Part 2

Romance Series 2802

LUKMAN bukanlah kategori lelaki berkerjaya dengan duit berkepok dalam poket. Dia menyewa di rumah setingkat dengan tiga orang penyewa yang lain, mencari rezeki denganmenjual pisang goreng di siang hari, dan burger di malam hari demi membayar hutang PTPTN dan sekaligus menyimpan duit untuk membina hidupnya. Biar perlahan, biar merangkak, tetapi terus bergerak. Dan pada masa sama, cari bini yang sudi menerima dirinya yang tak seberapa.

Tinggi angan-angan,

"Pisang goreng seringgit."

"Sep." Lukman memasukkan pisang - pisang goreng itu ke dalam plastik kecil. Produk dan duit bertukar tangan antara penjual dan pelanggan. Pembelinya yang berupa pelajar sekolah tersenyum berterima kasih dan pergi dari situ.

Lukman menghantar pelajar itu pergi bersama leretan senyuman segaris sehingga dia menghilang di dalam kerumunan manusia yang masih berumur belasan tahun. Berderet-deret mereka keluar dari pagar sekolah sebab dah habis masa persekolahan untuk sesi pagi, dan bagi yang sesi petang bergerak masuk. Atau ada antara mereka yang masuk sebab tertinggal homework dalam kelas?

Kumpulan remaja yang keluar berkumpulan menarik perhatiannya. Terutama pada pelajar lelaki yang menggenggam bola keranjang di tangan. Tanpa dijemput, kenangan masa lalu melayang di ruang fikiran. Dah lama tak main bola keranjang. Gatal rasanya nak melantun bola keranjang sepuas hati, menghantar bola pada teman sepasukan, mengelak bola dari dirampas pihak lawan tanpa sekalipun berhenti melantunkan bola, dan meloncat sambil melontar bola ke jaring.

Shoot! Masuk!

Sorakan teman sepasukan kedengaran di lubang telinga. Lukman tersenyum-senyum lagi. Hatinya terasa puas walau cuma permainan di dalam imaginasi.

"Abang...!"

Kegemilangan zaman remaja bersepai hilang, berganti dengan sengih Safira yang berlari anak ke gerainya.

"Hei..." Disambut si gadis bersama hembusan nafas pendek.

Safira mengah sedikit setelah sampai di hadapan stall Lukman. Berseri sekali mukanya, tak boleh nak ditutup langsung. Dapat score tinggi masa kuiz ke?

"Abang sorang je? Mana Ikmal?" soalnya tersengih. Seorang lagi penjual yang biasanya berada di situ dicari. Tiada.

"Dia pergi buat kuih."

"Eh?" Membulat mata anak gadis itu dibuatnya. "Ikmal? Buat kuih? Kat mana? Untuk apa? Untuk variasi jualan?"

Lukman jatuh rahang, "Kau nak gurau pun elok-elok la sikit, Fira. Gila kenamanya nak jual kuih si Ik tu."

Terdiam budak sekolah itu. Lukman turut terdiam, merenung muka kelam muka keliru yang diberi padanya. Cukup nampak tanda soal yang cukup besar di atas kepala. Tersenyum lalu. "Ikmal kat tandas la..."

"Haa??"

"Kau ni buat abang rasa macam tua sangat je sebab guna pakai lawak yang kau dah tak faham..." Sebal. Beza jarak usia pun takde la besar sangat. 24 tolak 18, berapa?

Safira masih terkebil-kebil, cuba memahami. "Buat kuih... kat tandas... kuih... oohhhh!!" Bibir lembap membulat membentuk O sekaligus dengan mata yang membesar bulat. Gadis itu lalu melepaskan ketawanya, galak sekali. Geli hati sungguh dengan ayat Lukman yang langsung tiada unsur nak bergurau. Lelaki itu pula hanya tersenyum nipis.

"Hahahaahhaha... sengal la abang ni. Dah lama ke beliau buat kuih?" soalnya seraya memasuki ruang menjual. Beg sekolah dipindahkan ke bawah gerai.

"Sakit perut katanya..."

"Erm..." Lengan baju sekolah dilipat hingga ke siku. Kemudian kedua belah pinggang dicekak sambil menoleh pada pemuda yang diminati dalam diam itu. "Fira nak tolong abang menjual, boleh?" pintanya dengan senyum manja.

Lukman membalas dengan senyum protokol. "Tolong tengok je cukup la." Tersengih nipis dia, menjeling ke sekeliling. Perasan mata budak-budak sekolah yang memandang mereka. Dia maklum dengan jenis pelajar sekolah yang begini, dan maklum juga wajah cantik si Fira itu sudah tentu menarik banyak peminat. Karang ada gosip yang tidak elok tentang anak gadis jirannya ini di sekolah kerana dia... Dia taknak tanggung...

"Takpe la." Safira dah mula mencemar duli memindahkan pisang mentah bertepung ke dalam minyak panas.

"Mana kawan-kawan kau? Tak balik ngan diorang? Afifah?" Teringat rakan Safira yang selalu melawat ke rumah teres mereka.

"Tak... dorang ponteng."

Terangkat kening dibuatnya. "Ok-kei..." Mata dilarikan ke tengah jalan, pada jalan raya yang lengang kurang kenderaan. "Kau tak ikut dorang ponteng sekali?"

Mata hitam dikerlingkan ke ekor mata. Seketika cuma, sekadar nak melihat lelaki di sebelahnya. Bibir tersenyum nipis. "Kalau Fira ikut dorang, Fira tak dapat jumpa abang hari ni." Tersipu-sipu dia melontarkan kata-kata separuh berani itu.

Terangkat lagi kening tebalnya. Lebih baik berhenti bertanya.

SETELAH petang sikit dan jumlah pembeli berkurang, Lukman menutup gerai. Ikmal menghilang lagi entah ke mana dan Safira ditinggalkan sekejap di gerai sementara lelaki itu membuang sampah di tempat pembuangan sampah di sebelah sekolah. Nafas penat terluah sambil menggeliat sehabisnya. Sendi pinggang detap detup berbunyi.

Dari jauh, terlihat Kenari merah miliknya yang diparking di seberang jalan. Kereta model lama itu dibeli dengan duit sendiri selepas SPM. Puas bekerja part-time, impian memiliki kereta sendiri berjaya dicapai tanpa perlu menggunakan duit ibu bapa. Maka, sentimental value Lukman pada kereta tersebut sangat tinggi. Dikutuk sebagai kereta buruk oleh Hakimi pun dia masih enggan menjual kereta itu ke kedai besi buruk sehingga enjin kereta benar-benar boleh dijatuhkan ayat mampus. Biar hidup segan mati tak mahu, tetapi itu ialah hartanya.

Kau tak tercalar ego bila perempuan tengok kau bawak besi buruk kau ni?

Macamlah aku kisah. Aku simpan ego aku untuk benda lain.

Macammana kalau kau jumpa perempuan tu?

Kah! Bak la sini.

Seekor anjing memuncul dari tengah jalan. Kereta merah itu dihampiri, dihidu-hidu tayar belakangnya sebelum sebelah kaki diangkat. Kencing.

Dan mata Lukman membulat besar melihat najis mughallazah yang disiram pada kenderaannya. Terus dia memecut ke sana. "Kau! Anjir!! Takda tempat lain kau nak kencing yang aku kena sama—ark!" Bahunya terasa impak yang kuat.

"Argh!" Lontaran suara kecil itu turut kedengaran serentak. Lukman menoleh, terlihat seorang wanita bertudung yang sedang berpusing 360 darjah sebelum terduduk bersimpuh di tengah laluan jalan. Keluhan sakit terlepas dahulu dari mulutnya sebelum menggosok bahu kanan dengan muka yang berperi sakit.

Lukman mengerut dahi. "What are you doing, lady?" Masih pelik dengan gaya jatuh yang berpusing penuh. Lamanya impak inersia dia.

Sempat mengomel.

Wanita itu melangut padanya dengan mata membulat luas. "What am I doing?! Kau yang langgar aku!!" Cepat sekali dia bangun dan menentang Lukman dengan riak marah. Bila wajah Lukman diteliti, wanita itu mengerutkan kening. "Kau lagi?"

Lukman pula yang naik keliru. "Lagi?" Rasanya baru sekali dia dilanggar perempuan hari ini.

"Kau berdendam sangat ke dengan aku sampai nak lukakan aku pulak? Tapi aku takde la luka kat mana-mana..." Telapak tangannya dilihat dengan mata kuyu. "Luka la jugak sikit..." komennya pada calar yang sedikit.

Lelaki itu pula terkebil. Perempuan di hadapannya ini bertudung dan berbaju kurung. Kasut pun elok bertutup dan juga ada stoking berbelang kuning hitam di kaki. Imej muslimah yang ceria. Tapi semalam... aik...?

"Awak... si rambut semak semalam tu?" Telunjuk ditala ke muka si gadis. Isu kereta terkena najis dah dilupakan seketika kerana fokus pada subjek di depan mata.

Telunjuk Lukman ditepis. "Rambut semak... kurang ajar kau. Maaf aku sebab kau langgar aku, mana?"

Terkelip-kelip si jejaka, lalu tergelak dia. Membulat lagi mata bundar itu dibuatnya.

"Seriously... kau pemakai tudung?"

"What? Tak pernah tengok perempuan dengan tudung, before?"

"And baju kurung..." Hawa di hadapannya dilihat atas bawah. Kepala meraih kembali ingatan mengenai anak gadis berambut masai, telinga bercincin dan singlet labuh semalam. Tersenyum-senyum lalu. Berbaloi hidup hari ini setelah mengetahui siapa wanita ini di dalam dan di luar rumah.

Puas melihat batang tubuh di hadapannya dari atas ke bawah, meneliti dan menilai, menyukai dan mengagumi, pandangan matanya dikembalikan ke wajah cantik itu, cuma untuk menentang mata bulat yang nampak garang mencerun padanya. Lukman terkedu.

"Pervert," dengusnya.

Ego Lukman meletup hancur hingga otak terputus line sekejap.

Hanani terus berjalan melepasi lelaki yang masih keras tergamam itu. Lukman pula berusaha pulih dari rasa terkejutnya. Setelah menyedari wanita itu dah tiada di depan matanya, dia berkalih lekas dan terus mencapai lengan yang bertutup lengan baju kurung itu. Dipegangnya kemas supaya wanita itu tak lepas lagi tanpa kebenarannya.

"Kejap, awak... Saya tak bermaksud nak renung..." Ayat termati lagi bila tangannya ditepis kuat. Wanita di hadapannya memberi riak tegang dengan kerutan marah – don't touch me....

Untuk sesaat, Lukman memahami maksud pandangan mata yang dirinya tidak disukai dan seeloknya pergi terus dari situ daripada cuba nak berbual dengan perempuan yang enggan. Lalu, dia terkaku. Wanita itu pula mendengus sekali sebelum menghilangkan diri ke dalam ruang sekolah.

"EEEERGH..."

Safira yang dah selesai membilas kuali bersabun, menoleh. "Abang?" Kenapa muka monyok, bisik hatinya hairan.

Lukman pula mengheret kaki gerai goreng pisangnya. Punggung dilabuh dan kepala direbahkan atas meja gerai. Gadis 18 tahun yang mendekatinya itu direnung. "Abang ni gatal ke, Fira..."

"Apa dia?"

"Abang ni gatal sangat ke... tak puas tengok awek cantik tayang dada, masih jugak nak renung perempuan bertudung sampai bogel ..."

Terkedu seketika. "Ha?"

Lukman menghela nafas panjang, masih memandang anak gadis dengan rambut ikat kuda itu. "Abang sepatutnya muhasabah diri... tapi abang masih sangat terkejut bila abang sedar abang macam Kimi... abang rasa nak jadi timun sekarang..." Muka disembam ke meja, lalu digelek-gelek kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Makin luas ngangaan mulut Safira. Tidak pernah dilihatnya Lukman buat perangai begini. Dan kenapa tiba-tiba nak jadi timun? Apa dah jadi masa buang sampah? Pandangan dibuang ke lorong sempit yang memuatkan dua tong sampah hijau besar milik sekolahnya.

"Err..." Kuali basah diletakkan kembali di tempatnya. "Fira dah siap cuci..."

Lukman mengangkat kepala, lalu menoleh ke persekitarannya. Baru perasan gerainya sudah siap dikemaskan. Dan dibersihkan. Terharu lalu. "Kau nak bekerja pun tak payahlah buat OT." Anak dara jiran rumah itu direnung lagi.

Bahu dijungkit. "Fira ikhlas nak tolong..." Senyum.

"Kau ni susahkan diri je." Punggung diangkat dari kerusi, dan rakan sekerjanya dicari. "Ik, mana Ik?"

"Ikmal cakap dia nak ke kantin."

Lukman menjungkit keningnya tinggi. "Mengayat lagi..." Pinggang dicekak sebelah bersama keluhan pendek.

"Ikmal? Nak ayat siapa?"

"Makcik kantin kau tu ada pekerja baru, katanya." Safira kembali dipandang. Anak gadis itu pula terkebil.

"Oooh... okay." Mata dijuling ke langit, tahu perempuan mana yang dimaksudkan Lukman. Memang pekerja baru itu agak cantik orangnya. Sebagai perempuan, dia tidak malu mengaku.

"Yep. Kalau dia nak kahwin, abang kena carik teman kerja baru la ni." Kerusi diangkat, lalu dikemaskan di satu tempat.

Safira mengekori. "Kenapa?"

"Iye la. Kalau dia nak kahwin, takkan nak kerja macam ni. Mesti la kena cari kerja tetap kalau nak tampung keluarga dia."

Safira mengangguk. "Abang pulak... tak terasa nak kahwin lagi?"

Lukman menoleh. "Kenapa tanya?"

Bahu dijungkit. "Sebab kalau abang nak kahwin, takkan nak kerja macam ni. Mesti la kena cari kerja tetap nak tampung keluarga abang."

Pandai juga budak ni guna pakai jawapan orang untuk jawab soalan orang lain.

"Dia dah pun tahu abang kerja ni... lagipun abang ada buat kerja lain nak isi duit dalam bank. Gig is the easiest job yang boleh buat banyak kerja part-time in one go, hahahahah..." Kerusi tiga tingkat itu diangkat. "Tak perlukan rules and regulation, dress codes, deadlines, segala bagai... abang cuma perlu buat kerja with my own pace, and duit masuk. Simple." Kerusi dimasukkan ke dalam van.

Gadis itu terdiam seketika. Kata-kata di belakang itu tidak didengari kerana langsung tidak penting. Apa yang bermain di fikirannya sekarang, cuma satu. "Siapa dia?"

"Hm?" Lukman memanjangkan leher dari belakang van. Riak ingin tahu Safira direnung. "Siapa... siapa?"

"Orang yang abang maksudkan tadi..." Lukman yang terkebil direnung bersungguh-sungguh. "Orang yang abang cakap dah tahu kerja abang..."

Mata terkelip sekali. "Oh. Dia. Hahaha." Kedudukan kerusi di dalam van angkut dikemaskan. "Dia cuma someone yang... ada dalam life abang." Mengelat.

"Cuma someone?" Safira merapat. "Bukan makwe abang?"

"Nay... abang takde makwe." Gadis itu yang berdiri di sebelahnya dikerling. Safira spontan mengeluh lega. Lukman pula menutup pintu van. "Dia tunang abang." Akhirnya berterus terang.

Tersedak liur dibuatnya. Safira terbatuk sekali. "Tu... tunang?"

"Yep." Tubuh dikalih, bertentangan dengan gadis yang beriak terkejut itu.

"Sejak bila... kenapa Fira tak tahu..." Nada mula merendah.

"Hurm... kau orang pertama yang tahu rasanya..." Mata dijuling ke langit.

Berkerut dahi gadis itu. Pedih di hati usah dicakap. Lelaki yang diminati dalam diam selama ini rupa-rupa milik perempuan lain... dan kenapa cuma diberitahu kepadanya? Nak main-mainkan hatinya, kah?

Tidak! Lukman bukannya lelaki begitu. Lukman... bukannya lelaki... yang permainkan hati perempuan. Aku nak kau bertenang, Fira! Nafas ditarik dalam, meredakan gelombang di jiwa sebelum sekali lagi pemuda yang sangat disayangi itu dihadap. "Kenapa abang bagitau kat Fira je?"

"Dah kau je yang tanya."

Percuma hidung dijentik tangan halimunan. "Ookey... sejak bila abang ada tunang?"

Lukman senyap seketika. Wajah yang penuh dengan niat ingin tahu itu direnung redup. "Baru-baru ni juga la," balasnya perlahan, lalu gerai didekati kembali. Safira setia mengikut.

"Baru-baru ni? Dan orang lain tak tahu? Betul ke tunang ni? Ke main-main tunang?"

"Erm... nak cakap iya tu tak... nak cakap tak pun tak..."

Terdiam. Kurang memahami. "Fira kenal tak orangnya?" soalnya lagi.

Tetapi Lukman tidak menjawab. Bagpack Adidas yang selalu dibawa tiap kali bekerja ditarik dari bawah gerai. Dompetnya diseluk dan RM50 ditarik keluar.

Gadis itu pula terus merenung lelaki idamannya itu. Dia gemar memerhati Lukman, jadi dia tahu lelaki ini jarang berinteraksi dengan perempuan. Dan kalau ya, tiada yang rapat atau konsisten berbual dengannya. Cuma ada seorang yang mampu membuatkan Lukman jadi lain dari yang lain.

"Kak Hani?" soalnya, serkap jarang

Lelaki itu menoleh. "Apa dia?"

"Abang sebenarnya tunang ngan Kak Hani?"

"Bila pulak aku bertunang dengan... si rambut semak tu..." desisnya, sedikit sebal. Pedih lagi ego bila teringat muka garang Hanani serta komen 'pervert'-nya. Nafas dalam dihembus, memujuk diri sebelum menghadap Safira kembali. Not RM50 dihulur di depan muka si anak gadis.

"Eh?"

"Gaji untuk hari ni."

"Mana ada orang gaji sehari 2 jam RM50."

Tangan Safira dicapai dan wang itu diletak atas tangan kecil itu. "Buat belanja sekolah. Belajar sungguh-sungguh tau. Jangan ikut perangai member yang ponteng sekolah tu. Dapatlah abang tumpang happy." Senyum.

Terharu anak gadis itu. Niat nak belajar berkobar dibuatnya.

"Dah puas membelit?" Satu suara menegur. Lukman dan Safira serentak menoleh, dan masing-masing terperanjat bila melihat Hanani berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan gerai. Entah sejak zaman bila wanita berbaju kurung itu sudah ada di situ.

Hanani mengangkat sebelah kening dengan anak mata masih tak lepas mencerun pada tangan Safira di genggaman tangan Lukman. Lelaki itu pula sekadar merenung si tudung biru, juga pada seluruh pemakaiannya. Betullah yang menyakiti hatinya tadi ialah dia.

Tanpa sebarang sebab yang difahami, Lukman tersenyum luas. "Kau... hahaha. Berjodoh kita hari ni."

Hanani pula sakit hati mendengar luahan gembira itu. Happy sangat dah kenapa? Dan kenapa mamat ni tak pedulikan arah renungannya? "What are you, pedophile?"

"Ha?"

Kening yang nampak kemas dicukur itu dijungkit berkali-kali ke arahnya. Lukman terkebil, gagal memahami isyarat yang cuba diberikan Hanani. Kepala ditundukkkan lalu, pada tangan Safira yang masih digenggamnya. Ah. Maaf. Lekas dilepaskan.

"Sorry, tak perasan."

"Takpe. Pegang lama-lama pun Fira tak kisah..." Si anak gadis membalas bersama senyum.

Hanani terus meneliti bahasa tubuh keduanya. Safira nampak tersipu-sipu manakala lelaki itu tenang dan selamba. Ceh.

"Fira. Balik." Monotone.

"Em...?" Keberatan. Dia lebih memilih nak balik dengan Lukman berbanding perempuan asing yang mengaku saudara dan hanya dikenali dalam tempoh beberapa hari itu.

Hanani menoleh. "Jangan terperangkap dengan perangai romantik atau kata-kata manis pedophile macam ni, Fira..." nasihatnya geram. Anak gadis ini suka sangat kat mamat sapa ntah itu. Entah berbahaya entah tidak. Bukannya Hanani fobia atau bencikan lelaki, tapi tidak salah untuk dia berwaspada dan menjaga anak saudaranya ini pada masa yang sama. Marahnya pada peristiwa semalam masih tidak habis lagi, tapi hari ini macam-macam perkara yang lelaki bernama Lukman itu dah buat sampai Hanani rasa nak jadi pemancung kepala dan pancung kepala mamat tu sekali hayun. Itu pun kalau boleh. Mujur tidak.

Lukman yang baru nak mengemas, berdesing telinga. Kepala menoleh perlahan ke belakang, merenung minah bertudung biru itu tajam. "Watch your mouth, woman..."

Hanani menjeling berlagak. Mata yang galak itu sinis benar rupanya dengan riak sombong yang dipamer. Jam di pergelangan tangan ditanggalkan, lalu diletakkan ke mulut. "Puas hati?" Sambil bertanya, kening diangkat, menambah rasa jengkel di hati Lukman.

"Aku suruh kau jaga mulut kau... bukannya letak jam tangan kat mulut kau." But that is indeed a clever play of words... hati membalas rendah.

"Aku dah dengar pasal kau dari aunty Zai malam tadi... walaupun aku taknak dengar." Jam tangan diikat kembali ke pergelangan tangan. "Dia duk cakap pasal benda baik-baik pasal kau, tapi apa yang aku nampak buat masa ni... kau menyewa di rumah orang, dengan tiga orang lelaki yang status identiti entah lurus atau songsang, cari duit dengan berniaga pisang goreng... depan sekolah... dengan kereta model 90-an yang enjin terbatuk-batuk macam pesakit Tibi... gerai pun nyawa-nyawa ikan...." Gerai pisang goreng itu direnung dengan pandangan kasihan.

Lukman merapat selangkah-selangkah pada setiap kutukan yang diterima. "Kau... pandai buat ayat..." Geramnya nauzubillah!!

Wanita itu masih tidak habis. RM50 dikeluarkan dari beg tangan dan diletakkan di hadapan kaki Lukman. Kerut dikening si lelaki dibalas dengan sinaran simpati. "Aku benar-benar bersimpati... dengan kemiskinan kau... dengan sepenuh hati aku. Terimalah sedekah aku yang tak seberapa ni... sekurang-kurangnya cukuplah buat makan untuk kau sehari dua..."

BOOM!! Ego Lukman meletup lagi laksana bom atom yang jatuh di Nagasaki. Kepala berasap. Telinga berasap. Mukanya merah paham menahan marah. Nafas tertarik-tarik ke ruang rengkung. Anak tekak terasa sesak dengan darah panas, kerana menahan geram! Mata dikelip-kelip ke langit dan bibir bawah digigit sekuatnya. Sabar Lukman... aku demand kau supaya bersabar!!

"Akak janganlah cakap macam tu. Abang Luk baik, tau." Safira cuba mempertahankan si lelaki. Lukman dan Hanani serentak menoleh.

"Mana-mana lelaki pun akan baik dengan perempuan cantik macam kau. Dah, jom balik. Takde untung berdiri kat sini lama-lama dengan naluri songsang begini."

Mata Lukman mencerlang. "Minah... aku tak songsang..."

Hanani tidak membalas sebaliknya sekadar memberi renungan menuduh, membuat Lukman menarik laju nafasnya diantara gigi hingga kedengaran bunyi desis.

Terbakar teruk tu.

Safira menoleh-noleh antara keduanya. Hanani nampak tidak takut memprovok walaupun muka Lukman cukup tegang dan merah. Tidak pernah dia melihat lelaki ini marah sebegini.... Lekas beg sekolah dicapai. "Abang... Fira balik dulu..."

Lukman memberi jeling sebelum terus mencerun pada si muka masam itu. "What's with you and tudung?" soal Lukman laju, masih dengan ingin tahu. Sebelum Hanani beralih, dia menyambung kata lagi, mahu menarik baran Hanani supaya terus berbual dengannya dan cuba mengalahkan perempuan ini dalam perang kata-kata. "What's the deal keeping those monstrosities under a good image? Faking something?"

"Deal with reality, you asswipe. Every innocent face has their wild sides."

Tekanan darah memancut lagi bila dipanggil asswipe. Terus dia berpusing demi mencari nafas dan nak merasai angin petang supaya boleh memadamkan marak api di dalam dadanya. Zikrullah turut meniti di lidahnya kali ini. Berusaha memujuk hati supaya bertenang dan bersabar. Muka diraup dengan sebelah tangan. Dan bila dia menoleh kembali, wanita berbaju kurung itu dah pun berjalan pergi sambil menarik tangan Safira ke Honda putihnya di tepi pagar sekolah. Ada sticker love dan rama-rama di tepi lampu hadapan kereta.

Kereta itu.... Ya, dia cam kereta putih dengan sticker itu yang kini diparkir di depan rumahnya juga.

Lukman membuang bara di dada sebelum menarik panjang nafas baru.

Takpe... hari ni kemenangan kau. Selagi Hanani duduk di rumah Puan Zaiton... Lukman ada seluruh masa di dunia untuk mengenali dan mengalahkan perempuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience