenangi polisi hidupnya. Ah, biarlah. "Bagi aku, kami saling gunakan masing-masing... macam back-up plan. Boleh dijadikan calon nikah kalau tak jumpa-jumpa orang yang dicintai tapi terasa gatal nak kahwin..."

"That sounds like chosen as the last resort... and seriously, tu lagi pathetic." Hanani mengerut dahi. "Kenapa kau tak berminat dengan tunang kau tu ne'way? Pengkidkah?"

Menjeling lagi dia. "Lelaki mana yang sudi tunang dengan pengkid??"

"Cantik tak orangnya?"

"Sedap mata memandang."

"Pakai tudung?"

"Labuh dari kau."

"Soft?"

"The picture can't tell that but the soft and delicate part macam ada kat muka dia."

"Dah jumpa depan-depan tak?"

Geleng.

"Kenapa tidak?? Kau belum taaruf dengan tunang kau?? Seriously??"

Lukman ternganga seketika. "Belum sempat... lagipun mak aku pergi sarung cincin kat dia sebelum aku sempat nak bagi kata putus pun..." luahnya, membuat Hanani melopong luas. "Mujur akad kat tangan aku, jadi aku tangguhkan niat mak aku untuk kahwinkan aku sampai sekarang."

"Cerita gila..." Mulut ditutup. "Aku rasa aku faham kenapa redha kau tu hilang tiba-tiba. Kalau aku kat tempat kau pun, bila ada alasan untuk lari dari benda macam ni, aku memang lari. Just to get that sense of control... kan?"

"Yes. Finally, kita click!" Jari dipetik berkali-kali bersama sengih luas. Namun, senyuman sumbing dari Hanani membuat Lukman menarik balik sengihnya. "Kenapa? Apa lagi dalam kepala kau?"

"Entahlah Luk..." Belakang kepala digaru. "Daripada ciri-ciri yang kau cakap tadi, dia macam jodoh yang baik. Calon isteri solehah. Safest belt ke Syurga. Why not go for it?" Kalau boleh selamatkan hubungan Lukman dengan tunangnya, sekaligus buatkan Safira move on dari angan-angan yang sia-sia, apa salahnya Hanani cuba memujuk.

"Calon isteri solehah bukannya dia seorang kat dunia ni... Ada ramai lagi..."

"Tapi kau dah jumpa seorang. Normally, apa yang lelaki nak kat seorang perempuan ialah stok muslimah lembut ayu asli cantik tulen. Sejuk mata memandang, senang hati lelaki, senang hati mentua dan berkat perkahwinan sampai ke kubur. Apa yang kurang kat dia yang buat hati kau rasa kau tak boleh nak settle down dengan dia?"

"She's boring." Off-handed disebut.

Hanani terkejut beruk sampai jatuh habis rahangnya. "Boring??"

Itu ialah jawapan??

Senyap seketika sambil menilai jawapan spontan itu. "I don't know... she's normal. A normal nice woman... yang cuma tunggu untuk dinikahkan. It's too normal... yang buat aku rasa macam... turn off. Is that the right word? Yang buat aku... I don't know... tak excited... not challenged?... Tak interesting, macam--" Kata-kata ditelan bila memandang Hanani. Kemudian pandangan dialihkan kembali dengan bayangan gambar tunangnya dalam fikiran. "She's a dry texter too... so aku... takda attraction pada dia." Pada awan, dia berterus terang.

Jatuh rahang. Hanani menolak kepala ke belakang sambil cuba menghadam perangai ketua kelas yang pertama kali dilihat. "Memang dunia ni penuh dengan orang pelik..." Muka diraup. Lukman menjeling sengal. "Look. Kau tak tahu pun personaliti sebenar dia macammana... kan? Kau kenal ke cara dia berak ke... atau kentut lepas bangun tidur ke... atau kikis tahi gigi dia ke... tak pun gila seks sampai kau tak ter-challenged..."

Sengih Lukman spontan terukir lebar. Menahan geli hati. "Berapa kali aku nak pesan... kau perempuan... jangan sebut ayat macam tu..."

"See! Kau siap susah payah nak bebel kat aku suruh aku jadi perempuan with proper manner. Untuk apa kau tolak rezeki kalau perempuan with that proper manner betul-betul dah ada depan mata kau dan cuma tunggu nak dihalalkan? You can have your challenges lepas nikah, kut, and believe me, perempuan memang challenging sejak azali sampai lelaki confirm sakit kepala sakit hati! Kau cuma perlu bagi peluang kat dia untuk kenal dia betul-betul, ketua kelas!" Masih cuba mengumpan.

Lukman tergelak sebelum merenung wajah si tunang itu di langit sana. Kabur dan tidak nampak, kerana hanya pernah dilihat di dalam gambar. Personalitinya tidak diketahui, sifat gelak, nakal perangai, abiliti memasak atau kebergantungan pada diri sendiri... itu semua kosong tanpa info. Ya, mereka sebenarnya masih belum bertemu untuk mengenali perihal masing-masing.

Hanani cakap betul. Bukankah lebih mudah kalau diajak berjumpa dan cuba kena isi hati masing-masing?

Kalau diikutkan, Lukman memang berniat nak mengajak tunangnya berjumpa. Tapi tak jadi sebab kenapa? Dia berniat nak menghantar makanan lebih dari majlis catering Puan Zaiton pada tunangnya itu seterusnya berkenalan, tetapi niatnya tertangguh kerana luka yang diperolehi dari perang makanan di rumah Puan Zaiton, yakni hari pertama dia berjumpa Hanani.

Akalnya teringat kembali semua emosi yang dilaluinya pada pertemuan pertama mereka. Pada marah yang melambung, kemudian bercampur aduk dengan rasa kelakar, bengang, sengal, nafsu, dan terus mahu memujuk Hanani. Sepanjang mengenali wanita di sebelahnya, dia langsung tak teringat dengan perihal tunangnya. Kecuali bila Safira mengungkit. Dan sedar tak sedar, hatinya kini lebih menginginkan perhatian Hanani dari cuba mengejar tunang yang tak sempat dikenali.

Ini dikira dugaan bertunang, ke...

Keluh dihembus pendek. "Tapi kalau dibandingkan antara dia dengan kau, aku maybe lebih rela pilih kau sebagai bini aku." Ringan sekali disebut macam takda perasaan.

Lagi sekali Hanani ternganga. "Excuse me?"

Mamat ni dah kenapa random sangat?

"Plus, aku tak ajak kau berbincang sebab nak bercerita detail tentang dia. Aku expect kau bagi kelulusan untuk aku gunakan isu khalwat kita supaya aku boleh keluar dari relationship ni since aku tak nampak sebarang efek buruk boleh terjadi kat kau."

"Luk..."

Lukman menyampuk lekas. "Hani, aku faham concern kau, tapi aku tak rasa aku mampu nak risikokan pernikahan memandangkan kitorang berdua sama-sama half-hearted nak menikah. Dasar tanggungjawab, yes. Ikut permintaan ibu bapa, yes. Tapi boleh jadi kami sama-sama terseksa dengan perkahwinan ni..."

Hanani menjungkit sebelah kening. Lukman merenung meminta balasan.

"Setuju?"

Keluh dihembus. "Kira hati kau masih takda perempuan yang curi la ni?"

"Kau dah tanya soalan tu sebelum ni, kan..."

"Sebab aku masih tak percaya kau tak simpan perasaan dekat mana-mana perempuan."

Senyum memutik sedikit. "Well, to be honest... aku belum ada my first love, even."

"I see. Belum ada first love pada perempuan, eh..."

Kening berkerut.

Hanani menahan sengih dari merosakkan muka seriusnya. "Being gay dalam hati is fine, tapi jangan amalkan through your action, tahu."

Lukman mencerun tajam. "You and your acidic mouth..."

"Hahaha. Itu sebagai balas dendam kau cakap nak pilih aku sebagai bini kau. Apapun, kau kena faham yang cinta boleh dipupuk. Tak kenal maka tak cinta." Mata kiri dikenyit. "Kau ambiklah inisiatif cuba kenal dia dulu, baru kau tau kau suka dia ke tidak. Ha, by then baru kau boleh decide nak teruskan hubungan korang atau putuskan je terus." Lukman dipandang dengan sengih lebar.

"Kitorang takda hubungan to begin with. Takda makna nak teruskan hubungan ataupun putuskan sesuatu yang takda."

"Pun takda masalah nak mewujudkan satu hubungan baru dari hubungan yang kosong tu."

Ternganga Lukman, lalu kepala digeleng. "Aku berabis alasan nak membangkang, kau pulak ada-ada saja ayat nak bantah bangkangan aku..."

"Sebab poin kau ialah menolak perempua yang baik! Aku tak pernah lagi jumpa lelaki yang terang-terang cakap dia taknak jodoh yang baik selain kau..."

"Anggap la aku ada preference aku sendiri, Hani...."

Terkebil wanita itu, lalu mengangguk perlahan. Teringat kembali kata-kata membunuh lelaki ini tadi, lalu Lukman dijeling. "Kau cakap kau lebih rela nikah dengan aku... jadi aku ialah preference kau?? Seriously. Perempuan gila macam aku ialah preference kau? Seriously??" Berkali-kali ditanya.

Terdiam seketika si lelaki. Anak mata bundar itu mengharap jawapan tulus. Hati dibelek seketika. Berfikir, macammana nak menjawab soalan yang semakin bersifat personal antara mereka.

"More or less. Aku pernah sakit hati gila dengan kau dulu to the point mampu lupakan kewujudan kau di muka bumi lepas kita habis SPM, tapi lepas jumpa balik ni... yea, I kinda liked you."

Ringan sekali disebut tanpa sebarang perasaan. Hanani melepaskan ketawa kecil. Perlahan, namun berterusan. Kelakar mendengar kata-kata jujur itu. Tak dinafikan, timbul jua gembira di sudut hati. Kulitnya memerah kerana kesukaan, lalu Lukman direnung tanpa kelip.

"Kau patut berhati-hati lepas ni, Lukman Ariff..." Nada suara itu berubah – flirty. Suara yang berisi campuran nada manja, comel, dan menggoda.

Lukman mengangkat kening bersama senyum hairan, tertarik dengan perubahan nada itu. "Kenapa..."

"You're making me liking you." Senyumnya, lembut sekali. Kata-katanya juga bercampur aduk antara serius dan gurauan. Lukman pula sekadar tertawa. "Tapi hati aku dah kat orang lain..."

Boom! Hati si lelaki menerima bom yang tak disangka-sangka. Hancur berdebu tak meninggalkan sisa. Malah tahap terkejut sampai rengkungnya rasa dikerat, tak tahu nak jawab apa.

Hanani menoleh pada langit. "Tapi kalau aku tak silap, dulu kau pernah benci gila dekat aku, kenapa sekarang berbeza?" Suaranya berubah biasa semula.

Lukman menemui nafasnya semula. Dengan hati berat, dia menjawab. "Sebab kau dah bukan Siti.... Kau ialah Hani, perempuan yang takda rumah yang menumpang rumah jiran aku dan kutuk aku pedofile hanya sebab aku rapat dengan budak sekolah..."

Senyuman itu memudar sedikit. "So... kau suka... karakter yang aku pegang sekarang?"

"Ya."

"Macammana dengan karakter Siti aku masa sekolah dulu?"

Diam seketika, mengingat ketawa galak gadis yang pernah menyusahkan hidupnya hingga tahap rimas overdose. "I hated her. Sebab tu aku lebih gemar anggap dia tak wujud... supaya aku tak payah menderita sakit hati atau develop rasa benci. Lebih baik kosong."

Terdiam lagi. Anggap tak wujud, huh... patutlah langsung tak pernah bereaksi walau diperdajal berkali-kali. Hanani memekam bibir, menahan senak di hati.

Lukman merenung tanpa kelip. Wanita itu merenung kaki sendiri dengan riak muram. Nada suara gedik dan muka berseri tadi turut melupus terus. Haru rasanya. Dia salah cakapkah? Tapi betullah, dia pernah bencikan Siti, dan wanita itu sendiri patut tahu selepas melakukan semua jenis pembulian fizikal mahupun mental padanya selama lima tahun dulu.

"Hani... kenapa diam ..."

Hanani menggeleng. Nafas ditarik senafas, jiwa dikukuhkan dan bekas ketua kelasnya dipandang lagi. "Kau boleh gunakan kes kita untuk lari dari relationship kau dengan tunang kau... aku tak kisah." Selajur, dia bangkit dari duduk.

Lukman masih dengan renungan keliru. Tidak faham dengan rentak yang tiba-tiba berubah. Lengan yang ditutup longsleeve itu digenggam.

Hanani menoleh.

Lukman mengisyaratkan ruang kosong di sebelahnya. "Aku tak puas lagi menyembang dengan kau. Duduk la dulu. Masih ada masa sebelum Maghrib."

Nafas spontan terhembus, lalu dia menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience