GELI

Romance Series 4632

Seminggu selepas itu, kami berangkat ke overseas. Ini kali pertama aku berada di lapangan terbang KLIA. Sebelum ini aku tidak pernah menjejakkan kaki ke sini, malah juga aku hanya mampu mendengar cerita daripada marzuki. Eh cakap pasal marzuki nanti hujung-hujunb chapter aku cerita lah pasal mamat tu. Ni pasal aku dengan Fahmi

"Hemmmmm mana pulak pergi laki aku ni? tadi kata suruh tunggu dekat sini" aku berkata sendirian sambil menanti kehadiran fahmi yang pergi ke kedai untuk membeli makanan katanya. Aku menunggu setia menanti di tempat duduk sehingga dia tiba

Daripada jauh aku sudah ternampak yang fahmi sedang menghampiri aku. Tersenyum dia dengan bawa beberapa plastik makanan di tangan

"Sayang, sorry lambat" katanya sambil menghulurkan plastik roti kepada aku

"Terima kasih" aku mengambil dan membuka plastik roti itu

"Sayang" panggilnya

Aku menoleh ke arah fahmi

"Sayang pernah naik kapal terbang?"

Aku menggeleng

"Sayang tak pernah naik, tapi pernah dengar orang cerita"

Fahmi menganggukkan kepala tanda dia faham. Beberapa minit kemudian, terdengar nombor kapal terbang yang kami naiki akan terbang ke udara. Rasa gementar itu ada, dah la tak pernah naik. Tapi okaylah, sekurang-kurangnya aku naik dengan fahmi. Bukan macam marzuki kata je nak naik dengan aku, last-last hampeh

Semasa kapal terbang berada diruangan udara, aku pun terasa berat mata

"Abang" aku memanggil fahmi

"Hmmm" katanya sambil membelek ipad nya

"Mengantuk, nak tidur" kata aku sambil mengosok mata. Dah macam budak kecik yang mengantuk

"Come, tidur dekat abang" fahmi menarik kepala aku lalu diletakkan diatas bahunya

Aku tertidur dengan lena, beberapa jam kemudian. Fahmi turut terlena sama dengan aku, dia menindihkan kepalanya diatas kepala aku

Beberapa jam yang lalu, kami tiba di lapangan terbang New Zealand. Cuacanya yang sejuk membuatkan aku sedikit bergetar. Fahmi yang nampak aku kesejukan, terus diletakkan baju sejuk di atas bahu aku

"Jom sayang, kita ke hotel"

Aku mengangguk, sebelum membontoti langkah fahmi. Semasa menaiki teksi menuju ke hotel. Aku nampak macam-macam tempat yang menarik disini. Taman bunga yang memiliki banyak jenis bunga dan warna-warni. Reka bentuk rumah yang pelbagai, taman permainan yang luas serta hijau yang dapat menenangkan fikiran. Tanpa aku sedar, kami telah pun tiba di hotel penginapan kami yang sementara

Kata fahmi, kami dihotel itu hanyalah seketika sehingga rumah sewa yang dicari oleh fahmi untuk lulus. Aku pun melangkah masuk ke dalam hotel tu dengan penuh gaya. Dengan hiasan dalaman hotel itu sahaja sudah buat aku terpegun seperti aku berada di dalam istana hotel. Apabila fahmi selesai membuat pembayaran. Fahmi menarik aku untuk ke bilik

Kami dapat bilik yang sangat luas dan selesa dengan aroma wangian bilik itu sahaja sudah dapat merasakan ketenangan. Aku menuju ke arah cyling door, aku dapat melihat keindahan bandar di New Zealand. Lama aku berada disitu, menghirup udara segar. Semasa aku khusyuk menghirup udara, tiba-tiba pinggang aku dirangkul kemas daripada belakang. Terhinjut bahu aku dibuatnya

"A-abang"

"Hmmmm"

"Terkejut sayang" fahmi mengeratkan lagi pelukan itu

"Tahu" dia meletakkan dahinya dibahu aku

"Selesa?" fahmi bertanya

"Selesa, selesa sangat-sangat" jawab aku ceria dan gembira

"Okaylah kalau macam tu, abang bahagia bila sayang macam tu. Akhirnya abang dapat bahagiakan cinta hati abang ni" katanya lalu cium bahu aku berkali-kali

"Abang gelilah" tolak aku lembut. Aku menolak wajahnya

"Tu baru sikit, tak kan la dah geli. Kalau lebih-lebih sayang mesti lagi geli kan?" katanya dengan wajah nakal

"Tak tahu, tak tahu" aku menjongketkan bahu sebelum membuka ikatan pelukan tangannya itu

"Okaylah, abang nak mandi. Nanti kita turun makan, abang lapar"

Aku menganggukkan kepala, fahmi masuk ke dalam dan terus ke bilik air. Aku masih lagi diluar. Seketika kemudian, aku masuk ke dalam. Selesai fahmi keluar aku pula yang masuk untuk bersihkan diri. Memandangkan cuaca disini agak sejuk, jadi aku memakai baju lengan panjang selalu

Semasa aku berada di restoren, fahmi menolong aku memesan makanan disini. Aku tidak pasti makanan apa yang halal, jadi lebih baik fahmi yang pesan. a.k.a dia yang bayar

Selepas makanan dihidangkan, masing-masing berdiam diri untuk menikmati kelazatan makanan tersebut. Setelah selesai, fahmi pun berbicara

"Sayang"

Aku memandangnya

"Lagi seminggu abang dah kena masuk belajar tau"

Aku terdiam seketika

"PhD still ada kelas ke?" tanya aku lurus

"Tak, dia lebih kepada thesis" jawab fahmi

Thesis? apa benda pulak tu

"Thesis tu sayang, dia macam kerja sambil belajar. Abang kena cari pengalaman la lebih kurang kalau nak diringkaskan cerita"

Aku mengangguk beberapa kali, barulah aku faham

"Sayang okay kan?"

"Lama ke abang pergi?"

"Tak adalah lama, standart orang masuk kerja. 8 pagi sampai 5 petang je. Lepastu abang balik"

Aku mengangguk lagi

"Kenapa?" tanya fahmi

"Tak ada apa-apa" jawab aku

"Rindu abang ya?" fahmi mengusik aku

"Mana ada, tanya je. Sebab sayang tak tahu" jawab aku

Selesai makan, kami pun berangkat ke hotel semula untuk berehat. Pada malam itu, kami hanya berbual kosong untuk mengisi masa

"Sayang"

"Ye, suamiku" suara aku sudah mengantuk

"Dah mengantuk?"

Aku mengangguk kepala

"Awalnya, tak bergurau senda lagi" kata fahmi lalu ketawa

"Penatlah abang, naik kapal terbang. Rasa macam lenguh-lenguh badan" kata aku sambil merenggang badan di dalam selimut yang tebal

"Biasalah tu, first time kan?"

Aku menganggukkan kepala lagi

Jeda.

"Sayang"

"Sayang"

"Ouhhh sayang ku" fahmi memanggil aku

Dilihat aku sudah pun terlelap

"Lahh, dah lena rupanya. Hmmm penat sangatlah tu, takpelah. Kita pun dah mengantuk, sayang tunggu la abang. Kita naik langit kira bintang sama-sama" fahmi memeluk aku erat daripada belakang lalu memejamkan mata

"Good night sayang" fahmi memberi aku sebuah ciuman di dahi sebelum dia juga turut terlelap

Keesokan paginya, aku tersedar lebih awal sedikit daripadanya. Aku terus mandi dan bersiap, seperti yang dijanjikan oleh fahmi. Dia akan membawa aku pergi shopping di Mall berhampiran. Aku mengejutkan fahmi

"Abang"

"Abang"

"Abang......" suara aku sudah meleret sambil mencocok lembut dadanya

Fahmi tersenyum dalam tidur lalu menarik aku ke dalam pelukannya erat

"Sayang goda abang ke?" katanya suaranya seakan berbisik ditelinga aku sambil mata tertutup

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience