KAHWIN

Other Series 3329

"Apa ibu? kahwin?" terus terkejut la aku bila ibu dengan ayah cakap macam tu

"Iye lah kahwin, K A H W I N" ambik kau sampai ayah eja satu-satu perkataan kahwin tu

"Tapikan ayah, tak ke cepat sangat? persiapan pun kita tak buat lagi kan? kita pun baru bertunang harini" bangkang aku dah macam dalam mahkamah

"Tu tanya fahmi"

Aku melihat kepada fahmi

Fahmi hanya tersenyum dan mengangguk sebagai balasan. Aku lagilah berkerut seribu dahi dengan tak fahamnya. Aku mengangkat kening tanda tidak faham

"Okay, sebenarnya macam ni. Memang plan saya keluarga untuk awalkan majlis pernikahan atas beberapa sebab sebenarnya. Sebab yang pertama, pada awal bulan depan saya kena pergi new zealand untuk sambung belajar PhD selama 3 tahun disana. Jadi saya bimbang, takut nanti saya busy nak buat persediaan untuk kahwin dengan diri sendiri. Sebab yang kedua, saya risau marzuki selalu datang jumpa awak kan?. Sebab yang ketiga, tiada sebab. Itu je"

Hehh cakap je lah kau ada dua sebab, aca-aca nak buat jadi tiga sebab. Last-last dua je

Aku berfikir seketika "emmmmm kalau awak sambung belajar, pangkat doktor awak pun naik jugak ke?"

"Tu insyaAllah akan naik, mungkinlah saya akan dihantar ke hospital dan mungkin jugak saya jadi doktor pakar nanti"

Terus bulat mata aku dengar dia ckp tu, doktor pakar? ushhh kaya kaya kaya kaya boleh boleh. Esok pun aku on nak kahwin, boleh terus bawak dia pergi jumpa tok kadi

"Ouhhhh, busy la ye awak lepasni?"

"Yes, sebab tu saya awalkan"

Aku mengangguk faham, sebelum ayah dan ibu turut menjelaskan apa yang patut kamu lakukan untuk persiapan perkahwinan

2 minggu kemudian, aku baru sahaja keluar daripada klinik. Aku ternampak raisha dengan marzuki seperti bergaduh didalam kereta sampai bertampar. Aku terkejut, nak pergi halang ke tak eh? kalau aku halang, aku yang kena tampar nanti macam mana? biarlah malas aku nak join

Aku pun membiarkan mereka terus bergaduh, tiba-tiba fahmi telefon aku

"Hello assalamualaikum awak" riang sekali suaranya

"Hello waalaikumsalam ye, ada apa?"

"Awak free tak malam ni?"

"Free kenapa?"

"Kita jumpa sekejap, ada benda nak bincang"

Aku berfikir seketika, kenapa nak kena bincang dekat luar? dan pada waktu malam? sedangkan aku dengan dia kerja dalam satu bangunan je, berdepan pulak itu. Apasal ni???

"Boleh?"

"Boleh tapi dekat mana?"

Walaupun dia tunang aku, aku still takut nak keluar berdua-duaan dengan dia. Kejut perut wehh kalau apa-apa jadi

"He and she coffee pukul 8 macam tu, boleh?"

"Ohhh, boleh"

"Okay, bye assalamualaikum"

Baru je aku nak jawab bye, dia dah letak. Busy sangat la tu, dah la harini dia tak masuk klinik. Doktor luar yang datang, malas betul aku nak melayan doktor perempuan tu. Sikit-sikit tanya doktor fahmi, sikit-sikit cakap pasal doktor fahmi menyampah aku dengarnya

Sudahlah tinggal aku seorang harini, kak zahra mc katanya tak sihat tapi rupa-rupanya mengandung anak ketiga. Hemmm rezeki subur sangat HAHAHAHA

Pada malam itu, aku menunggu ketibaan fahmi di he and she coffee. Setelah aku memesan air, fahmi pun tiba daripada jauh aku dah nampak, pakai baju melayu. Tengok atas dah cantik kan?? tapi cuba tengok bawah, dia pakai kain pelekat je wehh. Sho simple that my man

"Sorry dah lama ke tunggu?"

"Tak adalah, saya pun baru sampai"

"Ouh, sorry-sorry. Saya pakai macam ni je sebab baru lepas solat maghrib tadi" katanya lalu duduk berdepan dengan aku

"Takpe" bakal imam aku kan, dia jaga solat alhamdulillah dimaafkan

"Awak tak marahkan?"

"Buat apa saya nak marah awak? awak solat kan, bukannya awak tidur"

"Nasib baik................ awak lapar tak?"

"Lapar la jugak"

"Kita makan dekat sini nak? saya belanja"

"Seriously?" gembiralah aku bila tahu dia nak belanja makan, nak je aku lompat-lompat depan dia

Dia menganggukkan kepala sebagai balasan

"So awak nak makan apa?" katanya sambil melihat buku menu dihadapannya

"Emmm carbonara ni macam sedap" tapi harga dia pun sedap jugak ni

Fahmi terus memesan dua carbonara cheese dan air kopi mocha

"Macam tahu-tahu je yang saya ni pengemar mocha"

"Ohh, sebab saya perasan. Awak selalu beli mocha, itu yang saya rasalah awak suka mocha" terang fahmi

Aku menganggukkan kepala. Beberapa minit menunggu makanan kami dah tiba, kami terus menikmatinya. Ya Allah sedap betul, berganda sedap kalau bakal suami yang belanja. Tiberrrrr

Selesai makan, aku bertanya kepadanya "ada apa awak nak kita berjumpa ni?"

"Saya nak bincang pasal majlis kahwin kita"

"Oh, kenapa?"

"Baju untuk kita pakai pada majlis berkahwin tu dah siap segala persiapan, makanan, cenderahati, dewan, hiasan semua selesai. Termasuklah yang bersanding belah pihak saya. Cuma bersanding belah awak je tak siap lagi" terang fahmi

"Oh, umi dengan ayah cakap dah 70% siap. InsyaAllah sempat siap untuk tarikh kita bersanding tu"

Fahmi menganggukkan kepala tanda memahami

"Awak" panggil aku kepadanya secara tiba-tiba

Dia terus mengangkat kepala dan memandang aku

"Awak tahu kan, ada doktor sambilan diklinik awak tu?"

"Tahu, kenapa?"

"Dia selalu cakap pasal awak"

"Lahh, kenapa?"

"Saya tak tahu, dia selalu tanya pasal awak dekat saya" mulut aku sudah muncung sedepa

Fahmi ketawa, apa yang kelakarnya?

"Kenapa awak ketawa?" tanya aku lurus

"Tak, tak ada apa-apa. Dia cuma tanya pasal apa?"

Aku mendengar fahmi bertanya begitu, terus aku jadi tak ada mood

"Gatal"

"Eh sape? saya ke?" fahmi bertanya kepada aku kembali

"Iye lah, awaklah. Gatal" kata aku sambil mata pandang tempat lain

Dia tergelak lagi "awak cemburu ye?"

"Cemburu lah, awak tunang saya kan? lagi 2 minggu nak jadi suami saya. Lainlah kalau awak tu tiada siapa-siapa untuk saya" terang aku sambil mata sudah melekat pada satu lelaki ni. Hensem ya amat

Fahmi perasan yang mata aku melekat pada seorang lelaki ni, terus fahmi tarik kerusi dan duduk betul-betul di sebelah aku dengan jarak yang dekat dan rapat. Terus tertutup lelaki tadi tu

"Best ke pandang lelaki tu macam nak tembus?" suaranya berubah jadi serious dan tegas

"Kenapa?"

"Sebagai seorang wanita dan tunang orang serta bakal menjadi isteri orang, awak kena hormat saya sebagai bakal suami awak. Jangan pandang lelaki lain, pandang saya je. Berdosa awak pandang yang lain, dah jadi zina mata awak tahu?"

Terus aku memandang sisa air aku yang masih ada lagi sedikit, dan aku menghabiskannya

Selesai itu, kami pulang ke rumah masing-masing

maaf saya semua, sambungan disini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience