Pada pagi itu, aku sudah pun disolek oleh mak andam profesional yang telah dibayar. Lama nak tunggu dia siap solek, tapi bila dah siap. Lawa lah pulak. Hehehe masuk bakul angkat sendiri
Tepat pukul 9 pagi, aku telah sah menjadi isteri kepada doktor fahmi dengan sekali lafaz. Emmmmm kalau diikutkan memanglah cepat, tapi nak buat macam mana. Si suami sibuk lepasni
Pada malam itu, selesai mandi. Aku terus bersiap untuk solat isyak. Tengah bersiap nak pakai telekung, tiba-tiba fahmi masuk dengan selambanya dan menuju ke almari
Aku masih lagi dengan telekung yang senget dan baru nak buka sejadah. Tapi aku hairan, dengan muka dia macam marah macam ada something je. Nak tanya ke tak eh? agak-agak kalau aku tanya dia marah tak?
"Emmm............ a.. aw.... awakk" gagap aku jadinya
Dia langsung tak pandang aku. Tahulah aku gagap tapi pandanglah aku
"Awak" kali ni suara memanggil dengan lebih kuat dan nyata tidak lagi gagap
Dia tak pandang aku, dia terus ambik tuala dan ke bilik air
Ishhhh dia ni, dia boleh palau kan aku. Takpe-takpe, lepasni aku palaukan kau pulak. Aku pun terus mula solat sampailah selesai, solat sendiri je lah. Imam putus angin
Aku selesai solat, dia pun keluar daripada bilik air dengan mengenakan tuala paras pinggangnya. Subahanallah
Dia terus pakai kain pelekat dan baju melayu, tapi sebelum pakai tu. Sempatlah dia tersenyum-senyum depan cermin. Apa yang dibanggakan pun aku tak tahu
Selesai itu, aku ke meja solek untuk sapu losyen. Tetiba dia tanya aku "awak dah solat ke?"
Eh dia tak nampak ke aku dah pakai telekung tadi? dah kenapa pulak doktor fahmi malam ni
"Saya dah solat, masa awak mandi tadi"
Dia pun menganggukkan kepala dan terus solat. Aku sambung semula kerja aku sampai habis. Lepastu barulah nak naik ke katil dan membuka telefon. Seharian aku off kan telefon tu, sekali bukak penuh bunyi
Ada ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang jauh, ada yang membawang, ada yang pasal kerja dan ada yang lepak. Masa aku tengah khusuk main mesej dengan kawan aku. Tiba-tiba fahmi pergi tutup lampu dan kunci pintu
Tinggal cahaya telefon aku je yang cerah di muka aku, aku terkejut bila ada tangan yang pegang peha aku. Terus aku campak telefon tu ke arah itu. Aku tak tahu lah, kena sape............
Alamak!!! aku terus meraba lampu tidur disisi kanan aku lalu lampu tidur itu terbuka. Aku terkejut bila fahmi tu tengah menaipkan sesuatu di telefon aku
"Awak buat apa tu?"
"Tak ada buat apa-apa, saje nak tengok. Kott tengah main mesej dengan ex ke?" katanya sambil matanya melekat pada telefon aku
Ex?? eeeeee sorrylah. Tak ada istilah ex ex ni dalam hidup aku. Walaupun aku memang dah jadi bekas orang
"Emmm tinggi jugak taste awak ni kann" katanya lalu menunjukkan kepada aku gambar lelaki yang ada di dalam aku dan satu-satunya yang aku simpan iaitu artis china wang xin yue
"Mana ada" jawab aku
"Habistu ni apa?" katanya lalu menunjukkan gambar lelaki itu ke arah aku
Aku buat tak tahu je, aku terus ambik telefon dan tutup lalu membaringkan diri. Aku dengar fahmi merungus sebelum dia turut berbaring bersebelahan aku. Aku meletakkan bantal peluk sebagai pengantara aku dengan dia. Tapi tak sempat aku nak tahan, dia dah tarik bantal peluk tu ke belakang. Dia yang ke depan, dengan beberapa inci sahaja jarak aku dengan dia
Tangan dia naik melingkari pinggang aku sebelum dia merapatkan diri aku dengannya sehingga aku boleh mendengari dengupan jantung dia
"Sayang" panggilnya
Ya Allah suaranya, gemersik dan menggoda betul bila dalam gelap macam ni
"Sayanggg" panggilnya meleret dan kali ni betul-betul dengan nada goda bukan telinga aku yang salah dengar
Aku buat-buat kejung, tadi dia pandai sangat nak palau aku. Kali ni biar aku palau dia pulak
Dia cium dahi aku untuk seketika sebelum tangannya merayap masuk sehingga ke belakang aku. Hilang terus kejung aku, terus aku tolak dia sekuat hati
"Awakkk!! apa awak ni?" marah aku
Dia tersenyum sambil jatuh terduduk tersimpuh dibawah sana
"Sakit bontot" katanya lalu bangun dan kembali baring disebelah aku dengan muka riak tidak bersalah
"Salah ke saya pegang awak?" katanya sambil menghadap muka aku
"Saya tak kata salah, saya cuma terkejut je"
"Iye ke terkejut? ke sebab awak takut saya nak..."
"Nak apa?"
"Nak cium awak?"
"Ishhhh merepek lah awak ni, jangan cium saya eh?"
"Kalau saya nak cium jugak?"
"Saya tendang awak lagi"
"Kalau saya dapat elak?"
"Saya tendang sampai awak tak dapat elak?"
Fahmi tergelak. Tapi kan bernas pulak otak aku malam-malam ni. Boleh balas kata-kata dia
Dia terus tolak aku terjatuh diatas katil, lalu dia terus menindih aku dan mengenggam tangan aku
"Sayang" panggilan mengoda. Sape goda siapa ni???
Aku buat-buat tak dengar
"Sa......yang........ My honey blum sugar blum yummy yummy"
Aku buat-buat tak dengar jugak, dengan mata dipaksa untuk tutup
"Darling"
Tak boleh ikut melayu, inggeris pun jadi. HAHAHAHA
Dia terus mensasarkan leher aku lalu diciumnya disini. Aku dengan terkejutnya terus menolak dia daripada mencium leher aku
Dia tersenyum sebelum berkata "tak boleh cium mulut, cium leher pun jadi. Wangi pulak tu bau buah delima, buah kegemaran saya"
Aku dah seram sejuk bila dia kata macam tu, lepasni memang aku tak pakailah losyen delima tu lagi dah
sorry sangat ii saya lambat, sebab busy sangat sekarang ni
Share this novel