Idina duduk di sofa, genggam telefon kuat-kuat. Nama yang terpampang di skrin itu dah cukup untuk buat dadanya sesak — Hazwan. Dulu Idina menanti, menunggu call dia, sekarang dirinya terasa terpaksa.
“Kenapa kau selalu sangat dengan Qayyum sekarang?” suara Hazwan perlahan tapi tajam — nada yang dingin tapi penuh bara.
Idina tarik nafas dalam-dalam. Cuba kawal nada suaranya.
“Dia kawan lama je. Qayyum baru je datang balik ke Malaysia…”
“Kawan lama?” Hazwan ulang, suara dia bertukar mengejek. “Kau expect aku percaya? Kau tak nampak senyuman kau dengan dia tu lain?”
Idina tunduk, memandang lantai. Ada rasa malu… tapi bukan sebab buat salah — sebab dituduh macam penjenayah, hanya sebab Qayyum ditemani ketika Hazwan hilang.
“I tak pernah nak lukakan you,” Idina cuba jelaskan diri.
Tapi Hazwan ketawa kecil. Bunyi sinis yang buat bulu roma Idina naik. “Maybe kau dah lupa apa kau nak sebenarnya. Kau dah jauh sangat dari aku, Idina.”
Idina terkedu.
Bila dirinya cuba rapat, Hazwan tolak. Bila Idina menjauh, dia dituduh. Idina tak tahu nak berdiri di mana.
“Bila I cari you, you tak ada. Bila I perlukan you, you sibuk. Bila I cuba cerita… you tak dengar.”
“Kalau kau habiskan masa dengan aku — bukan dengan dia — mesti kau nampak aku.” sinis Hazwan.
"Yes, I nampak. Tapi I tak nampak cinta you. I hanya nampak kawalan. Tekanan. Sunyi. I tak salah, Hazwan. You yang buat I rasa macam ni.”
Hazwan senyap.
Lepas beberapa saat, dia bersuara semula. “Kalau tak suka, cakap terus terang. Jangan bagi aku harap kosong.”
Kali ini, suara Idina jadi perlahan. Patah.
“I tak salah…”
Tapi Idina tahu, dirinya sedang bercakap dengan bayang Hazwan sahaja. Hazwan tak akan dengar.
---
Hari-Hari Seterusnya
Setiap hari, mesej dia makin pedih. Panggilan makin banyak, makin penuh sindiran.
"You ingat Qayyum tu malaikat ke? Jangan bodoh sangat, Idina."
"Kau yang berubah, bukan aku."
"Aku buat semua ni untuk kita. Tapi kau yang sibuk sangat cari perhatian orang lain."
Kadang, Idina cuba lawan. Tapi setiap kali diabjawab, Hazwan akan pusing semula, buatkan Idina rasa seperti dirinya punca segala-galanya.
“Qayyum tu cuma kawan.”
“Kau yang nak dia jadi lebih dari tu.”
Dan perlahan-lahan, Idina mula tanya diri sendiri.
Betul ke aku salah?
Betul ke aku yang tak cukup setia?
Atau aku dah tak kenal diri aku sendiri?
---
Pada satu malam, call dari dia jadi lebih buruk dari biasa. Suara dia dingin — tapi berpura-pura prihatin.
“Kenapa kau tak angkat call aku, Idina? Kau buat aku rasa macam aku ni tak penting.”
Idina cuba explain, “I tidur awal. Kepala I sakit.”
Hazwan terus potong. “Lepas tu bangun, kau call Qayyum dulu, ye?”
Idina diam.
“See? Kau tak peduli pasal aku langsung.”
Idina pegang kepala. Matanya panas. Nafasnya sempit. Dan dia mula rasa… bersalah. Walaupun dirinya tahu dia tidak bersalah.
---
Kafe Cempaka
Idina dan Qayyjm duduk di kafe kecil. Idina pilih tempat yang sunyi — supaya kalau dia nangis, tiada orang akan perasan.
Hazwan datang dengan baju pejabat, rambut rapi, bau minyak wangi mahal. Tapi mata dia… kosong. Tak ada rindu, tak ada peduli.
"You tahu tak, I penat,” kata Idina. “I rasa macam I ni tak cukup baik untuk you. I cuba jaga hati you, tapi…”
Hazwan potong. “Salah aku ke sekarang ni? Ni semua sebab kau yang berubah.”
“Sebab I penat!” aku tinggikan suara tanpa sedar. “I penat tengok you tak pernah ada bila I perlukan. I penat diam.”
Hazwan ketawa kecil. “Kau ingat kau bagus sangat? Kau keluar dengan lelaki lain, then salahkan aku.”
“Dia tak pernah buat I rasa bersalah untuk jadi diri sendiri.”
Hazwan ketap rahang. “Kalau kau tak boleh terima aku, cakap je terus terang. Aku bukan orang bodoh.”
Idina geleng kepala. “Tak semua benda dalam hubungan ni pasal ego, Hazwan. Sometimes it’s about presence, patience and simply listen.”
Hazwan terus tinggalkan Idina di situ.
---
Malam itu, Idina duduk di bilik. Cahaya dari lampu meja menyala malap. Di tangannya terdapat diari kecil kulit coklat tua.
Idina mula tulis dalam diari.
"Hari ni, aku rasa… kecil. Macam suara aku tak pernah cukup kuat untuk difahamkan. Aku nak dia tahu… aku sayang dia. Tapi aku pun nak rasa disayangi."
Dia buka semula gambar-gambar lama dirinta dan Hazwan masa bertunang. Waktu Hazwan masih ada dengannya.
Sekarang?
Bila Idina meluahkan perasaan, Hazwan cuma pandang telefon.
Dan Idina mula sedar… cinta tu dah tak hidup dalam mata Hazwan.
---
Idina tekan nama Qayyum. Telefon berdering dua kali sebelum nada suara Qayyum kedengaran.
“Princess?”
Suara dia… buat Idina rasa nak menangis.
“I’m lost, Qayyum. I rasa macam I tengah bergaduh dengan bayang sendiri.”
Qayyum senyap. Cuma bunyi nafas dia di hujung talian.
“Bukan semua orang yang kita sayang… sayang kita dengan cara yang kita perlukan.”
Idina tutup muka. Air mata jatuh tanpa bunyi.
“Tapi I tak nak hilang dia…”
“Princess, you tak sedar? You dah hilang diri you, Dina. Dan itu lebih bahaya.”
---
Dear Diary
Hari demi hari, aku mula bangkit.
Mula berjalan tanpa perlu tunggu mesej dia.
Mula bernafas tanpa rasa bersalah.
Aku masih sayang… tapi aku dah tak nak rugikan diri sendiri demi orang yang tak pernah sayang aku seperti aku perlukan.
Aku mula tengok cermin dan nampak semula siapa aku. Idina — yang dulunya kuat, kini bangkit dari puing hubungan yang menyesakkan.
---
Dalam diam, Idina hantar satu mesej terakhir pada Hazwan.
> “Tak payahla kita teruskan kalau yang tinggal cuma salah menyalah dan rasa tak cukup. I dah cuba. Tapi I pun manusia. I pun layak disayangi tanpa perlu I menagih kasih dari you setiap hari.”
Dan malam itu… Idina tidur tanpa tangisan.
Untuk kali pertama sejak sekian lama.
---
See you in Chapter 12.
Share this novel