Pagi itu Idina bangun awal. Matanya masih bengkak — kesan tangisan malam semalam. Bantal yang dia peluk semalam pun masih lembap, seolah-olah ia menjadi tempat Idina menyembunyikan luka yang tak dapat dilafazkan.
Tapi yang paling menyentakkan...
Bukan Hazwan yang hadir dalam fikiran Idina waktu air matanya tumpah. Tapi Qayyum.
Idina duduk atas katil, memeluk lutut. Cahaya pagi yang tembus langsir nipis menyimbah bilik dengan lembut. Tapi hatinya tetap berat. Macam ada sesuatu yang dia sedang khianati... atau sedang lawan.
Kenapa hati dia rasa tenang sangat bila dengan Qayyum?
Sedangkan Qayyum bukan tunang dia. Bukan lelaki yang keluarga Idina aturkan untuk dia kahwini. Tapi bila Idina dengan Qayyum... dada dia lapang. Nafas dia tak terasa tersekat. Idina rasa seperti dia tidak perlu untuk menjadi sempurna agar diterima.
Dengan Hazwan?
Idina sudah tidak ingat bila kali terakhir dia rasa senang bila duduk di sebelah Hazwan.
---
Idina capai telefon. Ada satu mesej daripada Hazwan. Ringkas.
> "Sorry, malam tadi tertidur. Nanti I call you tengah hari."
Tak ada emoji. Tak ada rasa. Sekadar makluman, macam Idina ni sekadar temujanji yang dia lupa.
Idina buka mesej Qayyum pula dari malam semalam.
> “Kalau you penat… go and take a rest. Dunia boleh tunggu. Tapi hati you jangan tunggu sampai sakit baru nak jaga. Goodnight, Princess.”
Idina letak telefon atas bantal, dan tutup muka dengan dua tapak tangan.
“This is wrong...” Idina berbisik perlahan. “Tunang aku orang lain. Aku tak sepatutnya rasa macam ni dengan orang lain…”
Tapi salah ke kalau diri ini rasa selesa dengan orang yang tak pernah buat dia rasa kecil?
---
Idina ambil keputusan untuk keluar pagi tu. Dia perlukan udara, dan jarak dari fikiran sendiri.
Satu jam kemudian, dia sudah duduk dekat sebuah kafe kecil tepi taman — tempat yang memberi rasa yang sama sperti zaman Idina selalu melepak masa universiti dulu. Teh tarik panas dan kuih keria depan Idina, tapi langsung tidak ada rasa untuk menjamah sekali pun.
Tiba-tiba, suara Qayyum muncul dari belakang.
“Princess?”
Idina toleh. Senyum kecil terbentuk.
“Macam mana you tahu I dekat sini?”
Qayyum duduk depan Idina, tersenyum.
“I taktahu pun. Tadi I lalu je nak beli breakfast. Nampak you duduk sorang kat sini… terus hati ni macam kenal aura Idina.”
Mungkin ini kebetulan. Atau mungkin Tuhan nak bagi Idina peluang untuk tengok lagi siapa sebenarnya yang ingin menjaga dirinya, bukan siapa yang cuma sekadar pegang status pasangan.
---
“Idina nampak penat,” Qayyum bersuara.
Idina angguk perlahan.
“I am tired, Qayyum... Tapi bukan letih fizikal. I rasa letih bila orang yang I sayang buat I rasa... macam I ni beban.”
Qayyum tunduk. Lama.
Kemudian dia pandang Idina semula — mata Qayyum dalam, tenang.
“Dia buat you rasa macam tu lagi?”
Idina diam. Tapi Qayyum tahu. Dari getar suara Idina. Dari tangan Idina yang main dengan sudu teh, tapi langsung tak minum.
---
Tangan Qayyum terletak atas meja, langsung tidak menyentuh Idina.
“I’m here. Always. Tapi you tahu tu, kan?”
Air mata Idina mula bertakung.
“I know... and that’s what makes me confused.”
“Why is it,” Idina bersuara perlahan, “that I feel calmer with you than with my own fiancé?”
Suara Idina pecah sedikit. Dadanya terasa sesak. Macam semua yang dia pendam selama ni — sejak Hazwan mula berubah, sejak dia mula hilang rasa percaya — semuanya meletup hari ni.
---
“Dengan dia, I selalu takut. Takut nak cakap benda salah. Takut kena salah faham. Takut dia bosan. Tapi dengan you... I just breathe. I don’t have to explain myself.”
Qayyum senyum — senyum yang ada luka.
“You tahu kenapa, Princess?”
Idina pandang Qayyum, menunggu jawapan.
“Sebab dari dulu, I never wanted you to impress me. I just wanted you to be okay.”
Air mata Idina jatuh lagi.
“Kenapa you tak benci I masa I tolak you dulu?”
Qayyum ketawa kecil, suara serak.
“Sebab cinta tak datang dengan syarat. I suka you, tapi maybe bukan takdir I untuk memiliki you. I cuma nak you bahagia and even kalau bukan dengan I sekali pun… I’ll be fine. As long as you are safe and happy”
Idina tunduk. Tangannya genggam tisu yang Qayyum hulurkan. Tak ada suara. Tapi dalam hati, Idina tahu... perasaan yang dia cuba nafikan, dah terlalu kuat untuk dia sorokkan.
“Kalau you penat... kenapa masih dengan dia?” soalan Qayyum perlahan, tapi jujur.
Idina tarik nafas panjang.
“Maybe sebab I takut orang akan cakap I selfish. Sebab orang dah tahu I tunang dia. Sebab semua orang nampak kami sebagai pasangan sempurna. Tapi... tanpa I sedar, yang paling kecewa dalam semua ni... I sendiri.”
Qayyum tak balas apa. Tapi Idina nampak, dari cara dia pandang Idina — Qayyum faham. Dia tak marah. Dia tak kecewa. Dia cuma ada. Tetap ada. Macam selalu.
Sebelum kami berpisah, Qayyum hanya cakap satu:
“Take all the time you need, princess. Tapi kalau you dah betul-betul penat... ingat, I’m still right here. Still me. Masih Qayyum yang akan tunggu you... even waktu you tolak I dulu.”
---
Idina balik rumah petang tu dengan hati yang berat… tapi peliknya, terasa sedikit ringan. Macam ada pintu yang terbuka sikit — pintu untuk Idina tanya soalan yang selama ini dia tak berani hadap jawapannya.
Bukan siapa yang sepatutnya dia kahwini…
Tapi siapa yang buat Idina rasa paling jadi diri sendiri?
Dan soalan tu… makin hari, makin dia tahu jawapannya.
---
See you in Chapter 15.
Share this novel