5 TAHUN KEMUDIAN

Romance Series 4632

Pada hari konvokesyen fahmi, tamatlah aku dan fahmi duduk disini selama 5 tahun. Selama 5 tahun juga aku hidup sebagai seorang usahawan wanita yang berjaya disana. Aku bermula dengan perniagaan kecil-kecilan sahaja. Sehinggalah aku berjaya membuka cafe disana dengan diberi nama Faira cafe's dengan gabungan nama nama aku dan fahmi

Fahmi telah berjaya mengenggam segulung ijazah doktor falsafah. Kini fahmi ialah Dr.Pakar perubatan di hospital dan fahmi jiga bercadang ingin membuka hospital sendiri

"Abang"

"Ya sayang" dia memeluk pinggang aku daripada depan

"Tahniah, Dr fahmi" aku memberikan sejambak bunga mawar kepadanya

"Terima kasih isteri ku, tapi kan sayang...."

Aku mengangkat kening menunggu kata-katanya yang seterusnya

"Tak cukup dengan bunga je, abang nak lebih" dia mendekatkan wajah aku kepadanya lalu memuncungkan bibirnya

"Abang" geram aku

"Kenapa?"

"Ni kan dekat U, mana boleh macam tu"

"Lah sayang, ni New Zealand bukannya Malaysia. Cepat kiss abang"

"Tak naklah malu, nanti orang pandang apa pulak dekat kita"

"Sayang sayang, kita dah kahwin lama tau. Kiss je pun, balik Malaysia abang nak claim baby pulak"

Aku menjeling dia, sesuka hati dia sahaja mahu claim itu ini

Seminggu kemudian, kami pulang ke Malaysia. Ibu sayang gembira apabila kami sudah pulang ke Malaysia, katanya warna kulit aku sudah berubah kepada putih pucat mungkin kerana cuaca disana lebih memainkan peranan

"Alhamdulillah, anak menantu ibu" kami berdua dipeluk rapat

"Ibu sihat?" tanya fahmi seraya melepaskan pelukan dan bersalaman

"Ibu dengan ayah sihat je, kamu berdualah okay ke dekat sana?"

"Okay je ayah, fai ni haa. Kadang-kadang tu dia tak jaga mata. Duk pandang lelaki new zealand mata biru"

Aku terkejut mendengar tuduhan fahmi itu, aku terus mencubit perutnya

"Aduhhh sayang, sakitlah" fahmi mengaduh sambil mengosok perutnya

"Mana ada ayah, fahmi tipu je. Fai tak pandang lelaki lain pun, dah kalau dorang tu pelanggan. Tak kan la fai nak tutup mata, nanti cakap tak ada adab pulak. Yang ni pun, balik Malaysia nak agak gaduh. Malam ni tidur luar, jangan tidur dalam bilik" aku terus beredar selepas bersalam dengan ayah. Ibu dan ayah berpandangan, fahmi pula terkelip-kelip mata dia

Pada malam itu, aku mendengar ketukan daripada pintu

"Sayang bukaklah pintu ni" suaranya seperti budak tidak mendapat mainan

"Sayang bukaklah pelis................" meleret please nya itu

"Taknak, tapi abang fitnah sayang" rajuk aku

"Sayang, abang gurau je lah. Tak nak la nak merajuk?"

"Nak merajuk jugak"

Fahmi mengetuk pintu menggunakan dahinya

"Bukak la sayang"

Jeda

Tiba-tiba aku mendengar bunyi seperti orang mencakar pintu, rupa-rupanya fahmi yang mencakar pintu daripada luar untuk menakut-nakutkan aku

"Sayang bukaklah, abang sakit perut ni. Kan terkeluar dekat sini sayang lap eh?"

Terus kelang-kabut aku membukakan pintu kepadanya, tak nak aku cucikan. Dah la yang kucing aku pun aku suruh orang lain yang cucikan, ni apatah lagi yang manusia punya

Fahmi terus beredar ke bilik air, aku kembali menutup pintu dan berbaring semula di katil. Setelah hampir 20 minit, fahmi keluar daripada bilik air dengan wajah yang lega daripada segala beban

Dia mengunci pintu dan menutup lampu, dia melompat ke atas katil. Dia dapat merasakan aku tiada di katil. Dia meraba-raba sekeliling katil juga tiada. Dia membuka lampu tidur, dia melihat sekeliling. Dia nampak aku di meja solek dengan memakai baju tidur satin berwarna merah

"Sayang" panggilnya

Aku berpaling, sengaja aku ingin menggoda dia pada malam itu

"Cantik tak sayang?"

Tertelan air liurnya

"Cantik, cantik sangat. Mata abang suka tengok" aku menghampirinya dan menaiki katil. Aku menindih badannya yang sedang duduk berlunjur di atas katil

Aku sengaja menarik agar baju itu tampak lebih seksi dihadapannya, sehingga ternampak lurah dada. Lagi lah tertelan air liur fahmi dibuatnya

"Sayang nak goda abang ke?" tangannya naik memeluk pinggang aku

"Why not? abang cakap nak claim baby. Ke abang tak sudi?"

"Tak logik lah kalau abang tak sudi, suami mana yang tak termakan dengan godaan isteri dia halal depan mata ni" fahmi terus menarik aku rapat sehingga aku bercium dengan dia. Lalu dia terus tarik ke masuk ke dalam selimut

Keesokan paginya, aku mengeliat kecil melihat fahmi tiada disebelah aku. Mana pulak pergi laki aku ni, semalam buat projek

Aku pun bangun lalu terus bilik air untuk membersihkan diri dan solat. Semasa aku dimeja solek, ada nampak ada sticker note kecil yang ditampalkan diatas meja

Sayang - abang keluar kejap, abang ada hal. Sayang breakfast dulu dengan ibu dan ayah

Aku tersenyum, aku pun keluar ke dapur untuk breakfast bersama

Seminggu kemudian, kami berpindah ke rumah fahmi semula, fahmi pun telah bekerja di hospital kerajaan sebagai doktor pakar manakala aku meneruskan kerja aku sebagai usahawan dengan membuka cafe di sini pula. Cafe di new zealand kawan aku yang berada disana menjaganya

"Abang dah berhabuk rumah ni"

"Yes, sebab tu lah. Abang mintak balik awal, boleh kita kemas sama-sama"

Kami mengemaskan rumah itu seharian untuk rumah banglo itu, daripada atas sampai bawah. Kepenatan itu, menyebabkan kami tidur terlebih awal iaitu pada pukul 8.30. Keesokan harinya, kami pun telah bangun awal. Fahmi telah pun ke hospital terlebih dahulu kerana ia mendapat berita ada pesakit mental

Aku seperti biasa, lambat sahaja. Tiba-tiba fahmi telefon aku

"Hello sayang"

"Hello abang, kenapa ni?"

"Datang hospital kejap"

"Kenapa? abang tak sihat ke?"

"Abang sihat je, datang je. Ada something yang sayang kena tahu ni"

"Okay"

Aku meletakkan panggilan, lalu aku terus memusingkan stereng kereta menuju ke arah hospital yang fahmi bekerja. Aku mencari fahmi dibilik doktornya, aku nampak dia

"Abang kenapa?"

"Jomm, ikut abang" fahmi terus menarik tangan aku menuju ke satu bilik yang jauh daripada orang lain. Aku mengintai daripada luar, aku mengenali susuk tubuh lelaki di dalam bilik itu

Aku dan fahmi masuk, tangan lelaki itu sudah diikat kemas dengan kain. Dan kakinya juga sudah diikat

"Marzuki" panggil fahmi

Marzuki berpaling ke arah kami, terkejut aku melihat wajah marzuki yang mempunyai bintik-bintik merah seperti penyakit HIV

"Abang" aku menyorok dibelakang fahmi

"Honey" marzuki memanggil aku. Aku mengintai dia disebelah lengan fahmi

"Sayang tahu, sayang banyak buat silap dengan honey. Sayang banyak hina honey, sayang banyak kata buruk dengan honey, sayang banyak buat dosa dengan honey. Sayang minta maaf sangat-sangat. Sayang tak kisah kalau honey tak mampu nak maafkan sayang, sayang faham. Atleast sayang dapat berjumpa dengan honey"

Aku terdiam seketika, fahmi memberi ruang untuk aku bercakap dengannya

"Saya dah lama maafkan awak, awak pun salah seorang yang pernah masuk dalam hidup saya. Orang pertama yang saya cinta dan sayang, tapi mungkin Allah dah buat cantik. Kita berpisah, dan saya bertemu dengan Fahmi"

"Fahmi baik kan? dia pandai jaga awak. Awak sekarang nampak lebih manis, lebih cantik daripada saya jaga dulu. Bertuah awak dapat dia"

Aku tersenyum

Jeda

"Saya menyesal lepaskan awak, tapi saya tahu. Saya tak kan dapat awak kembali ke dalam hidup saya. Saya ditipu oleh raisha, betul cakap fahmi. Dia ramai sugar daddy, sampai saya terkena penyakit ini daripada dia. Saya tak menyesal ceraikan dia talak 3, dia sekarang pun teruk dekat ICU. Saya tak kisah, dia buat hidup saya merana. Dia buat saya rasa bersalah dengan awak" marzuki menitiskan air matanya

"Takpelah anggaplah itu sebagai pengajaran untuk awak. InsyaAllah saya doakan awak berjumpa dengan jodoh yang baik untuk awak"

Dia mengelengkan kepalanya "mustahil ada perempuan yang ingin berkahwin dengan saya kalau dorang tahu saya ada penyakit HIV. Penyakit ini ambik masa yang lama untuk sembuh, saya pilih untuk hidup sendirian je selepas ini dan ufaira" dia memandang tepat ke arah mata aku

"Saya masih sayangkan awak, saya masih cintakan awak. Walaupun saya tahu, saya sudah lama bertepuk sebelah tangan"

Aku terdiam, aku dengar air matanya mengalir

"Saya sayangkan awak sebagai seorang kawan, tak lebih daripada itu. Saya bersuami saya harap awak faham dan hormat saya sebagai isteri orang"

"Saya faham, teima kasih sebab tolong ingatkan saya. Boleh saya pinta sesuatu?"

"Permintaan apa tu?"

"Tolong masakkan lauk kegemaran saya, saya rindu masakan air tangan awak. Boleh?" aku memandang fahmi. Fahmi menganggukkan wajahnya

Keesokan harinya, aku membawa ayam buttermilk kepada marzuki. Mula-mula aku enggan menyuapnya, tetapi setelah diberi keizinan daripada fahmi. Aku menyuapkan marzuki makan. Sedap sangat agaknya sampai dia menangis ketika makan

"Sedap ke?"

Marzuki menganggukkan kepalanya berkali-kali sambil menahan tangisan. Selesai makan "terima kasih sebab sudi masakan makanan kegemaran saya. Tiada siapa yang boleh lawan rasa air tangan awak tu"

"Sama-sama" aku tersenyum dan kembali ke arah fahmi

"Okaylah marzuki, aku ada kerja nanti lain kali. Nanti aku bawak ufaira jumpa kau lagi" marzuki menganggukkan kepala, semasa keluar aku mendengar tangisan marzuki. Hati aku juga turut bersedih dengan keadaan dia sekarang, tapi apakan daya

Beberapa bulan kemudian, aku telah di sahkan mengandung anak lelaki. Suka fahmi apabila dia lah orang pertama yang tahu perkara ini. Fahmi membawa aku berjumpa dengan marzuki untuk memberitahu

Marzuki memandang aku, kemudian matanya turun ke bawah untuk memandang perut aku yang sudah kelihatan itu

"Awak mengandung ke?"

Aku menganggukkan kepala

Dia tersenyum "Tahniah, baby boy ke baby girl?"

"Baby boy"

Senyumannya nampak bahagia disitu

"Berapa bulan?"

"Dah 7 bulan"

"Ouhh, dah besar rupanya"

"Dah ada nama ke baby?"

Aku memandang fahmi lalu kami mengelengkan kepala

"Kalau saya nak bagi nama boleh?"

"Boleh" jawab fahmi

"Emmmm kalau nama dia Ammar Zahrain?"

"Sedap jugak bunyi tu" kata fahmi

Mereka berborak pasal baby di dalam kandungan aku, aku hanya diam sahaja

5 bulan kemudian, baby itu sudah pun berusia 2 bulan. Aku dan fahmi membawa baby itu bertemu dengan marzuki. Memandangkan marzuki sudah pulih beransur-ansur. Cuma marzuki masih di hospital bahagia

"Ya Allah comelnya baby" kata marzuki

Fahmi mendekatkan sedikit ke arah marzuki agar dia dapat melihat dengan lebih jelas bayi itu. Rintih air matanya apabila melihat bayi itu. Andainya dia dapat putarkan semula masa, dia tidak mahu bercerai dengan aku. Sungguh dia sangat menyesal

3 tahun kemudian

"Abang"

"Ohhh abang" aku menjerit memanggil fahmi

"Ya ya"

Fahmi turun ke bawah

"Kawan abang datang, dia dekat kolam renang tu"

"Okay"

Fahmi melihat marzuki ada disebelah kolam renang. Marzuki sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit HIV dan mental. Dia sudah keluar daripada hospital beberapa bulan yang lalu

"Bahagia aku tengok kau dengan fai, dengan ammar tu"

"Alhamdulillah aku bahagia dengan dorang"

Jeda.

"Kau tak nak kahwin lagi ke marzuki?"

"Tak, biarlah aku menduda sampai ke tua. Daripada aku ulang benda yang sama. Cukup aku buat ufaira terluka dengan aku. Aku menyesal, aku tak nak ada yang terluka lagi buat kali ke-2. Lagipun aku bahagia dengan cara aku sekarang ni, cuma aku tak ada kawan nak ajak borak bila aku sunyi" matanya memandang ammar yang sedang bermain dengan kucing

Fahmi tersenyum "ikut kau lah, itu pilihan kau. Aku tak nak masuk campur"

Aku keluar lalu meletakkan pencuci mulut dan air kepada mereka

"Jemputlah"

"Terima kasih" marzuki menjamu selera

Manakala aku dan fahmi hanya melihat ammar bermain

"Sayang" tangannya naik merayap ke dalam baju aku

"Mula la tu, doktor ni" aku menolak

"Jom, tambah lagi sorang?"

"Tak nak"

"Why sayang tak nak?"

"Nanti dua-dua perangai macam abang, gatal miang. Tengok tangan ni, dah tak ada kerja lain ke?"

"Janganlah marah" fahmi terus mencempung aku lalu dibawa ke bilik. Ammar tidur di depan bilik kami

"Abang" geram aku

"Abang gigit sayang"

"I love you sayang"

"I love you three"

"Kenapa three?"

"Sekali dengan ammarlah"

Alhamdulillah hidup kami bahagia, manakala marzuki juga bahagia dengan caranya. Cuma kadang-kadang dia datang untuk menumpang kasih daripada kami sekeluarga. Aku sayang marzuki sebagai kawan

TAMAT

ending

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience