"Awak marah tadi sebab sakit perut ke?"
Fahmi menganggukkan kepalanya
"Ouhh, saya ingatkan. Awak marah dekat saya"
"Tak ada maknanyalah saya nak marah dekat awak. Daripada saya marah, baik saya cium awak" kata fahmi sambil mukanya mendekati wajahku
"Awak" aku menahan fahmi daripada terus bergerak
Fahmi menolak tangan aku daripada terus menahan dirinya daripada menghampiri aku
Cepat-cepat aku berdiri ingin melarikan diri, tetapi tanganku digenggam erat oleh fahmi seperti tidak mahu melepaskannya
"Awak"
"Baby"
Fahmi menarik aku lalu aku terduduk diatas ribanya. Fahmi memeluk erat pinggang aku, sebelum dia merapatkan wajah kami semula sehingga berlaga hidung
Jeda
"Ehemm" terus kami memandang ke arah bunyi suara itu
Ibu
"Nak dating pun biarlah private sikit, aduhaii pengantin baru ni"
Muka aku dah merah macam udang bakar. Aku berura-ura mahu beredar, tetapi ditahan oleh fahmi lagi
"Apa awak?" bisik aku kepadanya
"Duduk je lah" kata fahmi
"Saya tak selesa lah" tolak aku
"Duduk, kalau saya saya cium" katanya sambil keningnya terangkat-angkag dan tersenyum mengusik
"Ishh awak ni"
Aku berfikir seketika sebelum aku memberitahunya
"Awak saya nak pergi tandas"
"Kenapa?" katanya sambil mata melekat pada televisyen
"Saya rasa bocorlah" kata aku berbisik
Fahmi terus memandang aku, cepat-cepat dia tolak aku bangun. Aku terus beredar ke dalam bilik dan mengunci pintu. Aku terdengar ibu dan fahmi berbicara sesuatu
"Kenapa fahmi periksa kain tu?"
"Tak ada apa-apa ibu, fai je"
Eh aku pulak yang kene?
"Nasib baik tak ada apa-apa, dia mengusik aku tu. Tunggu dia nanti" kata fahmi
Aku pun keluar setelah siap, aku duduk sedikit jauh daripada fahmi
Aku nampak fahmi memandang aku, tapi aku buat tidak tahu sahaja. Agaknya dia marah sebab aku bohong dia. Alahh tu bohong sunat je, kalau tak. Dia tak lepaskan aku. Hehehe macam tak selamat je tekak aku ni nanti
Pada malam itu, aku sedang makan seorang diri tiba-tiba bunyi benda bergerak. Terus aku berhenti daripada menyuam makanan. Aku toleh ke arah bunyi, aku nampak tiada sesiapa. Aku toleh ke sekeliling dapur. Hanya ada aku seorang diri disitu
Aku kembali makan, walaupun rasa tak tenang dan tak sedap hati. Cepat-cepat aku telan makanan aku sebelum aku pergi ke singki membasuh pinggan dan gelas yang aku guna. Selesai membasuh aku mengemas meja, tiba-tiba terbunyi lagi. Kali ni dengan lebih kuat dan dekat jaraknya dengan aku
Cepat-cepat aku toleh ke arah bunyi, terus mulutku ditekup dan mencembung aku masuk ke dalam bilik lalu menguncinya. Di dalam gelap aku tidak nampak dia siapa, tapi aku mengenali melalui bau yang selalui dipakai olehnya. Tak lain, tak bukan Dr fahmi la jawapannya. Ini mesti dia nak kenakan aku
"Takut?" soalnya di dalam gelap
Jeda
"Tak" jawab aku dengan keberanian, aku berani pun sebab datang bulan. Jadi dia tak kan apa-apa kan aku, kalau tak. Kecut perut jugak nak melawan
"Serious?" suaranya lebih seksi daripada tadi, iman aku dah mula goyang
"Iye" sambil jawab, sambil angguk kepala
"Apa kata kalau kita......." ayatnya tergantung sampai situ
"Kita apa?"
"Buat.........." tergantung lagi ayat dia
"Buat apa? buat kek malam-malam buta ni?" tanya aku lurus
"Baby"
Hahh!! terus ternganga aku dibuatnya. Buang tebiat ke apa Dr Fahmi ni. Mahu pengsan aku
"Apa awak merepek ni" aku menolak dadanya setelah aku merasakan bernafasannya berdekatan dengan wajah aku
"Abang tak merepek la sayang" terus dikuncupnya tangan aku dalam gelap macam ni
"Kita kan dah kahwin, tak salah kalau abang tunaikan tanggungjawab abang sebagai suami"
Dah mula guna ayat gramatis la pulak laki aku ni, berabang-abang
"Ye, saya tahu tu Dr Fahmi. Tapi sekarang saya ehem kan?"
Aku mendengar fahmi mendengus sebelum berkata "awak tipu ke?"
"Tipu apa pulak?"
"Awak ehem ke tak sebenarnya?"
"Saya ehem lah, buat apa saya nak tipu awak. Awak yang saya dapat kalau saya tipu awak?" jawab aku lancang, dia ingat aku nak sangat ke? lambert lagi aku nak tipu, dah la umi dengan ayah kalau nak menipu mereka tahu
"Okay, kalau macam tu. Cium abang"
Eh abang pulak, tadi main saya awak. Peninh aku dengan Dr Fahmi ni
"Taknak" tolak aku
"Berdosa tolak permintaan suami" suaranya yang dibuat-buat sedih
"Dalam gelap, saya nak cium macam mana?"
Dan-dan dia buka lampu tidur. Cerah di bahagian kiri aku. Rupanya, dia ada betul-betul depan aku. Dekat pulak tu
"Kenapa awak mengusik saya masa dekat dapur?"
"Sengaja nak uji, iman tu kuat ke tak" jawabnya selamba
"Tapi iman tu tak cukup kuat lagi" sambungnya lagi
"Dah la saya tengah makan, kalau saya tercekik masa makan tadi macam mana?"
"Kan abang doktor, abang buatlah CPR dekat situ. Dapat ciuman satu dua kali" mengusiknya lagi
"Ishhh awak ni, memandai je lah"
"Why not? lagipun kenapa baby keluar makan sorang-sorang malam hari? bukan ke tadi dah makan sama-sama. Lapar lagi ke?"
"Saya memang cepat jadi lapar kalau masa ehem, entahlah kenapa. Doktor kata sebab hormon, jadi saya pun makan je lah"
Fahmi menganggukkan kepalanya tanda faham
Dia merapatkan wajahnya ke arah aku
"Apa awak ni?"
"Baby still nak panggil awak saya ke?"
"Iye lah"
"Kenapa tak nak tukar panggilan tu?"
"Sebab saya tak selesa"
"Tapi kalau kita tukar panggilan tu, dengar lebih manis dan romantik. Tak nak gitu?"
Aku menggelengkan kepalanya
"Okay, sekali lagi abang dengar baby panggil saya awak. Siap baby, ada dendanya"
"Suka hati awaklah nak den....."
Tiba-tiba bibirku terus disambar oleh fahmi dan dikuncup olehnya
Share this novel