MALU?

Other Series 3329

Dikuncup lama sehingga aku hilang nafas dibuatnya, aku menolak dadanya untuk melepaskan bibirku

"Ishhh awak" terus aku membalingkan bantal tepat ke wajahnya, tapi dia lagi cepat mengelak dan dapat menangkap bantal itu

"Tengok tu sebut awak lagi, suka agaknya kena cium tadi" usik fahmi

Aku terus menjerit dan menyorokkan wajah ku di dalam selimut. Aku tergerak fahmi mengelakkan aku, dan dia berbisik

"Kalau nak baby nak abang kiss lagi, boleh je. Baby sebut saya awak banyak kali. Dapatlah kiss tu, free of charge okay?"

Aku diam di dalam selimut sambil mengeleng-gelengkan kepala

"Kenapa tak nak cium baby hemm?" suaranya dibuat-buat menggoda

"Agaknya baby nak yang real punya baby kott. Emmmm,.............. boleh-boleh abang bagi. Jom" dia mengenggam tangan aku yang berada di dalam selimut

Cepat-cepat aku menolak tangannya daripada mengenggam tangan aku. Semakin erat dia genggam sehingga selimut itu hampir terkoyak dibuatnya

"Ishhhh Doktor Fahmi!! Terkoyak la selimut saya!!" marah aku

"Lahh, bukan selimut saya sayang. Tapi selimut kita" katanya sambil menghampiri aku. Cepat-cepat aku menutup mulut takut dicium lagi

Fahmi gelakkan aku bila dia tahu aku tutup mulut

"Tu la, kan abang dah cakap. Panggil abang dengan baby tak nak. Kan nak kena mulut tu"

Aku menjeling dia, eeeee geram je aku rasa dengan Dr Fahmi ni

"Apa jeling-jeling ingat kita takut la tu. Kena cium baru tahu"

Terus hilang jeling aku

"A......abang" gagap aku nak panggil dia abang, sebab dia sebaya dengan aku kott

"Iye sayang?"

"Emmmm bila nak balik kl?"

"Ohh, kita balik esok. Lepas seminggu kita terbang ke overseas" katanya membelakangi aku sambil memakai kain pelekat

Aku terangguk-angguk sambil membuat mulut bentuk O

"Sayang" panggilnya setelah siap memakai kain pelekat dan baju melayu

"Sayang punya roti ada lagi?"

Hahh?? roti, bila masa pulak roti aku suruh di beli roti ni?

"Roti? roti apa?"

Fahmi duduk disebelah aku, disisi katil

"Roti putih saiz kecik besar sayang punyalah. Amboiii tak kan la dia tak faham, sendiri pakai"

Aipppp dia perli kita pulak rupanya

"Ohhh, ada lagi. Kenapa?"

"Tak adalah, abang nak keluar sekejap. Sayang nak ikut?"

"Pergi mana?".

"Pasar malam, jom" dia sudah mengenggam tanganku

"Tak kan lah, nak pergi dengan abang pakai kain pelekat macam tu?" aku melihatnya atas bawah

"Lahhh sayang, pergi pasar malam je. Nama pun pasar malam, bukan event apa-apa yang mewah. Lagipun sayang" fahmi mendekatkan jaraknya dengan aku "atleast abang pakai kain pelekat, ke sayang nak abang show off?" katanya sambil kening terangat-angkat

"Ishhh awak ni" aku menolaknya, 5 saat kemudian baru aku teringat yang aku tidak boleh memanggilnya awak lagi

"Sorry sorry sorry, sayang lupa"......

"Hemmmm nasib baik sempat minta maaf, kalau tak abang cium lagi mulut tu" katanya sambil membuat mulut muncung itik

"Sayang nak tukar baju kejap" kata aku seraya menuju ke almari

"Okay, abang tunggu dekat katil"

Aku baru sahaja membuka almari terus terbantal niat apabila fahmi berkata begitu. Tunggu di katil??

"Takpelah sayang tukar dalam bilik air je" aku pun bergegas ke bilik air. Aku dengar fahmi tergelak di dalam bilik

Selesai itu, aku keluar. "Heyyy.......... sayang sayang, sampai bila nak malu dengan abang ni?" fahmi terus menyambar tangan aku lalu, aku terus terhempas ke dadanya

Aku mendengar dengupan jantungnya, dup dap dup dap. Aduhhh sheshi nyeeeeeee

"Sayang" dia mengosok kepala aku

Aku mengumam

"Malu lagi ke dengan abang?"

Aku menganggukkan kepala, sambil mendengar degupan jantung Dr Fahmi ni

"Macam mana kita nak lalui malam pertama kalau sayang masih malu dengan abang"

Aku mendonggak memandangnya, sebab aku berada di paras bahunya. Almaklumlah tinggi 180 aku ni 160 je. Dia lagi tinggi daripada marzuki yang 170 so pendek

"Bagi sayang masa boleh?" aku buat muka comel

"Boleh, tapi janganlah lama sangat. Seksa batin abang" bisiknya

Terlepas tawa aku bila dia berkata begitu. Aku pun melepaskan pelukan, dan bersiap seketika

"Dah?"

"Dah"

Dia mengenggam tangan aku lalu kami keluar daripada bilik, dan menuju ke ruang tamu. Fahmi mencapai kunci kereta dan kami keluar bersama

Tiba di pasar malam, kami terlihat banyak juadah yang ada. Rambang mata jadi aku nak membelinya

"Sayang nak beli apa?" tanya fahmi

"Sayang nak beli kunafa lumut cheese boleh? orang cakap sedap, sayang nak cuba" kata aku sambil mata mencari gerai yang menjual kunafa

"Boleh je, kita cari sama-sama"

Aku menganggukkan kepala, sambil jalan sambil berpegangan tangan. Hem hem rasa romantik sangat

"Sayang" panggil fahmi, dan aku berhenti berjalan

"Ye"

"Abang nak beli air rasa dahaga, sayang nak air apa?"

"Emmmmm air cha bang ang lah"

"Okay" fahmi memesan air itu dengan gelas yang besar

Kami meneruskan perjalanan sehingga ke gerai yang menjual kunafa. Kami membeli kunafa lumut cheese dengan harga 50 ringgit, tak apa. Fahmi yang bayarkan. Hahahahahahahaha

Selesai itu, kami berjalan untuk pulang. Semasa kami berjalan ingin menuju ke arah kereta yang diletak dalam kawasan parking. Aku ternampak seseorang yang aku kenali. Sama jugak seperti fahmi nampak kelibat orang yang sama

"Abang nampak kan?" tanya kepadanya

"Nampak" katanya

"Dah la sayang, masuk kereta cepat" bergegas aku masuk ke dalam kereta apabila orang itu berlari menuju ke arah kami. Cepat-cepat fahmi menekan pedal minyak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience