Hujan renyai masih belum berhenti sejak tengah malam tadi.
Bunyi titisan pada tingkap bilik apartment mewah itu jadi bunyi latar yang menghantui diri Idina — bukan kerana dingin cuaca, tetapi kerana suasana sepi yang mulai membesar dalam hidupnya.
Dia berdiri lama di depan cermin. Matanya memandang kearah wajah yang berada di cermin besar itu. Nampak kosong.
Perlahan-lahan, tangan menggenggam sikat rambut, tapi tak bergerak. Mata merenung wajahnya sendiri. Rambut yang semakin jarang diikat nampak tidak bermaya, pipi yang dulu gebu kini tampak cengkung, mata yang semakin kehilangan kilau.
Tapi yang paling berat bukan pada tubuh.
Yang paling sakit… di dalam.
---
Idina duduk perlahan di birai katil.
Air cond dibiarkan tertutup sejak semalam, tapi tubuhnya tetap menggigil. Bukan kerana suhu, tapi kerana rasa sepi yang kian lama, makin mencucuk tulang.
Dia tarik nafas. Mata terpejam.
Dan tanpa izin, fikirannya kembali ke masa lalu.
Dimana dia pernah berasa seperti kini.
---
Flashback – United Kingdom, Tahun Ketiga di Universiti
Salji turun lebat malam itu.
Idina terbaring atas sofa kecil di ruang tamu flat sewa mereka. Dia tak larat nak ke bilik. Badannya demam panas. Tekak perit, kepala berdenyut, mata berair.
Flat sunyi.
Housemate semua balik kampung atau keluar dengan pasangan masing-masing. Lampu malap. Peti ais kosong.
Idina peluk selimut, tapi tubuh tetap menggigil. Nafas sempit.
Tiba-tiba, pintu diketuk perlahan.
"Princess?"
Qayyum.
Dia berdiri di luar dengan jaket tebal, rambut sedikit basah ditimpa salji. Di tangannya, bungkusan plastik dan satu termos kecil.
"Qayyum" perlahan suara Idina.
Qayyum membuka pintu flat itu dan membuka lampu. Dia duduk di sofa berdekatan Idina.
"Princess, sorry I lambat. Jom I bawak you pegi hospital."
“No need. Macam mana you tahu I sakit?” suara Idina serak, kering.
Qayyum tak jawab panjang. Dia bangun, ambik mangkuk di dapur dan mula menukar isi termos. Dia membuka penutup lalu tuang sup perlahan ke dalam mangkuk.
"Tak penting macam mana I tahu. Yang penting… you makan dulu."
Qayyum meniup sup itu.
“Sup ayam. Ni I masak sendiri. Hopefully, teka dengan tekak you. Dalam ni, ada halia, ada lemon so boleh panaskan tekak you sikit.”
Dia suap Idina perlahan, sabar. Tak tergesa. Tak menyuruh. Tak mencemuh bila tertumpah.
Selepas makan, dia rendam tuala kecil dalam air suam, perah, dan lapkan dahi Idina.
Kemudian, dia duduk jauh — di kerusi hujung — sambil baca Quran perlahan, suaranya hampir berbisik.
Suara Qayyum tenang. Idina mula tertidur dengan bunyi ayat-ayat tenang itu sehingga menutup tangisan dalam dadanya.
Keesokan pagi, dia bangun. Rumah bersih.
Qayyum dah tak ada.
Tapi termos, mangkuk dah dicuci bersih. Tuala dilipat kemas. Dan ada satu nota kecil:
> “Don’t fight alone. You’re too precious. – Q”
---
Kembali ke Masa Kini
Air mata Idina gugur perlahan.
Hening pagi diselubungi hujan menambah kelukaan yang dia simpan selama ini.
Kenapa dia terima Hazwan?
Kenapa dia tinggalkan Qayyum dulu — lelaki yang selalu tahu bila dia sakit, bila dia terdiam, bila dia cuma perlukan bahu?
Dia pandang telefon.
Skrin kosong. Tiada notifikasi dari Hazwan. Tiada pertanyaan, tiada pesanan mesra, tiada "I miss you" yang dulu pernah buat dia tersenyum.
Tapi kemudian — satu mesej masuk.
Nombor tidak disimpan. Tapi hatinya terus tahu.
> "Hari ni hujan. Jangan lupa makan ubat. Selimut diri you ketat-ketat. You always get flu bila cuaca macam ni. – Q"
Idina pejam mata.
Dia masih ingat.
Masih tahu kelemahannya.
Masih lagi jaga walaupun dari jauh.
Dia tak pernah pergi.
---
Waktu makan tengah hari, Idina keluar seorang diri.
Dia jalan perlahan, mengelak daripada rakan sekerja yang biasa mengajaknya makan. Dia mahu sepi. Dia mahu memikirkan semuanya — tanpa gangguan, tanpa maskara.
Lalu dia berjalan ke satu florist kecil di Jalan Telawi. Warna-warni bunga menghiasi pintu kaca.
Dia masuk perlahan, aroma segar bunga menyerbu indera.
“Looking for anything specific, miss?” tanya pemilik kedai.
Idina diam.
Matanya mendarat pada satu kuntum bunga — ranunculus putih.
Macam yang dia dapat semalam.
Macam yang Qayyum pernah berikan.
Macam yang melambangkan dirinya.
> Layered. Delicate. Tapi sentiasa kuat.
Dia ambil sekuntum.
"Tolong pack kan bunga ni untuk I." pinta Idina.
Bunga itu, dia tidak tahu untuk siapa.
Atau mungkin… dia tahu. Cuma belum bersedia mengaku.
---
Malam Itu
Hazwan tidak menghubunginya langsung.
Tiada mesej.
Tiada penjelasan tentang hari sebelumnya. Tiada soalan tentang kesihatan Idina walaupun dia tahu Idina kerap selsema, tidak sihat waktu musim hujan.
Malam itu, Idina baring di atas katil. Ranunculus putih tadi disimpan dalam gelas air, diletakkan atas meja sisi.
Botol kecil lavender essential oil dari Qayyum masih di situ — belum digunakan, tapi tetap menemani.
Dia tenung siling bilik. Sunyi.
Dan dia berbisik pada dirinya sendiri:
> "Kalau satu hari nanti aku jatuh… aku harap bukan dia yang sambut. Tapi kau."
Tapi… siapa ‘kau’?
Dia belum berani menjawab.
---
See you in Chapter 9.
Sorry. Thank you for those yang baca.
Share this novel