KARI ayam menggelegak di dalam kuali, sekaligus menghadirkan aroma yang sedap terutama pada perut insan yang lapar. Hanani merenung setiap buih coklat yang pecah-pecah itu, lalu senduk dicapai dan kari ayam dikacau. Dia mengelamun seketika, tenggelam dalam tenungan pada buih kari.
Juga pada kejadian petang Maghrib dulu.
Hanani memuram.
Beberapa minit selepas Safira jatuh pengsan, seorang lelaki cina meluru keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan pucat berpeluh. Jerit raungnya mengganti pekikan Safira bila melihat keadaan manusia yang dah tidak bernyawa, seraya dipeluk erat dan diratapi.
Hasil siasatan polis, didapati si ayah berang kerana anaknya terlalu taksub dengan smartphonenya, lalu diambil pendekatan drastik dan melontar telefon bimbit anaknya ke luar tingkap. Tidak disangka-sangka si anak itu turut sama meloncat keluar bagi menyelamatkan harta kesayangannya hingga menemui maut bahana graviti.
Itu benda bodoh yang berlaku dalam kehidupan seharian, tapi itu jugalah perkara menyedihkan yang menghentak setiap sendi tulang di tubuhnya. Entah macammana si ayah itu akan meneruskan hidup selepas ini.
Hanani memejamkan mata, merasa tertekan tanpa sebarang sebab. Simpati untuk si ayah, dan simpati juga untuk si anak. Sudah tentu si ayah itu tidak sengaja. Tindakannya cuma nak menegur. Sudah tentu, dia tidak berniat, dan dia tidak sengaja, dan mungkin juga cara tegurannya salah... tapi tak semestinya dia langsung tak bersalah dalam kes ini... bukan? Benda dah pun terjadi. Walaupun dasarnya tak berniat, tapi kerosakan dah pun berlaku.
Anak tekak terasa kembang tiba-tiba. Teringat sesuatu yang dah cuba dilupakan sejak beberapa tahun lepas.
"Assalamualaikum..." Suara yang dikenali kedengaran di muka pintu dapur.
Hanani refleks tangan mencapai tuala kecil di atas kerusi dan dibawa ke kepala, cuba menutup rambut. Sedikit gagal kerana saiz tuala yang kecil, lalu kedua-dua hujung tuala ditahan di bawah dagu.
Lukman di muka pintu dapur memandang dengan rasa bersalah. "Sorry?"
"You should be sorry. Kenapa kau datang kali ni?" tegurnya sengal.
Lukman tersenyum kecil. Plastik berisi dua ikat rambutan diletakkan di atas meja. Tudung sarung yang tergantung di tepi almari dicapai, lalu diserahkan pada wanita itu. Hanani menerima. Bila Lukman berkalih nak duduk, dia menyauk tudung itu ke kepalanya terus.
Diam seketika. Lukman bermain dengan buah rambutan di tangan sementara Hanani sekadar merenung si lelaki. Berdebar kembali si jantan dibuatnya.
"Kenapa tengok aku macam tu? Aku pemalu, tahu?" Kulit rambutan digigit, nak mengeluarkan isi. "Kau masak apa?" soalnya bila bau kari semakin pekat di hidung. Berkeroncong perutnya hanya didengari di telinga sendiri.
"Kari ayam."
"Kau sendiri yang masak?"
"Eh? Arrr... em. Haha."
"Ke makcik Zai yang punya?" soalnya. Hanani spontan menjeling tajam. Lukman tersengih kelakar. "Kau sebenarnya pandai memasak ke tidak?" risiknya pula. Soalan itu bersifat peribadi.
Kening kiri dijungkit dahulu. "Aku takda pride nak mengaku pandai memasak dan hidangkan untuk orang lain, tapi kalau sekadar masak untuk diri sendiri, aku masih boleh goreng telur."
"Hm. A simple 'no' would've sufficed." Punggung diangkat, bangkit. "Saif ajak dinner kat Senibong untuk sambut Fira discaj... and since alang-alang rumah aku pun full house... bolehlah kau kenal-kenal dengan jiran-jiran kau tu..."
"Haha its cute that you thought aku akan stay lama kat sini..." balasnya tanpa menoleh. Garam dicubit sedikit dan dimasukkan ke dalam kari.
Pergerakan lelaki itu terhenti. Jawapan Hanani membuatnya sedikit keliru samada jawapan itu sejenis persetujuan atau jawapan selamat nak mengelakkan diri. Dia berdiri tegak, merenung belakang tubuh langsing yang terus mengacau kari ayam. Mata jantan sempat membaca ukuran tubuh itu dari belakang. Atas jasa syaitan yang direjam, hidungnya turut menangkap haruman dari Hanani.
"Kau nak pergi ke mana-mana, ke?" soal Lukman terus.
"Kenapa tanya?"
"Kau pakai perfume."
"Hari-hari aku pakai perfume."
"Perfume kau selama ni busuk masam peluh kau je. Kali ni wangi semacam."
Perlahan-lahan Hanani memusingkan tubuhnya ke belakang dengan muka membunuh. Aku lipat leher kau baru kau tahu langit tinggi rendah.... geramnya! "Suka hati akulah nak pakai perfume ke tak. Kau dah kenapa sibuk sangat nak ambik tau. Pergi baliklah!'
Lukman mendiam, merenung gadis itu. Hanani pula memberi cemikan sebagai balasan terakhir sebelum kembali mengacau kari ayam. Tiada benda lain yang dia boleh buat selain mengusik kuah yang masih dipanaskan.
Buat seketika, suasana menjadi hening. Hanani menelan liur, tidak pasti lelaki itu masih ada di belakangnya atau sudah keluar dari pintu belakang. Tetapi darah terasa berderau semacam. Kepala dipaling sedikit dan anak mata dijeling ke ekor mata.
Ya, Lukman masih ada di belakang, dan masih merenung dirinya. Sebelah keningnya dijungkit tinggi, menyoal keberadaan si lelaki di situ.
"Why are you still here..." desis Hanani, tak puas hati.
"Aku masih tak dapat jawapan aku."
"Jawapan apa?!"
"Kau nak ke mana...?" Lembut bertanya.
Hanani mengerutkan dahi. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dilepaskan panjang melalui hidung. Dapur gas ditutup.
"Aku nak balik rumah."
Kali ini kening Lukman pula yang berkerut. "Kau ada rumah? Kau kerja pun takda. Kalau tak, kau takkan merempat tumpang tidur kat rumah auntie Zai sampai sekarang."
Allahurabbi.... "Rumah bapak aku la, Lukman...! God, kau ni annoying la!"
"Oh. Hahaha. Melaka?" Rumah tempat mereka berjiran dulu?
"Shah Alam."
Jauh.... "Bila gerak?"
"Kejap lagi."
Cepatnya! "Gerak sendiri?"
"Habis dengan siapa lagi?"
"Kenapa sekarang?"
Hanani menoleh lagi, hairan dengan soalan yang bersifat pertikaian itu. Suka hati dialah bila nak balik ke rumah ayahnya. Kenapa Lukman tak habis-habis bertanya?
Lelaki itu membalas renungan si gadis dengan muka selamba. "Aunty Zai dengan Fira masih belum recovered mentally. Kau sanggup nak tinggalkan dorang?"
"None of your business."
"Hani..."
Nada suara itu seakan-akan memujuk meminta penjelasan kukuh. Hanani mendengus.
"None of your business." Masih bertegas.
Lukman mengeluh pendek. "Nak aku teman?"
Sekali lagi kening Hanani bercantum buat kali ke berapa entah pada petang yang sama. Kenapa dengan mamat ni sebenarnya?
"Err... no."
"Penat tau drive sengsorang. Shah Alam tu jauh."
"Lebih penat kalau kau ada dan kacau aku sepanjang perjalanan."
"Kita boleh swap drive. Lagipun, kau kan suka tidur bila masuk dalam kereta. Aku nak elak kau mati eksiden."
"Shut up. Go to hell." Naik angin.
Tersenyum si jejaka dibuatnya. "I can't. Cita-cita aku ialah syurga. Maybe aku nak angkut kau sekali since kau akan jadi bini aku." Yakin ditutur macamlah dua-dua dah sign kontrak.
Menyirap terus darah ke kepala. "Kau ni dah kenapa sebenarnya?!" Marahnya terlepas akhirnya! Tingkah laku lelaki ini terlalu aneh petang ini! Lagi-lagi dah makin giat buat lawak bodoh macam tu!.
Lukman masih dengan air muka selamba. "Cia cia cia..." Datar senada.
"Ha??"
Bahu dijungkit. Nak tergelak melihat muka merah tegang itu. Lukman berkalih kemudian. "Baiklah Hani. Kirim salam kat ayah kau. Aku tak pasti lagi macammana nak balas lamaran dia. Aku maybe kena istikharah dulu since perempuan yang dia suruh kahwini ialah kau."
"Apa maksud kau... kahwin... lamaran??"
Langkah Lukman terhenti. Kepala ditoleh, pada muka blur yang masih tegak di depan dapur gas. Buat seketika, lelaki itu juga terkaku.
"Kau... masih tak tau??" soalnya, melopong kini. Wajah Tan Sri Syed terbayang di fikiran. Dia baru sahaja balik dari berjumpa dengan lelaki itu di JB tadi hanya sebab nak memujuk Lukman untuk menerima lamarannya. Semua usaha itu tapi dia tak bagitau pengantin perempuan itu sendiri?!!
Hanani turut melopong. Lambat-lambat makna di sebalik usikan lelaki itu berjaya ditangkap.
"No..." Mulut dibulatkan macam 'o' sekali dengan deraman tak percaya macam apa yang dirasainya sekarang. Si ayah melamar Lukman untuk dirinya... jadi ugutan dahulu betul-betul dilaksanakan?? "No no no no no..." Masih dengan suara kasar dan garau. Hanani meraup muka dengan sebelah tangan. Sebelah pinggang dicekak, dan anak mata dikerling ke kanan, memikirkan perangai si ayah yang membuat keputusan tanpa meminta pendapatnya. "Kenapa aku ada orang tua yang selfish macam ni... aduuhh...." Semua keputusan yang pernah dibuat telah meletakkan beban di bahu. Wajah si ayah direnung pada lantai bersama muka perit.
Untuk seketika, dapur itu hening. Hanani tengah cuba menghadam berita gila itu manakala Lukman memberi ruang kepada si perempuan untuk memproses info dalam aman.
"Bila kau tahu?" soalnya Hanani kemudian.
Lelaki itu tidak menjawab, leka merenung wajah kusut itu. Nada suaranya seperti penat dan berputus asa. Jadi Hanani baru tahu... huh? Yelah, kenapa pula perempuan ini bersetuju nak dikahwinkannya dari awal lagi. Lantai dipandang bersama senyum sedih.
"Luk?" Dipanggil lagi bila sahutan tidak dijawab.
"Eh? Ahh... aku tau semalam. Ayah aku call... dia cakap ayah kau jumpa dia malam sebelum tu..."
Hanani menghembus nafas dalam. Dua hari semalam, huh? Dagu diusap, berfikir. Lebih baik didapatkan kebenaran dari ayahnya sekarang. Lalu Hanani bergerak ke pintu dapur.
"Luk, kau tunggu sini?"
"Huh?"
"Aku nak call ayah aku kejap. Kau dengar sekali apa yang dia cakap. Tunggu situ." Kerusi dituding sebelum menghilang ke ruang tamu, nak mendapatkan handphonenya. Lukman yang ditinggalkan, menurut. Dia duduk semula sambil kembali melahap rambutan.
"HANI tak faham, ayah.... Naper ayah sesuka hati nak kahwinkan Hani? Ayah tanya pendapat Hani pun tak, lepas tu lamar Lukman macamlah dia lelaki terakhir yang ada kat dunia. Pun kalau betul dia ialah lelaki terakhir yang ada, I'd rather enjoy my life berbanding bergaduh dengan perempuan sangap lain dan takkan kahwin dengan dia!"
Lukman yang duduk bertentangan di meja itu, tersenyum kecil. Sampai hati kau Hani.
Hanani masih meluahkan perasaan pada Oppo yang dipasang loud speaker. "Ayah fikir tak perasaan Hani macammana?" soalnya, sebak. Hidung terasa berair lalu dikesat dengan lengan baju.
"Kau perlukan teman, Hani... dan ayah busy."
"Itu bukan alasan!" Tegak terus duduknya sambil mencerlangkan mata pada skrin Oppo seperti betul-betul menghadap si ayah yang tak pernah rapat dengannya itu. "Mulanya ayah paksa Hani terima jawatan kat company ayah tu... and how did it turns out ayah pergi nikahkah Hani dengan dia lepas Hani sudi nak terima jawatan tu?!! What am I? Patung si poltergeist yang boleh dibuat main?!!"
Merah sekali muka semasa memarahi. Sepanjang remaja, Hanani menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan orang gaji. Habis SPM, dia terus dihantar ke luar negara, bertukar-tukar habitat antara ibu tirinya, saudaranya, sahabat ayahnya, dan sesiapa sahaja sehingga dia sendiri mampu balik ke negara asalnya ini dengan duit sendiri. Kenapa dihantar ke sana? Sebab tiada siapa yang boleh menjaganya di sini.
"Niat ayah panggil kau balik ke Malaysia sebab ayah memang nak nikahkan kau."
"Hani belum ready nak kahwin!"
"Kau cakap benda yang sama masa nak dihantar ke sekolah dulu. In the end, kau tetap enjoy kehidupan bersekolah berbanding hisap dadah tepi jalan, kan? Ayah lebih tau apa yang terbaik untuk kau, jadi diam dan ikut je cakap ayah."
Sabarnya koyak. Mencerlang terus matanya pada Oppo. "Screw that!! Hani sendiri yang daftarkan sendiri nama Hani kat sekolah tu dengan bantuan keluarga Umar!! You did nothing kecuali letak your signage ! Tu pun sebab aunty Zai yang pujuk ayah masa tu!!" jeritnya, dah lupa keberadaan Lukman di meja makan itu.
Terdiam seketika Tan Sri Syed. "Is it? Kenapa ayah ingat benda lain?"
"Because you never care! Apa yang ayah tau ialah lepaskan Hani kat orang lain and-and-and-and pretend like you did a very good job on that matter!!"
"Huh. Part itu agak betul. Memang ayah nak lepaskan kau kat Lukman. Dia tahu macammana nak jaga kau berbanding ayah."
Sekali lagi sabar serapuh kertas renyuk teruk di tangan ayahnya sendiri. "DON'T YOU F*CK WITH ME!!" pekik Hanani sekuat hati hingga bergema seluruh rumah. Muka bertukar tegang dan merah semerah saga. Urat darah tampak menimbul di sisi dahi. Matanya mencerlang dan hidung juga kembang kempis.
"KAU JANGAN JERIT KAT AYAH, SYARIFAH HANANI!!" Si ayah turut memekik di hujung talian.
Hanani bangkit deras hingga terjatuh kerusinya ke lantai. Oppo di atas meja dicapai dan dibawa ke mulut. "GO DIE YOU OLD SWINE!!" jeritnya lagi pada receiving speaker sebelum dibaling sekuat hati ke dinding. Bahunya turun naik mengiringi deruan nafas yang terlampau laju. Panas hati. Sakit hati. Sangat sakit hati...!!
Telefon yang kini terlantar di lantai masih berfungsi. Suara lelaki berpangkat itu kembali bergema dari hujung talian.
"I won't die selagi ayah tak nikahkan kau kat lelaki yang ayah yakin boleh jaga kau, you stubborn daughter!! Kau terlalu pandai jaga diri sampai ayah tak tahu macammana nak laksanakan peranan ayah!! Tapi ayah tau, selagi ayah biarkan kau, kau mungkin takkan kahwin bila tengok perangai kau yang macam murahan tu! Lukman ialah menantu yang ayah pilih, dan kau akan kahwin dengan dia walau dunia kiamat sekalipun!! He clearly likes you, he's a good guy, he knows your messed up history, and he is the perfect candidate! Tambah-tambah ayah tak sempat nak dapatkan anak Ismail tu sebab dia dah kahwin lain!!"
Lukman mengerut dahi. Anak Ismail? Jadi ada lelaki lain yang tertangkap di mata bakal mentuanya selain dia. Hanani yang mendekati telefon pintar di atas lantai itu direnung. Perempuan ini yang akan dijadikan bini, huh? Masa depan nampak kabur.
Hanani mencangkung. "Lukman tak sukakan Hani. Dia dah ada tunang!"
"Baru tunang, belum kahwin, you stupid daughter!"
Jatuh terus rahangnya sampai melopong luas. "What's with you and your inability to respect people??" getus Hanani dengan hati berat.
"Terjawab sangat kenapa Siti pun perangai macam tu..." bisik Lukman pula buat tahik telinganya sendiri.
"I don't need people's respect to marry you off. Listen here, Syarifah Hanani. Kalau bukan dengan Lukman sekalipun, ayah ada kuasa untuk nikahkan kau dengan sesiapa sekalipun walau dekat suami orang so don't you dare challenging me you bastard of a daughter!!"
Sekarang ini dapur itu dah rasa macam oven. Berbahang sekali. Kipas siling tak membantu langsung. Malah peluh masih merenek macam embun. Lukman siap berfikir panjang kenapalah dia masih duduk di dapur ini sampai sekarang. Tak berdosa kalau balik ke rumah sendiri rasanya.
Hanani pula hampir semput bahana terlalu marah. Selfish jenis apa bapaknya ini? Kemudian Lukman yang jadi mangsa keadaan dipandang.
"Say something!!" gesanya, mengharap lelaki itu melawan kerja gila si bapak.
"Erk... aku sebenarnya dah putus tunang. Sekarang ni aku single and available. Lulus syarat jadi suami kau."
Dapur itu bertukar hening. Termasuklah dengan lelaki tua selfish di talian sebelah.
Hanani tercengang sampai tak berkelip matanya memandang si lelaki. Sedaya upaya cuba mencerna apa yang baru didengari. Biar betul... biar betul...! Biar betul!! Mulut dibuka, nak memekik namun lekas dihentikan akal. Siapa dia nak marahkan Lukman sedangkan lelaki itu sendiri sudah memaklumkan niatnya itu sebelum ini.... aaarghhh...!!!
Dengus keras dilepaskan. Kepala turut digeleng berkali-kali. "Tenang tenang tenang Hani, aku arahkan kau bertenang..." Dada ditepuk-tepuk, lalu Lukman dikerling. "Kenapa kau putuskan jodoh kau yang baik tu...??" soalnya antara geram dan ingin tahu.
Diam. Enggan menjawab.
Hanani memicingkan mata. "Atau dia dapat tahu kau miskin, gay, takda kerja tetap dan masih berhutang dengan PTPTN??"
"Heeeyyyyy..." Naik angin.
Nafas didengus kasar. "Kalau macam tu, kau rujuklah balik dengan dia." Kedua belah pinggang dicekak. Selamba memberi arahan.
Bahu Lukman jatuh bersama riak tak percaya. "Kau memang tak fikir kedudukan aku langsung masa fikirkan pelan nak selamatkan diri kau sendiri, kan?"
"Kalau kau kahwin dengan jodoh kau yang baik tu, dan aku pun boleh terlepas dari pelan bapak aku... then its good for both of us. Apa pulak aku tak fikirkan kedudukan kau..."
"And biarkan bapak kau paksa kau menikah dengan lelaki lain? Heck no!"
Bercantum terus kening Hanani. Lukman pula terkaku bila menyedari kata-kata yang terlepas.
"I mean... kau takkan terlepas dari problem ni just because aku rujuk balik dengan tunang aku..."
"Honestly Lukman, lebih baik kau dengan dia berbanding kau dengan aku! Aku serius ni wehh...!"
"Kau bukannya teruk sangat pun kalau dijadikan bini..." luahnya pula.
Ternganga lagi si perempuan. Ya Tuhan, dah la diserang bom atom dari si ayah, kemudian Lukman yang diharap menjadi Iron Man kemudian mengangkut sendiri bom atom itu kearahnya.
"Kau dah kena guna-guna bapak aku ke apa??" Menfitnah akhirnya.
"Hahaha masalahnya kau yang bodoh, my daughter..." ujar Tan Sri Syed, sekaligus memanggil Lukman dan Hanani menoleh pada Oppo kembali. Panggilan masih tak mati rupanya. "Lukman bukannya setakat tahu perangai kau, tapi dia tahu perangai ayah sekali. Dan kalau dia on board with my proposal, then this is final. Ayah tak perlukan izin kau untuk halalkan kau selagi Lukman sudi sambut tangan ayah."
Nganga lagi. Lukman pula akhirnya berdesing telinga mendengar kata-kata bakal bapak mentuanya. Lalu dia beralih dari sandaran dan mendekati Oppo.
"Kenapa nak nikahkan Hani sampai macam ni sekali?" soalnya, kini berisi ingin tahu dengan keputusan bakal mentuanya.
Orang tua itu meleret bibir di sebalik talian. Menyukai bakal menantunya menyokong anak perempuannya. "Uncle nak yang terbaik untuk anak uncle tu..."
"Dengan paksa Hani kahwin?" soal Lukman lagi sampai menoleh si gadis dibuatnya.
"Dengan kau. Bukan dengan hobo random yang dia jumpa tepi jalan."
"Takkanlah Hani nak kahwin dengan hobo."
"Kau belum tau life dia dekat US, then."
Kening bercantum sambil menoleh pada Hanani. Wanita itu pula meraup mukanya dengan penuh sebal. Dalam kepala dah buat deraf rancangan nak lari dari Malaysia.
"Satu lagi Hanani... kalau kau berani lari... ayah tak mengaku kau anak ayah." Serangan terakhir, sekaligus meletakkan noktah atas apa-apa usaha anaknya nak melawan.
"Eeeergh!!" Nak nangis!! Lipatan lutut dipeluk dan muka dibenam pada lutut. Penat mentalnya. Sakit hatinya. Sendat juga jiwanya. Dah tak tau nak fikir apa. Talian dah pun dimatikan oleh insan di sebelah sana. Pandai pula orang tua tu lari dari masalah yang dia buat sendiri... Hanani menangis tak berlagu.
Lukman pula... kenapa dia tak membantah? Menyusahkan betullah.... Lalu kepala diteleng sedikit dan si lelaki yang tengah bermain dengan rambutan di meja, dipandang.
"Luk. Kenapa kau setuju dengan lamaran ayah aku?" soalnya dengan nada berat.
"Hurm. Sebab aku tak kisah."
Mata si wanita mengecil. "Jawapan 'tak kisah' engkau tu... Kau tak kisah tak nikah dengan aku... atau kau tak kisah reject lamaran bapak aku?"
Lukman terdiam seketika, dan wajah itu direnung dalam-dalam. Sukar nak menjawab bila kedua-dua pilihan memaknakan maksud yang sama. Perempuan ni sebenarnya tak memberinya pilihan langsung. Lukman tertawa perlahan, sah-sah terhibur dengan kerenah Hanani.
Hanani mengangkat tinggi kening. "Lengchai. So how?"
"Haha..." Senyum lebar. "Aku pernah cakap aku tak kisah jadikan kau sebagai bini aku. Maksudnya, kau ada kualiti yang aku sudi terima dan teman aku sampai hujung nyawa aku..."
Putus fius.
Muka sedih tadi bertukar tegang. "Kualiti apa, Lukman Ariff? Kualiti apa dekat aku yang kau boleh terima sebagai bini?!? Atau kau sebenarnya masih sangap sebab aku peluk kau bawah hujan dulu!!" Marah pada si ayah ditukar koordinat kepada Lukman.
Air muka Lukman berubah mendadak. Spontan dia bangun dan terus merapati Hanani. Wanita itu terperanjat, spontan berundur setapak tetapi tangannya digenggam Lukman. Leher dipendekkan bila lelaki itu merendahkan kepala supaya menghadap mukanya hingga anak mata mereka bertentangan tepat-tepat ke dasar.
Air muka Lukman serius sekali. Hanani yang mulanya nak marah tadi lalu terpendam amarahnya, sebaliknya bertukar kelabu asap. "Ap-apa-apa benda...?"
"Aku pun mangsa keadaan... jangan halakan marah kau dekat aku just because kau mengamuk kat bapak kau..." tuturnya, tenang tetapi berisi ketegasan. Malah genggaman tangannya juga diketatkan tanda dia memaknakan kata-katanya.
Tanpa sebarang sebab yang difahami, Hanani bertukar taat. Kepala tertunduk sedikit. "Tapi... kau masih onboard... kalau kau reject, then we won't having this conversation..."
Senyum terukir melihat kedegilan itu. "The main problem bukannya persetujuan aku tapi perangai selfish bapak kau, Hani..."
"Erghh..." Berat kepala dibuatnya. "Kenapa kau setuju, Luk... aku tak faham..."
"I'm drawn to you... that's all. Sebab tu mudah sikit untuk aku buat decision..."
Muka dilangut kembali. "Jadi itu perasaan kau semata! Bukannya sebab aku ada kualiti sebagai bini ke apa!" Tangan menampar angin, seakan menolak benda yang mudah dan ringan.
Ruang dapur itu hening seketika. Lukman tidak memberi respon, sekaligus memberi ruang kepada Hanani memproses kata-katanya sendiri.
Ting! Idea masuk macam emel masuk.
Perlahan-lahan keningnya terjungkit. Tinggi dan tinggi lagi sampai matanya turut membulat. Lukman benar-benar menyimpan perasaan? Sampai nak buat bini?? Serious shit?? Apa benda yang jadi hari ni? Banyak sangat benda yang menyakitkan kepala dan hatinya sekaligus.
Isi rambutan terapung depan mukanya. Hanani menjuling, melihat isi buah rambutan dihulur depan mukanya. Lelaki itu turut memberikan senyum dan kali ini menghadirkan debar yang cukup asing dalam hati Hanani.
"Its still to early to make a decision, Hani... kau masih sangat terkejut tambah-tambah dengan cara bapak kau deliver the news. So apa kata kau bertenang dulu. Ambik nafas. Berehat. Lepak dengan member ke apa ke... especially dengan jiran kau yang prihatin ni yang ajak kau dinner kat Senibong malam ni..."
Ketawa terlepas spontan. "Menyempat je..."
"Ambik la aku hulur ni. Jangan calarkan ego aku."
Dan nafas dihembus. Tangan Lukman dipegang sebelum memandu isi buah rambutan ke mulutnya, sekaligus membuatkan lelaki itu menyuapnya. Lukman merenung datar manakala Hanani masih dengan fikiran sendiri.
"Hati aku lebih lean to decline, you know."
"You do you."
"Aku tak paksa kau reject lamaran bapak aku... so aku kena fikir jalan lain untuk batalkan plan dia."
"And if you find it, let me know. Yang penting aku nak kau ikut sekali dinner kat Senibong malam ni,. Jangan lari," amaran diberi sambil berjalan ke pintu dapur. Sebelum melepasi pintu, gadis dengan tudung sarung itu dipandang lagi. "Hani..."
"Em?"
"Aku ulang sekali lagi. Jangan lari. Aku ada sebagai moral support untuk hadap ayah kau."
Wanita itu terkaku. Benar-benar tergamam. Sekilas wajah kawan lamanya yang pernah menyokong hidupnya menyapa ingatan. Malah tulang belakang juga merasa kukuh tak semena-mena.
"Dengar tak?" ulang si lelaki.
"Aha... em... oo-okay..."
"Good." Senyum. "Pakai baju cute sikit. I like you in red."
Random nau! "Shut up."
Ketawa dilepaskan dan barulah Lukman keluar. Hanani pula seakan menemui nafas baru dari interaksi ringkas itu. Tenang akhirnya. Umpama air sungai yang baru melalui derasnya kepala air semasa hujan ribut dan kali ini air sungai itu melalui denai-denai yang tenang. Rasa macam semua masalah akan selesai kalau dia ikut rentak Lukman.
"Kahwin dengan ketua kelas, hahaha... entah apa reaksi dorang kalau dapat tau..."
Share this novel