013

Romance Series 405

Hujan turun perlahan di luar tingkap bilik Idina — satu-satunya suara yang menemani dirinya pagi ini. Setiap titisnya macam sentuh dinding hati Idina yang penuh retak. Langsir sheer putih di tepi berkibar ringan, terkena angin lembap dari luar.

Idina duduk bersandar di kerusi rotan berhampiran tingkap, berbungkus dalam selimut cashmere berwarna beige. Cawan teh herba di tangan pun dah lama sejuk, tapi masih dia genggam, seolah-olah kehangatan itu boleh redakan yang berada di jiwa .

Melihat cuaca mendung di luar jendela, dalam diam kenangan lama datang tanpa dipanggil. Tentang seorang lelaki yang pernah meluahkan rasa — dan dirinya yang tidak mampu membalas rasa tersebut.

---

Flashback – London, 6 Tahun Lalu

Petang itu, langit mendung seperti biasa. Kami duduk di sebuah kafe kecil di Notting Hill — Idina dan Qayyum. Tempat ni selalu jadi spot lepas kelas, sebab Qayyum suka kopi Guatemala dan Idina suka aroma roti bakar mereka.

Hari tu lain. Idina perasan cara Qayyum tengok dirinya lain. Lama. Penuh sesuatu seperti perasaan. Tapi Idina buat tidak tahu.

Rambut Idina masih basah sedikit sebab hujan tadi. Dia mula duduk berpeluk tubuh, sesekali gosok tangan untuk hangatkan diri. Melihat keadaan Idina, langsung Qayyum letak jaket dia atas bahu Idina.
"Dont catch a cold."

"Thanks..." Idina senyum, menghargai.

Qayyum tidak menjawab. Mata dia pandang cawan kopi dia yang dah suam, jari dia bermain pusing dengan sudu kecil perlahan.

Idina tunduk sedikit, suara lembut, “Qayyum... you okay?”

Qayyum tarik nafas panjang. Then slowly he looked up, mata dia tajam tapi lembut. “Idina... I need to say something. Kalau I simpan, I takut I tak tenang.”

Jantung Idina mula berdegup laju. Dia dapat merasakan... yang dia tahu apa yang jngin diluahkan oleh Qayyum.

“I like you, Idina. No, I love you. Dari dulu lagi, I dah fall for you. Tapi I pendam perasaan ni sebab I tahu you tak ready and ... dan I takut, kalau I bagitau nanti you akan jauh dari I.”

Masa macam berhenti sekejap. Angin dari kipas siling menolak helaian rambut Idina ke pipi. Dengan perlahan, Idina tolak rambutnya ketepi.

“Qayyum... I’m so sorry,” suara Idina keluar perlahan. “I hargai you sangat-sangat... You memang baik, not too much for me to say yang you perfect. Tapi I still tak boleh balas rasa tu. Bukan sebab you yang kurang, tapi I. I takut... if we get together nanti , we'll lost everything. I taknak hilang hubungan kita.”

Mata Qayyum basah. Tapi Qayyum masih senyum, walaupun senyum tu hanya senyum palsu.

“It’s okay, princess. I faham. Dont worry, I tak menyesal. I just want you to know that... perasaan I ikhlas."

"Nanti kalau you cari your other half, please reconsider me as your future." seloroh Qayyum. "But if one day, you bahagia dengan lelaki lain, takpelah. Itu pun dah cukup untuk I as long as you happy”

---

Selepas hari tu, Qayyum masih Qayyum — masih teman belajar Idina, teman gelak Idina. Masih sama seperti dulu. Tapi ada jarak yang dia cipta. Jarak yang penuh hormat. Dia masih datang bila Idina sakit. Hantar lunch bila Idina stress. Tapi Qayyum langsung tidak pernah sentuh tentang perasaan tu lagi. Seolah-olah luahan Qayyum tempoh hari hanya bayangan Idina semata-mata.

Dan Idina?

Dia mula terasa seperti kehilangan sesuatu yang dirinya sendiri pernah tolak.

---

Kembali ke Malaysia – Sekarang

Idina pejam mata dan hela nafas panjang. Rumah ni sunyi, walaupun besar. Tangga spiral, chandelier di atas, dan piano grand di sudut ruang — semuanya nampak mewah tapi tak mampu redakan sunyi.

Lama Idina termenung. Dalam hatinya terasa seperti sedang dihuni dua nama. Hazwan dan Qayyum. Seorang, tunang yang kini semakin asing. Seorang lagi, kawan lama yang hadir kembali bawa cahaya.

Hazwan yang cakap sayang akan dirinya... tapi sayang itu tidak sepatutnya membuatkab dirinya rasa bersalah setiap masa. Sayang tak patut manipulatif. Sayang tak patut buat Idina rasa... kotor. Tidak berharga.

Tapi Qayyum... dia datang bawa rasa, membuat Idina rasa dirinya dilihat. Bukan sekadar dimiliki. Dia datang bukan untuk mengubah, tetapi melindungi dirinya.

---

Malam tu Idina buka drawer dan jumpa satu kotak kecil — kotak yang Idina sendiri lupa dia simpan. Di dalamnya ada satu polaroid. Idina dan Qayyum. Muka mereka yang comot lepas main salji, Qayyum yang sedang membuang salji yang melekat dibajunya.

Gambar itu candid. Tapi Qayyum masih menjaga.

Di belakang gambar tu, ada tulisan tangan Qayyum.

> “No matter where you go, remember: someone out there always sees you as enough — just be as you are.”

Idina tak tahan, air matanya terus tumpah tanpa suara. Dia letak gambar tu rapat dekat dada. Sebab malam ni, Idina rasa... untuk pertama kalinya, bahawa lukanya diakui. Bukan ditekan. Bukan disalahkan.

Idina tulis dalam diari malam tu:

> “Mungkin cinta bukan tentang siapa yang kita kejar. Tapi tentang siapa yang tak pernah berhenti tunggu kita — walaupun kita belum sedia.”

---

Tapi Idina tahu, dia tak boleh teruskan hidup bergantung pada masa lalu.

Dia perlu rawat diri sendiri dulu.

Idina perlu belajar berdiri, bukan kerana ada yang menghalabg dirinya, tapi kerana dia akhirnya pilih untuk tak roboh, tidak jatuh dan terus bangun.

Dan bila satu hari nanti apabila Idina sudah cukup kuat... dia akan bersedia.
---

See you in Chapter 14.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience