{{JADI lepas ni kamu kena buat latihan seperti jadual yang dah dibuat. Sebab Umar dah tak boleh participate dalam tournament, cikgu nak kamu semua latih junior-junior kamu supaya jadi basketballer yang baik." Cikgu Ibrahim memberi arahan. Lukman mengangguk saja.
"OK jek." Mengangguk saja. Guru itu turut mengangguk, menghantar isyarat membenarkan dia pergi sebab takda benda lagi yang nak disampaikan.
Lukman berkalih.
"Ya, dan oh. Panggil Amir ke sini cepat."
Angguk.
Dia menapak masuk ke dalam kelas. Mata melilau mencari rakannya itu. Oh, itu dia, dengan rakan-rakan perempuannya di belakang kelas sana. Entah apa yang dibualkan. Berfikir banyak, nampak?
"Amir!" Dia melaung. Rakannya itu menoleh, diikuti rakan-rakan sekelas yang lain. Lukman melanjut kata sambil bergerak ke tempat duduknya, "Cikgu Ibrahim nak jumpa kau kat bilik guru, nak tanya pasal pengambilan player baru dalam team kita!"
Rakannya itu mengangguk, lalu bergerak pergi. Lukman duduk di tempatnya.
"Luk, kau tau nama sebenar Siti?" Amir menyoal di muka pintu kelas sana. Lukman menoleh. Masih belum pergi lagi?
"Siti...?" Hairan dia. Amir menunjuk ke arah belakang kelas, pada kumpulan perempuan samseng atau rakan-rakan Amir itu berkumpul. Ketua kelas itu menoleh, merenung mereka satu persatu dan dikenali seorang satu. Juga pada Hanani yang sedang menunduk itu. Dia kenapa...?
Lukman kenal mereka, kerana mereka sekelas, juga kerana mereka terkenal sangat di sekolah atas kes disiplin yang dilakukan bertalu-talu sampai nama Lukman sebagai ketua kelas turut naik ke bilik guru bila rakan-rakan sekelasnya itu tak habis-habis buat masalah pada pihak pentadbiran sekolah.
Yang berambut pendek boycut itu, Izzati Atiqah Shabudin Aziz, paling bermasalah diantara mereka bila selalu terlibat dalam pergaduhan di dalam mahupun di luar sekolah. Paling brutal dan paling susah nak dikawal, tapi nampak baik dan elok perangai bila bersama dengan dua temannya itu.
Yang berambut panjang dan ikat ekor kuda itu, Noradli Amersyah. Paling lembut dan baik antara mereka bertiga, tapi hatinya jangan dibuat main bila dia sebenarnya seorang yang tak berhati perut dan tak berperikemanusiaan bila berdepan dengan mangsanya. Ini komen dari kawan Lukman, si Amir. Selalu berganding dengan Zati dalam bab sabotaj orang sebagai pelengkap kepada bidang Zati yang lebih kepada fizikal manakala Nor pula psikologi.
Ketua mereka, yang berambut pendek paras bahu dan ikat ekor kuda yang sedang tertunduk-tunduk dengan bahu menggigil itu, Syarifah Hanani Syed Saifullah, tapi tidak ramai yang tahu nama sebenarnya kerana dia dipanggil Siti oleh semua kenalan yang mengenali sejak Tingkatan Satu. Macammana Lukman boleh tahu namanya pula? Kerana dia ketua kelas berdedikasi.
Oh ya, soalan Amir tadi apa?
Oh, nama sebenar Siti.
"Syarifah Hanani... kan?"
Kumpulan pelajar perempuan itu menepuk tangan mereka sekali. Oh!! Itu la dia! Lalu kecoh antara mereka, excited bila dapat tahu nama itu. Lukman mengangkat kening. Lupa nama kawan sendiri...? Boleh tahan... dan dia kembali fokus pada niat asalnya menyelak buku-buku di dalam meja. Lepas ni kelas sejarah.
Lukman menunduk, nak mencapai buku teks sejarah di dalam laci meja sekolah sebelum perasan ada orang berdiri di sebelahnya. Menoleh dia, melihat Siti yang tegak berdiri dengan sedu dan muka basah. Bila masa dia ada di sini? Dan... kenapa menangis? Hingus cair yang mengalir dari hidung dan tak dikesat dipandang dengan kening terangkat. Pelik.
"Isk isk isk. Kau la kawan aku yang paling baik di seluruh semesta alam..." Suaranya serak dek menangis. Tersedu sudah. Basah dan kotor mukanya dek air mata dan hingus cair yang dibiarkan mengalir. Lukman memandang dengan muka setengah. Nak tersenyum atau nak mengerut dahi. Antara lawak atau bersimpati.
"Okey..."
Siti terus menangis teresak di depannya. Lukman memandang rakan-rakan gadis itu yang berkumpul di belakang kelas sana, menghantar isyarat mata supaya mengambil Siti. Tolong tarik kawan korang ni...
"Isk isk isk... ishkishiuuu!!" Dia bersin kuat. Hingus dan air liurnya meloncat keluar, cantik ke muka Lukman dan menghiasi muka lelaki itu. Rakan rakan Siti di belakang kelas memandang beku.
Terkedu.
Lukman usah cakap. Reaksi beku kaku macam hatinya dah ditembak dengan sihir ais Ratu Elsa...
Siti mengesat hingusnya. "Sorry Luk... aku selesema." Hingus yang agak pekat di tangan dipandang, lalu dikesat kat baju mamat itu. Alang-alang si dia ni dah berhingus, kan? Lukman tak mengelak. Gagal bereaksi. Dan tak mampu bergerak. Langsung!}}
PINTU gerbang A Famosa dipandang dengan muka terkaku macam budak-budak menonton Teenage Mutant Ninja Turtle. Mata tak terkelip dan mulut terbuka nganga. Matahari yang memancar sinar langsung tak menganggu fokus si pengunjung yang nak melihat bangunan bersejarah itu. Amir dan Nor, kawan Hanani, sedang tegak menunggu di belakang sambil berkongsi payung. Penat menunggu si kawan itu yang tak bergerak-gerak dari tadi.
"Hoi, Siti. Kau dah puas ke belum tengok bangunan buruk ni? Panas, kau tau tak?!" Amir mula bersuara keras. Terlalu panas nak menunggu.
"Bangunan buruk pandai kau!" Hanani menoleh deras ke belakang. "Nilai sejarah dia tinggi, kau tau, dak?! Sedap je sebut bangunan buruk. Ingat ni tandas 90-an?"
"Yeah... tapi sekarang dia batu je. Apa dia yang kau nak tengok sangat sampai duk tenung nak dekat lima belas minit?"
Hanani mendesis. "Cih." Cermin mata hitam di atas tudung lalu digantung di atas hidung. Kurang silaunya. "Aku admire tempat bersejarah gini. Kau mana kisah dengan masa silam. Main tibai je hidup taknak tengok balik sejarah nak dijadikan guideline hidup."
"Banyak la kau membebel. Dah la panas. Jom blah. Banyak lagi tempat lain yang kau nak tengok, kan?" ujarnya, seraya melangkah.
Hanani mengerut dahi, menyeluk tangannya ke dalam poket baju kurung. "Kau dah la lelaki, pakai payung, tapi masih mengadu panas. Kau betul ke jantan? Cek balik entah-entah dalam seluar kau tu telur buruk." Mula melangkah, mengekori pergerakan dua rakannya itu.
"Diam la Siti."
Dan dia menjeling tajam. Naik geram. "Aku ialah pemilik A Famosa. Aku ialah Alfonso de Albuquerque, datang nak memancung kau Sultan Mansur Amir." Telunjuk tepat ke arah rakan lelaki.
"Kepala bapak kau Sultan Mansur! Aku Hang Jebat!"
"Em? Hang Jebat? Kenapa bukan Hang Tuah?" soal Nor, kekasihnya yang senyap dari tadi.
"Sebab Umar dah ambik Hang Tuah dulu...." deramnya.
