MAJLIS BERSANDING

Other Series 3329

Pada keesokan harinya aku tersedar pada pukul 5.45 pagi. Aku meraba-raba sebelah sambil mata tertutup, tetapi terasa tiada orang. Aku terus membuka mata dan melihat kosong. Masa aku tengah mamai tu, pintu bilik air terbuka dengan secerah-cerahnya. Terus silau mata aku, terus mata aku terpejam semula

"Sayang" panggilnya kepada aku

"Emm" aku menjawab dengan mata masih tertutup rapat semula, mengantuk hadir kembali

"Nak sambung tidur ke?"

Aku mengangguk kepala sambil menarik plushie untuk menutup cahaya menusuk ke matanya

"Apa ni main tarik-tarik plushie?"

"Emmmmm janganlah awak, saya nak sambung tidur" kata aku dalam tidur lalu menutup muka dan berselindung disebalik kain selimut

Fahmi terus memeluk aku erat diluar kain selimut sehingga aku sukar bernafas. Alu terus menghulur kepala untuk keluar daripada pelukan fahmi

"Awak, lemaslah saya. Janganlah peluk kuat-kuat" tolak aku

"Selagi awak tak buka mata selagi tu saya akan peluk awak"

Aku pun cubalah buka mata, rasa seberat alam nak buka pun. Tapi dipaksakan jugak, dah si suami suruh bukak

"Haaaaaa kan bagus sayang macam tu" katanya sambil mengosok lembut kepala aku. Dia nak ulit aku tidur semula ni

"Jomm sayang solat subuh sekali nak?"

Aku menggelengkan kepala sambil mata layu

"Aipp, sayang........." dia mengosok pipi aku lembut

"Macam mana saya nak bangun kalau awak asyik gosok pipi saya, gosok kepala saya. Memang niat awak nak suruh saya sambung tidur ke apa?" kata aku pula

Fahmi tersenyum lalu membaring menyebelahi aku. Aku bangun secara perlahan-lahan, lalu terus ke bilik air. Hampir 15 minit mandi, aku pun keluarlah daripada bilik air dengan tuala diikat kemas diatas kepala. Setelah kering, aku terus mencapai telekung dan menyarungkannya. Aku melihat fahmi masih lagi santai diatas katil, aku melihat ke arahnya, sebelum aku baru sahaja ingin mengangkat takbir. Dia berjalan lalu datang ke depan aku

"Sayang ni sabar lah kejap, saya nak pergi ambik wuduk semula"

Fahmi ke bilik air seketika, aku terus menanti diatas sejadah. Dia keluar aku bersedia untuk solat bersama. Dia mengimamkan aku, dan ini kali pertama aku solat bersama lelaki yang berstatus suami sendiri

10 minit solat, kami bersurai. Aku ke meja solek untuk pakai benda-benda simple. Tiba-tiba dia datang memeluk aku daripada belakang

"Sayang ni, dah cukup cantik tu. Tak payahlah nak buat lebih-lebih, nanti banyak mata yang memandang" dieratkan lagi pelukan dipinggangku

Aku tersenyum manis di depan cermin, sebelum dia kembali menarik muka aku supaya memandangnya

"Sayang ni, saya perasan tau. Asyik saya je yang bercakap lebih, sayang banyak diam je. Kenapa?"

"Sebab boleh"

Terus fahmi jeling aku, bila aku jawab macam tu. Marah la tu, hohoho biar dia

"Sayang ni, saya tanya betul-betul"

"Awak nak tahu ke kenapa?" tanya aku kembali kepada dia

Fahmi menganggukkan kepalanya

"Sebab........... awak fikirlah sendiri apa yg awak buat dekat saya semalam"

Lama fahmi berdiam diri sebelum dia mengangguk beberapa kali dan mulut berkata ooo. Dia pun tersenyum lalu menarik aku menghadapnya

"Saya ingat, sebab saya tak bercakap dengan awak kan semalam? saya palau awak, lepastu nanti awak cakap, awak nak balas semula"

Eh dia dengar la pulak, aduhhhh malu-malu. Aku ignore kan dia. Tiba-tiba ada bunyi ketukan daripada pintu, aku dan fahmi sama-sama memandang ke arah sana. Ada seorang juru makeup yang hadir untuk solekkan aku. Fahmi pun bangun dan menuju ke katil. Jurusolek tu datang ke arah ku, dan bertanya

"Dah mandi kan? akak solekkan ya?"

Aku menganggukkan kepala sahaja, lalu dia mula solek. Tak lah banyak, tapi sikit je sebab aku memang dah cantikkan. So sikit-sikit pun dah okay. Selesai bersolek, aku pun menukarkan pakaian memasai baju gaun berwarna royal blue dan manik-manik berwarna kuning keemasan. Aku tampak lebih cantik dan menawan. Selesai itu, aku melihat fahmi tersenget-senget nak pakai samping. Aku pergi kearahnya dan menolongnya

"Awak tak reti pakai samping eh?"

Dia tersenyum lalu menggeleng

"Habistu yang kita kahwin semalam tu sape yang pakaikan?"

"Mama" perlahan sahaja dia jawab

Aku pulak rasa nak tergelak bila dia jawab macam tu. Dia pandang ke lain, wajahnya sudah memerah seperti malu. Aku tolong ikatkan sampai siap

"Dah"

"Terima kasih"

Kami sama-sama bersiap, lalu keluar daripada bilik dan menuju ke ruang tamu. Kami akan bergerak ke dewan. Fahmi membantu aku memakai kasut tumit tinggi dengan gaun kembang. Bimbang aku terjatuh

15 minit kemudian, kami tiba di dewan bersanding. Kami berjalan beriringan sambil tersenyum manis menuju ke atas pelamin. Ramai yang hadir saudara mara, sepupu, kawan-kawan. Ketika sesi memotong kek aku ternampak muka marzuki juga turut berada di dalam dewan. Aku berbisik bagitahu pada fahmi

"Awak, dia ada dalam dewan ni"

"Sape?"

"Marzuki"

Fahmi terus mengikut pandangan mata aku, dia turut nampak jugak. Fahmi dengan tiba-tiba menyuamkan kek dan mencium pipi aku. Aku tersentak, aku memandangnya lalu mengenyitkan matanya. Dan aku faham, dia nak suruh marzuki cemburu. Aku pun membuat perkara yang sama kepadanya. Semasa makan beradat pun sama, marzuki tetap memandang tajam ke arah kami. Tetapi kami buat tidak endah, kami main suap menyuap makanan, kongsi gelas minum air, kongsi sudu garfu, kongsi buah.

Selesai majlis, semua tetamu sudah pulang. Tinggallah keluarga aku, keluarga fahmi dan marzuki. Sibukkan dia??

Semasa aku tengah khusyuk melayan si fahmi punya teka-teki, marzuki datang ke arah kami. Terus fahmi menarik aku sehingga duduk diatas ribanya, terus aku kejung. Marzuki yang melihatnya pun turut terkejut, macam mana dia tak terkejut, sepanjang aku berkahwin dengan dia. Aku tak pernah duduk atas riba dia

"Kau nak apa?" tanya fahmi kepada marzuki

"Aku nak ufaira"

Fahmi tersenyum senget sebelum membalas

"Kau nak dia ke? bukan ke kau dah pernah miliki dia ke? sekarang dia aku punya, kan sayang?" dia pandang aku sebelum dia cium pipi aku lagi

Aku menganggukkan kepala sahaja, sambil makan buah

"Sayang nak buah" kata fahmi sambil tangannya mengosok belakang dan peha aku. Tapi disebabkan berlapik dengan gaun yang tebal, so tak terasa geli dia

Aku menghulurkan buah ciku kepada fahmi, dia menarik tangan aku dan sumbat ke dalam mulutnya ibarat aku suap dia lah senang cerita. Marzuki yang melihatnya sudah mengetuk meja

"Memang dia pernah jadi aku, tapi tu dulu. Sekarang aku nak dia semula"

"Masa dia gemuk, tak cantik, tak pandai nak bergaya kau ada melaburkan duit?" tanya fahmi tiba-tiba

"Tak"

"Sebab apa? sebab aku tahu, kau sibuk melabur dengan perempuan lain. Kau nak isteri kau nampak cantik menawan tapi tak nak melabur, lepastu bila orang lain dah melabur dekat dia, kau nak ambik semula. Sedangkan yang kau sibuk melabur tu ada sugar daddy yang lain. Kau je yang tak tahu" jawab fahmi sambil makan buah

Marzuki berkerut dahi "maksud kau?"

Fahmi tersenyum senget "si raisha tu, ada hubungan sulit dengan jutawan muda malaysia tengku zulfarith"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience