Part 3

Romance Series 2802

"TERTINGGAL buku latihan dalam kelas?" Safira yang sedang menghentak mukanya berkali-kali di atas meja kopi, dipandang. "Penting ke?"

"Semua nota Fira kat situ..." deramnya sebelum memandang buku latihan Fiziknya. "Kau pandai pulak buat masalah time-time gini Firaaa... cemane ni cemane ni cemane ni cemane niii..." Hentak dan hentak sampai puas dahinya menerima sakit.

Hanani terus menghembus nafas pendek. Enggan melihat si anak gadis terus menghentak kepala di atas meja, dia merapat lekas. "Kau buat apa sampai susah sangat ni?" Buku teks Fizik, buku rujukan dan kertas conteng dipandang. Sekali kelip. Dua kali kelip. Sahih ilmu zaman sekolah dah tenggelam ditimbus lupa. Safira yang bersandar dengan muncung dipandang. "Esok paper Fizik?"

Angguk.

"Apa dia yang kau tertinggal dalam kelas, again?"

"Nota untuk exam."

"Takleh nak refer kat internet ke?"

"Nota tu ada soalan ramalan... and tips untuk final ni..." Wajah Hanani yang nampak prihatin, dikerling. "Akak teman Fira ambik?"

Gulp. Jam di dinding dilihat. Oh, baru pukul 8 lebih. Jadi takdelah seram sangat kalau pergi ke sekolah.

"Okay. Bagi akak bersiap dulu."

LUKMAN baru keluar dari pintu rumah apabila terlihat Hanani menolak pintu pagar rumah sebelah. Wanita itu dilihatnya mendapatkan Honda putihnya di tepi jalan. Nak kemana, wahai si cantik manis? 

Wait. That doesn't fit with her. Apa nama lain yang sesuai yang boleh lawan 'asswipe' dia? Troublemaker? Sharp mouth? Assho... no, jangan jahat sangat Lukman... 

"Eh, abang," tegur Safira, sekaligus memotong monolog Lukman. Pemuda itu menoleh pada muka tersengih yang cuba menjengah di atas pagar simen yang memisahkan laman rumah mereka. "Abang nak kemana?" soal muka sengih itu lagi.

"Mamak..."

"Tak makan lagi?"

Geleng.

"Makan sorang ke? Mana yang lain?"

"Kimi balik kampung. Ada hal. Jebon stayback kat studio dia. Kejar due assignment. Saif ada appointment dengan long lost big brother of his..."

"Masing-masing busy. Tinggallah abang seorang jaga rumah."

"Macam tu la Fira.... Kakak kau tu pulak nak kemana?" soal Lukman terus, sekaligus mengambil tahu insan yang membuatkan kehidupan seharian lebih pedas berempah dari normal.

Safira menoleh ke luar pagar gril. "Kak Hani nak teman Fira ke sekolah..." jawabnya dengan sengih yang menghilang.

"Buat apa ke sekolah malam-malam? Kelas tambahan?"

Tergelak kecil dibuatnya. "Tak.... Fira tertinggal nota dalam kelas."

"Alah, nota je pon. Dalam internet melambak dengan ilmu. Kenapa nak kena pergi sekolah malam-malam?"

"Nota penting la bang.... Dalam tu semua nota kelas Fira, soalan ramalan yang cikgu bagi, hint-hint untuk exam esok..." ujarnya memuncung. "Benda macam tu mana nak carik dalam net," tambahnya.

"Oh. Esok kau exam eh. Mid-term?" Gadis Tingkatan 6 itu direnung, dan Safira menjawab dengan anggukan. Perhatian Lukman beralih pada si makcik di dalam kereta sana. "Kau berdua je?"

"Em? Ya."

"Betul, berdua je? Kau tak ajak member-member kau ke..."

"Hmm... kena ke?" soalnya, merenung lelaki berkumis dan berkopiah putih itu.

Lukman tidak bereaksi buat seketika. Perhatiannya masih pada anak dara di kerusi pemandu dalam kereta putih di luar sana. Dengan akal yang berfikir, Safira dijeling bersama senyum.

MUKA diraup, menahan sengal. Letak tudung dibetul-betulkan dan dikemaskan kerana rimas. Tangan menyapu-nyapu longsleeve dan seluar tidur yang dipakai. Gaya macam membuang habuk walau pakaiannya bersih dari sebarang kekotoran. Setelah menenangkan sengal di hati, Hanani menoleh ke belakang, pada Lukman yang sedang berbual sambil berjalan seiring dengan Safira.

Mamat berkopiah itu berhenti berjalan. Perasan Hanani tengah merenungnya, malah tajam sekali pandangan itu. Bila wanita itu sengaja membuat muka buruk, geramnya terjentik lagi.

Muka cantik tapi perangai tak cantik langsung!

"Aku dah cakap aku taknak kau berdua pergi ke sini tanpa ditemani lelaki," desis Lukman, defensif.

Tadi sepanjang perjalanan dalam kereta pun wanita itu tidak habis-habis buat muka kerana membantah niatnya nak menemani. Bila diberi riak itu lama-lama walaupun tanpa sebarang kata-kata asidik, sakit hatinya naik juga ke kepala. Memang fail jadi lelaki macho bila dengan Hanani.

Hanani mencemik. "Aku tak cakap apa-apa pun."

"Dah tu kenapa buat muka..." getus si jejaka.

"Muka apa?" Sengaja bertanya.

"Muka yang... erm... yang kau taknak aku ikut."

"Jadi kenapa masih datang?"

Lukman merenung datar. Dahi wanita itu diketuk ringan sebagai respon dan dia melangkah terus ke pintu pagar sekolah. Bersedia memimpin perjalanan ke dalam pekarangan sekolah yang gelap. Hanani pula menggosok dahinya sebelum berpandangan dengan Safira. 

"Kenapa akak suka gaduh dengan abang...?" bisik si gadis perlahan. Tiap kali bertemu je mereka bertekak. Aneh benar. Dah macam kucing liar saling bertembung di kawasan pejajahan masing-masing.

"I don't know..." desis Hanani, juga perlahan. Belakang tubuh lelaki itu dipandang. "For some reason, akak menyampah benar dengan dia..." tambahnya lagi sebelum menghembus nafas panas yang entah berpunca dari mana. 

Pada pak guard yang menjaga pagar, Safira menunjukkan kad pelajar yang dibawa bersama. Kemudian mereka sama-sama berjalan ke blok akademik senior. Masing-masing langsung tidak bercakap hinggalah mereka sampai ke koridor kelas. Ha, sini lagi seram.

"Sekolah pada waktu malam... menyeramkan jugak eh," ujar Safira, memecahkan sunyi antara mereka.  Mata mencari-cari suis koridor. Dinding bangunan diraba-raba hingga punat lampu ditemui. Ditekan. Muncul jua gerun di hati andai insan dari alam sebelah tiba-tiba memuncul di hujung koridor setelah penglihatan menjadi lebih jelas. Perut yang terasa berlipat terus mereda bila tiada apa-apa di hujung koridor.

Lukman tersenyum dibuatnya. "Agak-agak apa akan jadi kalau makcik kau tu je yang ikut tadi."

Hanani mengerut dahi. Kenapa pulak dirinya dijadikan topik persoalan. Safra menjeling ke belakang sekilas.

"Akak macam tak takut je."

"Nak takut apa. Sekolah je pon."

Lukman memanjangkan kepala ke belakang. "Berlagak seh."

Riak selenger dipasang pada muka, membuatkan jejaka itu tergelak perlahan. "Muka nenek kebayan pun tak seteruk muka kau..." Perlahan sekali dituturkan, berniat untuk telinga sendiri, namun sunyi malam di koridor kelas tingkatan enam bawah nyata membenarkan dua pasang telinga mendengar dengan jelas.

Safira terlongo terkejut. Hanani di belakang ternganga luas dengan darah mendadak naik ke kepala.

"Kuang hajar!!" Melantang naik suaranya hingga terpantul ke dinding blok hingga menghasilkan gema pada setiap kelas kosong. Lukman dan Safira serentak menoleh pada Hanani dengan muka terkejut. Wanita itu pula masih dalam mode amuk. "Kau yang muka buruk macam nenek kebayan!!" jeritnya.

"Wohoo, lady. Kau furious sangat pun tak payahlah nak menjerit-jerit. Nanti kang dia betul-betul datang..." 

"Kau jangan—"

Telunjuk Lukman naik tegak, sekaligus mematikan terus kata-kata Hanani di hujung lidah. Berbekalkan cahaya lampu pendaflour, mereka bertentangan pandangan. Tajam sekali. Hanani berniat serang, dan Lukman sekadar bertahan.

"Boleh tak aku ingatkan kau yang kita bukan di tempat yang sesuai nak bertekak? Tempat ni keras, tahu?" Nada di hujung kata ditekankan sebagai tanda penegasan.

"Ada."

"Hm? Ada apa?"

"Ada ku kisah." Senada.

"Dammit..." keluh si lelaki. "Kau ni boleh tahan arrogant..."

"Aku tak kisah dipanggil arrogant, tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah rapat dengan budak kecik yang beza umur lebih dari 6 tahun sampai gaya dah macam couple bercinta dan orang pun boleh anggap kau cacat naluri seksualiti!"

"Cacat naluri seksualiti what?" Terperanjat dia. Pertama kali mendengar terma yang begitu.

"Apa kata kau berhenti pakai kopiah supaya tak nampak sangat kau tunggang agama!" Kopiah putih di kepala Lukman dirampas kasar.

"You...!!" Lukman merapat dengan mata mencerlang.

Dipedulikan pergaduhan yang tidak melibatkan dia, Safira meneruskan misinya pada malam ini. Kelas kosong dimasuki, buku nota dicari di bawah meja dan selesai. Dia kembali merapati lelaki dan perempuan yang saling bertentangan pandang itu. Sekali pandang, macam pasangan kekasih yang bergaduh pun ada, membuat dia cemburu tak memasal.

"Abang. Akak, Fira dah ambik dah buku nota. Jom balik." Tak betah nak berada di sini lama-lama dan terus membiarkan Lukman dan Hanani berinteraksi.

Mereka memandang Safira sesaat dua sebelum kembali berpandangan sesama sendiri. Pandangan mata itu sedang berbicara dalam senyap, membuatkan gadis tingkatan enam rendah itu mengerut dahi. 

"Kita hantar Fira balik dulu, lah..." ujar Hanani.

"Aku setuju," balas Lukman.

Safira makin blur. 

"AKAK dengan abang nak buat cerakah?? Apa tu?"

"Macam aktiviti malam..."

"Jangan explain macam tu, Hani.... Cerakah tu macam test of courage la..."

"Yeap. Lepas hantar kau balik ni, kami nak patah balik ke sekolah tu untuk buat aktiviti bersama berdua."

"That's too misleading, you...!!" Sakit jiwa si lelaki dibuatnya. 

"Then you explain it!"

"I did! Aku dah cakap test of courage!"

Hanani senyap seketika. "Eh ya, haha. That did explain it. Tapi kau tak mention kita buat berdua."

"Kau tak perlukan sebut ayat 'berdua'... lagipun pak guard ada sekali kan sebagai penutup fitnah..."

"Berdua berdua. Kita buat aktiviti malam berdua..." Melawan. 

Lukman akhirnya memejamkan mata sambil menarik nafas dalam. Sabaaaarrr... "I'll make sure someone betul-betul merasa takut supaya tahu sikit macammana nak humble and respect orang lain..."

"Hahah. Aku pun nak make sure yang someone takkan boleh ubah aku just because he asked me to." Muka sengal diberi.

Lukman tersenyum. Kini tercabar. "I'll give you baik punya ghost story sebelum kita start nanti..."

Safira pula masih keliru. Test of courage apa benda sedangkan dah nak 10 malam? Malah terus kelabu asap bila dua insan yang saling membenci itu meninggalkannya di depan pagar rumahnya sebelum kembali memandu balik ke sekolah. 

Berdua.

Apa benda yang berlaku dalam tempoh singkat dia mengambil buku notanya tadi...??

MEREKA kembali ke pekarangan sekolah menengah itu. Hanani menapak keluar dari kereta, dan titis hujan mengenai wajah. Angin agak laju. Langit pula hitam. Kosong tanpa bulan dan bintang. Seperti kanvas yang diwarnakan hitam serta kelabu. Tangan ditadah, cuba merasa titis yang nipis, namun masakan dia mampu. Lampu jalan dilihat, melihat hujan pada biasan cahaya lampu. Sungguhlah, hujan rintis sedang turun.

"Baik punya setting nak buat cerakah..." Hati dah mula terasa seram.

Lukman di luar pintu bahagian penumpang, menegur. "Dah takut?"

Kepala menoleh lipat maut. "Bila masa aku cakap aku takut!!"

"Kalau kau takut, kau jerit je nama aku. Nanti aku datang macam Ultraman." Kedua belah tangan siap diangkat ke langit gaya terbang.

Bila calon Imam Muda buat perangai, memang jadi annoying macam ni eh. "Kurang ajar la kau ni. Kalau aku berjaya lepas cerakah ni tanpa menangis, aku nak kau berhenti berlagak macam superior sangat kat aku."

"Sure. Aku boleh belanja kau Nando's kalau kau berjaya!"

Lukman senyap-senyap mengajak date tapi Hanani tak perasan. Dia mencebirkan bibir bawah lalu melangkah ke pagar sekolah. 

Lukman lekas mengekori, enggan membiarkan wanita itu berseorangan... buat masa ini. Pondok keselamatan ditepi pagar sekolah diintai. Tiada sesiapa.

Hanani turut perasan pak guard tiada. "Tengah meronda kut?" soalnya pada lelaki itu. 

Lukman menjungkit bahu. "Kau dah takut?"

Naik angin. "Belum!!" jerkahnya.

"Cakap je la kau takut. Tak payah nak ego sangat..."

"Just give me the route!!"

Lelaki itu senyap seketika. "Hani... tak payahlah. Takut pulak aku kau balik kat aku nangis-nangis sambil kencing dalam seluar. Yang hidu bau hancing tu, aku jugak..."

"Huhuuuh... menyirap sungguh darah..." Udara ditarik deras sekali, dua kali, tiga kali. Muka yang terasa panas juga dikipaskan dengan tangan. "Aku akan guna route tadi. Within ten minutes aku akan balik sini semula. Dan lepas aku datang balik..." Dia terus merapat hingga berbeza jarak setapak kaki. Kaki dijungkit, muka dilangut setingginya, telunjuknya tegak, hampir mencucuk lubang hidung Lukman. "...aku nak kau jangan nak berlagak superior sangat dengan aku..." Dada Lukman ditunjal keras berkali-kali.

Lelaki itu merenung datar muka cantik di paras dagunya itu. Rasa macam diancam arnab pun ada. Bila wanita itu berkalih, barulah dia bersuara. "Hani... kita cancel je la. Kita bincang balik la sapa salah and sapa hidung tinggi which is engkau and engkau..."

Si pemakai seluar tidur tidak mendengar. Enggan mendengar. Laju sekali dia berjalan, nak lari dari lelaki itu lekas, dan nak menghabiskan cabaran yang terhasil kerana pertelingkahan dengan Lukman awal-awal tadi. Tidak lama, tubuh langsing itu sudah pun ditelan gelap malam.

Keluh terhembus perlahan, lalu doa dititipkan kepada yang Maha Berkuasa supaya wanita itu balik dengan selamat. Hujan rintis semakin terasa fizikalnya pada kulit, lalu Lukman mendongak ke langit. Cuaca pun tidak elok.... Angin turut terasa hembusannya sudah. Suhu menurun, menyebabkan bulu roma si lelaki naik untuk cuba memerangkap haba walaupun nampaknya gagal. Darah tidak semena-mena terasa hangat. Bulu roma di belakang tengkuk turut meremang tiba-tiba. Lukman menggosok belakang leher.

"Mungkin aku patut ikut dia..."

"Siapa tu?"

Satu suara menegur, sekaligus mematikan langkahnya. Lukman menoleh. Pak guard yang sepatutnya menjaga pintu pagar sekolah tadi sudah kembali.

Sementara itu, Hanani sudah sampai ke tingkat dua, dimana kelas Safira berada. Papan tanda nombor enam itu dilihat, nak mengesahkan dia berada di tempat betul. Sahih. Ruang koridor yang kosong dan terang dek lampu siling yang ditinggal Safira tadi direnung beberapa saat.

"Cukuplah...!" Tak betah nak berseorangan lama-lama di sini!!

Kaki berlari anak menuruni anak tangga blok akademik itu. Kemudian dia berkalih ke koridor pejalan kaki. Dia terserempak dengan sebatang tubuh yang sedang mengadap pintu perpustakaan. Uniform di tubuh menunjukkan dia ialah makcik cleaner. Hati yang merasa seram dan gerun lekas mengendur lega melihat ada orang lain  ada di situ dan bukannya hanya dia.

"Buat apa sengsorang kat sini makcik?" tegurnya sekadar berbahasa saat melintasi.

Tiada balasan.

Hanani menoleh sekilas, melihat makcik itu masih berhadapan dengan pintu perpustakaan... kemudian, menoleh padanya. Seketika mereka berpandangan tanpa kata.

Bulu roma di belakang tengkuk, diusap. Dah kenapa sombong sangat? Pedulikan makcik itu, lekas Hanani berlari anak ke ruang legar sekolah. Hujan semakin lebat membasahi tubuh saat dia tiba di pondok pengawal. Dari jauh, ternampak Lukman sedang berbual dengan pak guard di situ.

Ah, pak guard dah ada. Ingatkan balik rumah. Normallah tu, pak guard jaga sekolah sepanjang malam. Tapi makcik cleaner buat apa kat sekolah malam-malam??

Larian terhenti bila disoal akal. Nafas antara nak tak nak keluar masuk di rengkung, seperti enjin Kenari Lukman yang tersekat-sekat kerana sudah lama tidak diservis. Kepala perlahan-lahan dipusing ke belakang... pada pintu perpustakaan. Tiada apa di situ. Terkedu. Terkejut. Hanani hampir hilang nafas setelah memahami benda ghaib yang baru terjadi. Nafas tersentak-sentak, cuba memberi oksigen pada jantung yang terasa hilang abiliti mengepam darah.

"Hani? Kau dah sampai? Alhamdulillah..." Suara Lukman menegur. Wanita itu menoleh perlahan, memandang si lelaki merapat bersama senyum dan payung. "Pak guard bagi payung..." Lekas si muka pucat itu dilindungi dengan payung.

Jantung Hanani masih berdegup kencang tanpa tempo. Waras di kepala gagal berfungsi seperti enjin rosak. Darah menyirap naik ke kepala dan otak si perempuan hampir-hampir overheated kerana tekanan yang dirasai! Kalau keluar asap dari lubang telinga, dah macam kereta api stim rasanya. Dia terlalu takut... dia terlalu takut... dia terlalu takut sekarang!! Mungkin yang dia tengok tadi bukan makcik cleaner tapi sebenarnya makcik guard? Kan?!

"Pak-pak-pak guard tu... ada member dia teman... kan... yang tengah round-round... kan..." Terketar-ketar tangannya bila menunjuk ke perpustakaan.

"Nope. He's pretty much alone tonight. Dia nak balik awal katanya, sebab tempat ni memang keras sikit. Lagi-lagi malam ni malam Jumaat." Senyum.

Tekanan pecah. Lancar sekali seluar tidur Hanani basah dengan air kencing. Hamis dan segar baunya sampai ke hidung Lukman. Terkejut si lelaki, lekas menunduk kerana tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku depan mata.

"Hani?" 

"Korang dua taknak balik lagi? Ke nak pakcik kahwinkan terus kat sini haha..." gurau pak guard sambil merapati mereka.

Wanita bertudung itu semakin hilang kawalan melihat individu yang seiras wajahnya dengan invidu yang baru dilihat tidak sampai lima minit tadi. Tapi tadi muka macam nenek. Bayang pucat itu samar-samar terbayang kembali di ruang fikiran.

Dan memberinya senyum....

Sama seperti konsep air dalam ketel melebihi tahap didih, ianya menghasilkan bunyi nyaring sebagai tanda amaran.

"Gyaaaaahhhhh!!!!"

Nyaring sekali jeritan itu keluar, mengejutkan kedua-dua adam. Hanani menutup kedua belah telinga tanpa menghentikan jeritan, seraya memecut lari menembusi hujan.

Lukman terkejut lagi. Dia terteleng-teleng antara wanita yang melarikan diri dan pak guard yang memandang keliru. Kepala diangguk sekali pada lelaki 50-an itu, dan dia lekas berlari dan mengejar Hanani. Di hujung jalan ternampak bayang tubuh itu masih berlari sambil menutup telinganya. Langsung tidak kisahkan hujan, dan langsung tidak kisahkan Honda putih yang diparking di arah bertentangan. 

Ke mana pulak dia nak pergi?!!

Lukman terus memecut, membelah hujan yang semakin melebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience