"Ma......... mana ada sayang goda abang, sayang nak kejutkan abang bangun. Tu je" aku menolak dadanya agar membuat jarak diantara aku dengannya
"Kejutkan cara cocok-cocok macam tu?" katanya sambil mata terbuka sebelah
Aku menganggukkan kepala
"Dah boleh solat?"
"Dah"
Fahmi membaringkan aku disebelahnya, lalu dia terus bangun untuk bersihkan diri dan mendirikan solat. Aku pula menunggu dia, hampir 1 jam aku menanti. Akhirnya dia telah siap berpakaian manakala aku sudah siap pakai tudung
"Jom sayang, kita pergi mall"
Aku mengikutinya sambil memegang tangannya, di dalam mall. Bermacam-macam kedai jenis pakaian ada. Tiba-tiba fahmi menarik aku ke arah kedai yang menjual pakaian tidur. Aku terkejut melihat fahmi mengambil baju tidur itu dan meletakan pada tubuh aku untuk mengukur saiz
"Cantik dan seksi" katanya sengaja ingin mengusik aku
"Tak naklah, tak sesuai dengan sayang" aku menolak baju itu
"Apa pulak tak sesuai. Cantiklah, abang suka. Dah abang bayar" fahmi terus mengambil 5 helai baju tidur kain satin paras peha tu. Aku sudah tak boleh bayang kalau aku pakai, apa yang akan jadi
Fahmi terus membawanya ke kaunter pembayaran, selesai itu. Dia menunjukkan beg kertas itu kepada aku. Dia mengheret aku ke pelbagai lagi kedai. Sampai penuh tangan dia nak menggengam beg kertas itu
"Abang dah lah, dah la banyak kita shopping ni" aku juga turut memegang 4 beg kertas disebelah kanan. Tangan aku sebelah kiri memeluk erat lengannya
"Okaylah, abang pun dah mula tak rasa tangan dah ni. Dah kebas" katanya lalu kami pun pulang ke hotel
Aku mengemaskan semua barangan dan pakaian yang dibeli, majoritinya semua barang aku. Aku sudah terlena semula dikatil setelah kepenatan shopping. Bukan setakat tenaga yang habis, duit dia pun penat agaknya
Pada malam itu, setelah selesai aku solat isyak. Aku membersihkan diri sebelum tidur, aku memakai baju tidur satin paras peha yang fahmi belikan. Serba salah aku nak pakai ke tak, tak pakai nanti dia merajuk. Kalau pakai, nanti aku pulak yang serba tak kena. Macam mana niiiiiiiii, tolong kami bantu kami anak-anak........ Eh eh salah lirik
Selesai itu, aku pun keluar daripada bilik air. Aku terus ke meja solek, aku memakai beberapa skincare rutin yang aku pakai setiap hari untuk kekal tampak flawless. Sudah itu, aku terus menuju ke katil. Aku menarik comforter dan menyelimuti tubuh aku sehingga ke paras pinggang. Aku duduk diatas katil sambil bermain telefon, scroll scroll instagram. Fahmi masih lagi diruang tamu, sedang bertelefon dengan sahabatnya katanya
Sedang aku khusyuk scroll instagram, tiba-tiba aku ternampak story ig raisha. Ting
Gelap
Aku berkrik-krik di dalam gelap, hanya ada sahaja telefon aku sahaja. Aku terdengar pintu bilik sudah ditutup dan dikunci. Tetapi aku hairan, fahmi diluar ataupun dia masuk aku yang tak dengar?
Aku dapat merasakan ada hembusan nafas di dada aku, dan aku dapat mendengar kata-katanya "Cantik sayang malam ni" suara dia mengoda
Aku terdiam, aku tak tahu rasa apa. Nak kata seram macam ya, tapi macam tak
"Apa abang ni" aku memandang telefon semula
Ting
Bilik itu, telah mempunyai sedikit cahaya daripada lampu tidur yang dibuka oleh fahmi. Dia betul-betul dekat dengan aku. Lalu dia terus merampas telefon aku, tanpa aku menutupnya
"Sayang" suaranya gemersik
Aku terdiam
Tangannya naik menyentuh betis, naik ke peha. Diramas peha aku lama sebelum dia mendekatkan wajahnya kepada wajah aku
"Sedap pegang peha sayang, lembut, gebu, kulit pun halus je. Sedap pegang lama-lama ni" suaranya masih lagi dalam tone menggoda
Aku tak pasti diantara dia memang sedang menggoda aku, atau aku yang terasa sebegitu
"Sayang..."
"Ye"
"Jom malam ni" dia berbisik kepada aku
"Abang tak boleh tahan, lama-lama pegang peha sayang. Tengok sayang pakai macam ni, roboh iman abang" sambungnya lagi
Aku terdiam dan terkelu seketika
Fahmi mengubah posisinya dengan membaringkan aku lalu dia naik menindih tubuh aku. Dia menggengam erat tangan aku sebelum dia berbisik lagi
"Izinkan abang boleh?"
Aku mengangguk sahaja sebagai jawapan. Tidak tahu aku ni seperti kena santau ke apa. Sampai ikutkan je lah semua kata-kata dia
Fahmi mula dengan ciuman didahi, turun ke pipi, dan akhir sekali bercantum semula dengan bibir aku. Aku membalas ciumannya dengan penuh kasih sayang, aku dapat merasakan bahawasanya fahmi sangat menyanyangi aku dan menghargai aku
Lama kami bercium, ciuman dilepaskan untuk mengambil udara. Dia melihat aku seketika, aku melihat dia pula. Tangannya naik menyentuh lampu tidur. Dia tutup lampu tidur disebelah aku dan dia berkata
"Abang nak lunaskan tanggungjawab abang lebih malam ni, sayang okay kan?" percakapan dia pun sudah tercungkap-cungkap
"Okay" jawab aku
Dia tersenyum lalu terus mencium leher aku bertubi-tubi. Akhirnya fahmi mengheret aku masuk ke dunia malam pertama suami isteri
Keesokan harinya, aku bangun terlebih dahulu daripada fahmi. Aku melihat dia masih lena dibuai mimpi. Aku mengutip baju yang berselerak di atas lantai gara-gara fahmi punya kerja. Aku terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Sudah itu, aku mendengar azan solat subuh di masjid berdekatan dengan hotel. Aku terus mengambil wuduk dan keluar. Aku melihat fahmi sudah terbangun dengan muka mamai merah kulit wajahnya
"Emmm sayang dah siap?" tanyanya dalam suara mamai
"Dah, tunggu abang. Cepatlah abang imamkan eh?"
"Okay, tunggu kejap"
Fahmi turut daripada katil lalu mencapai tuala dan terus ke bilik. Setelah 15 minit, fahmi keluar lalu memakai pakai pelekat dan baju melayu. Kami mula solat bersama
Selesai itu, semasa di penghujung bacaan doa. Kami bersalaman seketika, dia memegang kepala aku
"Sayang, abang harap sayang mampu untuk jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk anak-anak kita. Abang juga berharap agar ikatan perkahwinan kita ini kekal sehingga ke syurga firdaus"
Aku terdiam
"InsyaAllah sayang akan cuba jadi yang sebaik mungkin kepada abang dan anak-anak kita yang akan datang"
Kami selesai bersalaman
"Abang jangan nak cari yang lain eh, kalau sayang tahu. Sayang gunting abang punya tu........." mata aku melirik ke arah aku
Cepat-cepat fahmi menutupnya "ishhh sayang ni. Tak kan lah abang nak cari yang lain. Abang dah ada yang ni" dia memeluk aku daripada belakang, tangannya masuk ke dalam baju aku dan merayap ke bahagian dada aku
"Mula la ni, Dr Fahmi kita naik ulat bulu panjat lidi" kata aku. Lalu fahmi ketawa
lagi 1 chapter, kemudian endinglah cerita ini
Share this novel