Nor dan Hanani mencekak pinggang masing-masing. Budak-budak lelaki ni dah assign masing-masing sebagai lagenda Melayu rupanya?
"Mika, Deli dengan Jon pula Lekir, Kasturi dengan Lekiu," sambung Amir lagi.
"Aku suka Sultan Mansur. Korang letak siapa sebagai Sultan Mansur? Jangan sebut nama sebarangan orang."
"Lukman."
Mata Hanani spontan terpejam. Terasa hidung dilastik rasanya "Forget I said anything. Jom sambung jalan." Dan dia terus berjalan pergi.
Mereka mula berjalan-jalan di sekitar bandar A Famosa. Dari satu monumen ke monumen yang lain. Dari bangunan yang mempunyai nilai sejarah kepada bangunan yang dinaikkan bagi menghargai sejarah. Mana-mana pun, ratusan gambar dan selfie diambil untuk kepuasan peribadi.
"Fos monos. Pabio fabio Donatello. Allegro stupefy gokokelonahominggo! Angelo fas allegandro." Sambil berkata-kata, tangan diangkat ke udara degan gaya Romeo meluahkan kata-kata cinta kepada Juliet dengan berbual pada langit. "Amigos, stamono aliagofado." Hanani memejam matanya dengan riak sedih.
Nor dan Amir di belakang memandang telatah rakan mereka itu dengan muka kayu masing-masing.
"Dia kena rasuk hantu portugis. Saya 100% yakin dia dah kena rasuk hantu setan jin masa duk bising-bising kat gereja tu tadi." Amir bersuara datar sambil anak mata tidak melepas pandang rakan perempuannya itu di sana.
"Uish, awak!" Dada Amir ditamparnya kuat, lalu Nor mendapatkan Hanani yang buat perangai macam perempuan gila. Amir sekadar memandang dari jauh. Tiba-tiba Hanani menoleh padanya sambil mengangkat penumbuk. Tersengih dia lalu.
"Perangai tak berubah langsung... Siapa la yang boleh kawen dengan kau ni..." getus Amir, hangin.
"Semua orang boleh kawen dengan aku, Mir..." sengihnya membuat kawan lelakinya membuang muntah ke tepi. "Sesiapa pun boleh asalkan dia boleh terima aku seadanya..." sambungnya perlahan. Bila wajah Lukman menyapa ingatan, lekas kepala digeleng, menepis dari mengganggu time orang nak berseronok.
Nor pula menjuih. "Masih kategori tak kisah asalkan anyone yang boleh berikan attention dekat kau? Cheap shot la Siti. Kau tak berubah langsung. Dibuatnya kau dapat someone yang taknak pedulikan kau, baru tau langit tinggi rendah."
"Macam Lukman, haha."
Anak mata Hanani menjeling terus pada Amir yang tengah mengikis tahi gigi dengan toothpick. "Kenapa tiba-tiba sebut nama Lucy?"
"Bila masa aku sebut Lucy? Aku sebut Lukman. Kenapa kau panggil dia Lucy, ne'way?" soal Amir dengan dahi berkerut seribu. Kalau dia yang dipanggil dengan nama perempuan, memang dia mengamuk setahun rasanya.
Nor tertoleh-toleh antara mereka. "Lukman mana ni?"
"Lukman Ariff si ketua kelas, sayang... your crush zaman sekolah dulu."
"Ooh ketua kelas hahaha. Crush semua orang... termasuk Siti, kan?"
"Bila pulak aku ada crush dekat ketua kelas?"
"Maybe bukan crush, haha, tapi kita semua respect dia, remember? Sebab Luk yang paling matured, paling boleh diikuti, yang boleh membimbing, yang paling penyabar kalau compare dengn budak-budak lelaki kelas kita masa tu."
"Yang paling gila juga kalau dia marah. Jangan main-main dengan Luk. Dia santai most of the time, tapi bila dia marah, even Umar tunduk kat dia..." tambah Amir sambil memainkan jarinya ke tengah udara.
Nor tersenyum pada kenangan lama. Ah, zaman sekolah. Dia menghargai masa itu tapi kalau boleh taknak balik ke zaman gila itu. "Kenapa tiba-tiba cakap pasal ketua kelas?"
Hanani dan Amir berpandangan.
"Kau rasa kalau ketua kelas kahwin, dia suka perempuan yang macammana?" soal Hanani tiba-tiba, membuat Amir mengerutkan dahi. Nor menunjal dagu, turut berfikir.
"Entah. Masa sekolah, tak nampak macam dia suka mana-mana perempuan."
"Tapi budak-budak perempuan sekolah tu yang berebutkan kat dia. Anak pengetua dengan anak PKHEM, remember?"
"Hahahha."
"Dia suka yang supermodel, aku rasa. Kategori rare." Amir menyengih.
"Atau jenis ustazah. Yang tudung labuh, yang solehah yang boleh jadi seatbelt terus ke syurga," sambut Nor pula sambil menjeling pada rakan perempuannya yang senyap dari tadi. "Kau tanya tapi kau sendiri tak teka."
"Kalau aku cakap dia suka yang macam aku, macammana?"
Amir dan Nor terkaku, lalu sama-sama pecah gelak ke langit. Keadaan Nor lebih teruk, hingga betul-betul terjatuh terduduk di laluan pejalan kaki. Sampai senak peruk si kawan di jalan nu. Benar-benar geli hati mendengarnya.
"Kau dah masuk angin ahmar ke apa sampai pergi claim ketua kelas sukakan kau. Kau ingat kau anak Pengetua?? Hahahaha!!" Amir barai gelak lagi.
"Aku cakap suka orang macam aku... bukan aku..."
"Hahahaha sure, that's better! Bongok la kau ni Siti hahahhaha. Bumi berlipat pun Luk takkan sukakan kau! Hahaha!!" Masih galak. Malah langsung tak berkurang. Kedua-duanya langsung tak perasan hati si kawan itu makin mengecut.
"Eh, kau mana tau... hati manusia Allah yang pegang..."
"Hahahha!! Get real la Siti. Lukman tu macam mutiara bersih yang dimasukkan dalam kuali yang penuh dengan tahi minyak hitam macam kita. Pulak tu, ahli-ahli kelas kita dah macam the deepest shit dalam sekolah tu. Kau sejak bila reti nak fantasize dia jadi laki kau ni? Naik remang bulu roma aku ni, ha." Longsleeve ditarik, menunjukkan bulu romanya yang benar-benar naik tegak.
Kelu lidahnya dan terasa dikerat juga hati yang ikhlas mencuba untuk menyayangi. Syaitan perlahan-lahan membisikkan kembali ragu-ragu yang kini merajai ego. "Aku ngan Luk... that much of a difference?"
Kedua-dua rakannya menjungkit kening. "Uinaa... kau tak sedar? Kau betul-betul tak perasan?"
"Korang macam... I don't know.... Yin and Yang?"
Jatuh rahang dibuatnya, lalu Hanani melepaskan ketawa. "Teruk sungguh la kau ni sampai define kitorang gitu. Yin and Yang. The good and evil. Aku bukannya jahat sangat pun."
Nor menjulingkan mata ke langit. "Yeah, right. Aku tak tau macammana kau boleh cakap macam tu sedangkan mangsa buli kau, like... more than half of the population in Sri Muara. Even cikgu disiplin tak terlepas dari kau kalau aku tak silap." Mata dijuling ke langit dengan riak menyampah. "Kau punya past bukannya boleh dipadam sesuka hati macam kau padam papan hitam dengan duster. Kau lebih teruk dari teruk, Siti. Kau penipu. Kau pembuli. Kau tukang fitnah. Kau dibenci cikgu. Kau... well, ayah kau sendiri tak sukakan kau." Bahu dijungkit ringan, sempoi.
Amir mengangguk dengan senyum kelakar sambil memandang rakan mereka yang sedang memaksa senyum di depan mereka. "Jangan berangan lebih-lebih, Siti. Nanti sakit. Kalau kau nak kahwin, cari yang sekufu dengan kau. Paling sesuai, maybe Vicky, musuh ketat kita tu. Aku dengar dia samseng berjaya sekarang, haha..."
Hanani hanya ketawa bagi menyembunyikan sedih di hati.
SETELAH menunaikan solat Maghrib di surau stesen minyak Petronas, Hanani diturunkan di bandar A Famosa, tempat pertemuan mereka semasa mula-mula bertemu siang tadi. Wanita bertudung hitam itu memberi senyum dan terima kasih.
"Balik nanti hati-hati Siti."
"Okai."
Dan pasangan kekasih itu pergi, meninggalkan Hanani berseorangan di situ.
Nafas dihembus panjang, lalu dia menoleh-noleh. Tak ingat dimana dia meletakkan Hondanya tadi, tapi tak mati rasanya berjalan-jalan sekejap di bandar ini. Sambil berjalan-jalan menghirup angin, dia mencari idea macammana nak menyelesaikan masalah yang diberi ayahnya. Kemudian Oppo dikeluarkan dari handbag. Nombor Lukman dihubungi.
"Hello, Luk."
"Bagi la salam dulu."
Hanani mendesis. "Assalamualaikum... aku nak jumpa parents kau nanti, boleh?"
"Wah wah. Lajunya nak terus jumpa."
"Nak try hasut supaya mereka reject cadangan bapak aku. Aku dah fikir banyak-banyak and aku boleh confirm with all my heart yang aku tak boleh go dengan benda gila ni. Nanti kau dengan aku sama-sama sengsara lepas nikah."
"Hahaha. Kau mana tau sengsara ke tak sedangkan benda belum berlaku."
"Tak... aku memang tak boleh. Sorry."
Lukman senyap di talian sebelah. Hanani pula merenung keindahan malam di Bandar Melaka sambil menunggu respon. Setelah beberapa ketika, barulah suara garau itu kedengaran walau agak berat nadanya.
"I see... I respect your decision... Kau kat Shah Alam la ni?"
"Tak. Aku kat Melaka."
"Aik? Buat apa kat Melaka?"
"Saja nak reunion dengan Nor dengan Amir."
"Kau jumpa Amir?! Tak ajak!!"
Terperanjat wanita itu dibuatnya. "Asal kena ajak?"
"Dia best friend aku, bukannya kau!"
"Tenuk tu menyibuk dalam plan aku dengan Nor, bukannya aku nak sangat jumpa dia!" jelasnya. "Tak memasal jerit kat orang..." rungutnya pula.
Lukman tergelak. "Lama tak jumpa kawan lama... mana la aku tak terkejut..."
"Kau plan la sendiri dengan dia."
"Kami lelaki. Lelaki tak buat benda macam ni."
"Banyak la kau."
Dan terus melayan Lukman di telefon. Seronok berbual dan berjalan tanpa melihat bangunan, orang, kiri atau kanan. Langsung tidak disedari dia sedang diekori dua orang lelaki.
PADA hujung minggu yang sama, dimana Hanani lepak dengan kawan-kawannya di Melaka, Lukman balik ke rumah keluarganya di Segamat. Tujuan hidup cumalah satu, iaitu berbincang tentang lamaran Tan Sri Syed terhadapnya. Tetapi ayahnya tiada di rumah dan hanya akan balik esok malam. Jadi Lukman menghabiskan masa bermain video game dan bergurau senda dengan ahli keluarga yang lain.
Hinggalah malam menjelang dan Hanani tiba-tiba menghubunginya bagi memaklumkan niatnya untuk berjumpa dengan ibu bapa Lukman bagi meminta mereka menolak lamaran ayahnya.
Walaupun dihormati keputusan itu, hakikatnya Lukman kecewa ya amat. Lalu rasa sedih itu membawanya naik ke bilik dengan rasa lesu.
Pintu tidur ditolak sambil menyorong kaki ke katil. Lukman menghempas nafas panjang, terasa penat dengan hari yang tak berlaku apa-apa. Tubuh dibaringkan di atas tilam. Ah, nyaman. Keselesaan yang tilamnya beri terasa mencucuk-cucuk setiap sendi dan otot tegang.
Tubuh dikalihkan, berbaring mengiring, mengingati panggilan dari Hanani sejam tadi. Wanita itu jarang-jarang menghubunginya, tapi wujud rasa seronok setiap kali berbual. Getar di dada diteliti dan dinilai. Mata dipejamkan, dan wajah cantik itu terbayang di minda. Dia cantik, sombong, bongkak, degil... macammana aku boleh jatuh hati kat dia?? Adakah sikapnya akan berbeza selepas nikah, Lukman tidak pasti, tetapi nampaknya hal itu pun takkan berlaku. Nampaknya dia perlu memikat Hanani terlebih dahulu bagi memastikan wanita itu bersetuju dengan permintaan ayahnya sendiri.
Aku pulak yang kena kerja ekstra sedangkan aku yang sepatutnya dilamar hahaha...
Tapi Hani... ahh... selama dia hidup 24 tahun, inilah pertama kali dia merasa begini terhadap seorang perempuan... yang membuat bebanan kerja ekstra ini berbaloi....
"Astaghfirullahalazim..." Semoga perasaan ini kurniaan dari langit dan bukannya rentetan nafsu sebab dipeluk bawah hujan semata.... Niat perlu dibetulkan jika benar dia mahu memperisterikan Hanani... kerana wanita itu bukannya kategori mudah, taat ataupun solehah. Hanani jenis yang sedang cuba nak berubah, jadi asalkan wanita itu sudi dibimbing, itu cukup sebagai syarat minimum.
Siti dibimbing? LOL. Satu-satunya yang boleh kawal Siti ialah diri dia sendiri sebab perempuan bermasalah itu tak boleh dengar cakap orang. Tapi Hani bukan Siti... kalau dengan Hani, mungkin tak banyak masalah...
Itu kata-kata terakhir di kepalanya sebelum Lukman tenggelam diulit lena.
GYM Class Heroes memekak dengan Cupid's Chokehole di sebelah telinga. Lukman menderam bila tidurnya diganggu. Siapa yang menghubunginya tengah malam begini? Tanpa membuka mata, tangan meraba-raba mencari iPhone. Bila ditemui, terus diangkat tanpa melihat skrin.
"Hello...?"
Tiada bunyi. Berkerut dahinya.
"Hello...? Siapa?"
Masih senyap.
"Bapak reply la sial..." Terus nak marah sampai terkeluar kata kesat. Orang dahlah ngantuk!
"Lucy..."
Cuma seorang hamba Allah yang memanggilnya dengan nama kewanitaan itu. Mata Lukman mencerlang, kemudian dia meloncat duduk. Pening sedikit kerana dia bangun mendadak. Skrin iPhone dipandang. Betullah nombor Hanani. Apa mimpi wanita itu menghubunginya dua kali pada malam yang sama?
"Hani?"
Tiada balasan.
Makin berlapis dahi Lukman, sedikit hairan. "Hani? You there? Hello?"
Di Melaka, si gadis berbaju kurung bertudung hitam itu sedang merengkok di antara dua tong sampah hijau besar di tengah-tengah lorong yang kotor dan basah. Sesat di tengah bandar yang dah membangun membuatkan dia mudah sekali terlibat dengan kejadian jenayah baru sekejap tadi, dan terus dia bersembunyi di tengah-tengah tong sampah ini bagi melarikan diri dari dua perogol.
"Luk..." Sedu. "Luk..." Esak. "Luk... tolong..."
"Kenapa ni Hani...?"
"Selamatkan aku, please..."
Lelaki itu meloncat terus ke lantai. "Tell me what happen. I'm coming!" Terus dia berlari keluar dari bilik tidurnya dan melompat terus ke tingkat bawah. Lafaz syukur dilafaz bila melihat keluarganya masih berkumpul di ruang tamu. "Abang! Pinjam kereta!"
Share this novel