Minggu demi minggu berlalu. Waktu bergerak pantas di kota yang tak pernah tidur, namun bagi Tengku Idina, setiap hari terasa semakin berat, seperti beban yang dipikul semakin bertambah tanpa henti. Dia sudah berusaha bertahan, sudah cuba memberi peluang, tetapi hatinya semakin penat.
Hazwan, tunangnya, semakin kerap mungkir janji.
Awal-awalnya, alasan yang diberi masih boleh diterima. Mesyuarat yang tergendala, client yang tiba-tiba minta tukar jadual, urusan-urusan mendadak yang memerlukan perhatian segera. Tetapi lama-kelamaan, alasan itu menjadi satu rutin yang membosankan. Seperti helai kertas yang diulang-ulang kali dilipat dan dibuka, janji mereka mulai terkoyak dan tidak lagi utuh.
Janji makan tengah hari yang mereka rancang dengan penuh harapan sering dibatalkan pada saat akhir tanpa notis yang jelas. Mesej-mesej dari Hazwan yang dulu penuh dengan kata-kata manis kini dibalas dengan sebutan ringkas atau kadang-kadang dibiarkan berhari tanpa balasan. Suara Hazwan di telefon yang dulu hangat dan penuh perhatian kini berubah menjadi nada yang datar dan hambar. Dia seolah-olah menjadi bayang-bayang yang sukar dikejar.
Hari ini merupakan girlfriend day, yang selalunya menjadi hari paling manis dalam hidup Idina, berlalu begitu sahaja tanpa sebarang perayaan. Tiada hadiah istimewa, tiada kejutan, hanya sebuah mesej ringkas yang masuk ke dalam telefon bimbitnya.
> “Sorry, sayang. I totally forgot. Too swamped with the tender submission.”
Mesej itu sampai seperti sebiji batu besar yang menghantam hatinya. Idina duduk termenung, memandang skrin telefon yang berkelip. Tangannya menggenggam alat komunikasi itu dengan erat, seolah mahu memegang sebahagian dari rasa cintanya yang mula pudar.
Dia ingin membalas dengan kemarahan, dengan pertanyaan yang menuntut jawapan. Namun sesuatu di dalam dirinya berkata supaya diam, supaya menahan luka itu sendirian. Sebab dia takut jika dia berbicara, semuanya akan hancur berkecai.
---
“Sayang, I tahu I banyak kurang lately… Tapi percaya cakap I, semua ni untuk masa depan kita. I tengah push supaya projek ni jalan, nanti kita kahwin, kita hidup selesa,” suara Hazwan dalam panggilan itu seperti lagu lama yang selalu berulang. Ayat yang sama diulang setiap kali hati Idina mula goyah.
Walau hatinya kian lemah dan penuh persoalan, dia masih mengangguk dalam diam, memaksa dirinya percaya.
“Okay, I faham,” jawab Idina perlahan. Hatinya berbisik lain, namun dia enggan meluahkan. Dia mahu percaya pada lelaki itu, pada janji yang dia sampaikan. Namun setiap kali pulang ke rumah, rasa kosong dalam dadanya makin menganga, menuntut perhatian yang tidak kunjung tiba.
---
Malam itu, selepas satu lagi janji makan malam yang dibatalkan secara tiba-tiba, Idina duduk sendirian di ruang tamu yang sunyi. Lampu ruang tamu sengaja dimalapkan sehingga bayang-bayang di dinding menjadi panjang dan kelam. Sebuah cawan green tea sudah mulai suam berada di tangannya, tetapi tidak ada yang dapat menghangatkan perasaannya.
Dia duduk dengan kepala yang berat, memandang ke luar jendela besar yang menghadap ke kota Kuala Lumpur. Lampu-lampu bangunan yang berkilauan di kejauhan menjadi latar yang indah, tetapi bagi Idina, ia hanya menggambarkan kesunyian dan kekosongan dalam dirinya.
Tangannya mencapai telefon yang terletak di meja sisi. Dengan jari gementar, dia membuka galeri gambar lama. Satu persatu gambar dari hari-hari indah sewaktu belajar di luar negara diimbas. Wajah kawan-kawan, buku nota yang penuh tulisan, taman kampus yang pernah menjadi tempat dia membina impian.
Tiba-tiba, skrin telefonnya menyala dengan notifikasi mesej baru.
Qayyum sent you a message.
Jantung Idina berdegup kencang. Nama itu sudah lama tidak muncul dalam hidupnya. Lelaki yang pernah menjadi sahabat karibnya ketika mereka sama-sama menempuh suka duka di universiti luar negara. Lelaki yang dengan sabar mendengar setiap keluh kesah, yang selalu ada ketika Idina hampir jatuh kerana tekanan.
Qayyum — lelaki yang tidak pernah melangkaui batas, yang hanya menjadi pendengar dan teman setia.
> “Assalamualaikum Idina. Lama betul kita tak contact. I just got posted back dekat KL. Jumpa IG you sebab ada mutual friend repost gambar event kat hotel keluarga you. You nampak macam masih macam dulu. I hope you’re doing well.”
Idina menarik nafas dalam-dalam. Kenangan lama melimpah masuk, membuat dadanya sesak.
Selepas tamat pengajian, mereka telah berpisah tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal yang sewajarnya. Qayyum melanjutkan pelajaran ke sekolah perubatan, sementara Idina kembali ke Malaysia untuk menguruskan syarikat keluarga. Perlahan-lahan, jarak itu mengikis hubungan baik mereka.
Dan kini, Qayyum muncul kembali, membuka pintu lama yang telah lama ditutup.
Idina mula menaip balasan dengan hati yang penuh keraguan dan harapan.
> “Wa’alaikumussalam Qayyum. It’s been so long. I’m surprised you remembered me. How are you? KL macam mana?”
---
Malam itu, mereka berbual panjang. Dari cerita kerja, hospital tempat Qayyum bertugas, makanan kegemaran masa belajar dulu, hingga kisah kehidupan yang berubah. Qayyum tetap seperti dulu — sopan, lembut, dan penuh perhatian. Dia tidak pernah bertanya tentang status Idina, tentang Hazwan, atau kemewahan yang kini membaluti hidup Idina. Sebaliknya, dia hanya bertanya soalan remeh yang membuat Idina rasa dihargai.
> “Dina masih minum green tea yang pahit tu ke?”
Idina ketawa, suara itu datang dari dalam hatinya — tawa yang jujur, bukan sekadar pura-pura. Qayyum masih lagi seperti dulu. Always remember all the small details about her.
---
Keesokan harinya, Hazwan menelefon. Tapi tiada lagi sapaan mesra atau pertanyaan khabar. Dia hanya meminta tolong:
> “Dina, boleh tak tolong hubungi event planner? I terlupa nak uruskan satu majlis vendor kita.”
Idina diam, menahan rasa sepi yang menghimpit.
Untuk kali pertama, dia tidak terasa rindu.
Dalam diam, hatinya sedang mengenang kembali persahabatan lama yang pernah dia tinggalkan. Dan untuk kali pertama, dia terfikir bahawa mungkin ada seseorang di luar sana yang tidak pernah lupa tentang dirinya.
---
Weeks after weeks, day by day. Hazwan keep on changing buat hubungan Idina dengan Hazwan semakin renggang. Janji yang sering diingkari membuatkan Idina mulai menjauh, walaupun dia tidak pernah menyatakan secara langsung. Dia mula meluangkan lebih banyak masa berbual dengan Qayyum, yang sentiasa hadir tanpa syarat.
Hazwan pula mula rasa kehilangan dan terdesak. Namun sikap dinginnya sendiri membuatkan dia sukar untuk kembali ke hati Idina. Sebuah persaingan sunyi mulai muncul dalam hati Idina — antara janji manis yang kerap hilang dan keikhlasan persahabatan lama yang mula mekar kembali.
See you in Chap 3.
Share this novel