010

Romance Series 405

Telefon Idina berdering ketika dia baru sahaja menyarung shawl di depan lif pejabat.

Hazwan.
Terasa agak pelik. Dia pandang skrin seketika, dada rasa berat. Hatinya tak seghairah dahulu bila nama itu muncul. Tapi dia tetap jawab. Masih menghormati ikatan — walaupun dia sendiri yang paling sering dilupakan.

"Hello?"

Suara di hujung talian masuk kasar, tajam, tanpa salam.

"You kat mana sekarang?"

Idina terhenti seketika. "Baru habis kerja. Kenapa?"

"Aku tak bodoh, Idina. Jangan nak pura-pura. Semalam you lunch dengan lelaki, kan? Siapa dia? Qayyum, betul?"

Dia terkedu. Terdiam. Terasa dengan kekasaran Hazwan. Aku?

Qayyum.

Dia tidak sembunyikan apa pun. Mereka makan tengah hari yang biasa, dalam ruang awam, tanpa sebarang niat yang tidak baik.

"You… check I ke sekarang?" Idina bertanya perlahan, cuba menahan getar dalam nada suaranya.

"Tak perlu check. Orang nampak. I dapat gambar. You buat malu I, tahu tak? Kita nak kahwin, Idina. Tapi tunang I keluar dengan lelaki lain, makan berdua macam pasangan kekasih. You tak fikir maruah I ke?"

Ada bunyi degup darah dalam telinga Idina. Dia rasa pipinya panas — bukan sebab malu, tapi sebab kecewa dan marah.

Marah yang diam. Marah yang terkumpul terlalu lama.

"You kenal dia. Dia kawan I. Dari universiti dulu. He’s a friend. That’s all."

"Friend? Yang pernah bagi you bunga dulu? Yang hantar makanan bila waktu kita tak tunang dulu masa study?" Hazwan ketawa kecil, tapi nadanya pahit. "Don’t insult my intelligence."

Jari Idina menggenggam tepi beg tangan.

"Hazwan... He's my good friend. You pun tahu I have no one else. I swear, there's nothing going in between us."

"Heh. Cakap macam perempuan suci." Kata Hazwan tanpa bersalah.

"How could you! Jangan ingat, I tak tahu yang you sendiri masih contact Ayu. Malah keluar makan dengan dia. Siap pernah jalan berpegang tangan berdua dekat Pavilion minggu lepas. You ingat I tak tahu?"

Senyap.

Telefon sunyi beberapa saat. Tapi Idina boleh dengar Hazwan tarik nafas panjang, sebelum dia jawab, kali ini lebih perlahan — tapi masih sinis.

"Ayu tu perlukan sokongan. She’s going through things. Kawan lama, Idina. Tak sama macam you."

"Tapi bila I keluar dengan Qayyum — hanya bercakap, tak pernah sentuh pun — you anggap I mengkhianat. Kenapa? Sebab dia lelaki?"

"You tahu masyarakat kita, Idina. Perempuan yang bertunang… patut jaga batas."

"Kalau macam tu, lelaki yang bertunang boleh keluar dengan ex dia, peluk Ayu depan restoran, dan itu tak langgar batas?!"

Nada Idina naik. Matanya panas. Orang di sekitar lif sudah beralih pandang, tapi dia tak peduli.

"Selama ni I diam. I telan. I tolong explainkan bagi side you to our parents and all. Tapi sampai bila? You missed all the fittings. You skipped our lunch with my parents. You forgot our engagement anniversary. You lupa je pasal I. Tapi bila I ada orang lain yang ingat, you marah?"

"I tak nak gaduh. Tapi you kena jaga maruah tunang you," Hazwan ulang, nada keras semula.

"Hazwan..." suara Idina rendah. Dingin. Lurus. Tak ada tangisan.

"Maruah tu bukan terletak pada lunch dengan kawan. Tapi pada setiap kali you pilih Ayu... dan lupakan I."

Click.

Talian dimatikan.

Bukan oleh pihak Idina.

---

Malam Itu

Idina duduk di balkoni rumah, berbungkus sweater nipis. Angin malam menyapa wajahnya. Hujan turun gerimis, dan dia biarkan pipi basah — entah kerana cuaca, entah kerana air mata yang tak diberi izin jatuh siang tadi.

Dalam diam, dia buka galeri telefonnya. Ada gambar lama.

Hazwan dan dia. Masa awal bertunang.

Senyuman Hazwan tak lagi sama.

Dan matanya — mata Hazwan sekarang tak pernah lihat dia penuh.

---

Dia buka WhatsApp. Skrol ke atas. Mesej-mesej Hazwan sebelum ini — penuh arahan.

"Don’t be late. I have dinner with Dato Azhar."

"Cancel your appointment, come with me."

"Don’t wear that, too tight."

"Don’t talk too much when my mum’s around."

Idina diam. Kenapa dia tak pernah nampak semua ni? Nada Hazwan hanya nada mengarah. Bukan seperti nada untuk tunang yang dicintai.

Kemudian, mesej baru masuk.

Qayyum.

> "Princess, esok I off duty. Kalau nak keluar makan angin, I boleh bawa jalan tengok sunset. No pressure. Just udara bersih dan diam nature yang tak menyesakkan."

Idina baca sekali. Dua kali.

Lambat-lambat, senyuman nipis naik di hujung bibir. Pertama kali hari itu, dia rasa dilihat. Bukan diawasi.

Tapi dia tak balas.

Dia cuma letak telefon ke sisi. Baring di sofa. Dan biarkan dirinya akhirnya… bernafas semula.

---

Di Tempat Lain

Hazwan duduk dalam kereta mewah, bersama Ayu di sebelah. Mereka baru selesai makan malam — Hazwan kelihatan tegang.

"Kenapa? Bergaduh lagi dengan Idina?" Ayu tanya sambil main-main sentuh bahu Hazwan.

Hazwan tak jawab.

Dia pandang telefon. Gambar Qayyum dan Idina di restoran masih terbuka.

Tapi wajah Idina dalam gambar itu... tersenyum. Senyuman yang dia sendiri tak nampak sejak beberapa bulan ini.

---

See you in Chapter 11.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience