Keesokan paginya, aku bangun awal daripada biasa. Selalunya masa-masa ehem ni aku bangun lambat. Ni dah ada suami semula, so kena lah bangun awal sebelum dia bangun dulu. Aku bangun lalu terus mencapai tuala dan beredar ke bilik air. Selesai membersihkan diri, aku terus keluar dengan memakai pakaian lengkap. Aku melihat fahmi sudah bangun, dia sedang bermain telefon. Dia terpandang ke arah aku dengan wajah yang ceria
"Morning baby"
Hahh?
"Emmm morning"
Fahmi menuruni katil dan menghampiri aku sambil mengambil tuala dan beredar ke bilik air
Aku hanya memakai alat solek yang nipis kerana ibu memesankan kepada aku untuk membeli sarapan pagi diluar. Penat katanya ingin memasak. Setelah aku bersiap, aku menunggu fahmi
"Baby nak ke mana?" tanya fahmi yang baru keluar daripada bilik air dengan mengenakan tuala paras pinggang
Seksinye!!!
"Nak keluar kejap, nak pergi beli sarapan"
"Minta izin nak keluar tak?"
Aku mengelengkan kepala
"Tapi saya ingat nak keluar dengan awak" sambung aku lagi
Fahmi mengangukkan kepalanya berkali-kali sebelum berkata "boleh, tapi tunggu kejap saya nak pakai baju dan solat. Awak dah solat?"
"Kan saya dah kata, saya ehem kan?"
"Ohh ya, lupa-lupa" kata fahmi sambil tersengih comel, lalu beredar ke almari untuk mencari pakaian
Aku memandang fahmi melalui pantulan cermin sahaja, aku sudah dapat melihat belakangnya yang tegap. Ni kalau aku peluk apa jadi?
"Baby" panggil fahmi kepada aku setelah dilihat aku masih lagi dimeja solek. Aku terus memandangnya dengan kening sebelah terangkat
"Nak tengok saya pakai baju ke?"
Terus merah muka aku setelah diajukan soalan begitu
"Ma..... mana ada, dah la saya tunggu awak dekat ruang tamu. Saya keluar dulu" aku mencapai telefon lalu bergegas keluar daripada bilik
"Kalau nak tengok cakap, saya boleh tunjukkan dekat awak daripada atas sampai bawah. Awak nakk??" jerit fahmi sebelum pintu tertutup
"Tak nak!!" aku menjerit balas semula sebelum aku kedengaran fahmi ketawa daripada dalam bilik
Aku bermain telefon sambil menunggu fahmi bersiap, tiba-tiba ibu keluar memandang aku
"Fai"
Aku memandang ke arah ibu
"Ya ibu"
"Fahmi mana?"
"Ishh ibu ni, asyik fahmi je ditanya. Tak nak ke tanya mana ufaira?"
"Eh kamu ni, kamu ibu dah nampak. Fahmi ibu tak nampak lagi harini" balas ibu pula
"Adalah si fahmi tu, dalam bilik"
Kami diam seketika sebelum fahmi keluar
"Baby jom"
"Jom"
Aku baru teringin nak ambik kunci kereta, fahmi terus menggapai kunci keretanya terlebih dahulu. Aku membontoti langkahnya sehingga ke dalam kereta. Semasa tiba di gerai ingin membeli nasi, ada seorang makcik ni mengata pasal aku
"Eh tu bukan ke anak Rina ke?"
"Mana?....... eh iye lah. Sebelah dia tu sape?"
"Laki baru la kott, tangan merah lagi tu"
"Bila dorang kahwin? Rina tak ajak pun kita pergi"
"Tak kan la nak ajak sebab anak kahwin kali ke-2"
"Ohh, ye lah. Malu la nak ajak, janda kahwin lagi"
"Tapi aku rasa laki dia yang ni macam lagi kaya"
"Itu lah, kereta pun nampak mahal"
"Dia nak sebab laki tu ada harta je tu, bukan ikhlas pun"
Apabila aku mendengar kata-kata itu, aku pun terpusing ke arah belakang. Aku mencari kelibat fahmi, tapi tiada. Aku mencari, rupa-rupanya fahmi mendekati makcik mulut tempayan tadi tu. Aku juga turut mendekati fahmi
"Makcik" panggil fahmi kepada dua orang makcik tadi. Makcik tu memandangnya
"Makcik saya nak tegur sikit la ye, kalau makcik tak tahu bermula daripada apa dan hujung pangkal dia apa. Saya rasa makcik tak perlu membawang kott, dan untuk pengetahuan makcik berdua yang suka membawang tak tentu pasal. Saya yang ajak dia kahwin dengan saya, sebab memang saya ikhlas nak jadikan dia isteri saya bukan sebab harta ataupun sebab dia dah janda. Dan lagi satu untuk pengetahuan makcik makcik jugak, saya ialah seorang penolong pengarah kesihatan di hospital di bahagian penyakit berjangkit macam makcik ni berdua ni. Bawa virus yang paling bahaya iaitu membawang dan bawa dosa sekali. Ohh ya sebelum saya terlupa, terima kasih sebab fitnah kami. Makcik boleh buat bekal dosa tu sehingga ke akhirat"
Aku yang terdengar terkedu, aku melihat muka makcik berdua tu. Lagilah terus tertunduk dan terdiam mendengarnya. Kene setepek baru terdiam, kalau tak kena. Ada dia terus menerus membawang pasal aku
Fahmi menarik tangan aku lalu terus ke dalam kereta. Aku diam sepanjang jalan sehinggalah fahmi yang membuka bicara
"Sape makcik makcik tadi tu?"
"Tu...... emm kawan ibu" kata aku
Fahmi menganggukkan kepalanya
"Saya tak suka dorang membawang pasal awak tadi, saya rasa panas hati bila makcik tu duk kutuk awak" katanya dengan suara yang tegas
Aku menganggukkan kepalanya sahaja, aku terdiam apabila ternampak sisi fahmi yang garang ni. Aku tidak pernah lagi melihat sisi ini melainkan sisi manja dan gurauannya sahaja
Sekali dia marah, pehhh harimau pun lari
Sampai sahaja dirumah, dia terus masuk ke dalam rumah. Mukanya masih tegang, manakala aku terus beredar ke dapur meletakkan nasi bungkus itu diatas meja makan. Ibu yang melihat itu terus menegur aku
"Kenapa dengan fahmi?"
"Dia marah"
"Lahh, kenapa? kamu ada cari pasal ke dengan dia?"
"Eh bukan fai, fai okay je dengan dia. Tapi kawan ibu yang cari pasal dengan dia" kata aku sambil membuat air milo panas
"Kawan ibu yang mana?"
"Kawan ibu yang Nisa dengan Rosna tu lah"
"Dorang buat apa?"
"Dorang kutuk yang fai kahwin dengan fahmi ni sebab harta dan sebab fai janda je" terang aku ringkas
"Patutlah. Biarkan sahaja dorang tu. Sekali kena bidas baru diam. Mulut dorang tu daripada dulu lagi pedas, cuma masa kamu berkahwin dengan marzuki. Marzuki jenis yang tak melawan, bila kamu kahwin dengan fahmi. Barulah fahmi melawan, baru dorang diam" balas ibu pula
Setelah siap buat air, cepat-cepat aku beredar memanggil fahmi dibilik
"Sayang" panggil aku sambil ketuk pintu
Hampir 5 minit aku menunggu, fahmi pun keluar
"Awak okay tak?" tanya aku sambil melihat mukanya berkerut
"Okay je, sakit perut la pulak"
"Jom makan"
Fahmi menganggukkan kepalanya
Share this novel