"Wahai encik Fahmi bin Sufian"
"Ya saya" jawab fahmi sambil tersenyum manis terhadap aku
Aku mendekatinya dan berbisik sesuatu kepadanya. Sesaat kemudian, dia menganggukkan kepala lalu mukanya monyok
"Ouhh, saya faham maksud semua tu dah. Takpelah saya nak masuk bilik" katanya dengan nada yang datar
Fahmi bangun daripada duduknya dan kembali ke bilik. Apasal dengan si fahmi ni?. Aku pun kembali memotong bawang dan menolong ibu sehingga selesai memasak. Aku pun kembali ke bilik untuk memanggil fahmi kerana telah tiba waktu makan malam
Aku mengetuk pintu bilik terlebih dahulu sebelum memulaskan tombol pintu itu
"Awak" panggil aku kepadanya
"Ouhh, awak"
Diam pulak, ishhh mamat ni
"Awak sayang" aku panggilnya dengan tutup muka, malu weiii
"Sayang" kata aku sedikit kuat
Ishh dia tak nak menyahut pulak. Aku berura-ura nak pulas tombol pintu. Tetiba bunyi tombol pintu dipulas dari dalam. Cepat-cepat aku tarik semula tangan aku
Fahmi menunduk pandang bawah sahaja. Eh kenapa pulak dengan suami aku ni. Tetiba je menunduk, malu ke?
Fahmi yang sedang tunduk itu sebenarnya tersenyum malu bila ufaira memanggilnya sayang. Dia menyukai panggilan itu
"Awak okay tak?"
Fahmi menahan senyum dan malunya lalu mengangkat muka
"Saya okay, ada apa awak panggil saya?"
"Jom makan, ibu suruh saya panggil awak" kata aku sambil melihat mukanya merah seperti udang separuh masak
"Ohh, jom jom" apabila fahmi perasan yang aku menatap wajahnya. Cepat-cepat dia beredar ke dapur, tinggallah aku sendirian yang masih lagi terpinga-pinga
Aku pun beredar ke dapur dan duduk disebelahnya, dia pun menghulurkan pinggan lalu aku menyendukkan nasi kepadanya. Selepas itu, aku menyenduk pula nasi kepada pinggan aku sendiri
Fahmi mencuit siku baju aku, aku terus melihat dia dengan kening terangkat. "Awak nak lauk ke?"
Dia mengangguk lagi
"Awak nak lauk apa?"
"Tomyam campur tu dengan salad"
Aku pun mengambilnya dan menyendukkan kepada fahmi. Kami sama-sama makan. Tiba-tiba ayah membuka topik perbualan
"Fahmi kamu dah plan ke nak bawak fai honeymoon ke mana lepasni?" aku terus tersedak bila ditanya soalan sebegitu, manakala fahmi bereaksi tenang
"Emmm tak ada lagi ayah, sebab lepasni fahmi pun nak kena sambung belajar. Saya fahmi rasa, kami honeymoon dekat sana teruslah, lagi mudah. Kan sayang?" katanya sambil melihat aku dihujung ayat, aku hanya menganggukkan kepala sahaja. Tak tahu nak bereasksi macam mana
"Ouhh, ye lah. Nanti kan kamu berdua nak ke New Zealand. Ayah lupa pulak, maafnya ayah dah tua"
"Takpelah ayah, biasalah tu. Jadi fahmi bercadang kami honeymoon di New Zealand je. Dah alang-alang kan ke sana"
"Emmmmm elok jugak tu, boleh fai rasa macam mana dekat negara 4 musim ni"
Aku tersenyum, aku terasa berat hati untuk meninggalkan ibu dan ayah. Tapikan apakan daya, aku sudah jadi isteri orang. Nak atau tak, aku kena ikut dia juga. Tak ada pilihan dah
"InsyaAllah setiap 6 bulan kami akan pulang ke Malaysia" sambung fahmi lagi
Ayah dan ibu menganggukkan kepala sebagai jawapan. Kami pun kembali makan dalam keadaan diam sahaja, sehinggalah selesai makan. Aku mengutip semua pinggan lalu membasuhnya, selesai membasuh. Aku kembali ke ruang tamu untuk menyertai mereka
"Kamu kan fahmi, kenapalah nak kena sambung belajar sampai luar negara?" tanya ibu
"Sebab University tu je yang akan tanggung semua kos pembelajaran fahmi masa dekat sana nanti sepanjang tahun. Itu yang rasa confident dan memang ramai doktor malaysia sambung dekat sana. Lepastu bila balik malaysia dah jadi pakar" sambung fahmi lagi, aku mengangguk tanpa memahami
Hemmmm susah jugak eh nak jadi doktor ni, aku ingatkan mudah je. Tidak mudah seperti di dalam jangkaan
Aku pula yang menguap awal malam ni, pukul 10 tepat dah mengantuk. Berat sangat rasa mata nak buka, aku terus menyalami tangan ibu dan ayah lalu aku beredar masuk ke dalam bilik
"Ishhh si fai ni, dah ada suami yang baik macam ni. Dia buat perangai macam tu pulak" kata ibu sambil melihat aku sudah hilang ke dalam bilik
"Takpelah ibu, fai penat agaknya. Fahmi pun dah mengantuk, fahmi masuk tidur dulunya ibu ayah" kata fahmi sambil menyalami tangan tua itu dengan mesra
"Hemmm ye lah, selamat malam" kata ibu dan ayah serentak
"Selamat malam ibu ayah" kata fahmi pula lalu masuk ke dalam bilik
Dia menghampiri katil dan melihat lampu tidur disisi aku sudah terpadam. Tinggal lampu tidur disisi dia sahaja. Fahmi masuk ke bilik air untuk mengambil air wuduk sebelum menunaikan solat isyak. Selesai solat, fahmi memanjat katil lalu baring disebelah aku
"Cepat awak mengantuk malam ni" katanya seorang diri
"Cantik awak ni dalam tidur, muka bersih, kulit putih gebu, bulu mata panjang lentik pulak tu, hidung mancung, mulut merah seksi, muka tak terlampau bulat, rambut hitam panjang ikal mayang" pujinya sambil bermain dengan rambut aku
Dia mencuit manja hidung aku, sebelum aku tergeliat kecil seketika
"Hmmm comel, bini sape la ni?" fahmi tenung muka aku tanpa berkelip. Walaupun dalam tidur mata dah tertutup, tetapi mata hati masih terbuka
Fahmi dengan tiba-tiba memberi sebuah ciuman untuk aku di dahi. Terasa tenang, aman, dan bahagia dengan kuncupan itu. Tapi aku dalam tidur, so biarkan sahaja. Tetapi kali ini, aku pula yang menarik fahmi ke dalam pelukan
"Emmm bear" kata aku dalam tidur
Share this novel