Part 11

Romance Series 2804

DIA terus sabar menunggu diantara dua tong sampah hijau. Bau busuk dah sebati dengan setiap bulu hidung sampai dia pun dah macam sampah di situ, sekaligus membenarkannya menyembunyikan diri dari dua lelaki yang berniat jahat padanya tadi.

Telinganya terdengar bunyi derap kaki yang laju. Macam larian. Itu Lukman? Tolonglah cakap itu Lukman. Ya Allah, mudahan itu Lukman...!!

"HANI?!!"

YA ALLAH!! Hatinya memekik. Hanani keluar dari tempat persembunyiannya dan melihat ke hujung jalan, pada sebatang tubuh lelaki bersaiz sederhana di hujung lorong. Air matanya tumpah terus macam tong air bocor. Tubuh dipaksa bangun tetapi kaki pula tidak memberi kerjasama sebab lutut berlipat sejak sejam tadi. Dengan susah payah, dia bertatih keluar.

LUKMAN mengah dalam lega, melihat gadis itu memuncul di sebalik tong sampah. Huh... Nafas ditarik dalam, menenangkan gundah dan penat. Wanita bertudung itu sedang melangkah perlahan. Malah bertatih macam budak baru belajar berjalan. Mungkin lama sangat menyorok di ruang sempit itu. Lalu dia turut mendekat.

"Wah! Busuknya kau!" Terus hidung ditutup.

Hanani hanya mampu tersenyum dengan air mata gembira. Terlalu lega lelaki ini datang padanya. Kepala ditunduk bersama mata terpejam. Hati perlahan-lahan terasa tenang. Huh... Aku selamat, Ya Allah... Alhamdulillah....

"Hani? Come..." Lengan itu dipimpin supaya mereka berjalan keluar dari lorong koridor yang gelap itu. Bahaya untuk terus lama-lama di situ. Hanani terus berjalan bertatih manakala Lukman pula sabar memimpin. Tudungnya senget benget di kepala, muka sembap, memerah dan mata bengkak.

"Okay tak ni? Ada luka kat mana-mana tak?"

Hanani menggeleng sedikit. Anak mata dikerling pada perkataan Foo Fighter di dada Tshirt si lelaki. Suka benar dia pakai baju ni.

"Dia ada buat apa-apa kat kau?"

Geleng. "Aku sempat sembunyi."

"Naper tak call polis terus?"

Bahu dijungkit. "Aku tertekan nombor kau. Bila kau cakap nak datang, aku tunggu..."

Lukman merenung si wanita. "Jadi kau duduk situ sampai aku datang, langsung tak call polis?"

Dengan muka jujur, dia menggeleng. "Erm..." Kakinya masih terlalu penat kerana mencangkung terlalu lama, lengloi kembali. Dia terduduk di tepi jalan tanpa melepaskan pegangannya pada lengan Lukman. Lelaki itu memandang kasihan.

"Aku penat... kau tunggu kejap boleh?"

"Boleh Hani..."

"Aku takut sangat tadi, haha... aku penat... aku lega kau betul-betul datang ambik... aku masih penat..." Lalu dia terduduk di tepi laluan pejalan kaki itu. Orang awam ada yang menoleh namun kebanyakannya mempedulikannya.

Lukman sekadar berdiri di sebelah, terus dihambat kasihan. Dia menoleh-noleh, melihat kereta abangnya yang diparkir tidak jauh dari situ. Sikit je lagi nak sampai tetapi Hanani macam tak larat.

Nak dukung dia?

Lukman menunduk pada wanita itu kembali. "Hani. Dah? Jom."

Tiada jawapan.

Dengan dahi berkerut, Lukman mencangkung. Jatuh rahangnya bila melihat wanita itu dah tertidur.

AUDI A4 membelah Lebuhraya Utara Selatan. Lukman fokus memandu sambil ditemani lagu-lagu di radio, manakala Hanani masih tidur di kerusi penumpang. Jam menunjukkan hampir pukul tiga pagi. Mata dah makin berat. Tulang belikat dah makin ketat. Tapi mujur Red Bull cukup sebagai penyumbang tenaga. Sekali sekala dia menyanyi dan sekali sekala dia membaca surah yang dihafal dalam kepala.

Papan tanda ke Shah Alam dah mula nampak. Tak lama lagi sampai la ni. Perasan pergerakan di sebelahnya, Lukman menoleh. Oh, dah bangun ke anak dara?

"Wakey wakey stinking beauty..." usiknya.

Hanani menoleh dengan muka kelat. "Sorry tertidur..."

"Haha takpe."

"Kau tengah tilawah. Aku pun tak nak kacau," tambahnya, membuat Lukman mengangguk. Dan diam lagi. Hanani melentokkan kepalanya ke kiri bersama senyum. "Suara kau sedap."

"Hm?"

"Suara kau... masa baca surah tu tadi... aku tak tau surah apa, tapi bunyi dia sedap." Kaki diangkat ke atas kerusi dan kepala direbahkan di atas lutut, mudah nak merenung lelaki itu.

Ekor mata yang terasa gatal, digaru. "Aku ngantuk ni sebenarnya. Dah la bawak anak dara orang yang baru hampir kena rogol. Aku takut eksiden... mana la tau kan. Lebih baik prepare kematian dengan sesuatu yang baik gitu... my opinion." Menjeling lagi.

Spontan kening terjungkit. "Fancy la Lucy. Aku tabik habis ni. No wonder takda sorang pun yang deny vote kau jadi ketua kelas lima tahun berturut-turut."

"Hahha... I know one person. Masa Form 5."

Terkedu dia, menentang mata Lukman yang menjeling padanya dengan kening terjungkit-jungkit itu. Lalu tergelak dia! Terlepas ketawa cerianya yang jarang sekali keluar bila berdepan dengan lelaki ini, dan nyata Lukman gembira mendengarnya. Itu bukti jurang di antara mereka sudah merapat. Memang cukup bersyukur.

"Kau tak berubah langsung..." Wanita itu bersuara kembali selepas nafsu ketawanya selesai dipuaskan. "Siang tadi Amir komen kat aku yang aku pun tak berubah. Aku rasa aku dah berubah dah." Baju kurungnya dilihat.

"Literally, memang la ex-con yang tukar imej pakai baju kurung hari-hari nampak berubah, tapi perangai Siti kau tak berubah banyak aku rasa..." Kepala digeleng perlahan. "Mulut pedas, kepala rumit, reti menyusahkan orang... hobi lari dari rumah kau pun tak hilang-hilang lagi. Attitude kau tu... dah jadi habit kau... and you know habit susah nak diubah, Hani."

Bibir tersenyum sumbing. "More the reason aku bukan perempuan yang sesuai dibuat bini."

"Eh, pandai pula dia belok ke situ hahahha. Aku yang decide perempuan mana aku buat bini, Hani. Dan kalau kau ada potensi berubah atau sudi dibimbing, aku sudi sambut tangan bapak kau anytime," balasnya pula, tenang dan selamba macam menyembang di kedai kopi. 

Dan senyap lagi. Hanani merenung jalan yang mula dikenali. Berkerut dahinya. "Kau bawak aku balik Shah Alam??" Baru perasan!

"Hm?" Lukman menjeling. Agak pelik dengan nada tidak percaya itu. "Habis kau nak aku bawak kau ke mana?"

"Tak... well... kereta aku kat Melaka..."

Lukman menoleh terperanjat. Lupa tentang itu. Lidah digulung ke lelangit. "Sorry... I'm really sorry. Aku cuma terfikir nak hantar kau balik rumah kau secepat mungkin lepas kes kau tadi..."

Tapi Hanani tak mendengar sebab fokusnya berpusat pada jam di dashboard pula. Dah lepas tiga setengah pagi!! Dan kenapa mewah semacam kereta ni? Bukan style kereta semput Lukman. Seat dipandang, pada gear, kemudian pada logo Audi di stereng. Melopong kejap. Lukman pandai bawak kereta mewah? Ingatkan setia sangat dengan kereta B40 dia.

"Kereta siapa kau bawak ni Luk?"

"Kereta abang aku."

"Abang kau?"

"Haah." Muka yang penuh dengan kerut keliru itu dikerling. "Aku kat rumah parents aku tadi masa kau call... Segamat."

Nafas di dada terluah spontan. Kurang percaya. "Lepas tu ulang-alik Segamat-Melaka-Shah Alam sekali jalan?! Bapak jauh!!" Hanani menggeleng kepala. "Lukman... Lukman... even jadi gentleman ada limitnya..."

"Well... kau yang kacau aku tidur... pun aku tak fikir benda lain selain nak hantar kau ke sini balik. Takkan nak hantar kau ke hotel kut. Keselamatan kau yang paling penting buat masa ni."

"Mana kau tahu location rumah aku kat Shah Alam pulak?"

"Aku call bapak kau."

Ada je jawapan dia.

"Sorry pasal kereta kau. Nanti aku hantar kat kau semula."

Dah kenapa baik sangat... sampai melebih-lebih. Sampai segan Hanani dibuatnya. "Takpelah ketua kelas. Kau dah tolong lebih dari perlu. Nanti aku ejas dengan Nor." Salah dia juga kerana tidur terus hingga tak teringat nak memberitahu maklumat sepenting itu.

Lukman senyap. Tidak membangkang, namun tidak juga terasa nak mendengar kata-kata wanita itu.

Tak lama kemudian, mereka tiba di banglo dua tingkat itu. Dah selamat sampai. Alhamdulillah. Lukman nak memarkir di luar pagar, tetapi Hanani memintanya masuk terus ke laman.

"Yay, sampai..."

"Haha..." Brek tangan ditarik tanpa mematikan enjin. "Lepas ni kau duduk sini terus? Kau tak balik Ulu Tiram?"

"Aku nak balik Ulu Tiram buat apa?"

"I don't know. Aku mengantuk."

Hanani menoleh. Nak tertawa bila melihat Lukman menguap luas sambil menggosok mata dengan kedua belah tangan.

"Sebenarnya, sebab kenapa aku pergi Melaka ialah sebab ayah takda kat rumah. Sibuk dengan kerja dia. Aku taknak bosan di rumah, aku pergi la ke sana." Persoalan si lelaki dijawab akhirnya, membuat Lukman menoleh dengan mata kuyu kelat. Wanita itu mengangguk, mengiakan diri sendiri. Bibir tersenyum nipis. "Same answer from the old me?"

"A bit much."

"Damn oxymoron."

Dan ketawa serentak. Perlahan sekali. Lukman menguap seluas-luasnya buat kali kedua. Seat direndahkan sedikit dan mata yang dah separa pejam cukup mudah tertutup terus. Untuk seketika, minda yang terlalu penat mematikan kesedaran si pemuda. Tubuhnya benar-benar meminta rehat hingga lena merangkul erat buat beberapa ketika sampai enjin kereta pun lupa nak dimatikan.

Hanani di sebelah merenung bersama senyum kasihan. Lukman sekarang dah nampak macam bayi yang dihanyut lena. Di bawah sedar, hatinya melembut segebu marshmallow.

"Memang dia terlalu penat... kesian...."

Tangan dipanjangkan. Baru sahaja nak menyentuh kepala berambut pendek itu, ragu-ragu menyapa hati. Hanani janggal seketika. Buat ke tidak.... Buat ke tidak.... Ah, buat je la. Lalu kepala si lelaki diusap ringkas. Ikhhlas sepenuh hati. Tanda terima kasih.

"Sorry sebab aku susahkan kau..." bisiknya di hujung lidah.

"Tak... tak kisah pun..." Dengan mata terpejam, dia membalas dengan suara yang memberat di rengkung.

"Erk!" Refleks tangan ditarik laju. Terkejut beruk!

Lukman mengerut dahi, lalu mata yang berat mendongak ke atas. Kepalanya disentuh-sentuh.

"Apa tadi tu..." Suara yang garau masih tenggelam di dasar tekak. Mamai dan separuh sedar.

Hanani masih menahan rasa terkejut. "Telur ayam jatuh dari langit. Kau nak tidur pun, cari la katil, Lukman!" getusnya sebelum terus melangkah keluar dari Audi putih itu. Sekali lagi dia gamam kerana Lukman memandu Audi dan bukannya kereta sendu yang menjadi kebanggaan lelaki itu. "Kenapa ambik aku pakai Audi?" Sejenis power play?

"Aku perlukan Batmobile yang boleh speed kat highway untuk selamatkan kau, bukannya Kenari aku yang macam kena asma tu, Hani... kan kau jugak yang tak suka naik kereta aku..."

Alahai, sedihnya. Koyak juga hati si perempuan dibuatnya. "Aku sebut ayat tu sebab nak sakitkan hati kau je..."

"You succeeded. Congrates."

Hanani menahan haru. Tak tahu nak meminta maaf macammana.

Si lelaki menoleh dengan mata kuyu nan berat. "Jangan lupa mandi dulu sebelum tidur..." ujarnya, sempat berpesan dengan akal yang tenggelam timbul.

Sempat lagi nak tegur orang! "Aku tau la, creep!" getusnya lagi.

"Ishak jangan lupa..."

Niat nak menutup pintu Audi terhenti bila pesanan itu menyapa cuping telinga. Lukman direnung lagi, tengah mengacau rambutnya sambil memikirkan telur ayam yang jatuh dari langit.

"Kau balik Segamat?"

"Em. Tapi nak rehat jap."

"Rehat dalam rumah, jom?"

"Ha?"

"Masuk rumah."

Lukman ternganga. "Kau gila."

"Tumpang tidur pagi ni je. Lagipun kita tak berdua. Orang gaji ayah ada ramai. Takkan kau nak balik sekarang... nanti eksiden bahana microsleep, menangis Amir." Direnung lagi muka mamai itu dengan renungan lembut. "Aku tidur kat bilik aku. Kau tidur kat bilik tetamu. Takyah la takut. Untuk pagi ni je... meh la," ujarnya lagi, benar-benar meminta kali ini.

Lelaki itu tidak membalas. Jemari ditarikan di stereng, masih ragu-ragu nak menerima jemputan itu.

"Aku rasa aku okay je kut, tidur dalam kereta..."

Hanani memicing. Lalu dia masuk semula dan duduk di kerusi penumpang. Lukman terkaku.

"Kalau kau taknak terima hospitality aku, aku taknak terima hospitality kau."

"Apa benda..."

"Hantar aku balik Melaka sekarang."

"Apa kau cakap ni?"

"Hantar aku balik Melaka sekarang!" marah wanita itu lalu, membuat Lukman ternganga.

"Nak masuk subuh dah ni, Hani..." Janganlah buat perangai...

"Eh, tahu pulak nak masuk Subuh. Orang offer masuk untuk rehat, taknak pula!"

Lukman terkaku. Muka degil yang dipasang pada wajah cantik itu membuat Lukman akhirnya mengalah. Dengan nafas berat, kunci kereta diambil.

"Fine, you win." Kepala Hanani ditolak ringan. "Degil."

Si wanita masih enggan keluar dari kereta, hinggalah Lukman keluar terlebih dahulu. Sengih merebak terus ke seluruh wajah. Ceria sekali permintaannya dituruti.

RUANG tamu banglo itu jarang-jarang mendengar bacaan al-Quran seawal Subuh. Dan bila suara Lukman melantunkan al-Baqarah kedengaran hingga ke telinga Puan Su, tukang masak banglo itu berlari ke bilik Tan Sri Syed untuk meminta tolong. Bila mereka sama-sama bergerak turun ke ruang tamu, sama-sama terkedu bila melihat lelaki itu ada di bilik tetamu.

"Kau buat apa kat rumah uncle, Luk?" tegur lelaki separuh usia itu, benar-benar terperanjat.

"Hani jemput tidur semalam..."

"Kau dengan Hani...??"

"Eh, tak... hahah... Luk ambik dia kat Melaka malam tadi, lepas tu terus hantar dia balik sini pagi tadi. Dia suruh Luk tumpang rehat kejap untuk pagi ni..." Pandangan ditebar ke ruang tamu, pada beberapa individu yang tidak dikenali yang turut menginap dalam rumah besar itu. Perhatiannya tertumpu pada Hanani sedang menuruni tangga. Gadis itu memakai kigurumi Doraemon, malah hoodie kepala Doraemon digunakan untuk menutup kepalanya, sekaligus membuat Lukman menahan senyum. Dah kenapa comel sangat pagi-pagi begini.

"Luk... Lukman Ariff?" tegur Puan Su pula, akhirnya menemui keberanian untuk mendekat. Bukannya jin yang membaca surah yang didengarnya tadi, tapi sebenarnya pemuda ini. Alhamdulillah. Sejuk pula hatinya. "Tunang Azizah kan?"

Kening Lukman terloncat, terperanjat mendengar nama bekas tunang dari orang yang tak dikenali. Siapa pula makcik ni? "Eh, tak... kami dah putus..."

Tan Sri Syed pula menyampuk. "Azizah mana pulak, Kak Su! Dia boyfriend Hani sekarang, hahaha." Lekas bahu Lukman dirangkul. "Jom teman uncle sarapan, Luk." Pada anak daranya yang tengah berjalan mendekati mereka, dia mengomel, "Kau pun layan tunang kau ni, Hani. Nanti dia jadi laki kau jugak."

Bercantum terus kening si anak dara. "Hani dah cakap Hani tak setuju dengan kerja gila ayah. Lagipun, hukum tunang dalam Islam ialah Luk yang melamar dan Hani setuju. Masalahnya Hani tak setuju langsung tapi ayah yang memandai-mandai nak kenenkan kami! Kalau dah bosan sangat pun janganlah sesuka hati mainkan hidup orang macam tak cukup nyawa!"

"Hani..." Lukman memanggil rendah. Tidak gemar dengan nada suara yang digunakan wanita itu pada ayah kandungnya sendiri.

Hanani memicing tajam, masih dalam mode melawan. "Did you know that you have a way of saying 'Hani' that sounds like, 'honey'...?"

"I did? Tapi bunyi sama macam nama kau, so takde masalah la kan."

"Keh!"

"Sorry, honey..."

"Kau sengaja sebut pulak dah!"

"Hahaha maaf... sayang..."

"Graaahh!"

Ketawa Lukman terlepas lagi. Tampan sekali nadanya. Anak matanya langsung tidak lepas merenung rias wajah wanita di sebelahnya. Tubuhnya merendah dan kepalanya merapati si wanita, tanda dia tertarik pada si hawa macam ada tarikan magnet walau dalam keadaan tidak sedar.

Mereka di ruang tamu itu memerhati interaksi keduanya, perasan chemistry di antara teruna dan dara itu. Puan Su dan Tan Sri Syed berpandangan.

"Tengkuk dengan rambut kau masih nampak walaupun kau cuba tutup dengan benda ni..." Hoodie kepala Doraemon di atas kepala Hanani ditarik hingga menutupi muka wanita itu. "Pergi la pakai tudung betul sikit..." tegurnya lagi.

Hanani menjuih sambil mengunci hoodie di bawah dagu. "Rumah aku, ikut suka aku la nak pakai apa. Kau tak payah la tengok," dengusnya.

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya terus memberi pandangan menegur. Malah cukup tegas hingga sampai ke hati Hanani. Si wanita tertunduk sedikit tapi masih nak melawan. Lalu lidah dijelir pada Lukman.

"Eh eh engkau..."

Tan Sri Syed tertawa dalam nafas yang terluah. Lalu dirapati keduanya.

"Dah-dah la flirt. Jom teman uncle menyembang, Luk." Pemuda itu ditarik ke sofa. "Aunty tolong buatkan kopi?" pintanya pada tukang masaknya.

Puan Su akur. Pemuda berkumis itu terus diperhati. Sebetulnya dikenali, dan mujur lelaki itu tidak mengenalinya. Malah nampaknya sesuatu dah berlaku diantara lelaki ini dengan anak saudaranya tanpa pengetahuannya. Seeloknya didiamkan apa-apa yang perlu sebelum dia merosakkan sesuatu yang masih berlangsung antara pemuda itu dengan anak majikannya pula.

Tak lama kemudian, mereka berpindah ke meja makan untuk bersarapan. Hanani mengenakan tudung sarung bagi menyahut teguran Lukman tadi, dan setiba dia ke meja, dia dikejutkan pula dengan kehadiran PA Tan Sri Syed, Cik Ruwaida ada sekali di meja makan itu, di sebelah ayahnya.

Aik? Rajin benar bekerja sampai 7 pagi pun dah ada kat sebelah bos, dalam rumah bos, dengan baju kasual begitu. Hanani memberi renungan tajam pada Ruwaida, namun tiada respon yang diterima dari wanita korporat itu. Hanani seterusnya mengambil tempat duduk di sebelah Lukman tanpa melepaskan renung pada Ruwaida.

"Memang ada dalam JD kau ke yang kau kena teman ayah sarapan seawal pukul 7 sekalipun?" soal Hanani. Agak keras nadanya.

Ruwaida tidak membalas, sebaliknya Tan Sri Syed membalas renungan anaknya. "Rue datang atas arahan ayah, Hani. Kalau nak marah, marah ayah."

"Tua gatal," cemiknya. Kedengaran bunyi ketawa berupa tersedak dari tepi. Lalu mereka menoleh, pada Puan Su yang sedang menutup mulut dan melarikan diri ke ruang tamu. Reaksi itu membuat Hanani tersengih sama, selajur dia menoleh pada Lukman, mengharap reaksi yang sama dari lelaki itu. Namun si lelaki memberi jeling yang berupa teguran, membuat Hanani mencemik. Lalu dia bangkit, nak makan bersama Puan Su yang nampaknya lebih seronok diajak berbual dan mengumpat.

Lukman menghantar batang tubuh itu menghilang ke ruang tamu dengan pandangan mata sebelum mengalihkan perhatiannya pada ayah Hanani. Sedikit pelik bila melihat senyum sumbing tergantung di bibirnya. Kenapa...?

"Kau sukakan anak uncle?"

Tu dia.... Soalan gali emas yang terus menyasarkan terus ke lubuk tanpa sebarang niat nak buat side trip ke mana-mana.

"Uncle boleh mengharap, tapi saya tak boleh bersetuju kalau Hani sendiri menolak. Saya taknak perkahwinan berat sebelah..." Kopi dihirup.

Lelaki separuh usia itu melepaskan keluh dalam. "Kalau betul kau taknak, uncle dah jumpa calon back up untuk dinikahkan dengan anak uncle tu."

Buhuk!! Terus dada ditumbuk berkali-kali sambil melepaskan batuknya ke tepi. Pada masa yang sama, Tan Sri itu cuba dipandang walau mata mula terasa kabur berair. Mukanya turut terasa berbahang.

Tan Sri Syed menyukai reaksi itu. "Uncle nak nikahkan dia bulan depan. Tarikh dah ada. Uncle cuma perlukan pengantin lelaki untuk dia, samada ikhlas atau tidak. Uncle tak kisah kalau dia perlukan upah sekalipun."

Kenapa terlalu memaksa? Rasanya dia nampak apa yang membuatkan Hanani membesar sebagai si degil. Sisa kopi di tepi bibir diseka dengan belakang tangan. Ekor matanya sempat melihat Ruwaida meramas tangan Tan Sri Syed. Lukman mendehem lagi, menghabiskan gatal yang melekat di anak tekak.

"Saya takda masalah nak peristerikan Hani... tapi keputusan dia ialah keputusan saya. Kalau dia setuju, saya akan sambut tangan uncle, tapi kalau dia taknak, saya takkan pujuk dia, sebab Hani yang saya kenal ialah perempuan pintar yang boleh buat keputusan sendiri, and I respect her for it. That's final."

Tan Sri Syed dan Ruwaida berpandangan melihat ketegasan itu. Tanpa disedari mereka, Hanani dan Puan Su turut terdengar kata-kata lelaki itu. Masing-masing tersentuh hati.

"Kenapa taknak dekat Lukman?" bisik tukang masak itu.

"Kami terlalu berbeza..."

"Kalau dia boleh bimbing kau dan kau sudi diberi bimbingan ke arah kebaikan, makcik tak nampak kalau perbezaan tu patut dijadikan alasan untuk tolak dia..." Tangan Hanani diusap. "Jangan tolak lelaki baik yang nakkan jagakan kau, Hani... tolak rezeki namanya..."

Wanita itu mengemam bibir. "Saya bukan perempuan baik untuk dia, aunty..."

"Kalau dah tahu, berubahlah."

Ringkas sekali teguran itu, melibas Hanani tepat ke dasar hati.

Share this novel

imanaman
2024-12-25 18:28:15 

Update pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience