MANA ADA

Other Series 3329

"Kau memang tak tahu ke?" perli fahmi sambil makan buah dengan aku

"Tak, daripada mana kau tahu?"

Fahmi tergelak, tetapi kedengaran seperti perli lagi

"Suami jenis apa kau ni? tak tahu isteri keluar dengan sape, buat apa, berapa lama, untuk apa dia keluar"

"Kau tak payah nak perli aku"

"Eh terasa pulak kau ye, makan cili rupanya"

Marzuki menjeling fahmi sebelum dia mengeluarkan telefon di poket seluarnya dan menunjukkan video-video raisha bersama sugar daddynya. Terus berubah muka marzuki lalu terus bangun dan mencekam tekak baju fahmi

"Kau!!"

"Kau jangan nak tuduh raisha macam ni!!"

"Hehh, aku nak tuduh? aku ada bukti la bro. Kau sendiri nampak kann?" fahmi menjawab tenang

Marzuki terus menumbuk fahmi sehingga fahmi terjatuh, lalu fahmi tidak mengalah. Dia mampu untuk tergelak lalu bangun perlahan-lahan. Fahmi menyerang beberapa das sehingga marzuki turut jatuh. Aku pergi menghalang fahmi daripada terus menumbuknya

"Awak awak, dah cukup" aku memegang mukanya

"Dia yang mula dulu" kata fahmi sambil matanya memandang tajam marzuki

"Dah lah tu sayang cakap" pujuk aku sambil mengosok lembut pipi fahmi. Terus fahmi terdiam, manakala marzuki mendegus geram

"Kau baliklah marzuki" halau aku

"Hehh, sejak bila sayang jadi macam ni?" ujar marzuki lembut ingin meraih tangan aku

Fahmi terus menarik tangan aku dan menolak marzuki

"Sejak bila? sejak kau lepaskan aku. Aku benci tengok kau, aku dah tak nak jumpa dengan kau lagi dah atas muka bumi ni" kata aku, suara aku pulak yang naik

Marzuki tersenyum senget

"Kau dengan fahmi sekarang ni, semenjak cantik, seksi, kurus ni. Lain macam eh kau, kau tu barang dah lusuh, barang lama. Dah tak sama dengan barang baru"

Aku yang hilang kesabaran, terus aku tumbuk muka marzuki sekuat hati. Terkejut fahmi melihat itu

"Aku layan kau baik sebelum ni marzuki, sebab apa? sebab aku hormat kau. Tapi bila aku baik, kau pijak aku, kau hina aku. Aku tak pernah naik tangan dekat mana-mana lelaki!!" marah aku membuak

Fahmi terus menarik dan memeluk aku erat, dia takut aku tumbuk marzuki lagi. Marzuki sudah lemah, pipi dia teruk aku tembuk sampai bengkak berdarah. Puas hati aku

"Korang laki bini pandai main gusti, nanti malam-malam bergusti eh" sindir marzuki lalu beredar keluar daripada dewan itu

Fahmi terus memandang aku "sayang okay tak?" dia melihat tangan aku ada kesan biru sedikit di buku lima, kerana kesan tumbukan yang kuat. Aku hanya mengangguk mengawal kemarahan daripada merebak, fahmi mengusap lembut belakang tapak tangan aku

Selesai majlis, kami pulang ke rumah. Aku terus bilik kerana kepanasan dengan gaun yang aku pakai. Tak termasuk dengan hati pun 2 kali panas. Aku pun terus buka tudung dan gaun lalu terus ke bilik mandi. Setelah selesai aku keluar dengan berkemban, aku terkejut melihat fahmi dengan lena diatas katil. Nasib baik dia tidur, kalau tak habis aku

Cepat-cepat aku ke almari pakaian dan mengambil pakaian lalu masuk semula ke bilik air. Setelah siap berpakaian aku ke meja solekan untuk sapu beberapa benda yang sudah menjadi rutin harian aku. Setelah selesai aku pun kembali ke katil dan melihat fahmi yang sedang lena dibuai mimpi

Aku berbaring disebelah fahmi, lalu mengosok lembut kepalanya dan menilik setiap pelusuk wajahnya. Fahmi seorang yang memiliki kulit cerah kemerahan, kening yang tebal dan hitam, bulu mata yang agak panjang, hidung mancung, bibir penuh berwarna merah jambu. Hmmmm bagus tak menghisap rokok, ehh lupa doktor mana boleh hisap rokok. Ada jawline, muka pun bersegi senang cerita sedap dipandang

"Beruntung rupanya aku ni sebab dapat suami yang handsome macam dia" aku mencuit manja hidung fahmi sehingga fahmi tergerak sedikit ibarat terganggu dengan sentuhan itu

Fahmi terus memusingkan badannya menghadap aku dan terus memeluk pinggang aku "Awak puji saya ke?" katanya dalam suara masih lagi mengantuk

"Mana ada" kelentong aku

"Yeke?" fahmi merapatkan wajahnya ke arah aku. Dia mengangkat tangan aku lalu memeluknya, wajahnya sangat menghampiri dengan dada aku. Jantung mula berdegup laju apabila hembusan nafasnya terkena pada leher aku

"Awak"

"Hmmm"

"Tak nak mandi ke?"

Nanti 5 minit lagi" katanya sambil merapatkan wajahnya lagi

"Awak dah mandi ke?" tanya fahmi kepada aku

"Dah"

"Patutlah wangi, macam sedap je kalau gigit kan?"

Eh dia boleh tanya aku macam tu?

"Awak, waktu asar dah nak habis ni"

Fahmi pun memusingkan badannya ke arah kiri dan menggeliat kecil. Dia melihat jam ditelefon sebelum bangun

"Awak tolong buka kan butang baju dengan kain samping ni boleh?"

Aku menganggukkan kepala lalu menolongnya, secara tiba-tiba fahmi menguncup pipi aku lalu terus ke tandas. Aku sudah kejung disitu setelah beberapa minit baru tersedar. Tangan naik memegang pipi yang dikuncup oleh fahmi seketika tadi, tiba-tiba terasa malu sendiri

Selesai mandi fahmi pun keluar dengan mengenakan tuala paras pinggang. Aku terkejut melihat itu, cepat-cepat aku alihkan mata memandang telefon. Fahmi menghampiri aku dan bertanya

"Awak dah kemas ke baju saya dalam almari?"

Aku menganggukkan kepala sahaja

Fahmi pun beredar menuju ke almari pakaian, di ambil sehelai kain pelekat dan baju melayu berwarna biru gelap. Dia memakainya dengan menghadapkan cermin solek aku, semasa dia memakai baju, aku mengintai dia melalui belakangnya. Nampaknya badannya yang berotot itu kemerahan ada 6 packs dah macam roti harga 3 ringgit tu. Tiba-tiba fahmi tersenyum

"Lamanye tengok"

Terkejut aku dibuatnya, cepat-cepat aku memandang telefon semula

"Best ke dapat tengok badan orang?"

"Mana ada saya tengok badan awak" kelentong aku

"Yeke, kenapa tadi saya nampak awak tengok saya. Dengan mata tak berkelip pulak tu" katanya seraya mendekati aku

"Awak salah pandang kott"

"Yeke saya salah pandang? ke awak yang memang nak pandang?" katanya semakin mendekati aku sambil tersenyum

Janganlah senyum, cair dah aku tengok dia senyum ni

Apabila hidung kami hampir bertembung, cepat-cepat aku berbicara dengannya

"Awak solat asar"

Dia pun terus tersenyum dengan penuh makna dan mulakan solat. Aku sudah lega bila fahmi mula angkat takbir. Gugur jantung aku bila bertentangan pandangan dengan dia sedekat itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience