LURUS?

Other Series 3329

Selesai makan malam, kami sekeluarga berborak seketika. Sehingga pada pukul 11 aku dah nampak fahmi menguap berkali-kali dan meminta diri untuk masuk tidur. Aku je yang berkeras duduk diruang tamu lagi

"Fai" panggil ibu tegas, aku dah tahu apa maksud ibu panggil aku tu. Dia suruh aku masuk tidur sebenarnya

Aku memandang ibu "pergi temankan suami tidur tu, kesian dia". Aku menganggukkan kepala sahaja sebagai jawapan, nak melawan tapi tak boleh sebab apa? sebab apa-apa nanti fahmi dibakeup kan jugak. Terbantut nak tengok cerita thailand aku, dah lah hero dia handsome

Aku pun masuk, aku lihat fahmi sudah tidur. Tidurlah, lena tu aku tak dapat kepastian lagi. Aku naik diatas katil lalu menghampirinya, aku menghulurkan tangan dan menutup suis lampu tidur di sebelahnya. Aku baru sahaja ingin bergerak, tiba-tiba tangan fahmi naik memeluk aku erat. Kedudukan aku berada diatas badannya sekarang. Aku melihat wajahnya yang handsome di dalam samar-samar sahaja

"Kita tidur macam ni" katanya lagi sambil mengeratkan pelukannya

"Awak saya tak selesa" aku cuba untuk melonggarkan pelukan tetapi semakin erat. Akhirnya aku mengalah, aku mengantuk dengan gosokan lembutnya dibelakang aku. Aku tertidur di atas dadanya itu sehingga ke pagi esok. Aku mengeliat kecil sebelum membuka mata

"Arghhhhh" terjerit kecil aku bila melihat fahmi sudah bangun dan tersenyum ke arah ku

Cepat-cepat aku berpaling ke arah lain lalu menutup muka dengan bantal, fahmi mara ke arah aku dan berbisik ditelinga aku

"Best ke dapat tidur atas saya?"

Aku diam

"Diam tu maknanya suka"

"Mana ada" cepat-cepat aku menepis jawapannya itu

"Habistu? kenapa lena sangat tidur? sampai saya kejutkan awak berkali-kali pun tak sedar" katanya lagi sambil tersenyum menarik bantal yang menutupi wajah aku

"Saya penatlah semalam, sorry" perlahan sahaja aku berkata

"Ouhh, disebabkan awak cakap sorry so saya ringankan denda" aku melihat dia bangun daripada katil lalu menuju ke meja solek. Aku memerhati gerak langkahnya

"Denda? denda apa?" cuak dah aku

"Denda dia ialah..............." lama fahmi berfikir

"Mandi dengan saya"

"Hahh!! apa?? tak naklah!" tolak aku, malu kott nak kena mandi sama-sama

"Kenapa pulak tak nak?"

"Sebab saya taknaklah" jawapan aku pun, tak selamat langsung

"Kalau awak nak tahu, badan saya semalaman dah lenguh sebab awak tidur atas saya. Awak tahu?"

"Dah, awak tu sape suruh peluk saya erat? awak yang tarik saya supaya tidur atas awak, bukan saya yang nak. Awak yang cakap kita tidur macam ni"

"Lepastu nak salahkan aku" kata aku perlahan, tetapi didengari oleh fahmi juga

"Ouhh, jadi awak nak salahkan saya. Macam tu?"

"Memanglah salah awak, kalau awak tak tarik saya. Saya tak kan tidur atas badan awaklah. Saya pun tak ingin" tambah aku lagi

"Okay, fine" fahmi terus mengambil kain tuala lalu masuk ke bilik air

Setelah siap, fahmi keluar. Aku pula yang masuk ke bilik air. Keluar daripada bilik air, aku terus mengeringkan rambut lalu beredar ke dapur. Nak solat subuh, tapi cuti la pulak. Hemmmmmm

Fahmi yang baru sahaja selesai solat hairan melihat aku itu. Dia turut sertai ke dapur setelah siap solat subuh. Dia terus mencari aku yang sedang berada di singki membasuh bawang. Dia berbisik

"Awak tak solat subuh ke?"

Aku diam

"Awak" suaranya dikuatkan sedikit

Aku tetap diam, tiba-tiba tangannya naik memeluk pinggang aku erat. Aku terkejut, lalu terlepas bawang merah yang sedang aku basuh tadi

"Baby" panggilnya kepada aku manja

"Apa awak ni" tolak aku

"Baby dah solat?" tanyanya sambil mengeratkan lagi pelukan

"Saya ehem" jawab aku sambil melonggarkan pelukan

Fahmi melepaskan aku, tetapi mukanya pula yang berkerut seribu

"Ehem? ehem tu apa? awak nak betulkan suara ke?"

Aduhai lurus pulak laki aku ni. Aku pergi ke arah meja untuk memotong bawang. Semasa aku memotong, fahmi turut berada di sebelah aku

"Ehem tu apa baby?" tanya sambil memandang tepat ke arah mata aku

"Ehem tu"

"Nak berbaby pulak" kata ayah yang tiba-tiba masuk ke dapur lalu memotong kata-kata aku. Terkejut kami

"Alahh abang ni, biarkan sahaja pengantin baru ni. Abang cemburu ke?" masuk ibu pula ke ruang kering

"Cemburulah, sebab masa muda-muda dulu. Awak tak panggil saya macam tu" kata ayah sambil mulutnya memuncung

"Eh saya pulak yang kena, awak yang tak bagi saya panggil macam tu kan?" bela ibu pula

Ayah tengok ke arah ibu dengan wajah geram, manakala ibu buat tidak tahu sahaja

"Dah dah la tu abang, malu dua orang ni tengok. Dah tua-tua pun nam cemburu. Tak matang la abang ni" kata ibu lalu berlalu ke dapur basah semula. Manakala ayah kembali ke ruang tamu

Tinggallah aku dengan fahmi kembali di ruang kering ini

"Hahhh baby, apa maksud ehem tadi?" sambung fahmi bertanya sambil jarinya mengetuk meja

"Perlu ke awak tahu?"

"Perlu sebab awak tu isteri saya, dosa awak saya yang tanggung. Dan saya sebagai suami awak kena bimbing awak ke arah yang lebih baik"

Aku terdiam seketika sebelum berkata

"Hal perempuan"

"Hahh? apa pula yang hal perempuan ni?" lagi berkerut muka si fahmi

"Ehem tu hal perempuan lah" terang aku yang sudah menipis tahap kesabaran

"Cuba awak cakap terus je. Apa benda?"

"Tak nak, seganlah nak bagitahu awak" kata aku malu-malu pula kali ni

"Pulak dah, awak nak saya masuk neraka ke?"

Tiba soalan pedas yang dia tanya

"Okay, jepun serang saya"

"Hahh? bila masa pulak jepun datang malaysia ni? serang awak pulak tu?"

Aduhhhh pening dapat lelaki lurus macam pembaris besi ni, aku menepuk dahi sendiri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience