007

Romance Series 405

Langit Kuala Lumpur kelihatan mendung sejak pagi.

Jalan-jalan kelihatan basah disebabkan oleh hujan gerimis yang mulai turun sejak subuh tadi. Tapi awan kelabu yang berada di dada langit tidaklah sekelam yang berada dalam hati Idina. Dalam diam, dia menghitung hari — bukan kerana teruja, tetapi kerana kecewa yang sudah dijangka.

Hari ini sepatutnya ulang tahun pertunangan mereka.

Bukan tarikh remeh. Bukan sesuatu yang boleh diabaikan dengan alasan kerja atau jemputan makan malam korporat. Tapi... itu jugalah yang berlaku.

---

Pukul 7.00 malam, Idina berdiri di luar restoran La Vella — tempat eksklusif berbingkai emas dan pencahayaan lembut yang dia sendiri tempah sebulan lalu. Bukan kerana dia yakin Hazwan akan ingat, tetapi kerana dia mahu cuba satu kali lagi. Memberi peluang terakhir untuk sesuatu yang hampir mati.

Dia sudah tunggu lebih sejam.

Pelayan datang menghampiri beberapa kali, bertanya sama ada dia ingin duduk dahulu, sama ada mahu pesan minuman. Tapi Idina hanya geleng. Dia mahu tunggu Hazwan sendiri.

Pukul 8.30 malam, telefonnya berdering.

Hazwan.

Dengan dada yang berat, dia menjawab, cuba mengekalkan tenang walaupun hatinya sudah remuk sejak pukul 8.01 tadi.

"Hazwan, where are you? Dah lebih sejam."

"Sorry sayang. I tak boleh datang. Tadi ayah ajak dinner dengan Dato’ Azhar and his family. Last minute. Client dia nak finalize deal. You tahu kan benda-benda ni leceh nak elak."

Idina terdiam. Hatinya rasa seperti digenggam dan dipulas perlahan.

“Tapi… kita dah plan lama. It’s our—”

"Sayang, bukan I sengaja. I’ll make it up to you, okay? Please, jangan buat drama."

Click.

Talian dimatikan.

Tiada penjelasan. Tiada janji yang benar-benar bermakna. Langsung tak bagi peluang untuk Idina bercakap.

Nampaknya, ini hanya satu lagi detik penting dalam hidup Idina yang dilupakan lelaki yang sepatutnya mencintainya.

---

Dia pulang ke rumah dalam diam.

Tidak menangis.

Tidak marah.

Hanya kosong.

Dia buang make-up di hadapan cermin tanpa melihat refleksinya sendiri. Gaun satin hijau zamrud yang dipilih khas untuk malam itu dilonggarkan perlahan, dilipat rapi dan disimpan semula dalam almari — seperti menyimpan harapan yang sudah retak ke dalam laci yang tak akan dibuka lagi.

Drama? Mudah sungguh Hazwan berkata. Seolah-olah tarikh itu langsung tidak bermakna.
---

Esok paginya, pejabat sunyi seperti biasa.

Idina masuk dengan wajah yang tetap kelihatan profesional — rambut disanggul kemas, kemeja biru pastel dan skirt pensil hitam. Tapi siapa yang melihat lebih dekat akan perasan, mata yang bengkak sedikit, dan senyum yang tidak mencengkam hujung pipi seperti selalu.

Beberapa jam kemudian, receptionist datang ke meja Idina dengan sejambak bunga besar.

"Untuk Kak Dina," katanya sambil tersenyum penuh makna. "Ada secret admirer ke ni?"

Idina terkedu.

Ranunculus putih dan merah jambu pucat.

Tangannya terhenti di tengah-tengah menaip.

Dia tahu bunga ini.

Bunga ini bukan sembarangan.

Bunga ini pernah Qayyum tunjukkan dalam satu festival bunga ketika mereka masih di universiti.

> "Princess, look! I found this." Qayyum menghulurkan sekuntum bunga kepada Idina.

“This flower looks like you,” katanya masa itu. “Delicate. Layered. But stronger than ever.”

Tangannya sedikit menggigil saat dia mengambil sekeping kad kecil yang diselit di antara kuntuman bunga.

> "To the strongest woman I know.
You deserve to be remembered.
Happy Engagement Day. – Q"

Tiada nama penuh. Tiada nombor telefon. Tapi dia tahu. Hanya satu orang pernah kaitkan dia dengan bunga itu.

---

Lewat petang, ketika Idina baru menutup fail laporan kewangan, pintu lif di lobi hotel terbuka — dan muncul Qayyum.

Pakai kemeja biru gelap, tangan memegang beg messenger, rambut masih sedikit lembap seperti baru mandi. Tapi wajahnya nampak letih, lekuk bawah mata jelas kelihatan.

Tapi senyuman itu tetap sama.

"I datang cari teh tarik dekat café bawah," katanya santai. "Tapi bila I nampak you turun, I rasa... teh tarik tu boleh tunggu."

Idina senyum tipis. "You ada kerja dekat area sini ke?"

"Kadang-kadang. Tapi hari ni... I datang sebab I nak pastikan you okay."

Dia tarik kerusi kosong di hadapan Idina, duduk perlahan tanpa bertanya izin. Seperti tahu dia tak akan dihalau.

"You nampak penat, Dina. Are you okay?"

"Just… a long day. Biasa lah."

"I heard semalam... special date for you."

Idina diam. Tangan menggenggam pen, tapi matanya mengelak.

"Hazwan lupa, kan?"

Idina pandang tepat ke arahnya.

"Macam mana you tahu?"

Qayyum tarik nafas perlahan. "I tak tahu. I just teka. Tapi… I kenal you. Waktu you happy, mata you bercahaya. Hari ni, I cant seem to find any spark. You nak share dengan I, anything?"

Kata-kata itu senyap dalam ruang itu. Terlalu tepat.

Idina tunduk. Bibirnya terkunci. Satu kelipan air mata hampir jatuh, tapi dia paksa semula masuk ke dalam.

Idina angkat muka. Menggeleng kepala.

Qayyum angguk faham. Dia tak sentuh soal bunga. Dia tak perlu. Tapi sebelum dia berlalu pergi, dia letak satu botol kecil atas meja Idina — botol gelap berlabel putih.

Lavender essential oil.

"Supaya tidur you lena malam ni," bisiknya perlahan. "Princess tak patut menangis dalam gelap."

---

Malam itu, Idina berbaring di atas katil sambil memeluk sejambak ranunculus yang sudah mula layu sedikit di hujung kelopak.

Botol lavender terbuka di sisi, harumnya memenuhi bilik.

Dia pandang siling lama. Tak menangis. Tak senyum.

Tapi dalam diam, dia sedar...

Ada orang yang masih ingat dia.

Dan itu — walau sekecil mana pun — cukup untuk menyelamatkannya dari tenggelam sepenuhnya malam itu.

---

See you in Chapter 8.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience