SELESAI menunaikan solat Isyak, Lukman melangkah keluar dari surau hospital dan terus bergerak ke wad kecemasan dimana Safira ditempatkan. Hakimi dah pun dihantar balik ke rumah selepas Maghrib tadi dan diganti dengan Puan Zaiton untuk diangkut ke hospital supaya boleh menjaga anak daranya. Hanani menghilang entah di mana.
Safira yang mengalami trauma atas kejadian yang baru berlaku sedang diberi rawatan oleh doktor bertugas. Kerana terlalu terkejut dan gagal mengawal goncangan mental tersebut, sistem tubuhnya turut terganggu seperti masalah pernafasan. Siapa sangka dengan melihat kematian live depan mata menyebabkan gadis muda itu juga hampir meninggal kerana terlalu terkejut dan lalu sesak nafas.
Panic attack.
Bahunya ditepuk, membuat Lukman menoleh dari langsir yang menutup katil Safira. Puan Zaiton memberi senyum.
"Kau balik la Lukman."
"Mana boleh. Saya kena teman auntie."
"Takpe... esok kau kena kerja. Lagipun Hanani ada nak teman auntie..."
"Hani pun tengah kecut..."
"Dia nampak tenang... jadi, makcik rasa tenang jugak bila tengok dia." Senyum diberi lagi pada Lukman. "Kau balik la... makcik taknak susahkan kau..."
Si robot rosak dengan kening koyak tu tenang? Lukman mengeluh pendek. "Kalau ada apa-apa, makcik bagitau kat Luk terus, tahu."
Melebar sedikit senyuman si tua. "Kau ni baik sangat, Lukman..."
"Saya ikhlas. Lagi-lagi dengan keadaan Fira macam tu..."
"Kau kena kawal sikit tahap baik kau tu. Nanti kalau perempuan yang kau suka cemburu sebab kau baik sangat dengan perempuan lain, macammana?"
"Saya takda perempuan yang saya suka."
"Ambil la nasihat makcik ni untuk masa depan kau. Kau balik la." Bahu itu ditepuk lagi. Lukman akhirnya akur dan terus melangkah keluar dari wad kecemasan tersebut.
SEMASA melalui ruang legar hospital, Lukman ternampak pemilik baju kurung bertudung hitam itu. Kapas yang ditampal di kening kiri membuktikan itu ialah Hanani. Wanita itu sedang duduk sambil memeluk lipatan kaki. Dagunya didirikan pada lutut manakala matanya dipejam serta dahi berkerut seribu. Ni tidur tak aman namanya. Lukman mengambil inisiatif nak menemani Hanani seketika.
"Tidur?"
Senyap.
"Tidur ke tidak?"
Senyap.
"Tidur then." Dia bangkit semula. Belum sempat berjalan pergi, terasa bajunya ditarik dari belakang. Lukman berpaling, melihat tangan Hanani menggenggam erat baju melayunya. Gadis itu juga dah membenamkan mukanya pada lutut.
"Hani..." Lukman memanggil lagi. "Hani oii..."
Masih senyap.
Tekak didehem, membuang kahak yang membuatnya sedikit tidak selesa. Tapi okaylah. Mungkin gadis ini mahu dirinya ditemani, dan Lukman tidak kisah nak duduk di hospital buat sementara waktu.
Detikan jarum saat pada jam di dinding membuktikan masa sedang bergerak. Seminit. Lima minit. Setelah hampir sepuluh minit, barulah Hanani mengangkat wajahnya.
Lukman menjeling. Muka itu dilihatnya cukup sembap dan merah. Nampak sedih dan nampak cukup lemah. Kenapa? Siti yang pernah dikenali tidak pernah nampak lemah begini. Kenapa tangiskan kematian orang lain yang langsung tak dikenali? Atau menangis kerana takut melihat kematian di depan mata?
"Luk..." Suara kecil itu bergema. Kedengaran garau dan bergetar, dan tanpa sebarang sebab yang difahami, Lukman terasa jiwa lelakinya turut bergetar. Rasanya macam getaran tali harp. Kecil, perlahan, dan menghasilkan bunyi yang halus sekali. Tapi merdunya masyaAllah!
"Erk... ehm. Ada apa?" soalnya, cuba berlagak selamba.
"Kau... tak takut?" Genggaman pada baju melayu dikemaskan, seolah-olah meraih kekuatan.
Senyap seketika. Kejadian semasa senja tadi dibayangkan kembali, lalu mata dipejamkan perlahan. "Takut la jugak..." Rendah nadanya, cuba memadamkan riak wajah si mayat. Bau darah segar dan daging yang pecah juga masih mampu dibayangkan dengan jelas. Gila. Itu sememangnya pengalaman yang paling gila yang dia pernah alami semasa usianya bakal menghampiri dua puluh lima.
Hanani mengerling rendah. "Tak nampak macam takut pun?"
"Aku tak pandai tunjuk..."
Hanani menggigit daging pipi. Wajah ditundukkan kembali dan kaki digantung ke lantai. "Aku masih terkejut... dan takut..." bisiknya rendah, hampir menggumam.
Tersenyum si jejaka. Hanani kali ini menampakkan bahagian kelembutan sifat keperempuan di dalam dirinya. Sama macam dia ketika di bawah hujan dahulu.... Tidak seperti kebanyakan hari di mana dia gemar menunjukkan perangai berlagak, sombong, degil dan kuat. Terus terang, Hanani yang ketika ini ialah wanita yang dia sudi temani dengan hati yang ikhlas. Jarang nampak, dan sesungguhnya dialah lelaki yang bertuah kerana boleh menyaksikan sifat gadis yang jarang keluar buat kali kedua.
"Sesiapa pun akan takut dengan kejadian tadi... tak ramai yang boleh berlagak hati keras hati batu lepas tengok kematian di depan mata. Lagi-lagi dengan kejadian ngeri begitu."
Hanani senyap seketika, lalu menoleh. "Kenapa gaya kau bercakap macam la kau pernah tengok kematian?"
"My mom."
Kepalanya terangkat spontan. "Oh? Apa jadi?"
Tersenyum lagi anak teruna itu. Nafas panjang dihela senada sambil menyandarkan tubuhnya. "Meninggal masa melahirkan Zubair... oh, Zubair tu adik bawah aku. Bongsu. Ayah takda kat rumah masa tu.... Mak pendarahan teruk sebab lahirkan Zubair tanpa bidan atau doktor... jiran nak hantar ke klinik pun dah tak sempat." Senyuman yang nipis bertukar hambar dan pahit. "Dia meninggal betul-betul depan kitorang tiga beradik masa tu..."
Hanani senyap. Tenungan Lukman pada lantai seolah-olah melihat bayangan memori berupa siaran LCD dari otak. "Lepas tu kau okey je?" soalnya perlahan, terasa berat dengan topik yang dibualkan.
"Aku kecik lagi masa tu untuk faham kematian tu apa. Well, aku masih mampu menghadapi kehidupan tak beremak masa kecik sebab ada kakak aku... dia, bagi aku, pengganti mak kitorang." Senyum kecil dilirik pada si gadis yang masih merenung. Kata-katanya diteruskan bila tiada sambutan.
"Bila aku membesar, aku sedar yang manusia mati. Setiap hari. Takda seorang pun yang terlepas. Cuma, nak tengok mayat yang pecah kepala betul-betul depan mata masa bergaduh dengan aku... bukan sesuatu yang berlaku dalam norma kehidupan harian..." Dia berhenti seketika, merenung wajah tanpa riak milik insan di sebelahnya. "Jadi, tak salah langsung nak menangis... kalau kau nak nangis sangat..." ujarnya lembut.
Berkerut dahi Hanani, lalu Lukman dikerling bersama hidung yang kembang kempis menahan sebak. "Mana kau tahu aku nak nangis?" Nada itu meretak kali ini. Terasa lemah bila perasaan yang paling sensitif berjaya disentuh lelaki tu.
"Ketara dowh kat muka kau..."
"Kau nampak aje..." Rawan masih ditahan sekuat mungkin. Haba di wajah terasa semakin meningkat hangatnya, lalu air mata yang dah menitis dikesat lekas. Masih enggan menangis. Masih enggan mengalah dengan perasaan. "Aku takde la sedih sangat sebab kejadian ni... tapi aku ingat ngan mak aku..."
"Ah... kau pun pernah tengok mak kau meninggal, huh?"
"No... tapi aku yang menyebabkan dia meninggal..."
Diam. Keliru. Dan topik itu terlalu berat untuk ditanyakan lanjut.
Hanani lekas menggelengkan kepala. "Luk. Buat lawak, please?" pintanya pula dengan mata berkaca. Riak sedih itu ketara, dan betul-betul mahukan perhatiannya diubah kepada sesuatu yang lebih ringan dan santai.
Lukman menekam bibir. Kapas yang bertampal di dahi kanan itu direnung pula. Luka yang terhasil kerana bertemu impak dengan mayat yang jatuh dari langit. Kenapa ujian ini diberikan pada mereka, agaknya? Kasihan wujud untuk jirannya ini, lalu hati melembut jua nak menurut.
"Lawak ehh... well. You see. Hurm..." Mata dijuling ke langit. "Kau tahu kenapa siput babi berjalan slow?" Wajah cantik itu dipandang bersama sengih. "Sebab dia confuse dia siput atau babi."
Hanani tersenyum nipis, lalu pipi direbahkan pada lutut dan mata direhatkan pada wajah pemuda itu. Rias Lukman direnung, dari gaya rambut pendeknya, pada kening tebal, hidung yang mancung, bibir yang sederhana tebal dan janggut bergaya goatee yang nipis. Lelaki itu sekadar memberi kening yang terjungkit sebagai balasan kepada tenungan Hanani.
Dia tak gelak pun....
"Okay. Fine." Pandangan dialihkan pada lantai. Segan sedikit. Sisi baju melayu hitam yang masih digenggam Hanani menyukarkan sedikit punggung nak menjauh, lalu dia statik di situ.
"Ada sekali ni, masa eksperimen kimia. Aku kan satu group dengan Umar dengan Amir, dan masa tu nak uji kaji tahap volatile alkane dengan alkene. Amir nak bakar alkene ni, tapi dia takut sikit sebab awal-awal lagi dah tahu alkene tu jenis senang terbakar. Takut api kena tangan dia la konon. Dia buat sekolah tu macam rumah sembelih dia tapi takut dengan api yang kecik macam takut api neraka." Kepala digeleng kecil, mengingat ulah rakan lama.
"Poyo... hahahha." Belum habis cerita, Hanani dah memberi reaksi yang memberansangkan. Kembang hati Lukman dibuatnya.
"Umar suruh Amir baca bismillah kalau takut sangat. Amir pun baca la, 'bismillah'." Hanani dikerling bersama senyum. "Lepas tu bila nak uji kaji alkene dengan tahap volatile yang lebih tinggi, dia takut lagi sebab cecair kali ini lagi mudah nak bakar. Umar suruh dia baca bismillah yang lagi panjang. Amir pun, bismillaaaaaaaaaaahhhh..."
Wanita itu dijeling, masih tersengih lebar dan sepatah 'ha' pun tak keluar dari mulutnya. Lukman terkelip-kelip, menanti reaksi. "Ahaha..." Dia masih tak ketawa... "Haha..." Tak kelakar ka? "Hahaha... fine, tak lawak." Sebal.
Terangkat kening Hanani melihat perubahan wajah itu. "Haha... hahahahhhahaha!!" Meletup keluar! Tegak terus duduknya kerana impak ketawa yang terlepas ke langit.
Terperanjat Lukman dibuatnya, seraya menoleh deras. Galak sekali Hanani tertawa hingga terhinjut-hinjut bahu. Gaya merajuk kerana lawak yang gagal itu terlalu kelakar baginya. Barisan gigi yang lurus cukup nampak pada senyuman lebar hingga ke telinga itu. Pipi Hanani memerah dengan sinar ceria kali ini, sekaligus membuatkan si pemuda untuk turut merasa bahagia.
Hatinya merasa kembang macam dipam-pam oleh pam tayar kereta. Bukannya dia tidak tahu sifat ketawa seorang hawa itu macammana, dan bukannya dia tidak pernah mendengar bunyi perempuan tertawa, tapi yang kali ini... betul-betul terasa malam boleh bertukar siang. Mungkinkah kerana dia yang menjadi punca? Dia tidak pasti... tetapi untuk melarikan renungan dari wajah merah Hanani yang masih ketawa memang sangat sukar sekarang.
Tangan menutup mulut yang masih tersenyum ceria itu, namun mata bundar Hanani masih tersenyum padanya. "Amir is an idiot... but your attitude too, it's hilarious. Padanlah kau boleh masuk ngan budak-budak bengong tu walaupun perangai masing-masing berbeza 180 darjah."
Senyum. "Masa zaman sekolah... kau dengan kawan-kawan kau tu sangat nakal." Akal dibalikkan ke memori zaman persekolahan. Tempoh dimana dirinya menghadapi hidup dengan mengenali jenis perempuan dan lelaki yang sama jenis. Tiada perempuan ayu gemalai. Tiada lelaki gentleman dan kelelakian. Yang ada cuma anak muda berdarah panas yang sangat bencikan kekalahan. Tidak kisahkan orang lain menderita, yang penting mereka yang menang, lantas hidup senang. Hah. Anak muda yang mementingkan diri, indeed.
"Well... its something yang boleh buat aku gelak sampai sekarang. Hahahha..."
Suara lembut itu menyedarkan Lukman dari realiti, lalu dia menoleh. "Kau pernah ambil kisah perasaan orang yang dibuli kau?"
Hanani turut menoleh. Senyap, lalu memuram. Perubahan reaksi itu membuat hati Lukman terdetik. Kepala ditundukkan, sesal. "Sorry..."
"Nay, its okay. Aku pun baru sedar hakikat tu, though. Bergembira dengan mendajalkan orang lain... I'm quite a devil, huh, back then..."
"Kau baru sedar dari mana kau dapat nama Siti the Hellion?"
"Har har har. Diam ah, Lucy..."
Buat-buat pekak. "But you've change to good. Ain't that's something?" Senyum lagi.
Hanani sekadar menipiskan bibir. Tangan bercantuman dan bermain sesama sendiri, dan duduknya direndahkan. "Say... Luk."
"Em?"
"Bapak aku... dia kat rumah kau masa tengah hari tadi... kenapa?"
Lelaki itu terdiam seketika. Wajah Tan Sri Syed direnung dalam bayangan, dan permintaan lelaki pertengahan usia itu padanya ialah bukan sesuatu yang nak dikongsikan dengan Hanani buat masa ini. Mata dipejam, mencari jawapan selamat.
"Dia datang cari kau," balasnya akhirnya.
"Untuk apa?"
"Untuk apa?"
Mereka berpandangan.
"Well..." Bahu kecil itu dijungkit. "To be frank, aku dipanggil balik ke Malaysia sebab dia nak serahkan company dia kat aku... tapi aku reject plan dia..."
"Tapi kau tak pandai manage company, jadi sebab tu kau boleh turun ke Ulu Tiram ni sebab kau lari dari dia macam yang kau selalu buat masa zaman kita muda belia," tekanya. Tepat bulls eye, menyebabkan senyuman si gadis merebak luas, sekaligus menyinarkan malam Lukman buat kesekian kali. Kali ini ditambah dengan denyutan jantung yang agak luar biasa pencak silatnya. Lelaki itu lekas mengalihkan pandangan ke arah bertentangan. Tangan tiba-tiba merasa sejuk. Berpeluh.
Kau dah kenapa sebenarnya, Lukman? Kau dah kenapa??
"Ya..." Hanani bersuara pada lantai. "Yeah... that's pretty much the summary of my life." Mata dipejamkan.
Kepala diangguk perlahan. Faham. "Jadi, kenapa sebenarnya kau balik ke Malaysia?"
"Hm?" Hanani terkebil.
"Bila sebenarnya dia bagitau plan dia tu? Sebelum kau sampai atau selepas kau sampai ke sini?" Kening diangkat sekali. "Kalau kau dari awal lagi reject cadangan bapak kau, kenapa kau tetap balik ke Malaysia? Pun kalau ayah kau tak bagitau awal-awal plan dia, jadi maksudnya kau balik Malaysia hanya sebab bapak kau suruh kau balik... la, kan?"
Keras beku setiap sel di tubuh Hanani. Lukman merenung dirinya dengan double jerk diangkat berkali-kali bersama sengih nakal.
"Soalan 'kenapa' kau banyak sangat la, Lucy." Kepala dipalingkan ke lain, nak menafi dan melarikan diri.
Tubuh disandarkan relaks dan kaki dilunjurkan ke lantai. "Kenapa kau panggil aku Lucy?" Akhirnya soalan itu ditanyakan. Soalan yang bersifat personal kerana nama itu hanya berkait di antara mereka. Nama yang tak pernah digunakan orang tapi, tetapi disebut oleh Siti untuk dia.
Dan Hanani menjeling si lelaki bersama senyum bermakna. "Saja..."
"Bukan saja-saja. Kau dah panggil aku Lucy sejak zaman sekolah."
"Mana kau tau aku panggil kau Lucy sejak sekolah? Kita menyembang pun tidak," balasnya lagi, masih mengelat.
"Aku ada telinga."
"Sounds like stalker la ketua kelas."
"Bukan aku yang stalk tapi kau yang bising. Bercakap dengan Nor dengan Zati macam nak robohkan Malaysia."
"Apa benda... haahhhaa! Mana ada!"
Tawa itu mencuit hatinya lagi dengan jayanya. Tangan dilipat ke belakang kepala, dijadikan sebagai bantal. Duduk santai. "You stands out too much. Baik kat sekolah, baik kat taman perumahan kita." Kenangan melihat dirinya sebagai seorang pemerhati setiap kali wanita ini melakar sejarah semasa zaman remaja mereka. Baik semasa menyusahkan sekolah, atau ketawa galak selepas selesai melaksanakan pembulian mental, atau bergaduh dengan ayahnya bila balik ke rumah. Lukman menarik nafas panjang sekali sedut, lalu mata bundar itu direnung tepat ke dasar. "I can't help it but being there... and look at you..." bisiknya bersama getar di jiwa.
Buat beberapa ketika, mereka berkunci renung. Dalam tempoh yang singkat itu, akal Lukman terasa terbang di awangan dan tiba di taman bunga yang subur mewangi di atas awan. Hanani ada sama di sebelahnya. Ayu bergaun putih, sedang tersenyum indah pada lautan bunga di hadapan mata. Bila mereka berpandangan, dia mencapai jemari runcing itu untuk digenggam erat.
Ah, bahagianya berangan.
"Kau dah kenapa tengok aku macam tu?" Hanani bertanya dengan muka berkerut, membuatkan kesedaran Lukman mendadak jatuh dari langit dan terhempas turun ke kerusi hospital. Bila kepala ditunduk, ternampak lengan baju melayunya ditarik wanita itu, mungkin nak menarik perhatiannya yang baru mengelamun sesaat tadi.
"Astaghfirullahalazim..." Lekas mengucap. Rasa bersalah terasa menekan seberat-beratnya di bahu, lalu pangkal hidung ditekan dengan ibu jari dan jari telunjuk. "Salah kau lagi... sampai buat aku..." bisikannya terhenti dengan sendiri bila menyedari kekhilafan diri meledak keluar setiap kali berkait dengan wanita ini.
"Pulak. Aku yang disalahkan?" Hanani memuncung. Defensif. "Kau yang tenung aku tak lepas..."
"Yeah... maaf... kau tak bersalah langsung..." Muka diraup sekali dua macam menyapu wuduk. Cuba bertenang, tapi jiwanya masih meragam. Lalu Lukman bangkit. "Aku rasa aku patut balik.... Syok berbual dengan kau sampai tak sedar masa," ujarnya dengan senyum segaris sebelum terus melangkah.
Hanani terkedu. Nafas terasa tersekat di rengkung melihat lelaki itu menjauh. "Lu... Luk..." Baju melayu itu cuba ditangkap namun hanya sedikit lipatan yang tercapai. Licin sekali terlepas bila Lukman melangkah lagi setapak. Mata Hanani membulat luas sebelum spontan melompat seperti direnjat elektrik. Belakang baju melayu itu terus ditarik hingga penuh genggaman.
Langkah Lukman terhenti terus. Dengan hairan, Hanani di belakangnya dipandang lagi. Wanita itu menunduk sampai tak nampak wajahnya.
"Kenapa ni..."
"Tak... erm..." Genggaman dikemaskan. "Kau... sibuk? Malam ni?"
"Tak jugak."
"Ja-jadi..." Wajah polosnya segan-segan diangkat, menentang lelaki itu.
Lukman terkelip bila bertentangan dengan mata bundar yang berkaca, sekaligus dengan pipi merahnya. Gelora di hati menghadirkan ribut taufan jika dilayan lama-lama, lekas Lukman mengalihkan pandang. Menyelamatkan iman.
"Teman aku malam ni... please..." sambung suara sedih itu.
Dan pedih juga hati si lelaki. "No, can do, Hani... aku nak balik."
"Lukman, please. Aku takut... aku terlalu takut sengsorang..." Peluh dingin turut merenek di dahi, menandakan dimana tahap takut di dalam hatinya sekarang.
Lukman menelan liur, benar-benar rasa bersalah. "Auntie ada kat wad, Hani.... Korang boleh saling menemani. Lagipun tadi auntie cakap, kau punya gaya tenang tu buatkan dia rasa kuat. You don't want her to worry, don't you?"
Hanani terdiam, lalu menunduk. Liur yang terasa berpasir cuba ditelan, dan bibir bawah digigit sekuat-kuatnya. "I... I know... tapi..." Sebak.
Dia terasa seperti lelaki jahat kerana enggan memberi sokongan kepada perempuan lemah yang mahu meminjam kekuatan. "The thing is, Hani... aku yang sekarang ni tak boleh dekat dengan kau."
"Kenapa...?" Mata berkaca itu memandang dirinya lagi, dan Lukman melarikan pandangan lagi buat kesekian kali. Tindakannya itu menghadirkan muncung di mulut si gadis. "Kau tak suka kat aku sangat ke sampai nak teman aku pun taknak..." Melankolik nadanya. Kerana kecil hati! "... dan nak tengok aku pun langsung tak mau..."
Genggaman di belakang bajunya terlepas, dan Lukman lekas menjauh sedikit. "Bukan sebab tu... aku sebenarnya sangat sukakan kau... tapi sebab aku sukakan kau la aku kena jauhkan diri. Okay?" Wajah yang nampak semakin memukau itu direnung. Dang! What have you done to your face, Hanani! Lukman betul-betul berharap agar selepas dia balik nanti, selesai bersihkan diri dan tidur, penglihatannya akan menjadi normal seperti sedia kala.
Si wanita mencerun. "You're not convincing."
"Masalah orang lelaki..." Hanya itu yang mampu dijawab. "Ini untuk selamatkan iman aku sendiri... dan selamatkan batas hubungan antara kita... okay? Aku minta maaf sangat-sangat, tapi aku betul-betul kena balik sekarang..." dan jauhkan diri dari kau, hati menyambung.
Hanani terkelip-kelip. "Aku tak berapa tangkap... tapi kalau kau takut kita bersentuhan, kita boleh berbual sambil berpisah satu kerusi? Em?" soalnya pula dengan senyuman meminta, cuba berkompromi.
Nafas terhembus spontan. Terasa kalah. Mata dijuling ke langit, dan nafas ditarik dalam sekali sedut. "Sorry, but I can't."
Masih menolak.
"Taknak teman aku pun takpe... teman aunty Zai at least?"
Masih mencuba.
Lukman terkedu lagi, namun hanya mampu menggeleng. "I'll come get you tomorrow morning. But for now, I need to go back home."
"Emm..." Kecewa. "Thanks sebab teman aku berbual kejap tadi, ketua kelas..."
Pun senyum sama. Reaksi muka dan badan berjaya dikawal sepenuhnya dengan zikrullah di hati. "Tarahal... and oh, Hani. Sebelum aku terlupa."
"Apa dia?"
Bibirnya ditunjukkan. Telunjuk kemudian ditujukan ke arah Hanani sebelum pipi kanannya pula ditunjuk beberapa kali. Tangan disatukan ke dahi dan mulut membentuk kata – sorry....
Tersenyum manis si gadis dibuatnya. "Ada hikmah di sebalik semua perkara..."
Hikmah macam bangkitkan naluri aku dekat kau dengan jayanya? Hati si lelaki membidas. Namun kata-kata itu sekadar ditelan di dalam hati. "Aku nak balik ni..."
"Mm... okaylah..." akhirnya dia mengalah.
Lukman menghembus nafas lega. "Jangan menangis depan lelaki lain, pulak."
"Ha?"
Permintaan itu pelik sekali. Namun Lukman hanya membuat muka beku, membuat Hanani melepaskan ketawa halus. "Betullah kau ni pelik malam ni, Lucy. Pergilah balik. Aku pergi minta comfort dekat aunty Zai." Hanani menundukkan kepala sekali sebelum melangkah terus ke pintu lif.
Lukman yang ditinggalkan menarik nafas dalam, cuba memberi oksigen yang secukupnya kepada otak supaya terus berakal panjang. Pandangan dilarikan pada tingkap yang gelap, dan imej wajahnya yang dibalikkan cermin tingkap direnung.
"Kenapa kau bukan kau bila kau dengan dia, Lukman?" soalnya pada imej di cermin. Diam seketika, lalu tangan menepuk kuat dada sendiri. "Sebab kau Lucy, that's why." Kesimpulan diberi, sedikit sengal. "Kenapa aku Lucy kat mata dia? Why? Why? Why??" getusnya sambil melangkah keluar dari hospital.
Share this novel