004

Romance Series 405

“Dina, please. I dah penat balik kerja, nak rehat sikit. Can we not talk about benda remeh ni sekarang?”

Nada suara Hazwan keras, tergesa. Idina diam, menggenggam erat telefon itu dengan tangannya, lututnya bergoyang sedikit, terasa lemah di bawah meja kerjanya yang berselerak dengan fail mesyuarat dan nota projek. Jari-jemarinya menggigil — bukan sebab sejuk, tapi sebab dia cuba menahan perasaan.

“I cuma tanya pasal dinner dengan mama dan papa hujung minggu ni. Tu pun tak boleh ke?”

"Yes. Dina, kerja I sekarang tengah peak. Banyak tender baru masuk. Ada negotiation dengan board tengah minggu ni. I tak ada masa nak fikir pasal family dinner you tu. You kena faham I."

You kena faham.

Perkataan tu menusuk.

Sebelum ini, Hazwan selalu pujuk dia dengan kata-kata manis. Sekarang, dia disuruh diam. Dulu Hazwan pasti ajak keluar minum kopi walaupun tengah sibuk untuk berjumpa. Sekarang, mesej dua hari pun belum tentu dibalas.

Idina tarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri. Tapi dadanya terasa sempit. Macam ada sesuatu tersekat yang tak mampu dia luahkan.

“Okay. I faham.”

Tanpa tunggu balasan, dia matikan panggilan.
Tangannya menggigil lebih kuat selepas itu.
Dan entah kenapa — atau mungkin dia tahu kenapa — air matanya jatuh satu demi satu.

---

Di luar tingkap pejabatnya, langit KL kelam dan mendung. Hujan renyai-renyai menyapu cermin kaca yang tinggi, mencipta jalur-jalur kabur yang menari perlahan. Kota di bawah tampak kabur dan asing — sama seperti hatinya sekarang.

Luxara Hotel Group. Bangunan ini tinggi, gah, moden. Tapi dalam bilik pejabat bertingkap panorama itu, Idina terasa sunyi.

Dia berdiri perlahan, memeluk tubuh sendiri, pandangan kosong ke luar jendela. Cuba mencari semula semangat yang dah semakin susut sejak beberapa minggu ini.

"Princess?"

Idina tersentak.

Suara itu — suara yang sangat dia kenali — membuat jantung Idina seperti tersalah rentak.

Dia berpaling perlahan.

Seorang lelaki berdiri di ambang pintu terbuka. Kot putih panjangnya sedikit lembap di hujung, rambutnya pun nampak basah — mungkin terkena hujan tadi. Tapi yang paling menggetarkan, ialah mata itu. Mata yang memandang dia seolah-olah... masih ingat akan dia.

“Qayyum…”

Qayyum tersenyum. Bukan senyuman yang terpaksa, tapi senyum tenang yang menenangkan. Sama seperti dulu.

“Hi. Tadi, I datang nak lawat patient kat tingkat bawah. Tapi bila I lalu koridor ni, I ternampak nama you dekat pintu. Owner Hotel Luxara. I tak percaya mula-mula.”

Idina tidak berkata.

"I guess, it's been a while? Sampai you macam dah tak kenal I." Seloroh Qayyum

Idina ketap bibir, masih dalam separuh kejutan. “Sorry. You kerja hospital mana sekarang?”

“Hospital Damai. Surgery department. Tapi kadang-kadang internal rotation juga.”

Suasana di koridor pejabat itu senyap. Cuma bunyi halus air hujan dan detik jam dinding yang jadi latar. Mereka berdiri, hampir tiga meter jaraknya — tapi jantung Idina terasa macam nak keluar dari dada.

Qayyum langsung tak cuba untuk mendekati. Dia berdiri di situ saja, tenang, sopan. Tapi matanya tetap menatap Idina dengan pandangan yang sangat susah ditemui — pandangan seseorang yang benar-benar ambil tahu.

“Dina nampak letih. You okay?”

Soalan yang sangat biasa. Tapi dari mulut Qayyum, ia terasa luar biasa. Terasa jujur. Terasa ikhlas. Terasa seperti mereka masih di United Kingdom dulu.

Idina tunduk, tak mampu balas. Matanya rasa panas, mencuba menahan air mata yang ingin keluar. Suaranya mula tenggelam dalam kerongkong.

“Sorry... I shouldn’t have asked,” kata Qayyum laju, risau akan melukakan hati Idina. “I tak nak kacau hidup you. I just… I miss talking to you.”

Idina angkat muka. Senyum perlahan. “I pun.”

---

Di café bawah bangunan, mereka duduk bersebelahan dinding kaca. Hujan masih turun. Ramai pelanggan lain sudah pulang — hanya mereka berdua yang masih di situ, dengan dua cawan kopi atas meja.

Qayyum masih sama. Duduk tegak, senyum sesekali, dan mata yang hanya pandang bila perlu. Dia tak bertanya soalan peribadi. Tak korek tentang Hazwan. Tak cuba masuk ruang yang bukan miliknya.

Dan kerana itu, Idina jadi lebih selesa.

“Dulu, waktu kita study,” Qayyum mula perlahan, “I suka tengok cara you bawa diri. Macam... dunia you teratur. Tapi dalam diam, I tahu you selalu pendam sendiri.”

Idina tersenyum. “You pun jenis yang diam, tapi sebenarnya perasan semua benda.”

“Bukan semua benda. Tapi I perasan bila orang yang I sayang je cuba pura-pura kuat.”

Kata-kata itu buat Idina terhenti sejenak. Dia angkat cawan, pura-pura menghirup kopi yang dah suam.

Qayyum menyambung, “I tak tahu Dina sekarang macam mana. Tapi Dina yang I kenal dulu… selalu senyum walaupun hati pecah. Selalu jaga semua orang, tapi lupa jaga diri sendiri. Idina yang I nak jaga”

Sunyi. Cuma hujan yang masih menitik perlahan di luar kaca.

“Kadang-kadang I terfikir,” sambung Qayyum, “apa jadi kalau masa tu I terus fight pasal perasaan I?”

Idina diam.

“Maybe I penakut. Sebab I tahu, you layak lebih dari lelaki yang cuma pandai cakap.”

---

Mereka berbual hingga café hampir tutup. Tapi Idina rasa, buat pertama kali dalam tempoh yang sangat lama, dia boleh tarik nafas panjang tanpa rasa bersalah. Tanpa rasa bersendirian.

Dan waktu mereka keluar dari café, Qayyum hulur payung. Tapi dia tak berdiri dekat pun. Masih ada ruang antara mereka, sanggup membiarkan diri dia basah dari memaksa Idina. Dan dari cara dia senyum, Idina tahu — Qayyum masih lagi lelaki yang sama. Tak tergesa. Tak mendesak. Dan mungkin… masih menunggu.

---

Malam itu, Hazwan tak mesej. Tak telefon.

Tapi Idina… tak tunggu pun.

Dan masa dia baring atas katil, merenung siling bilik, dia teringat semula suara Qayyum.

"You deserve someone yang hormat you dulu, sebelum dia jatuh cinta."

Dan untuk pertama kali, kata-kata tu tak buat dia menangis.

Ia buat dia rasa... layak.

---

See you in Chapter 5.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience